Jump to ratings and reviews
Rate this book

Semoga Tuhan Merahmati Sains

Rate this book
Bukalah mata. Diciptakan semua ini adalah untuk orang yang ingin melihat. Tidakkah mereka melihat ciptaan ini, semuanya ini; pokok, angin, awan, bintang-bintang, manusia, cukup untuk membuatkan seseorang itu menangis, menghargai dan terkesima?

Lihatlah di sekeliling, bagaimana ajaibnya ciptaan Maha Pencipta. Kenapa perlu orang Yahudi, orang yang kau benci itu boleh menghargai Maha Pencipta lebih daripada kau hargai? Kau yang gelar diri kau hamba yang sejati tetapi kau toreh mata kau, menghalangnya untuk melihat dan memahami.

Daripada masa ke pergerakan, pengecilan ke spacetime, dan ke pengakuan diri, akan banyak lagi misteri alam ciptaan Maha Pencipta yang seumpama harta karun menunggu untuk ditemui. Sains musuh Islam! Sains musuh ulama'! Sains musuh Maha Pencipta! Sains agama baru! Sains itu free-thinking!

Pengakhirannya, biarlah saja Tuhan yang merahmati Sains.

306 pages, Paperback

First published April 1, 2016

16 people are currently reading
74 people want to read

About the author

Asif A. Khushaini

2 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (62%)
4 stars
16 (27%)
3 stars
5 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Jim Hesnen.
61 reviews
June 30, 2017
Penulisan yang bagus, tidak perlu sebarang pendidikan sains formal untuk baca ini. Cuma mungkin di muka akhir boleh disenaraikan senarai rujukan atau cadangan bacaan tambahan berkaitan teori-teori yang disajikan.

Sesuai untuk bakal-bakal saintis yang sedang lemas dengan krisis identiti masing-masing yang terseksa dalam kelas yang "mati". Sesuai juga untuk membangunkan mereka yang tidur, atau mencelikkan mereka yang buta.

Pada asalnya saya fikir buku ini hendak menceritakan tentang Sains Fizik Teori. Tapi saya silap. Buku ini lebih 'comprehensive' dan bukanlah saintifik semata-mata. Buku ini mengajar tentang kehidupan, kelemahan manusia dan kekuasaan Ilahi. Buku ini banyak mengkritik sifat-sifat hodoh "Melayu" yang dimanifestasi oleh ramai orang moden, termasuklah yang bukan berketurunan Melayu, di mana perlu suatu arus perubahan terutamanya melalui bidang penulisan ilmiah seperti ini.

Pengunaan analogical argument dalam menerangkan konsep-konsep berat dalam bidang Fizik sangatlah berjaya dalam memahamkan saya tentang teori Fizik seperti Kerelatifan dan Kucing Shcrodinger. Bab terakhir yang dimulakan dengan disiplin Immunologi, membawa saya kembali kepada realiti hidup dan mati. Terima kasih kerana selitkan juga bidang Biologi dalam buku ini. Penulis juga memasukkan sedikit daripada bidang Geologi dan mengaitkan dengan kelestarian Alam pada masa akan datang.

Walaupun terdapat beberapa kesalahan ejaan (note to editor), dan penggunaan bahasa Inggeris juga pada kadar yang tidak menjengkelkan, secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
July 10, 2016
Aku dah tinggalkan bidang sains tulen hampir setahun rasanya. Entah kenapa membaca tulisan dalam buku ini menerbitkan rindu pada sains, khususnya bidang Fizik. Aku suka analogi yang penulis sampaikan untuk memahamkan aku pada teori2 yang disajikan. Kadangkala aku berfikir, alangkah bagusnya ketika zaman pra universitiku, aku membaca buku ini. Haha. Ada juga 4 ke 5 bahagian dalam buku ni buat aku tergelak. Buku ni buku sains kot...

Buku yang bagus untuk dihadam, agar kita lebih menghargai sains. Adakalanya aku juga rasa apa yang penulis rasa tentang sistem pendidikan dan budaya masyarakat kita. Sains tidak berkembang dengan cara yang sepatutnya di Malaysia. Sains bukan sesuatu yang muktamad, tapi masih lagi ada ruang yang tiada ketetapan. Aku rasa, sebagai pembaca, penulis dah berjaya menjentik sedikit perasaan aku untuk lebih memahami hakikat sains yang memerlukan kita menjadi seorang yang curious, selalu bertanya, dan hal ini tidak diraikan dalam sistem pendidikan kita.

