Jump to ratings and reviews
Rate this book

Walang

Rate this book
Kisahnya mudah.

Huluran tangan pertama kali, terus mempercayai. Lantas seluruh hidup yang disangkakan tiada erti, disandarkan pada seorang gadis yang sangat disayangi sepenuh hati.

Sayang, rasa itu tidak sama.

Ada sesuatu yang memburuk di dalam jiwa,
membuatkan apa yang berpelangi tidak lagi mengeluarkan warna,
menjadikan yang wangi terus membusuk terhina dan yang indah tidak kekal lama.

Tidak kekal lama.

287 pages, Paperback

First published January 1, 2016

3 people are currently reading
26 people want to read

About the author

Amal Hamsan

10 books26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (16%)
4 stars
12 (25%)
3 stars
20 (41%)
2 stars
7 (14%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
May 31, 2016
3.45* sebenarnya untuk Walang! (Rasa ngada pulak bila bagi rating ada nombor-nombor banyak kat belakang. Haha)

Tahniah buat Amal Hamsan untuk naskah terbaru ini. Lama peminat cik penulis menanti buah tangan beliau. Fuh!

Tapi terlebih dahulu, aku nak minta maaf awal-awal kepada penulis dan peminat kipas susah mati penulis kalau nanti review ini tak best macam yang diharapkan oleh mereka. Yalah, nanti tak pasal-pasal diviralkan satu dunia di media sosial. Nanti Asmar Shah jadi popular pula dalam sekelip mata. *Gelak sambil tutup mulut dengan kedua belah tangan*

Sebenarnya, terus-terang, Seyogia masih lagi naskah yang terbaik dari Amal. Terlalu jauh jarak untuk Walang menjadi terbaik seperti Seyogia. Tapi mana adil nak bandingkan dua buku ini kan. Tapi apakan daya, aku cuma memberikan pendapat saja.

Dalam Walang, kalau cik penulis tidak meletakkan babak mengenai kisah Amni sewaktu kecil, buku ini tiada beza pun dengan buku cinta yang lain. Tiada beza dengan drama petang yang ada di dalam tv. Tapi kisah sewaktu Amni dan Zara kecil pun, tidak difokuskan sangat. Aku rasa kisah mereka sewaktu kecil, lebih menarik untuk diterokai berbanding kisah sewaktu mereka dewasa dan bergaduh kerana seorang lelaki sehinggakan sanggup untuk memutuskan hubungan persahabatan yang sekian lama terjalin. Aku rasa itu perbuatan dan kisah yang sangat menjengkelkan. Aku rasa Amni, sangat lemah! Kemon Amni, kadang-kala kau kena tegas dan jadi 'jahat' sikit kat dunia ni. Sorry emo sikit. Hahaha!

Cara pertuturan Amni dan Zara sewaktu kecil, sama saja seperti mereka sudah dewasa. Aku rasa sewaktu budak, pertuturan mereka pasti lain. Tapi itu tidak menjejaskan pun jalan cerita. Aku saja yang mengada-ngada.

Tapi aku lebih suka kisah Amni dan Naim. Dan gambaran watak yang diberitahu oleh penulis mengenai Naim membuatkan aku google bagaimana rupa dan siapa penyanyi itu (Maaf aku tak layan muzik macam tu). Dan aku rasa Naim cool!

Apa-apa pun buku ini masih best. Cuma ekspektasi aku terlalu tinggi untuk naskah ini. Jadi bila tersungkur di tempat yang sedikit tinggi, sakitnya boleh tahan.

Moga cik kakak penulis, akan terus maju di dalam bidang penulisan.

Kepada yang belum dapatkan, bacalah. Mana tahu korang lebih sukakan buku ini? Lain orang sudah tentu lain citarasanya kan?

Peace!
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
September 9, 2017
Kisah yang biasa-biasa aja. Ini adalah cerita dengan plot ringkas, cerita tentang dua orang sahabat baik yang sentiasa terjebak di dalam kemelut cinta tiga segi.

Cumanya, bahasa yang digunakan adalah bahasa santai, tidak berbunga-bunga. Straight forward to the point.

Sangat kurang gemar dengan kelemahan watak Amni, dan juga kebebalan watak Zara. Terasa kedua-dua watak ini amat menjengkelkan dan seperti pra-matang sifatnya. Betapa persahabatan itu amat rapuh di antara keduanya, dan begitu mudah berkecai walau sudah bertahun-tahun menyatu hati.

Selain itu, agak tak senang dengan penulis yang mengamalkan gaya penulisan tell, instead of show. Aku lemas betul di dalam susunan ayat yang meleret-leret dan berulang-ulang. Asyik-asyik meraup rambut ke belakang. Tiada aksi lainkah nak buat?

Susun atur buku pun kurang kemas dan ada kesilapan tatabahasa serta ejaan yang mengurangkan perasaan suka terhadap keseluruhan buku.

