Tiga wanita muda – Juanita, wartawan investigatif; Katrina, agen insurans; dan Mona, ahli perniagaan berkawan baik dan berkongsi minat, iaitu tarian salsa. Juanita dan Katrina mengajar tarian salsa secara sambilan di studio yang dimiliki dan diurus oleh Mona.
Suatu senja, Katrina melayang jatuh dari tingkap studio tarian di tingkat 20 Menara Kuntum dan mati di atas tarmac. Kisah seram yang selalu menyelubungi menara itu mula tersebar. Juanita gigih mencari kebenaran di sebalik kematian sahabatnya itu. Namun kemudiannya, nyawanya pula yang terancam.
Apakah punca sebenar yang memutuskan nyawa Katrina? Adakah kerana kemalangan? Dibunuh? Membunuh diri? Atau melibatkan dendam dari alam ghaib?
Hasil idea orang lama memang tak dapat disangkal kehebatannya (pada sayalah!) Lama saya tunggu kemunculan hasil karya terbaru Tuan Abdul Rahim Awang ini. Selepas Pulang (penerbitan Creative) yang diterbitkan pada tahun 2007, beliau terus sepi dengan sebarang karya.
Saya tidak tahu apa yang membuatkan saya suka sangat dengan karya ini. Plot ceritanyakah? Atau saya suka kerana penulisnya adalah Tuan Abdul Rahim Awang itu sendiri? Penulis senior yang sering saya nanti-nantikan karyanya di persada dunia buku yang semakin banyak dibanjiri dengan karya-karya penulis muda...
Tapi apa yang boleh saya katakan, dari muka surat pertama hinggalah ke penamatnya ARA membuatkan saya terpaku. Masih lagi sinonim dengan bahasa yang ringkas tetapi tepat dan padat membuatkan saya tidak mampu untuk berhenti walau sesaat.
Jin-Tina. Tajuk yang agak 'unik'. Hinggakan saya tak berani nak membuat andaian awal, kerana saya tahu pasti ada rahsia tersendiri kenapa tajuk sebegitu yang dipilih. Dan tindakan saya betul! Setiap persoalan yang berlegar dalam kepala menimbulkan keinginan untuk turut serta membongkar rahsia kematian Katrina. Ini membuatkan saya sayang untuk berhenti selagi belum terungkai segala rahsia yang tersembunyi.
Dan ARA masih lagi menghidangkan menu 'Polis & Penjahat'. Dan siapa kata Abang Polis tak boleh nak 'sweet'?! Nak tahu bagaimana abang Polis yang macho berubah menjadi 'sweet' sila baca! hahaha ^__^ Dan saya pilih ayat ini sebagai 'pick up lines' "bila kita sayangi seseorang, kita akan dapat rasakan bila dia dalam bahaya" ~ms 408
Kisah tentang Juanita seorang wartawan investigatif bersahabat baik dengan Katrina seorang agen insurans dan Mona seorang ahli perniagaan tetapi mereka berkongsi minat yang sama - tarian salsa. Juanita dan Katrina menjadi guru tari sambilan di studio milik Mona yang beroperasi di tingkat 20 Menara Kuntum.
Segalanya berubah apabila Katrina meninggal dunia melayang jatuh dari tingkat 20 Menara Kuntum. Polis klasifikasi kematiannya sebagai mati mengejut. Pelbagai andaian dan desas desus tersebar atas kematian Katrina. Katrina mati bunuh diri. Katrina mati kerana gangguan makhluk halus (ada kisah seram yang menyelubungi Menara Kuntum). Tapi tidak pada Juanita. Dia kenal Katrina semenjak mereka masih dibangku sekolah hinggalah sama-sama ke menara gading dan masih lagi tinggal serumah bila sudah bekerja.
Misteri kematian Katrina menyebabkan timbul keinginan Juanita untuk menyiasat. Mencari kebenaran di sebalik kematian sahabat baiknya itu. Dengan bantuan dan sokongan Masri (teman lelaki yang juga seorang pegawai polis), Juanita nekad untuk membongkar misteri kematian Katrina. Namun semakin jauh dia menyiasat, nyawanya pula yang terancam! Ugutan demi ugutan diterima daripada pemanggil misteri. Dia tidak tahu pada siapa dia harus percaya...
