Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lelaki Untuk Zinn

Rate this book
Menangguhkan pengajian dan menjadi cikgu tuisyen dalam usia muda tak pernah ada dalam kamus hidup Zinn. Tapi, itulah yang erpaksa dia lakukan demi meneruskan legasi keluarga.

Permulaannya hanyalah biasa-biasa. Tapi keadaan berubah jadi huru-hara bila dia 'dipaksa' oleh Encik Tarmizi untuk menjadi personal tutor pada anaknya, si Ahmad Azan yang heartless ya ampun!

"Saya akan bayar lima ribu sebulan dengan syarat, anak saya wajib perfome!"

Kepala Zinn jadi senak. Kalau si anak minta diazankan, si ayah pula minta dibacakan talkin. Namun, hubungan Zinn dan Encik Tarmizi mengundang salah faham si anak.

"Saya memang dah tak ada mak tapi, itu tak bermakna saya nak mak tiri!" Azan.
"Hei! budak, awak jangan buat kelakar ya! Saya dengan papa awak tak ada apa-apa!" Zinn
"Kalau macam tu, jadi isteri saya!" Azan

Dua beranak ni memang buat hidup Zinn tak tenteram. Tak cukup bapa, anak sekali tumpang sekaki.

"Kalau susah sangat nak buat pilihan, apa kata kita baling syiling." Syiling di tangan Azan terus di lambung dan ditangkap.
"Kalau kepala apa? Kalau ekor apa?"
"If heads, I'm yours. But if tails..." Azan tak sudahkan ayatnya.
"If tails?" Zinn ingin tahu.
Tapak tangan Azan buka. Ekor!
"You're mine!" putus Azan, pasti.
"Huh!"

Benarkah Zinn akan memilih untuk menjadi milik Azan? Beza umur mereka empat tahun. Tapi kenapa Zinn rasa bila bercakap tentang kehidupan, Azan lebih dewasa dari usianya?

"Matlamat perkahwinan kita bukan untuk berfikir perkara yang sama tapi untuk berfikir bersama-sama. Will you, Zinn'?"

658 pages, Paperback

First published May 1, 2016

7 people are currently reading
95 people want to read

About the author

Ezza Mysara

25 books273 followers
Menulis itu umpama meneroka kemungkinan dalam dunia yang berbeza. Yang boleh menarik orang lain ke dalam emosi. Berenang dalam dunia yang penuh kemungkinan. Dunia yang mungkin orang akan suka atau mungkin dunia yang langsung orang tak nak masuk.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (29%)
4 stars
40 (45%)
3 stars
18 (20%)
2 stars
3 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 29 of 29 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
September 30, 2018
Almost gave up the book. I did read it, but there were some parts that I just skimmed about and just read between the lines.

The background story was very long and dragging. It took about 2/3 of the book. For me, the story started after the 8 years lapse.

Luckily, ada perubahan pada watak after 8 years. I was a bit uncomfortable dengan panggilan 'budak' dan 'cikgu' even after they were married. The status quo won't change if panggilan tak diubah. You have accepted him as your husband, so automatically his status also changed. Biarpun berapa beza umur sekalipun. And 21 years old pun masih budak kot. Kalau sekali-sekala guna panggilan tu masa bergurau-senda, tak per la jugak. Ni dah macam panggilan harian.

Selepas 8 tahun dan semua konflik tu, barulah rasa cerita tu bergerak dan menjadi lebih menarik. Tapi geram sungguh la dengan si Zinn ni. Suka menyusahkan benda yang simple. Degil tak bertempat. And contradict pulak tindakan dan fikiran. Rasa nak lepuk jer.

Cerita sudah menarik. Cuma execution tu yang perlu diperbaiki. Ezza penulis yang baik, terutamanya bab-bab konflik dan air mata ni. Cumanya banyak scene yang just filler dan dragged sampai hilang arah. And last part yang menarik tu dah jadi tergesa-gesa sebab semua konflik + penyelesaian disumbat sekaligus. Rasa macam cerita pendek pulak.

And please please buat research and bagi fakta yang konkrit. Even though writers ada creative license to manipulate the story, tapi biarlah tak dipertikai dan menganggap pembaca hanya tahu menerima saja. Ada a few issues, walaupun tak besar tapi still ada impactnya ya. Especially part pohon fasakh tu. Ada steps yang kena dibuat, bukan hanya dengan sekeping surat. Ada authority yang mempunyai kuasa, bukan only between the husband and wife saja. But since I really want the closure, I just go through jer la.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
February 9, 2017
Untuk saya, saya amat suka dengan chemistry antara Azan dan Zinn..tak kering gusi..perbezaan umur hampir 4 tahun dan nikah di usia semuda 17 tahun tak jadi masalah bagi mereka..Zinn dan Azan ni masing2 matang dari segi pemikiran.