Rasanya aku tak perlu review aspek teknikal dan fakta2 sains dalam buku ni memandangkan review orang lain dah cukup mantap untuk menceritakan perihal buku ini. Cuma, seperti tajuk buku ini, aku juga berharap, Semoga Tuhan Merahmati Sains!
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
266 reviews56 followers
April 4, 2018
WOW!

Speechless. Aku keliru nak kategorikan buku ni sebagai fiksyen atau non-fiksyen, tapi aku yakin buku ni non-fiksyen.
Jarang-jarang sekali ada penulis yang boleh buatkan aku enjoy baca buku non-fiksyen tambah lagi buku ni mengenai teori-teori sains (more to physics). Penulis memang hebat dalam memahamkan pembaca. Aku rasa penulis kalau jadi pensyarah, mesti aku takkan ponteng kuliah.

Bagi aku, walaupun buku ni merupakan non-fiksyen, tapi buku ni paling enjoy yang pernah aku baca untuk tahun 2018.

http://lelakiseksibacabuku.blogspot.m...
1 review1 follower
June 6, 2016
Ketika pertama kali saya terpandangkan kulit buku ini, hati saya sudah tertarik untuk membacanya. Hal ini demikian kerana penggunaan perkataan 'Tuhan' dan 'Sains'. Satu cetusan yang mengandungi pelbagai tanda tanya. Seberapa besar kuasa sains dalam menandingi Tuhan, seberapa besar pula kepercayaan kita kepada Tuhan untuk takjub kepada-Nya yang mencipta sains?

Tulisan Asif A. Khushaini ini ada ketikanya agak sinis namun saya menikmatinya. Gabungan kritis dan sinis, satu kombinasi yang menyeimbangkan mood membaca bahan bukan fiksyen. Buku ini bukan buku teks untuk pembelajaran formal, namun saya dapat rasakan buku ini sesuai untuk memupuk minat generasi muda untuk mendalami sains. Banyak contoh yang dekat dengan kehidupan diselitkan dalam teori-teori dan juga formula-formula yang ada. Penulis seorang yang berpengetahuan luas dan turut meraikan pelbagai aspek lain dalam kehidupan. Seni, filem, musik, cinta, kehidupan, masalah sosial yang selama ini saya belum terfikir punya kaitan dengan sains fizik. Ditambah dengan petikan-petikan daripada tokoh-tokoh yang lain yang menguatkan lagi kesinambungan bab demi bab dalam buku ini.

Buat seseorang yang sudah lama tidak melibatkan diri dengan fizik, saya agak perlahan untuk menghadamkan kandungan buku. Ada sesetengah istilah begitu teknikal bagi tanggapan saya. Tapi dengan bantuan visual (gambar rajah) dan analogi yang saya kira menarik, kebanyakan perkara dapat difahami. Sejujurnya saya banyak persoalan setelah membaca buku ini dan mula mengimbau masa lalu betapa saya tidak berminat dengan sains.

Penulis ada kupas senario yang berlaku dalam dunia pendidikan dari pihak pembuat polisi sehinggalah pelaksana dasar dan seterusnya kumpulan sasaran yang lain. Mekanisma melaksanakan dasar tak semudah yang dirangka dalam polisi. Namun yang menjadi mangsanya tetap juga kumpulan sasaran. Sedikit kontroversi, tetapi yang utama adalah mesejnya. Sampai bila isu sebegini akan menghalang kelancaran ilmu sampai kepada masyarakat?

Apakah sudah hilang rahmat Tuhan untuk umat manusia mencintai sains dan masa yang sama turut meraikan keagungan kuasa-Nya? Ini antara soalan retorik yang tersimpul setelah tamat membaca. Buku ini ada memberi jawapan, namun masih juga membiaskan soalan-soalan lain buat semua jawapan yang tersedia.

Tahniah penulis atas kejayaan anda menonjolkan elemen sains (terutamanya fizik) dalam naskah separa santai namun masih kekal ilmiah untuk bacaan umum. Tahniah juga untuk warga kerja Terfaktab dalam menerbitkan rangkaian buku bukan fiksyen sebegini. Semoga masa akan datang, lebih banyak lagi bahan bacaan bukan fiksyen dapat ditampilkan dengan pendekatan yang ada dalam buku ini.

Semoga Tuhan Merahmati Sains!


