Dia ingat tangisannya itu. " Khrang rek thi phom pai thung maenam Sungai Golok phom rongai prokwaa wannan phom dai hen prathet kong phom- Kali pertama saya sampai ke Sungai Golok, saya menangis; sebabnya hari tu saya dapat melihat negara saya, " tulis Ramlee.
"Prathet bermakna negara. Contohnya Prathet Thai, Prathet Malaysia, Prathet Indonesia," terang gurunya minggu lepas kembali bersuara setelah dia selesai menyemak ayat tentang 'prathet' untuk mencari kesalahan tanda baca atau salah penggunaan pakyancaknaatau konsonan Thai yang banyak itu.
"Prathet Patani? Macam mana pula khru?" Ramlee membangkit pertanyaan, senyuman terukir, rakan sekelas gelak, guru kelihatan juga tersenyum.
"Dulu Rrathet Patani ada. Sekarang negara Patani sudah tidak ada. Yanag ada sekarang adalah cangwat-wilayah Pattani," jelas gurunya, yang kelihatan cuba memahami maksud pertanyaan anak muridnya itu.
"Tae prathet Patani yuu thi nii. Yuu nai cai phom...-Tapi negara Patani ada di sini. Duduk dalam hati saya.." Tangan kanan Ramlee diletak di bahagian dadanya.
Novel ini adalah buku ketiga pengarang Isma Ae, selepas Laskar Cinta dan Novel Sejarah: RATU-RATU PATANI. Seperti yang digambarkan judulnya, ia adalah mengenai kehidupan di sempadan Sungai Golok yang sering menerbitkan isu-isu politik minoriti dan agama antara Malaysia dan Thailand.
Bagi pembaca perempuan yang tidak meminati sukan bola sepak, berasa agak sukar mencari rentak membacanya pada awal kerana naratif pengarang bertumpu kepada kehidupan beberapa watak utama yang akhirnya saling bertemu dalam perlawanan bola antara dua pasukan sempadan. Istilah2 bola sepak menjadi kendala untuk masuk ke dalam kisah.
Kedua2 pasukan bola itu terpaksa menyeberang secara haram ke tempat lawan masing2 pada setiap musim perlawanan, membayangkan betapa erat dan berseliratnya hidup kedua2 pihak antara satu sama lain, walaupun berbeza negara dan di bawah mata pihak berkuasa Malaysia dan juga Thailand.
Keluarga Haron Perahu Tambang dengan tiga anaknya Fatiha, Fatimah dan Ahmad; keluarga Irfan anak orang besar di sempadan; keluarga Faisal yang baru berpindah kerana ayahnya menerima amanah sebagai ketua polis; serta keluarga Ramlee yang hidup sebagai PATI di Malaysia, semua mewakili kesukaran yang perlu dihadapi oleh rakyat yang terpaksa memilih kesetiaan dan jati diri.
Simbolik kehidupan di sempadan adalah Sungai Golok itu sendiri, yang merupakan sempadan paksaan, tanpa kerelaan rakyatnya dalam lipatan sejarah. Di situlah segala permasalahan menjadi rumit dan tidak terselesaikan sehingga kini.
Oleh sebab pengalaman hidup pengarang yang juga berasal dari Patani, karya ini menjadi begitu hidup dan lancar diceritakan. Walaupun berakhir dengan nada sedih, tetapi ia cukup menyuntik kesedaran tentang kerapuhan hidup di sempadan Thailand-Malaysia, memberi peluang kepada pembaca untuk menyelami akar masalah dan tidak memandang enteng kepada persoalan di sana.
Saya tak sarankan buku ini kepada sesiapa yang baca sebab nak tahu tentang Golok, atau percintaan Golok, atau cara-cara berkahwin di Golok...haha. Kalau nak baca tentang semangat anak-anak kecil, perjuangan mendapatkan pendidikan, dan sosiologi penempatan di sempadan, belilah buku in dengan kadar segera.
Membaca novel tulisan tuan Isma Ae Mohamad ni buat aku terbayang-bayang jika sutradara tersohor tuan Sabri Yunus mengadaptasinya ke layar kaca. Memang sedap, memang sedap. Oleh kerana aku kurang arif tentang kehidupan orang Patani dan orang Kelantan di sepanjang Sungai Golok yang menjadi sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand, novel ini adalah sebungkus ilmu baru kepadaku.