Walaupun Azan lebih muda dari Zinn, dia ni nakal dan kuat menyakat Zinn, dalam masa yg sama dia amat pendiam dengan rakannya yg lain dan lebih suka ambil sikap acuh tak acuh dengan mereka kecuali Zinn.

Zinn pula seorang yang kuat membebel dan suka menyimpan perasaan sedih. Padanya bila suka 'disharekan' bila duka dia pendam kerana tak nak menyusahkan orang. Sikap dia yg ini yg memakan diri sendiri dan datangkan masalah pada hubungan mereka.

Azan pula bukan seorang budak yang cepat melatah. Bila berhadapan dengan masalah, dia mari kedepan dan sering memberi ruang pada Zinn..pada dia berat sama dijinjing.

Kerana satu musibah, mereka berpisah selama close to 8 years..setianya kedua2 mereka..kekadang saya bertanya masih ada lagi ke orang macam ni..walaupun ada langau yg dtg tetap tak mengugat perasaan Azan pada Zinn. Langau pun takdelah sampai teruk sangat..just sikit2 je takde menggedik.

Plot biasa saja..sebenarnya boleh diselesaikan dengan senang kerana bukan sengaja..whatever a stress free for me maybe not for others. Sampai akhir pun lucu.
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
May 13, 2016
Tak tahu nak bagi berapa bintang.

2.5* atau 3*

Lelah.

Tak kena dengan jiwa.

Sampai banyak kali skip dan pernah sekali, di tengah bacaan aku boleh membelek muka depan nak pastikan betul ke naskah ini dari Ezza Mysara :(

Rencahnya lain. Lain sangat berbanding novel terdahulu.

Jadi dah boleh kosongkan fikiran balik. Hapus jauh-jauh budak umur 17 tahun kahwin dengan orang yang beza umur 4 tahun.

Profile Image for Mslvoe.
2,066 reviews200 followers
January 11, 2024
Sorry banyak pages F skipped. Bukan tak best cuma lelah nak habiskan.

F kurang minat panggilan cikgu-budak.. beza 4 tahun je. Rasa cam pelik

Cerita best after 8 tahun..
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
December 7, 2016
BEST OITTT <3 <3 <3

FAVOURITE!

tp cite ni sedih laa kat bhgian konflik tu :(

kesian giler kat zinn n azan, kat encik tarmizi pun :(


:'(
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
July 20, 2016
i'm done with LUZ...it's superb!!! konflik yang lain dari yang lain

baca prolog pon dah boleh buat tertanya tanya...apa yang jadi ngan dorang nih?

Azan yang muda 4 tahun dari Zinn, seorang yang sangat matang pemikirannya...banyak dugaan yang terjadi dalam hidup mereka apabila mereka memilih untuk berkahwin...dengan si Luthman, si abang penyangak yang tak guna...namun, mereka mampu menggapai bahagia walaupon terkadang Azan dengan perangai tidak matangnya dan Zinn yang terlalu memendam, tidak mudah meluahkan...

perkahwinan mereka diuji apabila Azan melanjutkan pelajaran ke Australia...Zinn yang bertindak terburu buru apabila mengetahui bahawa Luthman menggunakan Ainul, adik mereka sebagai keldai dadah...Zinn telah terbunuh Fatihah...12 tahun disabitkan hukuman penjara...lantas, Zinn meminta perpisahan tanpa Azan mengetahui apa sebenarnya yang telah menimpa Zinn...

8 tahun berlalu, Zinn telah dibebaskan awal kerana berkelakuan baik...Zinn nekad inginkan perceraian kerana tidak mahu Azan menanggung malu isteri seorang banduan...namun, Azan tidak mudah melepaskan...sehinggalah kematian En Tarmizi semakin merapatkan jurang perhubungan mereka...rupa rupanya, Azan telah mengetahui perkara yang sebenar 8 tahun lepas dari Masyitah, kakak Zinn...namun, dia memilih untuk mendiamkan diri untuk tidak mengeruhkan keadaan...

comment: i love this story sebab rasanya ini kali pertama, saya baca konflik yang heroin dipenjarakan...8 tahun mereka terpisah...it's interesting...and sad!!! Azan yang sangat penyabar dan matang...walaupun tahu perkara sebenar, dia mendiamkan diri and go with the flow, tak nak menyusahkan lagi Zinn...and Zinn, yang sangat penyabar...8 tahun bukan satu jangka masa yang singkat...novel ni tak sweet overdose...hubungan Azan ngan Zinn pun macam kawan rapat je...banyak pick up line yang menarik, tak hambar dan banyak juga analogi serta falsafah hidup semua...it's kinda interesting...

