Jump to ratings and reviews
Rate this book

Creepyposta

Rate this book
Setiap helaian akan menghantui anda.

Ibu mengandung, pesakit jantung dan pengecut dinasihatkan untuk tidak membaca buku ini.

Juga, jangan baca separuh jalan. Kerana selagi anda belum baca sehingga ke helaian terakhir buku ini, 'dia' akan mengikuti gerak langkah anda- menuntut anda untuk membaca sehingga tamat.

CREEPYPOSTA adalah koleksi cerita seram yang dikutip daripada dunia yang tidak nyata (dari media Wattpad)

236 pages, Paperback

First published April 1, 2016

3 people are currently reading
57 people want to read

About the author

Jeffrey Zain

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (26%)
4 stars
26 (36%)
3 stars
17 (23%)
2 stars
9 (12%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
July 9, 2016
Pasti ada yang angkat kening tinggi dan memincingkan mata apabila melihat rating yang aku bagi untuk buku ini terutamanya peminat-peminat Jeffrey Zain yang setia mengikuti tulisan-tulisannya di dalam Wattpad dan media sosial lain. Maaf guys. Anggap saja, aku tersalah bagi rating... hahaha

Sebenarnya 2.56* untuk naskah ini

Pada permulaan cerpen yang dihidangkan, ianya sangat menghiburkan. Dan kadang kala twist yang diberikan, boleh tahan. Tapi semakin lama, aku makin mual apabila cerita yang disajikan, hampir-hampir saja sama seperti yang ada di suku permulaan buku ini. Twistnya juga makin kurang mengancam, gagal dan hanya seperti diguna semula saja.

Memang tidak dinafikan, ada beberapa buah cerpen yang sangat berpotensi tinggi untuk dikembangkan menjadi sebuah cerita panjang. Idea yang menarik dan boleh tahan. Namun rasanya aku lebih kerap merungut sambil bisik "Kemon, takkan ending citer ni gantung macam ni jek? Ini bukan ending yang bagus walaupun nampak macam nak dijadikan twist!". Serius ianya menyakitkan hati bila ending cerita tu penulis cuba suruh untuk kau fikirlah sendiri. Kalau ianya novel, mungkin boleh terima lagi. Tapi ini hampir suku cerpen/certot disajikan dengan benda yang sama. Dan disebabkan itu juga, seram yang sepatutnya kita boleh rasa, hilang macam tu saja dan buat kau hanya mendengus kecil. Maaf~

Tapi, tak semua citarasa orang sama kan. Kalian cubalah baca sendiri dulu. Kalian mungkin ada pendapat sendiri.

Peace!
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
May 30, 2016
Himpunan cerita-cerita pendek yang kebanyakannya boleh dibaca secara gratis di Wattpad ini boleh disimpulkan 'collectors edition' semata-mata.

Dengan himpunan pembaca online mencecah jutaan views, follower yang ramai, kau mungkin fikir ini koleksi cerita seram yang bagus.

Tetapi pada hemat aku ia semacam suatu langkah 'selamat' penulis dan juga penerbit dengan sekadar menerbitkan semula cerita-cerita yang pernah disiar di Wattpad (dan mungkin dengan penambahan cerita-cerita baru/sedia ada).

Mulanya koleksi ini dibuka dengan bagus, tetapi setelah kurang-lebih 10 cerita ke hadapan kau sudah boleh dapat jebak pola plot cerita yang berulang-ulang, cuma jenis hantu, nama watak dan lokasi sahaja yang bertukar.

Balik-balik kisah nampak entiti aneh yang muncul secara 'mengejut' dan cerita ditamatkan impromptu tanpa sebarang penyudah yang kondusif, menyebabkan pembacaan sedikit terganggu.

Namun begitu, ada beberapa cerita (aku sudah lupa tajuknya) punya potensi premis cerita yang kuat dan bagus. Tetapi sayang ia terlalu pendek sehingga kau tidak puas hendak baca dan tup-tup-tup alih-alih ia sudah habis begitu sahaja.

Antologi cerita seram Creepyposta ini bagi aku bagus untuk tulisan debut, sesuai untuk dijadikan koleksi buat penggemar cerita pendek. Tetapi buat mereka yang mencari sesuatu yang lebih 'seram' rasanya tidak akan jumpa di dalam buku kecil ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 17, 2016
not bad

ada yang ok, ada yg biasa

leh try wat full novel lepas ni, ade yang memang luar kotak


setuju dengan asmar, mula2 teruja tapi lama2 mcm da boleh agak..tp tu style penulis kot.. pape pn best, bnyk cite yg ak lyn gak..terkezutt gak..hehe
Profile Image for Rainy Rose.
299 reviews32 followers
April 2, 2023
Buku ini menghimpunkan koleksi kisah-kisah seram pendek dalam tulisan sempoi dan santai. Aku memang suka baca kisah-kisah seram mungkin sebab itulah juga aku tertarik untuk beli buku ini.

