Mahu saja aku membina semula kampung aku yang telah hilang ini dengan membina semula rumah nenek aku yang telah roboh itu dan menjadikannya rumah untuk sewaan. Mungkin sebelum kampung aku ini hilang menjadi satu lagi taman perumahan, aku akan dapat menjadikan ia tempat aku berkongsi kenangan yang sedikit aku ada di dalamnya.
Ingat, rumah tidak mudah untuk dipindahkan daripada seorang kepada seorang yang lain. Ada yang berparang dan berpistol untuk mendapat hak untuk sebuah rumah.
Apabila ia diperoleh dan dimiliki oleh seseorang maka ia ibarat Harta Rampasan Perang.
Biasanya baca tentang buku hartanah dari perspektif pelabur. Kali ini dari perspektif peguam yang mahir dalam bidang hartanah pula. Banyak juga realiti realiti sebenar dan suka duka pelaburan hartanah dikongsi kan penulis dalam buku ini. Secara keseluruhan nya, tulisan penulis amat mudah difahami dan bersahaja.
Buku tentang hartanah daripada perspektif seorang peguam. Walaupun agak terkial-kial memahamkan istilah dan selok belok cara cakap peguam dan perkara hartanah, sejujurnya buku ini menggunakan bahasa yang paling mudah untuk menerangkan fakta dan hal-hal yang berlaki dalam dunia atau industri hartanah.