congrats to the writer...good luck for the next baby
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
January 1, 2023
3.8/5 ⭐

Kisah cinta seorang guru tusyien dengan pelajar yang bermasalah. coppp! baca buku ni dengan minda yang terbuka ya! (bak kata rumi) saya awalnya pun memang tak boleh brain trope gini, anti sangat cause.... teringatkan masa lalu HAHAHA (tiada kaitan dengan saya)

Zinn. menjadi bidan terjun untuk menyelamatkan pusat tusyien peninggalan ibu bapanya. dapat pula mengajar dengan seorang anak murid yang masuk kelas diam je, takde tanya, takde pandang. tiba tiba, ayah pelajar tersebut minta dia jadi private tutor anaknya yang bermasalah tu. Zinn ni, seorang yang sangat suka simpan masalah sendiri. apa pun jadi, dia taknak orang lain rasa susah. dia nak semua bahagia, takpelah dia susah lebih. saya rasa nak hug dia ketat ketat sebab ujian dia sangat mencabar. tak adil dia yang tanggung semua tu!!

Azan. perangai budak ni sama lah macam nama dia, minta diazankan! tapi dia sangatlah matang disebabkan apa yang dia lalui. budak 17 tahun, mestilah ada sisi tak matang dia tu. maafkan saya, tapi saya tak suka lelaki mulut manis (sebab saya rasa mereka mulut manis ni pandai main kata je 😔 hahaha) azan ni terlalu manis untuk saya, kadang tu rasa nak selotep mulut supaya takleh cakap. dahla mulut manis, he's act of service type of guy juga aish!

paling saya suka buku kak ezza sebab tak ada lawak laki bini! the only reason kenapa rating rendah sikit sebab terlalu manis (saya tak minat manis, minuman pun minta kurang manis tak pun order ais kosong je) dan trope dia not for me. writing style kak ezza memang best! jangan ragu ragu nak beli buku kak ezza sebab intipati dia sangat sangat bagus.

oh, conflict dia sangat tidak dijangka ya. saya macam, termenung jap sebab apa yini! kesian Zinn 🥹
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
May 18, 2016
Finally, habis jugak baca novel ni. Congrats to kak Ezza Mysara untuk novel ke-5 ni. Memang cukup rencah. Ada ketawa, menangis sampai bengkak mata dan geram pun ada.

Dari prolog lagi aku dah tertarik nak tahu apa yang terjadi dekat hero yg muda 4 tahun dari heroin ni. How I wish dapat lelaki seperti Azan, walaupun baru umur 17 tahun dah kahwin tapi tahap matang dia tu mcm 71 tahun. Masa mula2 tu curios gak kenapalah Azan ni pasif je. Tak bergaul dgn orang, duduk dlm dunia dia sendiri. Sampailah Zinn datang sebagai 'penyelamatlah' kononnya. Dari situ satu demi satu persoalan terungkai.

Dan bila diaorang dah kahwin, giler sweet si Azan ni rupanya. Ayat pick up lines bersemut sampai aku rasa nak lempang. Hahaha..that why I like kak Ezza Mysara punya novel. Ayat2 puitis dia tu bikin hati cair. Akak google ke create sendiri tu eh?
Profile Image for Ain adawiyah .
26 reviews3 followers
September 23, 2016
Prolog cerita berjaya grab attention saya utk terus membaca. Disebabkan rasa curious dgn ape yg jadi between si Azan and Zinn ku gagahkan diri untuk baca towards the end.


Cuma bila da hujung2 tu da hilang fokus. cerita agak meleret. so skip je la. hehe


Anyways.. Not bad. karya penulis ni masih boleh di hadam.
194 reviews9 followers
December 2, 2016
a must read from Ezza Mysara. cukup rencah. sangat2 terhibur dengan Zinn dan Azan. lawak betol pick up line diorg ni. sweet n cute.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
December 17, 2016
ingtkan cite ni xde konflik...tp nak last tu.. konflik dia sampai menitik air mata... aduhaii.. kesiannya kat Zinn....
Profile Image for Riley Fizan.
Author 8 books29 followers
May 17, 2016
mungkin ada yang tak gemar hero muda a.k.a budak sekolah, tapi mungkin ada yang boleh terima jalan cerita begitu. saya suka cerita ini. suami lebih muda dari isteri? been there, done that hahahaha. so saya boleh relate cerita ni.