Ditulis oleh
Enol M.
4.35 hrs
7 Jun 2016 | 2 Ramadhan 1437 Hijrah
Ayer Keroh, Melaka
Profile Image for Ammar Azman.
3 reviews
Read
May 18, 2016
Buku yang menyajikan kebanyakannya ilmu fizik teori dan fizik kuantum ini mulanya meberikan kekeliruan pada aku. Sebab itu, aku baca buku ni dua kali. Hahaha.

Banyak perkara aku tidak faham( pada mulanya), atas sebab seperti yang dikatakan penulis; sistem pendidikan yang telah memenjarakan sifat ingin tahu manusia di dalam sebuah tirai besi yang mereka cipta.

Aku kagum bagaimana penulis ini mampu mengaitkan Sains dengan kehidupan, kematian, cinta, dan agama itu sendiri. Sains bukan lah seperti yang ditokok orang sebagai suatu ilmu yang menjauhkan diri dari Tuhan. Sains bukan hanya menghafal formula. Sains bukan hanya untuk kertas peperiksaan semata mata. Sains sama sekali tidak memusuhi agama. Itu yang dihuraikan penulis.

Aku harap buku begini dapat lahir lagi bagi meningkatkan lagi statistik minat pelajar terhadap Sains dan membina curiosity dalam diri mereka.Buku buku bersifat ilmiah santai, tidak terlalu berat, penuh satira sangat bagus untuk mereka yang bergelar pelajar seperti aku.

Setidak tidaknya bukan hanya merungut bilangan pelajar yang meminati Sains saban tahun berkurangan.

Sekali lagi, Syabas.
Semoga Tuhan Merahmati Sains, amin.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 4 books6 followers
February 14, 2018
Buku ni bagus. Sesuai untuk mat-mat atau minah-minah fizik membuka minda mereka tentang segalanya tentang fizik atau melihat fizik itu daripada sudut yang berbeza. Bukannya sekadar melihat fakta atau formula yang terhidang dalam buku teks atau nota kuliah semata-mata. Ya buku fizik ini lain daripada norma yang biasa.Tapi buku ni memang tak kena dengan jiwa aku. Aku sekadar membaca sekadarnya. Hahaha...
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
April 7, 2017
Pertamanya, aku mahu mengucapkan terima kasih pada saudara Asif A. Khushaini atas keberaniannya dalam membawakan satu buku yang bertemakan Sains. Buku ni antara yang terbaik yang pernah aku baca. Secara jujurnya bagi aku sendiri, agak sukar sebenarnya dalam menghasilkan penulisan yang berat sebegini untuk ditatap oleh orang ramai.

Serba maklum bahawa penulisan Sains jika tidak kena pada caranya, pembaca akan cepat bosan sepertimana membaca buku rujukan yang setebal kamus dan berjela-jela fakta yang sukar dihadam. Tetapi untuk buku ini, Semoga Tuhan Merahmati Sains, bagi aku satu penulisan yang cukup berjaya dalam menarik minat aku terutamanya dalam menghabiskan helaian demi helaian sehingga ke penghujung bab.

Kalau lihat pada tajuknya, 'Semoga Tuhan Merahmati Sains' sudah pun berjaya menarik minat pembaca dalam ingin mengetahui apa yang ingin penulis mahu sampaikan. Buku ini terbahagi kepada tujuh bab (tujuh langit) dan mempunyai sebanyak 305 muka surat. Tidaklah terlalu nipis dan juga tidaklah terlalu tebal seperti novel-novel yang ada di pasaran. Dan kertas berwarna coklat, yang tu paling penting. Bau dia. Umphh. Tujuh bab tersebut dinamakan intuitif, masa, cahaya, bangkit, cekal, cinta dan diakhiri dengan kehidupan. Setiap bab membawa cerita yang berbeza tetapi sering berkait antara satu bab dengan satu bab yang lain.

Setiap bab yang ditulis akan menceritakan teori-teori Fizik yang paling menjadi tumpuan seperti Theory of Special and General Relativity, Newton Law, Big Bang Theory, Blackhole, The Standard Model, Quarks Confinement, Quantum Entanglement, Nuclear Fission and Fusion, Singularity, Gravity, Rayleigh's Scattering dan banyak lagi. Bila dilihat topik sebegini nampak berat, tetapi jangan risau (bagi yang tidak punya asas Sains) oleh kerana penulis menjelaskan satu persatu teori tersebut beserta contoh yang berkait dengan kehidupan kita. Bagi yang tidak faham lagi, boleh rujuk pada rujukan yang lain memandangkan aku sendiri juga terpaksa mencari definisi yang aku sendiri juga lupa dan yang tidak diketahui. Google kan ada. Haha.

