Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia. Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam. Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.
"Baby Rayyan? Encik letak nama dia, Rayyan?" –ARISSA "Kenapa? Awak nak letak nama dia apa?"-RAFA "Rosyam Nor." -ARISSA
Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissalah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.
“Dia berikan saya peluang untuk bahagia. Apa salahnya, saya berikan dia peluang untuk bahagia juga? Saya tak ada sesiapa, begitu juga Rayyan. Kita orang hanya ada satu sama lain saja, pak encik.” – ARISSA
Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat... Kebal.
“Errr... Neng. Jari tu, tak baik dibiarkan kosong lama-lama. Orang tua-tua kata, kalau jari tu dibiarkan kosong, nanti masuk angin. Orang tua-tualah yang kata, saya tolong sampaikan saja. Baik pakai sekarang.” - RAFA
Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.
Tahun ini adalah tahun author ya..saya rasa lebih 5 buku kut yg dipublish termasuk mini novel pada tahun ni. Saya masih ada lagi 3 on hand yg belum baca..sebenarnya Magisnya Cinta (MC) agak mengecewakan saya sebabnya jalan cerita cinta macam tak sekata ngan tajuknya. Saya bertanya where has her touch gone to? Saya mengambil masa yg lama untuk membeli novel ni dan yg lain setelah MC. Alhamdulillah, untuk novel ini ia tidak mengecewakan saya.
Peribahasa bapa borek anak rintik dan kacang lupakan kulit betul2 diaplikasikan dalam watak Datok Rafail dan Rafi. Tidak lupa kawan makan kawan. Dua lelaki yg kejam, hidup dalam kegelapan dan tak pernah bersyukur dengan apa yg ada malah tidak berusaha untuk sustain..berjoli dan berfoya2 sehingga sanggup menyelewengkan wang dari Company isterinya. Rafi pula sanggup membuang anak yg dilahirkan dari perempuan simpanannya didepan masjid. Mayat Nia pula dibuang kelaut.
Baby Rayyan (dinamakan oleh Rafa, adik Rafi) dijumpai oleh Arissa di pintu masjid semasa mencari tempat bermalam selepas kematian ibunya, menjadi saksi akan perbuatan Rafi. Something happened along the way till she was employed by Datin Zarina to care for the baby. Rafa pula enggan mengendalikan Company ibunya kerana dia mempunyai impian sendiri lantas bersetuju dengan perjanjian yg ditetapkan ibunya. He will run the company and will not fall in love for two years in order to be free to accomplish his dream and freedom after that. Ada babak lucu di sini antara Rafa dan Arissa hingga menimbulkan bibit2 cinta dan sebab lain hingga mendorong ke gerbang perkahwinan.
Setelah identity Rayyan diketahui, Datin Zarina gave Rafi an ultimatum, be responsible or scram from the house without a single cents to his name and all his rights are going to be entrusted to Rayyan as her beneficiary. Rafi tidak berpuas hati, langsung keluar dari rumah dan pergi ke ayahnya..From here the real plot start. Extermination of Datin Zarina and the rest of the family. Datok Rafail even plan to get rid of Rafi and vice versa.
Kaya juga Datin Zarina ni..geliga sungguh otaknya walau apa pun dia tetap rasa bersalah ngan Arissa. Pada saya umur kalau dah 50 plus tu apa lagi yg Dato' nak..nak enjoy muda2 dah enjoy, nak duit beli itu ini pun sudah..nak makan apa pun sudah..nak drive kereta apa, tinggal mana semua pun dah dicapai..hailah tak pernah rasa cukup..tamak haloba. Hidup pun tak lama bukan boleh ditanam sekali harta tu..eh boleh juga kalau nak..cuma tak boleh bayar dosa kita kat akhirat je melainkan pahala menderma. yeye je..
Saya nak end review ni tapi tak tahu mcm mana nak end itu yg meleret bukan2..cuma saya boleh tambah ada watak baru yg membantu keluarga Datin keluar dari cubaan membunuh. Selamat membaca.