Sepanjang membaca novel ni, aku pun berterusan meng"google" pasal Sungai Golok, melihat Sungai Golok dari google map, menonton youtuber-youtuber Patani seperti Astora Jabat dan Nana Supaphorn , juga bertanya kepada rakan-rakanku orang Kelantan mengenai Sungai tersebut dan mereka pun menyahihkan isi novel ini.
Sebuah buku yang hebat itu adalah buku yang dapat membuatkan kau berfikir-fikir mengenai isinya, bukan buku yang sekali kau baca dan kau lupakan selamanya. Novel ini ternyata punya banyak cerita-cerita menarik mengenai kehidupan di sana yang bagiku, amat unik dan harus dibaca rakyat Malaysia untuk sedikit memahami saudara kita di sepanjang sungai tersebut.
"Kita tak redha dengan garis sempadan ni!!!" - Ahmad, Republik Sungai Golok.
Republik Sungai Golok Akhirnya tamat juga pembacaan. Menghampiri hujung cerita, saya sangka babak kelakar Abang Kamal itu akan berterusan. Rupanya ada catatan yang lebih penting. Lalu... Berasa kesal dengan tragedi Ahmad dan ayahnya. Terserap semangat dan tekad Ahnad biarpun (sayangnya) ia berakhir dengan korban. Terikut sama berasa sedih Fatimah akan sebuah kehilangan. Simpati dengan Irfan yang menderita rindukan ibu, kehilangan ayah tetapi berasa diasingkan. Kasihankan Ramlee dan keluarganya yang menjalani pengusiran. Benar, pada akhir cerita ada senyum, namun di sebaliknya tersembunyi luka yang sangat dalam. Perjuangan! Tabahlah 'Ramlee'...
Mengambil masa yang agak lama juga untuk menghabiskan novel ini. Penulis bijak menggambarkan suasana kehidupan di sempadan Sungai Golok yang begitu rencam. Kata penulis, kebanyakan pembeli buku ini adalah lelaki. Mungkin ada sesetengah pembeli yang membeli buku ini kerana ingin tahu bagaimana nak kahwin di sempadan kan? Jangan tipu. Huhu.
Walaupun penulis ada menyebut tentang 'puying suay suay' - perempuan cantik cantik, malangnya tak disebut pula tentang kahwin di sempadan Sungai Golok.
Saya mengambil masa yang agak lama juga untuk menghabiskan novel ini kerana ingin memanfaatkan dialog dialog dalam Bahasa Thai yang sehabis boleh mahu dipelajari kerana ibu saya juga berasal dari Selatan Thai dan selalu ketika pulang ke kampung, pembaca tidak mampu menyapa saudara di sana walaupun dengan sapaan ringkas dalam bahasa Thai. Terima kasih kepada penulis kerana menyediakan juga terjemahan bagi dialog Thai yang disebutkan.
Penulis bijak menggambarkan suasana kehidupan di sempadan Sungai Golok yang begitu rencam. Dengan hadirnya tentera, dengan ketakutan akan terkena bom dan macam macam lagi cabaran hidup di sana.
Penulisan ini juga agak nakal. Menyentuh tentang isu dua kerakyatan yang dimiliki sesetengah warganegara Thai yang menetap samada di Thailand ataupun di sebelah Malaysia. Penulis ada menjustifikan mengapa perkara ini berlaku. Antaranya kerana masa depan anak anak dan pendidikan mereka.
Lebih nakal, disentuh juga tentang peluang yang diberikan oleh sesetengah pihak di Malaysia yang mampu memberikan Kad Pengenalan kepada Warga Thai dengan syarat mereka akan mengundi satu parti ini semasa pilihanraya nanti.
Penyelupan barangan memang telah menjadi suatu norma di Sungai Golok yang menjadi Sempadan Thai - Malaysia. Tujuannya supaya barangan dapat dibeli dengan harga lebih murah.
Walaupun penyeludupan berleluasa, kebanyakan mereka tidak resort kepada barangan haram dan berbahaya seperti senjata api dan dadah (walaupun memang ada yang mengenepikan prinsip ini). Paling penting lagi, mereka tidak merasuah!
