Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cerpen-Cerpen Underground

Rate this book
Heidegger di dalam buku Sein und Zeit, berkata, "Kita ini sebagai manusia, menterjemah setiap perkara mengikut sejarah pengalaman kita sendiri." Ertinya, pengalaman kita adalah tempurung yang mengongkong kita daripada berfikir lebih luas. Membaca dan kita akan terjemahkan apa yang kita telah baca itu mengikut didikan.

Kita kena mencipta suara baru, mengeksploit tenaga dan fleksibiliti kita pada segala bentuk idea. Menulis tentang dunia orang muda.

248 pages, Paperback

First published April 1, 2016

15 people are currently reading
69 people want to read

About the author

Saharil Hasrin Sanin

17 books113 followers
SAHARIL HASRIN SANIN ialah seorang penulis, ilustrator, dan visual artist berasal dari Pontian, Johor, dan kini bergiat di Kuala Lumpur, Malaysia. Sepanjang kariernya, beliau telah dianugerahkan Selangor Young Talents Awards, Hadiah Sastera Darul Ta’zim Johor, Hadiah Sastera Berunsur Islam, serta lain-lain pengiktirafan. Biodata: http://bit.ly/biodata-saharil

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (26%)
4 stars
53 (41%)
3 stars
34 (26%)
2 stars
3 (2%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for Ramzah Dambul.
Author 9 books59 followers
May 6, 2016
“Oleh kerana isteri saya mula menangis teresak-esak dalam pakaian dalamnya yang telus itu, akhirnya saya pun terpaksa bersetuju.” – halaman 34

Saharil suka menulis dengan gaya nakal dan menggoda. Kadang-kadang juga sedikit miang. Tapi dalam masa sama, dia mampu mengadun dengan efektif nilai-nilai sastera dan intelek yang tinggi. Ini kombinasi yang unik. Serius, bakat dua-alam begini tidak dimiliki ramai penulis.

Sebab itu bila menekuni buku Saharil, kita tidak rasa diri seperti pembaca murahan yang mahsyuk dengan bahan-bahan tabloid kakilima. Sebaliknya kita rasa seperti sedang menghadam sebuah karya klasik, yang dipersembahkan secara pop funky.

“Aku rindu pada engkau, kata Fox tersenyum, tidak mengendahkan kataku. Mata engkau lebam, kenapa? Dua tahun, engkau banyak berubah, siapa gunting rambut engkau dekat London?” – halaman 111

Saya fikir Saharil memberi sentuhan baru kepada gaya naratif penulisan genre kreatif Malaysia. Dia sanggah teknik penceritaan usang yang terlalu skema dan mekanik. Saharil mengolah prosanya secara kasual, seperti dua sahabat lama yang sedang bergosip di kafe tepi jalan. Sesekali menghirup kopi, sesekali mencicip biskut, sesekali memandang gerimis yang turun. Ia memberi mood pembacaan yang lebih hidup, santai, ringan tapi penuh reflektif.

Itu kekuatan natural Saharil yang sangat saya suka. Cara ekspresi yang mentah dan organik. Ia melantun spontan, tanpa elemen paksa dan buat-buatan. Sebab itu buku ini begitu manis dibaca dan mudah dicerna. Bagi saya, kelazatan ini menjadi tarikan paling magnetik. Kerana kesahajaan itu, maka pembacaan dari perenggan ke perenggan mengalir dengan penuh muzikal, bukan sesuatu yang memenatkan.

“Dia membawa watak sotong, tetapi dia rasa, rakyat Syiah Kristian tetapi dalam spesies moluska masih tidak boleh diterima di negara ini, meskipun dia seorang jutawan kaya raya yang berdarjat.” – halaman 13

Keseluruhan kisah dalam buku ini adalah ‘cerita di sebalik cerita’. Ia membawa konteks tersirat dalam beberapa lapisan. Pengisian sebenar mesej yang disampaikan selalu ditempek secara kiasan. Saharil mengkritik secara halus tapi penuh berbisa – pelbagai isu kontemporari yang melangkau segenap domain sosiobudaya dan sosiopolitik.

