Rasa nak saja kesat air mata Mira Filzah kat kaver buku. Sambil tanya, "Kenapa nangis ni sayang? Saya kan ada?" hahaha... *Gurau*
Tahniah buat Azwar dan Shahida. Moga korang akan terus maju di dalam dunia penulisan. Thanks untuk autograph yang comel!
Buku ini kemas.
Konten di dalam buku ini pun tidaklah terlalu berat sampai buat kepala sakit. Malahan ada yang seronok untuk dibaca. Cuma ada beberapa/ kebanyakan cerpen di dalam buku ini terasa hanya biasa-biasa sahaja. Masih ada ruang untuk diperbaiki lagi. Ada cerita yang lebih kepada realisma, tapi bila dibaca macam tak realistik. Tapi inikan fiksyen. Jangan risau, kisah di dalam ini masih boleh dijadikan bahan bacaan santai yang menyeronokkan.
Para penulis bijak menggunakan tema mensuel untuk bulan Jun iaitu cemburu dan curang yang mana mereka bukan hanya mengetengahkan kisah berkaitan cinta, tapi sebaliknya cuba membawa isu berkaitan sahabat, keluarga dan juga mungkin masyarakat. Good job untuk itu.
Aku sangat suka dengan cerpen Popiah Anith ke Cardiff.
Mungkin aku baca buku ni tak tepat dengan masa, yang mana membuatkan aku tak mampu nak bagi bintang-bintang yang banyak macam di langit seperti pembaca lain.
Apa-apa pun korang cubalah baca. Mana tahu korang lebih sukakan naskah Jun ini? Abaikan saja pandangan ini.
Ramai orang tanya aku; Kenapa letak Mira Filzah? Takde orang lain ke? Aku senyum je. Dalam hati aku berkata; Belum apa2 lagi nada soalan dah macam cemburu, sama seperti tema buku Jun ini.
Dua elemen yang aku letak dalam buku Jun ialah; Kecantikkan dan kekayaan. Mira Filzah dan Mercedes. Kecantikkan dan kekayaan adalah elemen mudah manusia untuk cemburu dan berlaku curang. Lelaki curang sebab jumpa perempuan lagi cantik, perempuan pun curang sebab jumpa lelaki lebih kaya.
Inilah motif buku Jun diterbitkan. Sama seperti buku bulanan yang lain. Ada motif tersendiri. Motif pasal kehidupan. Jun mengangkat cerpen-cerpen terbaik Azwar yang terkenal dengan cerita thriller (which is aku baca karya Azwar sebelum ni, aku rasa dia layak buat cerita pasal cemburu) dan Shahida, adalah pada kacamata aku 'best-mate' Azwar dalam dunia penulisan. Kombinasi. Lengkap. Cukup.
Cerita dalam buku ni hampir kesemuanya best. Ada yang sedih, kelakar, dan juga memberi peringatan serta pengajaran. Memandangkan aku pun lahir pada bulan Jun, makanya buku ini tidak mengecewakan aku dan aku boleh berbangga mengatakan buku ini adalah bulan kelahiran aku. Memang terbaik larh!