Membaca buku ini mengingatkan saya buku Huyan dan Mimpy. Hal pendidikan. Hal kemiskinan. Cuma Republik Sungai Golok menambah cerita hal-hal sempadan dua negara.
Tetapi, tidaklah begitu cemerlang seperti Huyan dan Mimpy.
Watak-wataknya banyak, tetapi ada yang tergantung. Ada yang menimbulkan persoalan kenapa watak ini wujud dalam cerita. Ada pula yang "ditamatkan" dengan begitu mudah. Ada satu ketika, watak utamanya Ramlee bagai hilang.
Aku jadi geram, sebak. Mula cerita digarap indah, kisah anak-anak muda, kisah penyeludup, pengkalan haram hingga menyentuh kepada isu lebih berat yang terjadi di sempadan Sungai Golok.
Banyak rencah cerita dalam novel ini. Sehingga aku pula ingin menggesa penulis menyambung cerita ini lagi.
Semasa selatan thai di bawah kerajaan pattani darul salam mereka dijajah oleh siam, Malaysia pula pada ketika itu dijajah oleh British. Maka berlakulah perbincangan untuk menentukan garis sempadan antara kerajaan siam dan British, British mencadangkan garis sempadan dipisahkan oleh sungai narathiwat, manakala kerajaan siam mencadangkan sungai Kelantan dijadikan sempadan kerajaan siam dan British. Akhirnya termeterai satu penjanjian pada tahun 1909 menjadikan sg golok yang bermuara di Kuala Tebal sebagai garis sempadan politik, maka orang golok dan orang rantau panjang dipisahkan oleh keputusan politik tersebut. Buku ini buku kedua daripada Isma Ae Mohamad yang saya baca selepas buku anak anak Karen, menceritakan tentang rencam hidup orang orang sempadan yang dipisahkan oleh sebatang sg golok. Sebenarnya sebatang sungai tidaklah memisahkan manusia, tapi percaturan politik telah menentukan persempadanan dan hak kerakyaan individu. Ketika membaca buku ini bau hanyir sg golok seolah oleh dapat saya hidu, kisah buku ini umpama menceritakan kisah sendiri sebagai anak sempadan.
Aku suka penulisan kedua- dua buku Isma Ae Mohammad ni kerana beliau mengangkat pendidikan sebagai salah satu agen merubah hidup. Dalam buku ini bagaimana penutupan pangkalan sg golok memberi impak yang maha besar kepada pelbagai sisi masyarakat di kedua dua sempadan, pendidikan, ekonomi, dan kekeluargaan. Sg golok tidak sebenar-benarnya berfungsi sebagai garis sempadan Malay - thai bagi penduduk dua kawasan tersebut, kerana garis sempadan itu tidak perlu wujudpun, ia wujud tanpa keredhaan masyarakat dan pemahaman pemerintah.
Penulis berjaya membawa aku merasai kehidupan mereka yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand. Walaupun banyak cabaran yang mereka hadapi, namun mereka masih teguh meneruskan kehidupan2 yang mendatang.
Pada pendapat aku, novel ini menceritakan tentang realiti masyarakat di sana. Penjanjian Bangkok-Inggeris pada 1909 menyebabkan keadaan di Pattani berubah serta merta.
Aku nak quote satu dialog dari buku ni. Tapi aku terlupa apa dialog tersebut. Kesimpulannya aku sangat enjoy membaca Republik Sungai Golok.