Novel Syamnuriezmil memang aku tak akan tolak, walaupun tak semua karya dia memenuhi piawaianku.
Start baca pukul 10.30 malam, terus tak bergerak, tak boleh letak, seakan-akan ada magnet! Setiap masa tengok jam takut melepasi waktu tidur tapi, ah! Ada aku kisah? Pukul 2 pagi dah tutup buku. Sekali baca terus sampai ke garisan penamat. Gigih sangat pagi-pagi tadi sampai ofis singgah beli Nescafe. Penangan Perempuan Paling Bahagia.
Best memang best, I like it. But still, tak akan ku bagi bintang penuh. Tolak satu bintang best tahap mana sekalipun. Sebab? Macam tak suka sangat la Arissa duduk serumah, sebelah bilik Rafa pulak tu huhu. Tapi nak buat macam mana, tiada hala tuju dan tempat bergantung. Tapi, hmhmm...
comel je anak gajah, ibu gajah n ayah gajah... cerita kak yard memang sesuai dibaca untuk release stress.. walaupun nampak semua scene last tu mcm terancang sangat.. keke.. tp untuk kelainan still boleh diterima.
congrats kak yard! Arisa memang perempuan paling bahagia.. =)
#3 Memang sungguh bahagia membaca kisah Neng dengan Pak Encik membesarkan anak gajah. Daripada muka depan yang kebaboom cantik dia sehinggalah pada perjalanan kisah yang saya kira penulis sangat teliti dalam mengarangnya, segalanya sungguh membahagiakan...
Kali ini diselitkan dengan unsur saspen, sedikit sebanyak menjadikan karya Syam kali ini lebih matang dan segar. Tahniah buat Syamnuriezmil kerana menghasilkan karya PPB ini dengan sehabis baik.
Tak sabar menantikan karya ini dijadikan drama. Tak tahu kenapa bila bab Rayyan selalu bayangkan Yusuf Iskandar jadi Rayyan. :p
Memang menarik.. Sha yang baca pun rasa bahagia.. Tak terasa ketebalan buku ini.. Gelagat Arissa dan Pak Encik memang kelakar.. Arissa yang polos tapi kental dan Pak Encik yang kuat mengusik.. Kedua-duanya sayangkan Rayyan dan sanggup melakukan apa sahaja demi Rayyan.. Dalam masa yang sama watak Rafi, Dato Rafail, Black dan Malek sangat jahat.. Ada pula hantu si Nia.. Tapi betul ke hantu?? Sampai gila Rafi diganggu hantu si Nia.. Memang ohsem bila dimasukkan sedikit elemen seram tu..
Fuhhh, akhirnya selamat juga mengkhatamkan PPB. What a nice story. Ibu gajah + ayah gajah + anak gajah = happy family. Suka sngat baca part diorang bertiga. Rasa macam aku plak wanita paling bahagia. Untung Arissa bila ramai orang sayang. Betullah org cakap, setiap kebaikan yg kita buat akan dibalas baik juga. Walaupun hidup kita susah sekalipun, Allah tetap bagi sesuatu yg berharga untuk kita hargai sampai bila2. Tapi syaratnya kena buat orang lain bahagia. Nak bahagia pulak bukan senang, kena lalui 1001 mcm dugaan/ujian untuk lebih menghargai kehidupan. Berkorban untuk yg tersayang. Insya-Allah hidup pasti aman.
PPB bukan saja sweet tapi penuh dgn unsur debaran. Dari satu ke satu masalah yg melibatkan Rafi dan Dato Rafail buat hati aku rasa tercopok jatuh sbb takut diorang ape2kan Datin Zarina, Rafa, Arissa & Rayyan. Semuanya demi satu tujuan iaitu harta. Kerana harta manusia boleh jadi gila! Puas hati bila yg jahat2 dalam cerita ni dapat prmbalasan yg setimpal.