Yang paling menarik bagi aku sebenarnya adalah penulis sentiasa membawakan persoalan atau sifat ingin tahu (curiousity) dalam tiap-tiap teori-teori yang ada supaya kita sendiri tidak menerimanya semberono tanpa kita faham atau tahu di sebalik kewujudannya. Antara lain juga penulis membetulkan salah faham yang wujud sehingga kini sepertimana faktor cahaya membias di dalam air (cahaya bergerak perlahan di dalam air yang sebenarnya kefahaman itu salah, sebaliknya kepantasan cahaya adalah tetap), dan yang lain lagi. Dan yang paling penting, penulis sentiasa mengaitkan Sains dan Agama yang mana dua jasad ini tidak boleh dipisahkan, sentiasa berkait rapat. Salah bagi aku menyatakan Sains itu Sains dan Agama itu Agama. Dengan itu kita akan merasakan bahawa ilmu Tuhan itu luas dan apa yang kita ada sekarang ini adalah secebis daripada ilmu yang ada. Diharap ada penulisan yang seterusnya memandangkan dia kata nak sambung bab Black Hole di dalam satu buku khas yang lain. Haha.

Untuk bacaan lanjut, aku boleh cadangkan buku A Brief History of Time, karya Stephen Hawking.
6 reviews2 followers
February 10, 2017
“Semua kemajuan sains dan teknologi adalah konspirasi Yahudi untuk mengawal umat Islam.” – Orang Malaysia.
Semoga Tuhan Merahmati Sains. Aku sebenarnya agak skeptikal mahu membeli buku ini pada mulanya kerana tajuknya. Ada semacam stigma negatif aku kepada sesetangah orang yang selalu mengatakan ilmu sains tidak berlandaskan agama. Ada pendapat mengatakan, seorang saintis perlu meninggalkan agamanya bila memasuki makmal. Dengan kata mudah, seseorang perlu memilih untuk menjadi seorang saintis ataupun seorang yang warak. Tidak ada istilah saintis yang warak. Begitulah kata-kata orang. Pertelingkahan antara sains dan agama yang paling terkenal sekali adalah yang terjadi antara Galileo Galilei dan pihak gereja. Dan pertelingkahan antara agama dan sains ini akan terus terjadi selagi dunia ini masih wujud. Sains dan agama adalah seperti dua garisan yang sebelah menyebelah tetapi tak berindih antara satu sama lain.
Membaca buku karangan Asif ini, kita akan diterangkan dengan teori fizik dengan cara yang mudah. Bagi aku sendiri, Asif adalah seorang yang bijak dan bakat semacam ini jarang-jarang muncul. Walaupun adakalanya penerangan yang diterangkan mengelirukan, tetapi sudut pandang yang digunakan oleh Asif adalah satu benda yang baru. Aku bersetuju dengan penulis yang cara pengajaran dan silibus sains yang digunakan di Malaysia adalah amat terkebelakang. Kita hanya mengejar ranking dan jumlah A tanpa menghiraukan samaada kualiti yang dihasilkan oleh graduan-graduan kita adalah berguna untuk pembangunan negara. Kaedah hafalan rumus dan sogokan fakta masih lagi menjadi keadah pengajaran dan kreativiti tidak langsung digunakan. Ramai mengatakan yang kreativiti hanyalah milik pelajar seni dan sastera. Untuk pelajar sains, yang penting adalah logic. Apa gunanya logik jika hanya menghasilkan “robot-robot” yang tidak berperasaan. Perasaan yang menginpirasikan seseorang saintis untuk mengkaji. Seorang saintis yang hanya melihat logik tidak akan dapat menggunakan keupayaan penuh pemikiran. Kegagalan dan penat lelah yang membuatkan seorang saintis untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Kepandaian semata tak akan menjamin kejayaan kerana yang memandu manusia untuk terus menuju ke depan adalah semangat dan tidak putus asa.
Bagi aku , intipati yang penting adalah pemikiran masyarakat yang menganggap sains sebagai ilmu yang berasingan dari agama. Sains yang sebenar akan mendekatkan kita dengan agama. Aku kecewa apabila ada yang menggunakan justifikasi agama untuk menguatkan hujah menolak sains. Kepercayaan yang bumi ini rata, manusia tak mampu ke bulan, dan macam-macan karut marut yang hanya minda yang terlalu membaca buku-buku konspirasi sahaja yang akan mengatakan begitu. Sedang kita sibuk berbalah bumi ni rata, orang Barat sudah cipta dan teroka berbagai benda dan bidang.
# Semoga Tuhan Merahmati Sains dan Para Saintis.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
April 18, 2018
sejujurnya, kalau nak diikutkan kefahaman, mungkin paling banyak yang aku faham daripada buku ini adalah separuh dan yang ingat tidak sampai suku pun. tapi sepanjang pembacaan aku, aku rasa kagum, enjoy dan terkesan dengan fakta dan coret penulis.