Zinn, saya salute awak punya ketabahan diri. watak wanita yang kuat begini memang fav sayalah. dunia perlukan lebih ramai wanita 'kuat' begini. pembaca perlukan lebih banyak watak novel wanita yang kuat dan tabah macam zinn.

Azan, memang awak lelaki untuk zinn kot. jaga cikgu awak tu baik-baik tau.

waktu membaca novel ini, tak terlintas langsung nak membayangkan hero dan heroin ini adalah berwajah lawa. sedap mata memandang je. sebab saya membaca suka kaitkan dengan realiti.

tak dapat bayangkan bgaimana kehidupan zinn sepanjang lapan tahun dalam...eh, tak naklah spoiler hehe

sarah, good job
Profile Image for azila syarudin.
59 reviews1 follower
May 18, 2016
bengkak mata woooiiii. jahat writer nih!
mula2 tertanya-tanya apa yang menyebabkan Zinn n Azan ni terpisah sebab curious dari prolog tu.
mati2 ingatkan dia org terpisah sebab Zinn tahu kebenaran dia. rupanya part tu Zinn cool je. writer terapkan konsep redha kat situ. and rupa-rupanya konflik dia... !_! sangat beremosi.

Azan, awak memang sweet, penyabar, nakal, dan matang walau awak muda dari cikgu.
Zinn, how I wish I can be like you. kuat n tabah!

sebenarnya tak puas hati dengan uthman tuu.. eiiii. jahat sangat buat adik sndiri macam tuh! hukuman yang dia terima tu x setimpal dengan kejahatan dia. Benci.

Kekeluargaan, persahabatan, percintaan, perfect! btw sangat suka persahabatan Rudi dengan Zinn. hihi. btw cerita ni langsung tak klise. unpredictable. congrats writer!
Profile Image for Safiya Mieza.
26 reviews2 followers
May 20, 2016
Permulaan cerita yang best. Sebuah kisah percintaan dan perkahwinan antara pelajar lelaki 17 tahun dan student U yang terpaksa tangguhkan pelajaran demi membantu keluarga. Mereka akhirnya berkahwin dan terpisah atas sebab tertentu. Cuma moment semasa perkahwinan diorang terlalu panjang dan meleret. Bahasa Zinn untuk Azan pun agak kasar, dan penulis juga tak menekankan sangat diorang sebagai pasangan romantis, so nampak macam hubungan kakak dengan adik, walaupun penulis selalu menekankan bahagia Azan sangat menyayangi Zinn.Kalau penulis memanjangkan kisah selepas diorang berjumpa after 8 years lagi best sebab masa tu Azan dah matured dan macho.Overall saya suka novel ni walaupun amik masa nak habiskan sebab kisah diorang yg sweet dan loving each other.
Profile Image for Lindz.
66 reviews8 followers
February 21, 2017
percubaan pertama membaca karya ezza..ternyata saya amat menyukainya. pembacaan di kala hari berkerja kekadang bole melangkau seminggu...tapi untuk karya ezza saya berjaya menghabiskan nya dlm 3 hari..an achievement. jln cerita yg bagus n not typical kawin paksa langau etc. kelainan yg dicari. kudos sista. akan follow ur karya dimasa2 akan dtg. welldone.
p/s meleleh air mata saat perpisahan mereka di airport. penah mengalami nya n sgt terkesan moment itu dihati. sob sob..
Profile Image for Farha Diana.
26 reviews2 followers
November 2, 2016
After so long! I decided to close the book and move on! Can't finish the book till the last page. At beginning was okey then just can't imagine the characters age gap. Or perhaps the characters were not illustrated as to what I can imagine. Sorry author.
Profile Image for Marta Dafid.
89 reviews3 followers
November 21, 2016
Best!!! Tahniah Ezza Mysara ....
Kisah Azan dn Zinn memang awesome... Ada suka, Ada duka.. Mcm2 rasa ada bila baca novel ni.
Profile Image for Jaja  A.
148 reviews27 followers
December 12, 2016
best dan puas hati..tq ezza mysara.tahniah 4*
Profile Image for Gerobok  Yan.
61 reviews9 followers
December 8, 2022
Lelaki untuk Zin | Ezza Mysara

Sinopsis;
Menangguhkan pengajian dan menjadi cikgu tuisyen dalam usia muda tak pernah ada dalam kamus hidup Zinn. Tapi, itulah yang terpaksa dia lakukan demi meneruskan legasi keluarga.

Permulaannya hanyalah biasa-biasa. Tapi keadaan berubah jadi huru-hara bila dia 'dipaksa' oleh Encik Tarmizi untuk menjadi personal tutor pada anaknya, Azan. Dua beranak ni memang buat hidup Zinn tak tenteram. Tak cukup bapa, anak sekali tumpang sekaki.