Dan tak sangka lak ada watak wanita misteri yg muncul. Semuanya sebab nak menuntut bela terhadap saudara sendiri. Nanti korang figure out sendiri eh bila dah baca PPB. Btw, anak gajah dah beranak pinak. Rafalah punya pasal. Hahahaa...tapi apa yg penting, kebahagiaan itu milik mereka. Tahniah kak syam! Buku yg ke-30 der. Best-
best. byk elements suspend DLM ni. watak antagonist yg ckp jahat. plot cerita pun o.k.. walaupun tebal tak skip baca dgn tak selak belakang.baru lah rasa suspend masa baca. kisah arisa yg menjumpai ank rafi dgn nia yg dinamakan rayyan. rafi ingin membuang bayinya tetapi arisa yg menjumpai rayyan.sweet ja percintaan Rafa dan arisa.
Best! Cerita cinta yang ada thriller. Arissa Aris baru saja kematian ibunya. Dia tiada tempat untuk berteduh kerana telah dihalau keluar rumah sewanya lalu dia minta untuk bermalam di masjid. Pada malam itu, dia terlihat Rafi meninggalkan seorang bayi di kaki tangga. Bayi itu diambil dan diletakkan kembali ke kereta Rafi selepas subuh. Selepas itu, Arissa bertemu dengan Rafa dan Datin Zarina. Dia diambil untuk menjaga bayi semalam yang dinamakan Rayyan. Bermula hidup Arissa di samping keluarga Datin Zarina. Berbagai cubaan dan rintangan dia lalui untuk mengecap bahagia di samping keluarga barunya. Semuanya gara-gara Rafi dan Dato Rafail yang tamak dan kejam. Tetapi akhirnya mereka dapat ditangkap juga.
Weeeee... Akhirnya kisah rayyan dlm gengaman. Ahaks.... Saya suke saya suke. Si neng bibik ngan pak encik nie mmg comel la. Blh laie dia wat request nk drop 2 thn punya cerita. Muahahha.. Gelak besar la wei membaca. Org x pernah bercinta, camtu la jadinyer rayyan ooi. Hehhe
Buku setebal 781 pages ni saya boleh habiskan satu malam, memang tak rugi berjaga malam. Macam-macam terjadi dalam buku ni. Ada kisah pembunuhan Ada kisah balas dendam. Ada kisah buang anak. Ada kisah kes anak angkat. Overall macam Criminal Minds lah.
Bab-bab romantik tu memang tak tinggal lagi-lagi bila pak encik bertemu dengan acik neng tambah lagi si anak gajah aka Rayyan.
Yang paling penting, memang tak rugi beli buku ni. Sedikit scene dari famili gajah yang saya suka:
"Sayang? Tak lemas ke?" "Lemas apa?" "Lemas dalam cinta abang?"
Not to bad. Cumanya tak over excited sangat bait bait tulisannya. Yes ada pick up line tapi mcm...entahlah. Lagi teruja dengan Suami Tanpa Cinta...lagi kuat auranya untuk ulang baca banyak kali.
Terima Kasih kepada penulis SyamNuriezmel untuk pencerahan tentang hukum hakam anak tak sah taraf. This is something new knowledge for me. that Y I Give 5 star. MuahCiked
Perempuan paling bahagia ni membuatkan saya terfikir, secara realiti wujud ke perempuan seperti Arissa. Apapun, jalan cerita yang santai, tidak stress dan semestinya mudah difahami. Kali ini penulis membawakan kepada kita kisah seorang Arissa yang menjaga seorang anak tidak sah taraf. Bila baca garapan daripada Syamnuriezmil ni sungguhlah penulis banyak mengkaji dalam menghasilkan naskahnya. Secara tidak langsung kita dapat tambah ilmu mengenai hubungan anak tidak sah taraf menurut Islam dan juga perundangan. Dan ya, peluang untuk bahagia itu ada di mana-mana, mahu dengan tidak sahaja.