I chanced upon this book by sheer coincidence at the most recent Kuala Lumpur International Book Fest and although I have not heard of this author previously, I intuitively made the purchase mainly out my long-time interest in borders and frontiers; not to mention my past experience in crossing the Malaysian-Thai borders via trains and buses numerous times (albeit only through the Padang Besar and Bukit Kayu Hitam routes, but never through Sungai Golok). Having been to Kelantan (for short family holidays) only as a child over a couple of decades ago, my memory of the state has been one filled with traditional wooden houses on stilts, lush greeneries, beautiful beaches, fishing villages, and bustling marketplaces selling wau bulans - all that was too romanticised from the perspective of an outsider and devoid of the current reality of sociocultural suppression and religious extremism due to the state being ruled by Islamic party PAS, as well as the continuous environmental degradation resulting from corrupt politicians. The entire book felt like walking down memory lane as Isma Ae illustrates every little detail, be it from the words used in the Kelantanese dialect, the description of the food, and the mannerism of the characters, some of whom reminded me of my parents' acquaintances and their children that I met during those travels. Looking at Kelantan now, it is easy to hate on the people and the mess that she is in for being so (what we like to term as) 'backward'. The same way we like to hate on migrants and stateless people as we perceive them as the unnecessary and invisible burden. All because we fail to really look at them as humans first, whose choices are more often than not made out of survival in their struggles to keep up with the ever evolving structural inequalities created by those who try to remain in power. Despite being a fiction (although the writer himself did mention that a portion of the book was based on personal experience - but then again, what writing is not personal?), Republik Sungai Golok captures really well the constant friction of two countries and the struggles of those being born, growing up, and living at the borders, with each charactes exuding a sense of empathy, thus making them relatable and some even likeable. I thoroughly enjoy this book and my only wish is to see it eventually being adapted as a film - perhaps on Netflix, who knows?
Sebak, lucu, marah, semangat. Serba serbi perasaan bila baca buku ni. Helai demi helai diselak, sikit pun tak ada rasa bosan. Isma Ae benar-benar memberi sentuhan yg berbisa, menyegarkan benak ku yg rasanya sudah lama meninggalkan baca Novel Melayu. Jerit payah, senyum tawa dan warna warni masyarakat sempadan digarap dengan penuh santai tapi cukup berbekas. Antara taat setia pada Negara dan nostalgia silam kerajaan Melayu Patani lama. Semangat ingin tahu dan ingin teroka dalam diri anak-anak kecil yg tidak mengerti kenapa sungai nan sebatang ni begitu signifikan pada hidup mereka. Antara harapan dan mainan orang politik. Antara mendapatkan pendidikan dan mencari sesuap nasi melalui seludup lembu. Dan paling best, pertandingan juara bola sepak Sungai Golok! Habis baca ni rasa nk start enjin kereta terus ke Golok! HAHAHA. . Tapi sedikit amaran. Walaupun 90% ditulis dengan bahasa baku (baki 7% bahasa Thai & 3% longhat Kelantan), anda yg tidak boleh berkecek Kelatey mungkin akan merasa janggal dan pelik sikit dengan susun atur ayatnya dan beberapa pilihan perkataan nya. . Plot cerita pulak tidak dibina secsra kronologikal sebalik nya pembaca perlu terus membaca untuk mencantum kronologi peristiwa yg berlaku. Membuatkan kita tak jemu menyelak helaian demi helaian utk membongkar misteri apa benda sebenarnya republik sungai golok ni. . 25 ringgit yang sangat berbaloi.
Tamat cerita tentang Ahmad dan seludup. Tamat cerita tentang Ramlee dan khru. Tamat cerita di Kedai Mi Kak Dah. Tiba-tiba rasa nak renew pasport kemudian re-read kisah mereka dan naik bot pergi seberang.
Buku ini merupakan surat cinta kepada Sungai Golok. Mengisahkan tentang keluarga di sempadan Malaysia-Thailand, ada yg di sebelah sana, dan ada yg di sebelah sini. Apa yang menarik ialah pada permulaan cerita, anda tidak dapat membezakan di mana sebelah sana, dan di mana sebelah sini. Seperti kehidupan di sempadan, semuanya berada dalam kekaburan, sama juga dengan kerakyatan mereka, dan perasaan 'belonging' mereka.
Anak-anak yang dibesarkan di sini, tidak tahu mereka ini sama ada rakyat Malaysia, ataupun rakyat Thailand. Di Malaysia, mereka dikatakan asing, dan di Thailand juga, mereka dikatakan asing. Mereka berasa asing di bumi sendiri. Kanak-kanak naif yang melihat ibu bapa mereka bekerja sebagai penyeludup, dan mereka dibesarkan lalu menjadi penyeludup juga di masa akan datang, kerana itu saja yang mereka tahu. Mereka berasa pekerjaan itu tidak salah, kerana itulah gaya hidup mereka sejak turun-temurun. Orang luar yang melihat mereka, tidak tahu cara membantu, kebanyakan hanya tahu mengkritik. Mangsanya, ialah anak-anak yang naif dan lurus.