Buku ini bukan sekadar suka-suka mendajalkan sesuatu isu supaya orang-orang yang malas menggali kebenaran akan terpedaya dengan dogma yang disogoh. Buku ini juga bukan sengaja dikomedikan untuk menghibur orang-orang yang rasa dirinya tertindas. Yang sebenarnya pada hemat saya, buku ini mengajak kita berfikir dan menilai, dari sudut pandang neutral tanpa prejudis.

“Beberapa minggu sebelum UPSR, Asmah telah cuba membunuh diri. Dia pasang lagu Juliana Banos kuat-kuat dan telan satu botol pil putih yang dia jumpa dalam laci ubat.” – halaman 139

Buku ini menghimpunkan satira masyarakat dan parodi sosiopolitik yang dikomunikasikan dengan jujur dan berani. Kita boleh berbalah sesama pembaca, sama ada mau setuju atau tidak dengan sentimen yang dipilih penulis. Tapi yang jelas, terjahan dan cuitan dalam buku ini amat halus dengan bujukan dan diplomasi. Maka itu dengan sendiri mencabar kita untuk menilik semula setiap isu yang diutarakan, dengan cara terhormat.

Pada saya, buku yang bagus bukan semestinya bacaan yang dapat menambat mutlak titik-titik penyatuan idea atau mengemukakan jalan-jalan penyelesaian isu. Sebab setiap jawapan sifatnya relatif. Ia berubah mengikut konteks masa dan tempat. Buku yang yang baik ialah buku yang mampu menganjak takuk pemikiran, dan menumbuhkan perspektif-perspektif baru yang segar. Kerana hanya kekayaan spiritual begitu yang sebenar-benarnya akan relevan sepanjang zaman, di seluruh arena. Saya temui kepuasan jiwa yang demikian dalam buku ini.

Kata Amir Muhammad dalam pascakata buku ini di kulit paling belakang: Saharil put the ‘penis’ into ‘cerpenis’.

This sums up very, very precisely the direction, essence and spirit of this thought-provoking book.

Seriously, that is not an easy task. But I agree. Saharil successfully takes the role of cer-penis into the level where it should be. Yes, with a 'penis' solidly put intact into it. Simply said, he really lives up to the expectation.

But the question is: whose ‘penis’ did he put into it? Was it his, yours, Amir’s or someone else's? It is for you to find out. That is why this is a must-read book.

Note: Don't take the last part of this comment literally. 'Penis' is used as a metaphor here, to symbolise something outside-of-the-box and extraordinary. And what is this "something"? It is an open interpretation that every reader has the right to make. Because this book, for me, is so liberating. Ia memberi kita kebebasan imaginasi dan pemikiran.
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
February 27, 2017
3.5 *

Saya suka semua cerpen-cerpen pendek penulis yg ada didalam buku ini walaupun hanya satu muka surat tapi berjaya buat saya jadi sangat teruja dan berpuas hati walaupun di hujung2nya saya terkapai-kapai sbb tak faham ini kisah apa sebenarnya.

Ada juga cerpen-cerpen yg saya rasakan terlalu panjang(ini memang masalah biasa saya dengan cerpen. saya rasa cerpen tidak sepatutnya membuatkan pembaca merasa "bila nak abis ni") ada lah satu ke dua kot mcm tu tp tidak mengapa sbb saya masih teruskan pembacaan sampai ke muka surat akhir sayang pulak rasanya kalau terlepas sesuatu.

Ada cerpen yg buat saya baca dua kali sbb saya tidak berpuas hati dengan apa yg saya nampak disitu adakah mata saya sedang menipu diri saya.

Secara keseluruhan saya suka apa yg dipersembahkan penulis dalam buku ini Terima Kasih atas rasa yg ditinggalkan disetiap pengakhiran cerita. Tidak kisah lah rasa sedih, kecewa,terluka mahupun rasa gembira.
Profile Image for Ririn Aziz.
796 reviews106 followers
June 21, 2016
Tenang.
Dan berkarisma.

Sungguh berbeza bila kita membaca karya-karya yang dihasilkan oleh seseorang yang mempunyai ilmu dan mencintai pengetahuan berbanding mereka yang hanya menulis kerana boleh menulis. Rebel tetapi dengan cara yang ada kelas. Walaupun menulis kisah yang pada dasarnya mengkritik, tetapi diolah bukan dengan amarah yang panas berapi, sebaliknya tenang melawan dengan hujah dan ilmu.
Dan sisi pandangannya terhadap kehidupan, mampu membuka mata dan minda kita untuk turut memandang ke arah yang luar dari kebiasaan.