Baru baca selepas tgk sekerat2 drama adaptasi di Astro Oasis (padahal dh lama tayang dh 🙈). Sangat informatif tentang isu anak tidak sah taraf dan ibu susuan dengan penceritaan standard cintan cintun yg tak terlalu meleret2...Cuma sedikit tak logik je dengan 'perjanjian' 24 bulan Mummy dan Rafa, sbb yg ni dh menidakkan hak yang sepatutnya.
Novel ni mmg macam thriller jugak la sebab ada ada kisah pembunuhan, ada kisah balas dendam. ada kisah buang anak. tak ketinggalan kisah romantik. so bila admin baca macam2 perasaan ada... novel ni ada lebih 700 ms tapi admin jamin uols takkan pernah bosan nak tahu seterusnya..... jadi boleh dapatkan buku ini di https://www.e-sentral.com :)
apalah bodoh si rafi buang anak sendiri kat tangga masjid. nasib baik arissa ada menumpang kat bilik imam malam tu dan nampak perbuatan rafi. dia ambik, mandikan dan jaga malam tu. baik baby diam jer ya.. pagi pula, rafa pakai kereta abangnya ke masjid yang sama.. kebetulan arissa nak keluar cam kereta dan no plat. dia letak baby tu semula dalam bonet. tapi rupanya rafa anak pada datin yang arissa nak pergi mintak kerja. mulanya di sangka baby montel tu dibuang oleh rafa, rupanya rafa hanya pakai kereta abangnya..
setelah semua terbongkar, rafi keluar dari rumah mummynya. arissa dapat kerja di rumah datin zarina tapi bukan sebagai pembantu rumah, sebaliknya sebagai pengasuh rayyan, si baby gajah.. adoi.. apasal la panggil anak gajah.. tak berapa suka sangat sebenarnya.. tapi yelah, mungkin nak bayangkan betapa montelnya baby rayyan tu.. arissa pun cukup sayangkan rayyan. pandai dia mengatur jadual rayyan. baginya, dia hanya ada rayyan, sebab arissa pun baru kematian ibu. seterusnya banyak bab kisah perjalanan kehidupan sebagai usahawan. putar sana, pusing sini, terbalik terjerongkang kisah bisnes... kisah kejahatan dan busuk hati manusia yang gelap mata dengan kemewahan dunia.. sebab itu semua berkait pula dengan kisah dato rafail suami pada datin zarina dan rafi yang mahu merebut harta datin zarina.. merancang pembunuhan, merancang pencolekan.. tapi selang seli tentang kisah baby rayyan memang best dan lucu.. tergelak sorang-sorang baca bagaimana arissa dan rafa menjalani kehidupan bersama rayyan. arissa pula, mahu menyusukan rayyan. dia mengambil ubat hormon tanpa pengetahuan yang lain.. rafa pula dalam proses mencari ibu susuan untuk rayyan sebab dia mahu punya kaitan dengan rayyan.. korang pening ya?.. tu sebab kena baca novel ni baru tahu kenapa rafa cari ibu susuan, kenapa arissa nak susukan rayyan..
sebenarnya novel karya Syamnuriezmil selayaknya dibaca oleh semua peringkat. santai namun punya pengisian. nak kata kisah cinta hundred percent, tak jugak.. perjalanan kisah pun menarik, takde meleret malah pembaca akan terus mahu baca sampai habis sebab nak tahu apa akan jadi, apa kesudahan walaupun tahu confirm happy ending. alaa.. nak sad ending, nak banyak konflik pi cari buku lain.. yang pastu karya kali ini banyak menyingkap kisah ibu dan anak, kasih sayang yang terjalin dan kisah baby gajah, rayyan! adoi.. nak cari jugaklah dollah si gajah.. haha!!... siapa dollah si gajah, sila beli buku ni yang rasanya release bulan depan dan hayati penceritaan yang menarik dari penulis ini.. memang best!