Kisah-kisah dalam buku ini bolehlah tahan. Nak kata sampai seram sangat tu tidaklah juga. Tapi masih menarik. Aku cuma harapkan sesetengah cerita tu tak tergantung keterlaluan sangat tergantungnya. Kebanyakan kisah dalam buku ini bergantung kepada imaginasi pembaca tentang apa yang berlaku seterusnya. Jadi macam kurang "kick" sikitlah keseramannya disitu. Ada cerita yang berulang jalan ceritanya dan ada juga cerita yang terlalu pendek bagi aku. Tapi apa pun, bolehlah diterima sebagai bacaan santai.
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
November 12, 2016
I like the author's style in narrating a story. This guy has got talent.
'Sempoi' but properly written, unlike other indie crap published these days.
However, content-wise: some of the tales appear to be repetitive in terms of structure to the point that major plot twists becomes highly predictable.
Still, a great read. Worth reading.
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
May 18, 2016
Pergh...mmg follow crita ni kat wattpad. best! cool... =D
Profile Image for Angela.
172 reviews1 follower
January 4, 2019
Why I'm interested in this book at the first place
This book was regularly mentioned on Lejenpress' Instagram account.

What do I think of this book... now that I've done reading it
I did enjoyed reading this creepy book. Yes, trust and believe. Have you ever had a friend that loves shares peculiar stories, and you might wondered if is true, but you don't care anyway cos it sounds interesting? Yeah, the author's writing style is like that.

+
1. The book cover design - very Warhol-ly. I like it.
2. Each of the chapter is decorated with the respective graphics of..creepy entity. Go figure.
3. The locations mentioned are some of the places I'm familiar with..makes it even more believable.

-
1. Some of the stories seems repetitive in terms of the plot. I guess that's his forte of some sorts?
2. My least favorite chapter: #KENAPATAKTIDURTU

Get this
1. Horror is your favorite genre.
2. If you've read Mastika (the magazine) growing up.
3. If you want to pass the time while commuting in public transport (I did).
Profile Image for Ejulfaizul.
6 reviews
January 27, 2018
Cerita awesome. Sama mcm tajuknya mmg semua creepy2 belaka. Tak dapat bagi 5 bintang sebab ada yg mcm cerita yang tak sampai kat aku tapi still awesome penulis dia ni. Ada yg biasa2 jugak tapi still masih boleh layan.
Profile Image for Finn.
8 reviews
January 5, 2020
Saya membaca buku ini tanpa mengenali Jeffrey Zain . Tidak pernah membaca karyanya sebelum ini. Secara peribadi, saya suka membacanya. Tidak sesuai dibaca pada waktu malam, sebab keseraman setiap cerita tidak dapat dijangkakan. Recommended, definitely. 👍
Profile Image for Revol  Ratna.
18 reviews2 followers
December 21, 2017
I follow creepyposta since Wattpad lagi. Finally, dapat grab the book.

Overall, kompilasi cerita yg ringkas tapi maksud dia sampai. Tahap creepy tu bolehlaa. 😅 Keep it up writer!
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
March 18, 2020
Kisah tak berapa seram tapi menghiburkan. Ada juga bab yang motifnya tak kesampaian. Overall, menghiburkan.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
December 19, 2016
Haaa..... Koleksi kisah seram yang memang menarik untuk dibaca.. Ringkas, pendek, tak meleret dan paling utama takde pun describe macam mana rupa hantu yang menyeramkan tu.. Ketakutan dan keseraman diolah dengan baik buat pembaca terasa sama berada dalam situasi seram tersebut..

1) #faezibrahim
nak cari duit lebih faez jadi house sitter. Jaga rumah sebab tuan rumah outstation. Haa... Jaga kucing, kemas sikit-sikit rumah dan.. Errr... Clown?

2) #lolos
Mat dan din dihukum tali gantung mereka mencari jalan untuk melarikan diri. Dan peluang terbuka luas bila ada jenazah yang akan dibawa keluar. Menyorokk dalam keranda? Bad idea.....

3) #alimalimkucing
Ehsan ada kucing bisu. Namanya diki. Tapi sebenarnya kucingnya boleh bercakap. Itu rahsia mereka. Dan... Diki beritahu ada makhluk?.. Errkkk...

4) #telekung
Opah suka bercerita tentang perempuan bertelekung dalam almari. Korang berani nak tengok?.. Malam takpayah solat isyak dan tengokla apa yang keluar dari almari.. Ada berani?..

Banyak lagi woo.. Nak tau kisah lain, pi la cari, pinjam ke, beli ke.... Pastu baca ya...
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
November 28, 2016
Mata saya kecil-besar dan kening saya sentiasa berkerut-ke atas-ke bawah. Penuh dengan kejutan kelakar seram yang rasa macam malas nak baca lepas pukul 1 pagi. Siap masuk dalam mimpi! Cis! Bacaan santai yang menghiburkan. Walaupun kadang-kadang seramnya tu macam real je. Macam masuk dek akal je. Overall best. Ada dua-tiga je yang kurang, tapi sebab yang best tu banyak, so kira tertutup sudah kekurangan tu.
Author 2 books29 followers
September 15, 2016
cerpen2 dlm ni santai dan tak penat nak baca. nak kata cerpen pon x juga, mungkin lebih banyak pd certot. cerita kontot ha...
utk sesetengah cerita gaya urban legend mmg dah selalu dgr. tp utk idea lain tu bagus juga. simple. mungkin boleh kategori bacaan ni utk release stress.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
August 29, 2016
Bleh tahan... Ada yang btol2 creepy... Ada yang suam2 je
Profile Image for Ruslan Bukhari.
87 reviews3 followers
May 2, 2018
Awalnya aku dihidangkan dengan kisah yang mampu menegakkan bulu romaku. Aku juga suka style penulis yang membiarkan pembaca berimaginasi sendiri penutup bagi sesebuah cerita tu.

Namun, menyelak helaian demi helaian, aku mula bosan. Ceritanya sudah tak mampu menarik aku. Buku ni aku habiskan dalam seminggu. Maaf
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.