Berjayakah usaha Juanita? Benarkah Katrina mati bunuh diri? Atau dia dibunuh? Tapi kenapa dia harus dibunuh?
Wah... banyak betul persoalannyakan? Tapi jangan risau setiap persoalan ada jawapannya.
Andai dapat dikurangkan kesilapan ejaan juga kesilapan nama (Basri - yang membuatkan saya terpinga sebentar), pastinya naskhah ini akan jadi lagi cantik!
Apa-apapun... Tahniah pada Tuan ARA atas kelahiran buku terbaru ini.
Benar telahan saya tentang maksud Jin-Tina...hehehehe...
Apa yang boleh saya kata, kisah ini terlalu plot-driven sehingga tiada emosi di dalamnya. Seolah-olah membaca cerita iklan atau mungkin jurnal sains. Perhubungan antara Juanita dan Katrina yang sepatutnya terlalu rapat kerana telah tinggal bersama sejak dari tingkatan satu lagi (asrama sekolah, asrama universiti dan akhirnya menyewa bersama) tetapi Juanita seolah-olah tidak terkesan langsung dengan kematian tragis Katrina. Sebaliknya, naluri jurnalisnya yang lebih ditonjolkan. Tiada langsung kesedihan atau kemurungan atau kesunyian dengan kematian mengejut teman rapatnya. Sepertinya Katrina itu hanya kenalan biasa yang terjumpa sekali sekala.
Dan kerana tiada emosi itu jugalah saya hanya mampu membaca lebih kurang 25% di bahagian awal dan 10% di bahagian akhir (mestilah nak tahu juga apa penjelasan dan pengakhirannya kan...hehe). Saya menjangkakan mungkin akan wujud satu rangkaian peristiwa, satu elemen misteri yang memestikan saya membaca keseluruhan cerita untuk memahami apa yang sebenarnya terjadi, tetapi tiada. Cerita ni sangat straight forward. Apa yang disiasat, itulah keputusannya. Jadi saya dengan senang hati dapat menerima pengakhiran cerita tanpa perasaan curious apa yang terjadi di bahagian yang saya skip.
Hmmm...nampaknya Pakcik Poirot masih mempengaruhi saya.
Kematian Katrina secara mengejut menjadi permulaan segalanya.. Misteri mengenai Bukit Kuntum.. Siapa yang jahat dan siapa pembunub memang meragukan.. Selain Katrina, Nurul/Huda juga dibunuh.. Maka bermulalah perjalan merungkai misteri.. Sha suka sebab ceritanya bergerak dengan sangat tersusun.. Satu demi satu misteri terungkai dan akhirnya pembunuh sebenar terserlah.. #jintina #abdulrahimawang #penerbitx #novelmelayu #novelmisteri #mysterynovel #bookstagram #hobisaya #bookworm #bookreview #booklover #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Lebih kepada 3.5 bintang. Ini karya pertama daripada abdul rahim awang yang aku baca. Ya, salah aku. Penulis prolifik kot. Heheh.
Dari muka surat pertama, aku dah tak boleh berhenti membaca. Penulis mampu buat aku tertanya-tanya dan mahutahu lebih lagi. Apa yang akan jadi. Siapa yang bunuh siapa. Cuma aku macam dah boleh agak apa akan jadi hujungnya.
Ahh dah tamat. Betul tekaan saya. Waktu di tengah buku, dalam mukasurat 200 gitu (buku ini 411 mukasurat), saya berhenti sebentar dan bercakap sendiri; saya agak yang sebenarnya bersalah adalah M... Robert boyfriend Cathy, Syafie dan isterinya, adalah 'diversion'. Cerita Mona berketurunan Puteri Bunian, juga diversion. Dan saya agak apa makna Jin Tina, betul tepat sekali agakan saya hihi. Seronok juga berlakon detektif ni. Syok sendiri saja.
Apapun, best juga cerita Jin Tina ni. Fast paced dan pemegang watak-watak utamanya Juanita dan Masri, pasangan yang sangat sweet. Antara yang paling terpasak di otak bila saya ingat semula, kerana ditulis secara sangat 'graphic' oleh penulis, geli geleman memikirkan aktiviti Mazlan di kondo berhantu. Dan sedih yang amat memikirkan cara seksaan terhadap Nurul.