Apapun, buku ini membuka mata. Ada kehidupan di hujung negeri sana yang dieksploitasi, sungguhpun mereka hanya mahu mencari rezeki. Kita tidak boleh memilih kita lahir di mana. Begitu juga anak-anak ini.
Mereka satu agama, satu bangsa, dan majoritinya satu bahasa dipisahkan oleh sempadan yang bagi mereka hanyalah sebatang sungai. Sungai itu memberi rezeki, dan sungai itu juga membawa pelbagai konflik. Konflik-konflik itu diterjemahkan dari sudut pandang anak-anak, satu sudut pandang yang jarang kita lihat. Walaupun secara fizikal tak pernah aku hadir ke Sungai Golok, Republik Sungai Golok berjaya menerbangkan aku ke tebing sungai Golok, sama seperti Ramlee terbang ke Wat tempat dia belajar Bahasa Siam.
Buku ini adalah buku ketiga karya Isma Ae Mohamad selepas Laskar Cinta dan Ratu-ratu Patani. Buku ini bukan menjawab persoalan bagaimana cara-cara berkahwin di Golok, bercinta di Golok dan seumpamanya tetapi mengisahkan tentang cabaran sebenar kehidupan di sempadan Sungai Golok sebagai sempadan antarabangsa Malaysia – Thailand. Suasana kehidupan di sempadan paksaan ini begitu rencam disebabkan isu-isu politik, agama, sosioekonomi, pendidikan dan sosiologi penempatan di sempadan.
Sungai Golok yang mempunyai panjang 646 kilometer mengalir ke Laut China Selatan, menembusi Pengkalan Kubur dalam jajahan Tumpat di sebelah Malaysia dan Tak Bai dalam jajahan Narathiwat di sebelah Thailand. Sungai Golok juga telah memisahkan Rantau Panjang dengan Narathiwat, Songkla, Yala dan Satun. Dari sudut sejarah, sempadan ini terbina setelah perjanjian Inggeris-Siam atau perjanjian Bangkok terlerai pada tahun 1909. Antara kesannya, Kelantan terpaksa kehilangan wilayah Tabal (Tak Bai) ditukarkan dengan wilayah Reman, wilayah ini dipisahkan melalui Sungai Golok secara ‘paksa’ tanpa persetujuan masyarakat setempat.
Berlatarbelakangkan kisah kehidupan kanak-kanak yang keliru akan identity diri mereka kerana sesetengah dari penduduk di Sungai Golok mempunyai dua kerakyatan, Thailand dan Malaysia. Mereka mempunyai semangat juang dan nasionalisma yang tinggi, ini dibuktikan oleh Fatimah, melalui suratnya kepada Dato’ Menteri untuk menentang pembinaan tembok sempadan. Juga dilihat dari watak Ramlee yang di besarkan di sebelah Kelantan, Malaysia tetapi jiwanya tetap sayang pada tanah airnya, Thailand sehingga sanggup mempelajari bahasa Thai di Wat Buddha bersama rakan yang berbeza agama. Faisal, anak polis yang baru berpindah, berusaha membanteras gejala penyeludupan demi martabat dan maruah negaranya, Malaysia.
Cerita ini juga diselitkan dengan tragedi pemberontakan penduduk Selatan Thai yang mengorbankan banyak nyawa dan pihak ketenteraan terpaksa melakukan pengawalan yang ketat. Perbezaan bangsa, status, darjat dan agama tidak menjadi permasalahan di kawasan sempadan Sungai Golok ini namun sempadan paksaan tanpa kerelaan rakyat yang dibina atas dasar politik inilah segala permasalahan menjadi rumit dan sukar diselesaikan sehingga kini. Walaupun pengakhiran novel agak sedih namun ia berjaya menggambarkan realiti kehidupan di Sungai Golok dan berjaya menyuntik kesedaran tentang punca permasalahan yang berlaku di sana.