Tulisannya menjurus ke-Inggeris-an, mungkin kerana latar belakang pengajiannya di luar negara, memberi warna yang berbeza berbanding kebanyakan karya-karya lain.
Profile Image for Khairul Muhammad.
Author 15 books68 followers
May 3, 2016
Saya tidak menyangka Cerpen-Cerpen Underground ini punya kritikal sosial yang mengusik hati. Yang paling punya kekuatan dalam menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai di setiap baris ayat yang beliau nukilkan.

Berbeza. Saya cukup suka. Lima bintang.
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
July 1, 2017
Bila baca kumpulan cerpen-cerpen ini, aku terus dapat rasa yang Saharil ini bukan calang-calang orangnya - ada karisma, berpengetahuan luas. Mengingatkan aku kepada Faisal Tehrani, tak tahu kenapa. Dari cerpen pertama lagi aku sudah tersangkut memikirkan kenapa paparan di televisyen itu ditulis Schadenfreude untuk Islamis dan cuba mengaitkan dengan cerpen tersebut. Lama-lama fikir dan Saharil pun tolong suap apa maksudnya (hahaha), baru dapat tangkap. Ah, genius.

Buku ini nampak seperti santai, lagi lagi dengan ilustrasi di setiap cerpen, tapi tidak. Perlu berhati hati baca sebab aku rasa ada maksud tersirat yang mahu disampaikan pada setiap ayat. Atau entah, mungkin aku yang suka overthink.

Aku ini jenisnya tak berapa suka dengan kumpulan cerpen tapi Cerpen Cerpen Underground ini lain. Ia deep, crisp & brilliant. Aku jadi terfikir-fikir, termenung. Officially, Cerpen-Cerpen Underground adalah kumpulan cerpen yang aku paling gemari setakat ini. Terima kasih Moby sayang kerana menghadiahkan buku ini masa Raya Secret Book Gifting yang telah dianjurkan oleh BookendsMY. Tidak mengecewakan.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
January 15, 2018
3.5* untuk Cerpen-cerpen Underground!

Buku ini bagus dan ramai yang menyukainya. Aku juga suka dengan buku ini, tapi ada beberapa perkara yang buat aku hampir-hampir masuk dalam golongan minoriti- yang tak suka dengan naskah ini.

Tulisan SHS sangat matang, baik, dan boleh tahan.

Cerpen-cerpen di dalam ini banyak yang menarik. Penuh dengan perasa- sinikal, sweet, marah, membosankan dan banyak lagi. Ada cerpen yang pendek tapi aku puas hati. Ada cerpen yang panjang tapi aku sakit hati.

Ada beberapa buah cerpen yang aku tak faham apa yang ingin disampaikan oleh SHS. Ia terlalu tersirat dan untuk pembaca amatur macam aku, berkerut juga dahi nak fikir dan cuba relate-kan situasi dalam cerpen itu dengan isu-isu semasa yang ada dan pernah berlaku. Mungkin aku saja yang rasa begitu.

Lukisan dalam buku ni nampak comel.

Apa-apa pun buku ini masih bagus. Mungkin lepas ni akan dapatkan buku yang warna merah jambu tu pula.

Kalian tak nak cuba baca? Cubalah. Manatau buku ni mampu menyeronokkan kalian.

Peace!
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
March 1, 2019
Isi ceritanya, ada yg terlalu berat utk aku hadam. Ada juga yg sgt santai sehingga ralit membacanya.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
February 5, 2020
Cerpen yang pelbagai tak dapat dinikmati secara buru-buru. Ditambah pula dengan cerita-cerita yang tak tercapai akal, maka makin perlahanlah bacaan saya. Membaca review pembaca lain, sedarlah bahawa saya tak keseorangan; bahawa kita telah bingung berjemaah.

Pun begitu, naskah ini masih dalam kategori kumcer yang saya suka. Ada cerita lucu dan banyak juga yang berjaya buat saya rasa 'wow'. Penyampaian ceritanya baik. Gaya bahasa terasa segar (mungkin sebab baru baca novel leleh) dan menarik. Memetik teks pascakata penulis sendiri - tentang cabaran mewujudkan kesenian daripada setiap yang tiada seninya, saya fikir penulis telah berjaya.