Sudah lama juga saya tidak baca novel crime thriller. Released stress rasanya.
Katrina ditemui mati terjatuh tingkat 20 menara kuntum, tempat dia mengajar salsa. Studio tarian itu milik Mona, rakan baiknya dan mengajar bersama Juanita, seorang wartawan yang turut meminati tarian salsa. mereka bertiga berkawan baik.
Kematian Rina membuatkan Juanita tekad untuk menyiasat perkara sebenar, kerana dikalsifikasikan sebagai bunuh diri. tapi juanita percaya Rina dibunuh.
mula2 ingat cite hantu, tapi bukan.. more pada penyiasatan tentang kes rina dan kematian nurul, yang berkaitan dengan menara kuntum gak.
so far ok la jalan cite, tp agak klasik sikit olahan dia sebab penulis orang lama kan.. heheh
Barangkali saya jenis yang sukakan bacaan bergenre sebegini. Nak tahu siapa suspek, apa yang menyebabkan mangsa dibunuh, macam tu la. Mujur buku ni nipis. Awal-awal lagi saya dah belek halaman belakang, nak tahu siapa yang mebunuh mangsa. Sambung balik baca macam biasa. Puasnya sebab apa, penulis takde bagi hint awal pun siapa pembunuh sebenar dan
Sejujurnya saya lebih berharapkan Khairil menjadi watak utama. Lelaki itu terlalu misterius. Ketika Katrina jatuh dan Khairil diperlakukan dingin oleh orang atasannya lalu membawa kepada keputusannya untuk tidak ambil tahu akan kes Katrina, saya sudah tahu ada sesuatu yang menarik tentang Khairil.
Juanita terlalu driven untuk membongkar kematian Katrina. Mereka sudah lama berkawan dan tentu sekali sukar untuk Juanita menerima alasan yang Katrina jatuh dengan sengaja. Mungkin Juanita kelihatan kaku tidak meratapi kematian sahabat baiknya. Saya andaikan kepada reaksi lambat. Mungkin kalau ada sambungan lagi, barulah Juanita berupaya memproses semua yang terjadi.
Masri ni sesuai wujud dalam novel romantik bertajuk Abang Polis Romantis barangkali. Hahaha.
Overall ceritanya menarik. Tetapi the way penulis cuba masukkan unsur mistik tu tak menjadi.
Satu saya tak faham. Kenapa Kamarul suruh Nurul ajak Khairil buat laporan? Benda yang jadi bukan remeh. At least Kamarul teman Nurul for humanity sake. Kiranya ada beberapa plothole yang minor tapi tetap mengganggu tumpuan saya.
👍apa yang menarik tentang gaya penulisan penulis ini ialah elemen misteri yang diketengahkan diadun secara santai....jd pembaca akan membaca dlm keadaan tenang tetapi cukup menghiburkan...
👍gaya bahasa yg mudah difahami kerana menggunakan bahasa standard menjdkan karya penulis ini boleh dianggap sbg sbuah karya ilmiah berbentuk fiksyen...bukan dialek mahupun bahasa pasar... 👍paling penting, misteri yg menjadi persoalan terungkai pd penghujungnya😍...tidaklah bersifat tergantung yg kdg kala menjengkelkan pembaca😏😒😏😒...penat2 baca tp tiada ending...grrrrr😒😒😒😒 tahniah kpd seluruh produksi karya ini...👏👏👏👏👏
"Jangan nampakkan perasaan takut kita apabila berhadapan dengan musuh." - Jin-Tina, Abdul Rahim Awang
Ada beberapa persoalan: 1. Siapa sebenarnya lelaki yang selalu call dan ugut Juanita tu? 2. Masa dapat keputusan yang sebenarnya ada pergelutan sebelum Katrina jatuh dari tingkat 20 (ops spoiler), dorg tak dapat confirmkan sama ada Katrina tu mati sebelum jatuh or selepas jatuh dari tingkat 20 tu. Padahal Khairil ada bagitau Juanita yang Katrina sempat bercakap sesuatu dekat Khairil sebelum dia meninggal (if i'm not mistaken).
