Jump to ratings and reviews
Rate this book

Until You're Mine

Rate this book
Risa was threatened by her father to marry Ryan or she could lose her bakery.

Risa and Ryan didn't like each other. So, they came out with a new plan - pretend dating. But with their families and friends' breathing down their necks, watching their every manoeuvre, will their plan work?

271 pages, Paperback

Published April 1, 2016

1 person is currently reading
4 people want to read

About the author

Nash Norden

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (50%)
4 stars
2 (50%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
December 20, 2020
"You can't choose who to fall in love with, even more than you can choose when it happened. And there are times when you fall in love with someone whom you never thought much of, before".

Novel ini mengisahkan Risa yang diugut oleh ayahnya untuk mengahwini Ryan atau dia akan kehilangan dana bagi meneruskan kedai cupcake miliknya. Risa dan Ryan terpaksa memenuhi permintaan keluarga sehingga mereka memeterai perjanjian untuk pura-pura bercinta selama sebulan.

Jalan cerita bersama plot menarik dan comel. Tak dinafikan, aku ada terfikir mengenai klise percintaan yang mula-mula tak suka lepas tu terjatuh cinta, tapi itulah lumrah kehidupan kan? Sinonim dengan kata-kata berbunyi, "tak kenal maka tak cinta". Itulah yang terjadi dalam hubungan Risa dan Ryan. Apabila lebih mengenali satu sama lain, bibit-bibit suka mula tumbuh mekar dalam hati mereka, maka bermulalah juga babak mahu tapi malu pula, eh 😎

Pertama kali aku membaca karya penulis Nash Norden dan apa yang dapat aku simpulkan adalah aku tertarik untuk membaca karya penulis ini lagi. Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami, gaya olahan pun berjaya menawan hatiku. Aku suka hubungan Risa dan sepupunya, Sarah, yang suka "quote a song" dalam perbualan. Menarik dan pengetahuan bab lagu harus meluas ni 😁

Baca buku ni membuatkan aku craving for cupcakes! Terbayang-bayang cupcakes yang digambarkan dalam buku ni. Walau tak dapat rasa, tapi aku yakin mesti sedap! 😋 Ohh ya, penulis mempunyai bachelor degree in Culinary Arts dan mungkin itulah yang menjadi pencetus kepada idea bakery dalam buku ini.

Kesimpulannya, buku ini berjaya menambat hatiku yang tidak berapa gemar akan kisah cinta 😁 Aku rekomen buku ini untuk mereka yang suka baca novel romance, jalan cerita yang tak padat dengan konflik dan sesuai juga untuk mereka yang berkeinginan untuk mula membaca novel bahasa English.

Rating: 4/5 ⭐️

Terima kasih @usraabooks kerana memberi buku ini untuk pertukaran ulasan buku. Glad to read a book by one more Malaysian authors 💛

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
October 30, 2020
#Bookreview
.
Selalu, aku akan pilih untuk baca non-fiction dalam bahasa Inggeris. Sebab aku lagi mudah nak extract point-point penting. Dan jarang sekali baca fiction dlm bahasa Inggeris. Tapi untuk Until You’re Mine yang ditulis oleh @nashnorden ni terkecuali ya. Dengan penyampaian cerita & penggunaan bahasa yang mudah faham, aku boleh katakan yang aku sangat sangat enjoy dengan cerita ni! 😍 Di tamba lagi, tema yang diketengahkan ialah tentang dinamik keluarga, relationship & persahabatan memang dah jadi tema favourite aku.

Aku membaca Until You’re Mine disaat aku memang perlukan cerita yang comel dan mampu buat kan aku terhibur! 😂 penulis berjaya buat aku tersenyum-senyum dan sesekali ketawa sepanjang menghayati kisah Ryan Harisson & Risa Fujimoto

Risa diugut oleh ayah dia untuk berkahwin dengan Ryan atau Risa akan kehilangan bakery dia?

Aku paling suka dengan watak Risa yang reserved tapi dalam masa yang sama dia tahu apa yang di nak. Dia sayangkan bakery dia & dalam masa yang sama dia tak nak perjudikan hidup dia dengan orang yang dia tak suka. Dia bukan watak yang digarap untuk menurut kemahuan sinayah tanpa berbuat apa-apa

Cerita ni bertambah menarik dengan event-event Risa & Ryan buat satu plan. Nak tahu plan apa & menjadi atau tak, korang kena baca! Haha. Adanya watak & scene Evan & Sarah juga melengkapkan kisah Ryan & Risa. Tak tahu lah kenapa tapi aku suka part Evan & Sarah 😂😍

Dalam semua elemen, aku puji dengan kebolehan penulis sebab walaupun plot atau perjalanan cerita tampak cliche tapi penulis berjaya mengolah dialog, mesej & konflik sehingga aku sebagai pembaca dah jadi tak kisah dengan benda cliche sebab ada banyak elemen lagi yang buat kan cerita ni patut di rai!

Tahniah @nashnorden ! Semoga terus menulis dan menghasilkan karya yang lebih baik ♥️

P/s: Kalau korang nak baca kisah yang comel, santai tapi dialog & mesejnya sangat relatable. Korang boleh cuba baca Until You’re Mine! Korang boleh dapatkan di shoppe @usraabooks 😊

#bookreview #athirahreview #bookstagram #bookstagrammers #malaysiabookstagrammers #Malaysia #bookphotography #bookbloggers #booklover #Nashnorden #Untilyouremine #stayhomereadbooks
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.