buku ni sepatutnya dibaca oleh semua org terutamanya mereka yang mengatakan bahawa mereka berada dalam bidang sains. dan kalau kau duduk di sebelah rumah aku, aku akan ketuk pintu rumah kau dan bagi pinjam buku ni supaya kau sedar yang kita ni bodoh sebodohnya.
Profile Image for Siddiq Husainy.
35 reviews17 followers
May 8, 2017
“What is the most resilient parasite? Bacteria? A virus? An intestinal worm? An idea. Resilient... highly contagious. Once an idea has taken hold of the brain it's almost impossible to eradicate. An idea that is fully formed - fully understood - that sticks; right in there somewhere.”

Cobb (Inception, 2010)

Rata-rata mereka yang sukakan movie pasti tahu cerita ini. IMDb (bukan 1MDB), meletakkan 8.7 rating bagi movie ini, sekali gus meletakkan pada tangga 14 movie terbaik dalam senarai mereka.

Baik, saya bukan ingin bercakap tentang movie itu. Aku ingin bercakap mengenai petikan di atas.

Idea atau pemikiran.

Buku yang aku beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di PWTC baru-baru ini membuatkan aku rasa sesal dan rindu terhadap subjek Fizik semasa di sekolah menengah dan kolej persediaan dahulu.

Kenapa ? Kerana kurangnya intuitif dan sikap bertanya soalan terhadap apa yang diajar. Walaupun aku kira cikgu aku semasa sekolah menengah dan kolej boleh sahaja menjawab persoalan tersebut kerana mereka guru yang bagus yang bukan mengajar supaya kena hafal sahaja.

Buku ini menggunakan bahasa dan analogi yang mudah untuk difahami oleh pembaca dan menerangkan secara intuitif tanpa pergi terlalu dalam mengenai formula yang digunakan. Contoh, mengenai konsep pantulan cermin [analogi, penyerakan (dispersion) [analogi 20 orang dalam ruang menyampaikan input] konsep kadar perubahan (analogi dua orang lelaki tarik tali), dan konsep elektromagnetik (durian menggantikan magnet!).

Tetapi, penulis bukan sahaja bercakap tentang Fizik yang biasa diajar di kelas. Beliau juga memasukkan perbincangan yang lebih luas lagi seperti Fizik Kuantum, Fizik Partikel, general theory of relativity, Schrodinger’s cat (lagi), dan black hole dan cuba menerangkan menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Bagi aku, ada 3 topik yang aku sangat suka yang disentuh dalam buku ini, iaitu:-

1. General theory of relativity.
2. Black hole.
3. Gelombang

Kelebihan penulis mungkin dari segi tingkah laku dan pemikirannya tidak skema dan selalu kritis tentang ilmu. Juga, penulis menulis pengalaman beliau semasa liar zaman remaja dahulu dan kaitkan dengan topik fizik. Hasilnya, aku kira penulisan ini menjadikan Fizik itu ‘hidup’ sebagai satu naratif yang menarik.

Dengan bahasa yang bersahaja tetapi tidaklah terlalu berlebihan, aku kira penulis berjaya menagkap minat aku terhadap buku ini dan reignite minat aku terhadap fizik. Mungkin juga kerana Fizik Teori yang menjadi kepakaran atau fokus beliau lebih diminati aku dari segi ideanya berbanding Fizik Eksperimen.

Oh ya, ada juga perencah-perencah lain di dalam buku ini. Bukan sahaja tentang Sains, tetapi turut serta ditambah sedikit kritikan terhadap masyarakat serta sistem pendidikan Malaysia, dan terhadap ahli politik. Juga tak dilupakan kata-kata semangat refleksi dalam bab terakhir yang aku kira luahan ikhlas dari hati penulis mengenai konsep hidup dan mati dan keinginan beliau untuk “terus hidup” di bumi ini selama-lamanya sehingga akhirat.