Karya ini memang betul kena dengan hati saya. I really really love this novel. Sebab pelbagai persoalan yang muncul membuatkan saya berfikir. Persoalan ni menjadikan saya nak baca,baca dan terus baca. Memang sangat berpuas hati dan bagus kerana membuatkan saya berfikir adakah ini kisah seram? bunuh diri? or pembunuhan? Lepas ni saya nak sambung baca lagi satu karya iaitu demi dara. I rate this novel 5 star.
Jalan cerita kadangkala ada gak keliru tapi overall fuh! Misteri dalam cerita ini agak mensaspenskan but itu adalah reason why buku ini harus ada dalam koleksi 'Must Read' aku. Versi eBook yang aku baca gempak gila sebab rasa cam cerita dia seakan-akan HIDUP! Serius rasa cam Harry Potter waktu dia dapat masuk dalam diary Tom Riddle tuh! Nah link eBook yang aku baca tu :- https://www.e-sentral.com/book/info/7...
TAMAT Mantappp!!!! Terbaik. Laju. Peminat ARA je yang tau perasaan mcm mana bila baca karyanya. Sejenis buku yang bila ko baca memang tak boleh letak. Baca dan baca lagi. Aku agak dah dari awal, tapi bila teruskan pembacaan rasa macam agakkan aku tu salah.. Rasa macam orang lain.. Sudahnya memang dialah orangnya!! Perasaan aku sama macam aku baca EGO.. 😍😍.. Best2!!
For me this book ok la jugak...Plot dia ape semua menarik dan tak lupa jugak plot twist yang ada diselitkan...Tapi I don't know but ade something pasal buku ni yang buat dia jadi tak berapa menarik...Tak tau la gaya penulisan dia or ada beberapa part yang agak bosan or what...But so far okay je sebenarnya...Maybe it's just me....😅
Bagi aku, cerita ni terlampau direct. Boleh dikatakan aku boleh agak siapa pembunuhnya dari awal cerita meskipun ada beberapa konflik dan plot twist. Tapi, aku enjoy dengan cerita ini.
My first book from Penerbit X! For me only the first few chapter yang really got me hook. The story terlalu banyak meleret and the secret of Mona tak terlampau ditekankan (being a secret pemerdagangan manusia dealer and all). There's a minor typo here and there. And one thing the latar tempat in this book terlalu sama dan berulang so there's little variation dari segi tempat. But overall, plot quite decent although saya rasa boleh dipercantikkan lagi.
Mungkin kerana sudah tidak lama menulis, hasil pena ARA kali ini dirasakan suam-suam sahaja. Kebanyakan kisah diambil daripada sudut pandang Juanita sahaja. Adalah sekali sekala kita melihat daripada lensa Khairil atau Masri, si polis romantik itu.
Kebanyakan masa penceritaan berlatarkan di meja makan; kafeteria Menara Kuntum, restoran Daun Palas, Sakura Krystal dan mana lagi. Sehinggakan dua bab yang saya ingat diakhiri dengan pelayan datang ke meja makan dan menghidangkan makanan, kemudian bab itu berakhir.
Cerita sengaja dipanjang-panjangkan dengan perbualan yang berulang-ulang dan menekankan orang Islam percaya kepada alam ghaib, hantu syaitan dan hantu. Elemen hantu ini diputar-putar untuk mencipta red herring yang terang lagi bersuluh. Beberapa watak diperkenalkan mengancam-ancam Juanita, tapi apabila seorang demi seorang datang meminta maaf akhirnya dapat kita teka siapa 'penjahat' sebenar sebelum habis cerita lagi.
Hubungan Juanita dan Katrina tidak dikembangkan dengan baik. Sebagai watak yang agak utama kerana menjadi tunjang cerita, tidak banyak yang kita ketahui mengenai Katrina. Sekurang-kurangnya adakan satu adegan yang melibatkan dia semasa hidup. Jika menjadi jurulatih salsa, terangkan teknik-teknik menari salsa atau sejarah salsa, sekurang-kurangnya dapat mewarnai latarbelakang watak-watak.
Honestly, I take a few month to read this book. Unfortunately I dont finish reading the book yet.Maybe because of the way the author try to construct the plot by using juanita as a reporter to solved the case. I will give three stars for the book