Perubatan adalah satu rumah yang asing dan tersendiri.
Ia menyerlahkan pelbagai ragam dan keunikan. Suka, duka, aneh, kritis, inspiratif, dan kerencaman yang hanya boleh dilihat oleh mereka yang pernah menjenguk ke dalamnya.
Tetapi barisan penulis yang terdiri daripada para pelajar perubatan ini telah melihatnya dari kerusi berbeza. Kaca mata berbeza.
Mereka bukan doktor (belum lagi).
Dan mereka juga bukan masyarakat awam.
Tetapi mereka dalam satu transisi di antara duanya.
Ini cerita mereka. Pengalaman. Persepsi. Interpretasi. Ketawa. Sedih. Kagum. Jelek. Putus asa. Semangat. Semua terangkum dalam naskhah ini. Mereka tidak mewakili doktor, tidak juga mewakili masyarakat awam. Semestinya catatan cerita di dalamnya membawa sesuatu yang unik dan berbeza.
Aku budak Medik! Selamat datang ke rumah 'Perubatan'!- kata mereka
Perkongsian pengalaman pelajar perubatan yang sedang melalui pahit getir dalam pengajian mereka. Dikumpulkan pelbagai latar pengajian berbeza di beberapa negara.
Antara perkara yg tidak org beritahu kepada pelajar cemerlang SPM yang sangat teruja untuk mengambil medic ialah mereka akan merasa gagal. Ramai orang tahu belajar medic ni susah tapi tak ramai akan faham bagaimana rasanya bila gagal.
Ia akan bertambah perit kerana mereka merupakan A+ student sejak dari tadika. Bila jadi pelajar perubatan, mereka dapat gagal. Ibarat bumi menghimpit dada. Sungguh menyesakkan.
Buku ini aku rasa lebih realistik dan tidak hanya menunjukkan sisi gembira bila bergelar pelajar perubatan. Bila orang yang gagal menulis sendiri apa yang mereka rasa bila gagal, kita lebih faham apa yang mereka rasa.
Membaca buku ini sewaktu tempoh PKP sememangnya membuatkan aku rindu untuk clerk patient. Melihat kekalutan di ward. Berdiri lama sewaktu bed side teaching sambil menahan perut yang lapar.
Untuk mereka yang mahu bergelar pelajar perubatan, membaca buku ini boleh memberi gambaran awal kepada kalian. Aku rasa rata² pelajar perubatan ni memang pandai menulis. Seronok baca cerita mereka.
Interesting anecdotes by Malaysian medical students about their ups and downs in the med school journey. As a medical student too as I was reading this book I found myself several times saying, "OMG, I thought it was just me! Glad to know I'm not alone in this." The stories, among others, capture those awkward moments we sometimes find ourselves in in medical school, laced with reflective thoughts on some societal issues, overcoming obstacles, and on pondering the greater meaning of life.