Permulaan - Kredit pujian ketika penulis memasukkan hal-hal berkaitan pengambilan anak angkat.
Pertengahan - Sedikit perlahan jalan ceritanya. Namun saya tidak skip baca.
Perleraian - Okey. Ini penulis kena ambil pusing. Anda kelihatan seperti mahu menamatkan penulisan anda secara mendadak. Terlampau banyak yang anda ingin beri ketika anda mahu menamatkan cerita Perempuan Paling Bahagia ini. Ibarat pembaca menerima lontaran batu-batu kecil secara berterusan tanpa henti.
Berkenaan dialog: Ada terdapat beberapa dialog yang nampak seolah-olah penulis terlalu mencuba namun percubaan anda tidak larut dalam emosi saya.
Keseluruhannya, cerita penulis masih boleh dibaca. Tidak rugi kalau pembaca lain ingin membaca.
Dulu ada drama tuan anas mikael. Mokcik beli. Tapi tak baca sb tak dapat terima aaron n zya bahasakan diri masing2 mommy daddy geli nk muntah semua ada. Mybe sb i m not a fan of him. Tapiiiiiiiiiiii beranikan diri baca buku ni andddd saya sgt sukaaaaa. Arissa yang baik dan kuat. Apa sahja utk rayyan yg dia sgttt sayang. Go buy this book. Saya pinjam buku ni dgn colleague, tp mmg berbaloi baca buku ni. Tp ya la... Tema keluarga org kaya agak membosankan tp sekurang2nya bak kata malek si penjahat: mereka ni orang kaya kampung. Boleh ke penulis tulis pasal orang biasa biasa mcm golongan middle class yg pergi kerja naik lrt?
Seriously, bila kata Syamnuriezmil punya karya mesti aku akan teruja. Dok usyar ja kat fb dia ritu tentang anak gajah. Asyik2 naik kat wall, annoying gila! Aku pun baca sikit. Lagi annoying!!! Argh!!! Tak suka! Tak suka! Sebab aku tak sabaq nak tau seterusnya dan seterusnya. Terseksa jiwa dan raga betul. THEN... PBAKL keluarkan cerita anak gajah ni. Gilalah. Aku rasa aku antara pembaca yang paaaliiing awal. Yeah! Banyak ilmu aku dapat tentang nasab keturunan, ilmu faraid dan yang paling best.. banyak ilmu tentang penyusuan. Memang win. Terima kasih penulis! Osem la.
Panggilan tuan encik mengingatkn sy pada 1 drama pinoy yg popular dahulu.. panggilan 'sir chief'.. hehe.. well, bukan cerita yg sama tp sweet tu ada persamaannya. Suka ttg watak arissa yg selamba, lbh2 lagi masa na berbalas whatsapp dgn Rafa. Dpt sy bayangkan gebunya baby rayyan.. 4kg tu comellll... mmg trhibur mbaca buku ini. mmg xde konflik org ketiga, lari sedunia dan sesi pujuk memujuk. akhiran cerita sy ngatkn Dato tu meninggal disebabkn sakit jantung ke ataupun konplikasi penyakit lain.. rupa2nya jangkitan pada kemaluan..haha.. tahniah penulis.
kali ni novel akak syam xmengecewakan. xmau bohong tapi lepas baca magisnya cinta, mmg ada fobia gak la nk beli novel baru akak syam.
cute sgt pak encik dgn neng. malu2 tapi mahu gitu... novel akak syam kalo xde konflik mendebarkan memang xsah la kan. nasib baik semua berakhir dengan gembira.
novel yg penuh dgn perkataan bahagia. bahagia gak la baca ending eh..
Dah habis baca dah cite nie....best....lawak ngan cara Rafa nak mengurat Arissa...ayah gajah + ibu gajah + anak gajah....hahahaha....cite yg penuh ngan gelak ketawa,pengorbanan,dendam,cinta dan kasih sayang...saya bagi 5★ untuk acik Syamnuriezmil...