Buku ini juga berjaya menarik saya untuk mencari dan membaca karya-karya lain daripada penulis. 3.5*
Profile Image for Fahmi Khir.
71 reviews3 followers
January 24, 2019
Underground adalah mengelak dari kebiasaan, adalah melarikan dari awam. underground adalah sesuatu yang tak harus disukai, tidak semestinya jadi kegemaran. dan bukan pilihan utama. kerana underground adalah hakikat yang hidup bersama kita. yang mengekori dan sentiasa melekat di tapak kaki. penafian untuk tidak menjadi underground adalah kesilapan yang sering kita lakukan.
Profile Image for Fahmi Kashfi.
12 reviews2 followers
November 22, 2017
Setelah Cerpen-cerpen patah hati, buku ini buat saya ketagih dengan tulisan bang Saharil. Gelap, sinis dan kelakar.
Profile Image for Hani.
Author 4 books24 followers
May 15, 2016
Saya mengambil masa dalam membaca dan menekuni naskhah ini kerana cuba untuk menyelami setiap perkara yang hendak disampaikan penulis kepada pembacanya. Cerpen-cerpen Underground (CCU) bukan semata mengenai 'underground' yang saling difahami dewasa ini membawa sekadar cerpen-cerpen yang bermain semata-mata dengan permainan perkataan dan bahasa tetapi, akhirnya hanya memberi suatu perasaan 'kekosongan' kepada pembaca. CCU dalam pada itu berbeza. Menekuninya memerlukan pembacanya untuk membuka pemahaman yang berbeza mengenai sindiran politik, isu semasa malah permasalahan sosial masyarakat.

Saya gemar bagaimana penulis menyulam hal-hal serius ini dalam ceritanya. Alur penceritaan yang lancar malah kadangkala menimbulkan rasa lucu (kerana hal-hal yang ceritakan seperti terkena pada batang hidung sendiri).

Bagi yang baru hendak membaca, jaga-jaga cerpen-cerpen underground ini kadangkala boleh jadi cerpan (cerita panjang) kadangkala pula hanya (certot); cerita kontot. Memberi minda bertenang sebentar sebelum "speed". Haha.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
August 11, 2016
Saya terpaksa memghentikan pembacaan buku ini, kerana terlalu lama masa yang saya ambil untuk membaca setiap helai kertas buku bermuka tengkorak ini.

Hanya ada dua sebab;
1) Daya pemahaman saya yang rendah
2) Penulisan aras tinggi yang terlalu tinggi oleh penulis ini.

Jujur, agak sukar untuk saya faham tulisan-tulisan saudara Saharil. Saya membeli buku ini setelah melihat rekomandasi dah komen-komen yang baik. Tapi itulah, sukar untuk saya menafsir apa yang mahu disampaikan.

Bukan. Bukan salah penulis. Saya yang harus lebih bijak membaca apa yang tersirat di balik yang tersurat.

Kalau ada yang boleh memandu saya "cara" membacanya, saya alu-alukan.
Profile Image for hans.
1,161 reviews152 followers
May 13, 2016
Cerita-cerita yang 'di luar kotak'. Strangely illogical, but weirdly entertaining and humorous. Thumbs up untuk setiap perincian bahasa dan susunan jalan cerita. Ada beberapa cerpen sudah saya baca di naskah 'Lagi Cerpen-Cerpen Underground' tetapi masih juga saya ulang baca di buku ini.

Thought provoking at its best!

ps: Saya masih setia menunggu Saharil buku-kan 'Manual Putus Cinta' :)
Profile Image for Aurélien Tantey.
41 reviews2 followers
March 19, 2020
Buku dibeli waktu PBAKL 2016 dan diautograf oleh penulis sendiri tapi baru nak baca... pertama kali membaca karya En. Saharil... suka cara penulisan beliau yang santai, nakal, dan banyak memberikan pengajaran dari cerita2 yang dimuatkan di dalam buku ini. Cerita2nya banyak yang pelik dan mental tapi banyak membuatkan saya berfikir.