Apa erti “terus hidup” di sini?

Mengambil petikan penulis.

“Manusia tak akan mati walaupun fizikalnya mereput dan tidak lagi berfungsi tetapi manusia akan mati jika dia hilang dari memori dan pergi tanpa meninggalkan legasi”

Asif A. Khushani, (LinkedIn beliau: https://my.linkedin.com/in/asif-khush...) , memori idea dan penulisan ini akan tersemat di hati dan fikiran aku, dan mereka yang membaca buku ini.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
November 11, 2017
Buku paling best aku pernah baca untuk tahun 2017. Mula-mula macam ragu-ragu nak beli sebab fokus aku nak beli buku dari Zamir Mohyedin sebenarnya. Tapi entah kenapa Allah gerakkan hati untuk ambil dan beli jugak. Dan sampai saat aku di muka surat terakhir, aku rasa bersyukur sangat aku beli.

Some part of the books macam kompleks sikit, or maybe aku yang terlalu dungu akibat dah lama tinggalkan zaman belajar. Selalunya bila aku dah start tak faham, aku akan tinggalkan buku tu. But this one, dia macam ada tarikan tersendiri buat kau nak baca lagi dan lagi.

Banyak kali jugaklah aku rasa 'wow' bila baca fakta yang diceritakan secara selamba oleh penulis. I didn't know physics adalah begitu mengagumkan. Dan buku ni buat aku rasa macam lagi bertambah tambah kagum dengan alam semesta yang diciptakan Allah.

Penerangan yang disertakan dengan analogi kehidupan seharian sangat la membantu aku memahami fizik yang waktu dulunya aku faham dengan menghafal formula. Dan pertama kali aku rasa bodoh bila baca buku. Aku rasa lagi menghargai fizik, dan juga bumi.

Sebenarnya banyak gila aku nak cerita betapa bagusnya buku ni. Kalaulah ia wujud time aku sekolah dulu. Aku rasa buku ni patut dijadikan bacaan wajib kat sekolah, sebagai mana novel-novel antologi KOMSAS.

Ini lah buku yang pertama aku rasa sedih bila dah habis baca. Aku rasa inilah buku selepas Contengan Jalanan karya Hlovate yang berjaya bagi kesan deep down dalam diri aku. Aku sangat kerdil, hamba Allah yang sangat kerdil.

Entahlah, ikutkan hati, aku nak sangat penulis tulis sambungan buku ni. Maksud aku secara bersiri bagi topik-topik fizik yang lain. Or maybe buat untuk biologi and matematik jugak? Serius aku nak beli. HAHHA
2 reviews1 follower
August 9, 2017
EPIC!!!!!!

Aku baru form 5, masih mula nak mengenal dunia, tapi buku ni give some insights to the world. Aku tak tau apa nak expect untuk masa depan aku, tapi aku decide satu benda lepas baca buku ni: aku nak sambung bidang fizik teori!

Fizik moden yg diceritakan dalam buku ni macam buat fizik yang aku belajar waktu form five ni macam A B C. Walaupun aku masih form 5 dan konsep-konsep fizik yang dalam buku ni memang high level, aku rasa mudah untuk faham.

Buat masa ni, aku redah je dulu SPM aku. Tapi satu hari nanti, aku cuba rungkai tentang jirim gelap!
Profile Image for Ahnaf Yunus.
52 reviews
April 21, 2020
Sangat kagum dengan penulis yang amat mendalam pembacaannya dalam bidang sains, spesifiknya fizik. Sewajarnya mahasiswa memain peranan seperti beliau dalam menelaah ilmu dan menghayatinya serta menjadikan ia satu alat yang mendekatkan diri dengan tuhan, akhir sekali, kongsikan dapatannya kepada orang ramai. Dengan itu, orang akan pandang tinggi dengan kualiti pelajar yang digelar mahasiswa.
Profile Image for Hariz Harisun.
2 reviews
September 1, 2023
Buku ini dah lama diterbitkan. Sudah tidak diulang cetak. Aku suka dengan gaya penulisan penulis dan cara pemikiran dia yang radikal. Aku nampak persamaan dia dengan aku yang kekadang menentang dasar pendidikan negara kita. Penyampaian ilmu fizik dia membolehkan aku faham lagi bidang fizik yang bakal aku ambil. Terima kasih Tuan Asif.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.