Benarkah Zinn akan memilih untuk menjadi milik Azan? Beza umur mereka empat tahun. Tapi kenapa Zinn rasa bila bercakap tentang kehidupan, Azan lebih dewasa dari usianya?

Review;
Sebuah lagi karya penulis yang ku baca. Overall, jalan cerita menarik. Ni cerita cikgu berkahwin dengan anak murid, tapi jalan cerita dia lain sikit la. Nice. Sape tak geram dapat anak murid yang macam kayu, ko tanya dia buat derk je. Jangankan nak borak, bila ditanya pun macam bisu je. Pekak ke apa ke taktau.

Walau macam tu, jadi hero kat cikgu. Sampai keluar idea mengarut. Boleh pulak dia request Zinn jadi private tutor dia. Haaa, pening kepala Zinn.Lepas tu ajak kahwin pulak. Masa awal awal baca tu macam eh ko dah kenapa Azan, tiber je ajak kahwin. Umur 17 kot. Sampai cikgu panggil dia budak. Jangankan Zinn, aku yang baca ni pon mau jatuh rahang 😆

Memula baca kisah tu, macam klise je. Anak murid kahwin dengan cikgu. Bila dah kahwin tu, nampak cerita ni makin menarik ya. Main pick up line pulak dengan bini dia. Dedua sama melayan. Haaa tiber sweet pulak Memula tu kurasa Azan ni macam kurang ajo sikit 😆

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ada pulak la benda besar jadi lepas kahwin tu membawa kepada perpisahan selama 8 tahun. Wargghhh tang perpisahan tu mmg agak sedih ye. Nak taknak terpaksa Zinn buat camtu demi masa depan Azan. Hmm serius tak sangka benda tu jadi kat Zinn. Ku macam terkejut bila penulis tulis jalan cerita macam tu, but nice ya. Lain la bagiku. Bukan semata kisah cinta suka je manjang kan. Apa benda jadi? Haa baca la sendiri.

Dalam novel ni pun banyak kata kata semangat, ilmu jugak. So sangat berguna ya tabbing hijau biru tu. Biru untuk info/ilmu, hijau untuk quote best. So bagiku cerita dia menarik, ku recommend la baca bagi sesape yang tak kisah nak baca buku anak murid - cikgu berkahwin ni.

Sekian review dari saya. Wasalam.
Profile Image for Perrahin Nur.
45 reviews
December 1, 2025
Laju baca sbb best!! Perangai tak matang Azan buat saya pon jatuh cinta lah hihihi
Wlupon gaya cerita and dialog sometimes rasa mcm bit baku but saya maafkan sbb kak Ezza slalu bagi hero2 yg green flag

Kematangan Azan dlm ketidakmatangan dia and perangai tak semegah ‘introvert’ at first tuu eii sumpah nak cepukk! But the fact that he’s so trusting in her wife masa Zinn dlm penjara tuuu omaigoshhh klau laaa dunia ni ramai suami mcm tuu mesti aman hahaha but awat yg lama sgtt pendam tuu konon nak denda si isteri ish buat saspen je scene after papa meninggal tuu

Prolog tuu betol2 buat saya cepat2 nak tau ending..
And for Zinn pulak..heroine sejenis ketegaq keras kepala which i lurve but at the same time quite geram sbb always nak simpan sendiri..

Jln cerita yg sumpah lain drpd lain..plot twist yg lansung saya x jangka and cerita tak sempurna diorg yg buat novel ni extra special and jdi lgi sempurna!!

Antagonist xperlu byk and just enough..more to conflict between the egos of both leads but at the same time cute!! Cuma till the end mmg nak bercikgu - budak jgk ehhh ish i need sweetness sbb lama tggu 8 tahun kot hahahahhaa
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for yaenareads.
51 reviews1 follower
June 1, 2022
Apa yang bestnya dengan karya Ezza Mysara ni kan.. Bila kita rasa nak marah dekat watak² dalam novel dia, mesti tak boleh. Sebab kita akan dipujuk tauuu akhirnya HAHAHAHAH i'm in love with her writer😭😭😭
Profile Image for imiss nana.
18 reviews1 follower
July 12, 2022
lelah jugak aku nak habiskan. lepas ni lamalah baru aku pegang buku pages tebal gini.
haha
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
August 30, 2022
“You are my zing, Zinn” 😍
Profile Image for ilhaM.
46 reviews
May 21, 2016
macam mane sy nak bagi 10 bintang ek...
huhuu
Displaying 1 - 29 of 29 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.