Dialog-dialog dalam novel ini berjaya menarik minat aku untuk belajar bahasa Thai. 555. Novel ini jugak mengingatkan lawatan aku ke Wat Photivihan, Wat Machimaram, dan Wat Chonprachumthat Chanaram suatu masa dulu.
Alhamdulillah terima kasih kepada penulis. Melalui buku ini kita akan dapat banyak pendedahan tentang kehidupan anak-anak sempadan khususnya sempadan Sungai Golok Malaysia-Thailand. Penulis berkongsi rasa, perasaan, semangat, susah payah, konflik dan banyak lagi tentang kehidupan masyarakat yang dahulunya hidup bersama tetapi akhirnya dipisahkan oleh sempadan negara. Sekali lagi terima kasih buat penulis.
Novel berkisar tentang kehidupan kanak-kanak di sempadan Malaysia-Thai. Penulis mengangkat realiti masalah-masalah yang biasa terjadi di sempadan seperti penyeludupan dan pemilikan dua kerakyatan. Kisah-kisah dalam buku ini merupakan realiti yang jarang diketahui orang kecuali yang berada sendiri di sempadan Malaysia-Thai
Perjuangan masyarakat di sempadan dua buah negara demi kelangsungan hidup. Banyak yang perlu diperjuangkan oleh mereka, terutama untuk pendidikan anak-anak.
Kisah dua buah negeri yang disempadankan tanpa kerelaan rakyatnya. Aku baru tahu yang kisah sungai golok ini boleh dikatakan menarik untuk dihayati dan diteladani dari kisah disebaliknya. Sebagai orang Kelantan, aku baru sedar negeri selatan Thailand boleh dikatakan sebahagian dari Kelantan dan sebaliknya.
Satu wilayah yang asalnya duduk dibawah satu naungan kini telah terpisah oleh sebatang sungai dan ianya tidak diredhai masyarakat setempat.
Jalan ceritanya baik tapi cara penceritaannya kurang "jiwa" dalam setiap karekter membuatkan aku sukar untuk menghabiskannya, namun ianya tetap tergolong dalam kategori bahan bacaan yang bagus!
Ramlee - Thai - Patani - Islam. Ramlee keliru dia orang apa. Fatimah - Malaysia - Thailand. Fatimah keliru dia kena hormat bendera negara mana. Ahmad. Ahmad keliru kenapa dia berbeza kerakyatan berbanding kakaknya, Fatimah.
Ini buku masyarakat yang sangat cemerlang. Saya terfikir apakah setiap sempadan negara menyimpan keunikan cerita seperti Sungai Golok ini? Pasti lah ada.
Tapi ini buku yang buat saya setuju bahawa hati manusia mudahnya bersatu tetapi politik yang memusnahkannya.
Coretan naskah mengenai sempadan Malaysia dan juga Thailand dari sudut pandangan hebat mata kanak-kanak. Tertarik dengan cara Fatimah menghantar surat kepada menteri dengan menyekat bot menteri tersebut. Perlawanan bola sepak antara sempadan yang diwakili oleh kanak-kanak bawah usia 12 tahun. Kerakyatan yang dijual beli dan juga undian yang tidak adil. Turut terselit, cerita hebat bualan penduduk Malaysia, iaitu mengenai politik yang tak pernah lelah
Permulaan penceritaan tampak ringan tetapi mempunyai pembawaan yang sangat berat. Konflik sebenar yang dialami oleh penduduk disempadan dua buah negara yang berjiran.
Buku ini menceritakan dengan baik perihal masyarakat di sempadan. Bagaimana sosioekonomi dan politik mereka berkait dengan polisi dua buah negara yang berjiran. Penulis membuatkan aku terjerumus memikirkan persoalan-persoalan yang bagi aku agak menarik seperti isu kerakyatan dan isu pendidikan. Akhir cerita, aku agak terkejut dengan kisah Ahmad. Jujur, aku tidak menyangka pengakhiran begitu.
Dari sudut yang lain, penulis terlalu banyak menceritakan sesuatu itu dari sudut watak-watak yang berbeza. Aku rasa benda ni tak perlu dan boleh menimbukan keserabutan. Penulis boleh mengembangkan bakatnya dengan menceritakan aksi-aksi menembak dengan lebih teliti.