Bab terakhir tu memberikan impak yang paling besar kepada saya, tentang bidang penulisan tanah air dan bagaimana bidang ini mengalami perubahan dari segi cara penyampaian dan bahasa mengikut peredaran zaman. Penulisan ilmiah yang mendalam tapi tak susah difahami. Rasanya inilah kehebatan penulis. Santai dan cool.
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
October 7, 2019
Tak tahu nak komen apa. Ada cerita yang bagus dan saya mudah difahami. Ada cerita yang langsung saya tak faham dan saya langkau ke cerpen seterusnya. Dari cara penulisan Saharil, saya dapat rasakan beliau seorang yang berpengetahuan luas. Atau mungkin juga seorang yang rajin membuat kajian untuk penulisannya. Bahasanya agak mudah untuk kebanyakan cerita. Diceritakan secara terus. Tidak berlapik-lapik. Namun ada juga beberapa yang perlu difikir-fikir kemudiannya untuk mendapatkan mesej yang cuba disampaikan penulis.
Profile Image for Hadi Muss.
147 reviews20 followers
October 10, 2021
3.5 bintang.

Memang underground (penjelasan underground ada di akhir buku).

Waktu baca sebenarnya rasa macam, mehhhh dan kadangnya ada juga jijik tapi bila ingatkan 'underground' sebagai tema jadi cerpen dan certot yang dimuatkan dalam buku ini jadi masuk akal.

Saya peminat tulisan Tuan Saharil, tapi yang ini kurang mengena dengan selera saya. Kalau anda suka cerita 'gore', tabu dan trauma (tapi geli-geli sahaja) boleh lah cuba baca.
Profile Image for noraini dmn.
18 reviews22 followers
December 28, 2017
Mengagumkan.
Apa agaknya dalam kepala penulis bila dia tengok benda-benda biasa di sekitarnya. Orang macam kita memang tak perasan pun. Tetapi Saharil mampu buat cerita tentang benda tu. Cerita yang menarik dan kadang-kadang pelik pulak tu.
Profile Image for Niena Aniesza.
197 reviews7 followers
June 26, 2019
Himpunan kisah-kisah menarik, yang memerlukan pembaca menaakul mesej tersirat di sebalik cerita.

Membaca sehingga ke penghujung, kita dapat menilai bahawa penulis seorang yang berpengetahuan.

Tak semua cerita saya dapat faham sepenuhnya. Apapun, buku ni ada keistimewaannya yang tersendiri.
4 reviews
February 8, 2021
Bukan cerpen tipikal dan penulis ada gaya penulisan tersendiri yang unik terutama mengaitkan dengan kehidupan di London ( kebanyakan) dan terms terms yang jargon dan ada beberapa isu yang kita perlu tahu tentang jenama , sejarah
Profile Image for Nezza.
6 reviews
March 13, 2024
Penulis ni selamba. Fun untuk baca. Kalau tak biasa kekadang terkejut jugak dengan joke dia. Tapi overall aku memang suka. Aku memang minat penulis dan banyak jugak kumpul karya dia. Terasa fresh dan idea dia tak sama dengan penulis lain. Aku suka. Looking foward untuk karya dia
Profile Image for Khairul Shafee.
53 reviews2 followers
January 23, 2019
Cerpen cerpen yang dihasilkan sangat menarik. Mungkin penulis menulis berdasarkan pengalamannya sendiri.
Profile Image for Kusma Adika.
20 reviews
June 10, 2019
Boleh tahan sedap.

Ada beberapa cerpen jer yang aku xberapa minat, yang lain okay.

Santai2 baca buku mcm ni boleh buat korang happy.
Profile Image for Zaiful Zahiri.
38 reviews1 follower
December 5, 2020
Kelakar. Ada beberapa cerpen yang lawak dia on-point, punchline dia letup, dan tembakkan dia tepat secara sarkastik.
Profile Image for Rafi Harumin.
5 reviews
May 6, 2016
Cerpen-Cerpen Underground: Saharil Hasrin Sanin

Saya membaca karya Saharil lewat dua buku iaitu Tentang dan Kentang yang diterbitkan oleh Sindiket Soljah. Sudah tentu masih ramai yang tidak tahu, gambar (Tuan puan maklum gambarnya macam mana) larangan dengan notis bertulis 'DILARANG KEHULU KEHILIR SAMBIL MEMBAWA KERTAS DENGAN MUKA PURA-PURA BUSY DI PEJABAT INI.', beliau yang menghasilkannya. Ramai yang berkongsi gambar itu, banyak juga jabatan yang melekat notis itu di pejabat mereka. Tidak kurang juga yang mengaku mereka orang yang menghasilkannya (tak malu betul!).

Baik, mengenai buku Cerpen-Cerpen Underground terbitan DuBook Press ini, Saharil sekali lagi memperlihatkan kepada pembaca gaya tulisannya yang santai tetapi sinis. Ada faham yang perlu digali lapisnya, ada kritikan yang mesti difikir tentang kisahnya. Begitulah Saharil dan karyanya. Selalu juga saya berangan memiliki kemampuan menulis sepertinya yang banyak idea, tidak menyekat mood pembacaan melalui tulisannya juga kaya kosa kata yang menarik. Semoga selepas ini kalau dia datang ke Sabah lagi bukan untuk panjat gunung tetapi buat bengkel Teknik Penulisan Gaya Saharil. Ewah!

Akhir sekali, Saharil tidak tergolong dalam kategori penulis yang disukai ataupun tidak. Tetapi, karya beliau berada dalam kategori yang patut dibaca.
Profile Image for Johan Radzi.
138 reviews197 followers
May 11, 2016
Aku lebih sukakan cerpen-cerpen lama Saharil: Anak Bumi Tercinta & Buana Serpih Angkasa ialah kegemaranku. Yang lain cantik, padat, menggerunkan, seringkali datang dengan pesan-pesan kabur (atau wujudkah pesan itu sebenarnya?).

Bahasa Saharil santai, tapi taklah se-anarkis bahasa santai. Ia masih segar dan hidup, dipenuhi sentuhan-sentuhan baru. Perbualan watak-wataknya kasual & tak membosankan, bukan macam perbualan kakitangan pejabat kerajaan yang skema-skema itu.

Tidak banyak yang aku ingin tulis. Banyak yang sudah dijelaskan sampai lumat oleh pengkritik-pengkritik di bawah. Cuma satu: aku harap Saharil menulis cerpen banyak lagi. Atau novel sebuah terus. Sastera Malaysia perlukan karya-karya 'underground' (?) seperti ini.

Peh, itu sajalah.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
May 15, 2016
Mungkin buku ni bukanlah type aku sangat. However, apa yang aku nak puji pasal buku ni ialah, cover yang menarik (Lama aku amati huruf jawi alif-nun-dal-ro-ga-ro-alif-wau-nun dal, lama sikit baru perasan yang ia adalah 'underground' dieja dalam jawi, silly me!).

Selain itu, aku suka grafik-grafik dalam buku ni, i mean lukisan dalam buku ni. Comel sungguh!. Kadang-kadang, bila baca buku ni, aku rasa penulis ni betul-betul power. Banyak betul perkataan melayu yang digunakan yang aku langsung tak tahu kewujudannya, contoh 'bersempudal'. Bukan calang-calang penguasaan BM penulis, baca pun rasa smooth je. My favourite cerpen, would be kisah pasal nenek yang suka makan bahulu tu, 'Psiko Pulau Pisang'.
Profile Image for Ain.
2 reviews8 followers
January 18, 2017
Sebenarnya,aku jarang baca buku indie (kecuali kenal penulisnya),apatah fiksyen indie.
Tapi capailah juga memandangkan ini cadangan seorang kawan,yang aku benar2 percaya citarasanya.
Masa mula mula baca aku fikir bahasanya sangat mudah,dan aku mula fikir ia membosankan (macam buku2 indie lain yang bahasanya tak indah lansung),tapi menyelak cerita demi cerita aku tertarik dengan idea.Ya,IDEA.

Buku ini buat aku sedar sebagus dan selenggok mana bahasa kau,idea tetaplah paling utama.
Dan klimaks buku ini ialah diakhirnya,di ruangan PASCAKATA.

Ini buku yang menginspirasi untuk kau mula menulis cerita.Dan buat aku tarik balik pandangan meremehkan karya2 indie,kalau nak tahu kenapa,bacalah buku ini.
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.