Apapun, sebuah buku yang boleh dibaca jika mencari bahan bacaan ringan. Cuma sedikit peringatan, jangan baca buku ini ketika mood anda tidak senang. Sebabnya dengan perangai Amni dan Zara yang shallow akan buatkan kau rasa nak maki dan mendidih kalau diteruskan bacaan semasa mood tidak bagus. Sekian.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books186 followers
May 5, 2016
Selepas membaca seyogia, amal dah termasuk dalam senarai penulis-yang-bukunya-wajib-dibeli. Dan obviously aku punya expectation pada walang tinggi setelah membaca seyogia.

Dan mungkin sebab expectation aku tinggi sangat, jadi karya ini biasa saja. Atau aku tak dapat nak relate dengan amni yang punya kawan (sahabat) yang begitu setia di sisi. Atau entahlah.

But don't get me wrong, tulisan amal tak oernah kecewakan aku. Langsung. Like seriously best gila tulisan dia. Karakternya pun hidup. Tapi itulah, mungkin expectation aku tinggi sangat sampai gayat. Kbai.

Cuma aku harap lebih banyak scene naim dan amni. Heheh.

Oh dan zara annoying. Kbai.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
May 18, 2016
mungkin, seperti kata penulis, kisahnya mudah.

ya, naskhah kali ini, terasa terlalu mudah.. simple.

selepas membaca seyogia & heroin, aku mungkin letak harapan yang tinggi untuk karya ni, ye lah lama gak tunggu buah tangan baru penulis.
tapi, entah..klimaks nya macam tak sampai.

masih boleh dihadam, masih terasa walangnya amni, difitnah, ditusuk kawan baik sendiri.. cuma aku harap dia lebih dominant, lebih tegas dalam menangani perasaannya terhadapa shah.

apapun, bacaan yang santai. tahniah untuk penulis.

ps - tq sign mase pbakl..heheh

Profile Image for Farah Husain.
29 reviews8 followers
May 17, 2016
bila kau dah biasa dengan gaya seseorang penulis tu, kau boleh agak apa yang kau akan rasa kalau kau baca karya dia yang seterusnya. rasanya dari awal lagi memang karya-karya Amal Hamsan sinonim dengan rasa sedih. aku tahu. aku boleh agak. tapi mungkin sebab suka dera perasaan sendiri, aku tetap baca walaupun aku tak suka rasa tu.

atau mungkin juga faktor usia buat jiwa aku bertambah sensitif sekarang ni??

apapun, walang adalah satu lagi karya dari amal hamsan yang masih boleh aku hadam. masih mengekalkan 'signature' seorang amal hamsan.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
October 26, 2016
best... tp...

ending buat aku frust jer... apsal lah buat ending lagu tu oii...

btw, kesian giler watak Amni... malang sgt2...

huhu...
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
July 31, 2020
Sakit sebenarnya cerita ni. Sedih dan dalam masa yang sama 'bila nak habis gaduh-baik-gaduh-baik ni'. Cerita yang boleh dikatakan dekat dari segi latar masa walau wataknya agak jauh. Tapi masih boleh dirasai dan difahami. Sempat juga aku terdetik untuk pergaduhan terakhir antara Amni dengan Zara yang macam tak patut. Tapi akhirnya aku dapat mesej terakhir dia. Orang yang paling rapat dengan kita pon boleh menyimpan dendam dengam kita, orang yang paling kita sayang boleh jadi orang yang hancurkan hati dan hidup kita. Sangat direkomendasikan buat awal remaja hingga awal dewasa.
3 reviews
August 4, 2018
Aku mula tak suka Zara bila Nabil muncul. Dari situ aku dah tahu, dia seorang kawan yang pentingkan diri.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Syara.
13 reviews
May 19, 2016
Kau tahu berapa lama menanti buah tangan daripada Amal Hamsan?

Yang sudah mengenali Heroin dan Seyogia pasti tahu yang Amal ialah seorang penulis yang suka menjentik emosi pembaca. Sungguh. Tak tipu. Buku Amal bahaya dibaca sewaktu dalam pengangkutan awam. Kerana kau bisa ketawa atau menangis tiba-tiba.

Walang untuk aku, sangat terkesan. Aku amat menggilai karya penulis yang mengangkat tema persahabatan. Aku sendiri melalui suka-duka persahabatan. Perempuan dan drama yang tak berkesudahan. Perempuan dan kebodohan emosi. Terpukul batang hidung sendiri.

Cerita ini ringkas. Cuma aku tidak tahu mana klimaksnya. Atau aku tidak cukup gigih mencari? Apapun, aku tetap teguh sebagai #TeamAmni. Nabil, Shah dan Naim boleh pergi mampus! Zara? Drama queen. #personal #opinion (less)
Profile Image for Haifa Balkis.
24 reviews1 follower
June 6, 2016
Amal Hamsan ialah salah seorang penulis yang sangat saya sukai. Bermula dengan cerpen Heroin, saya terus mengikuti perkembangan hasil karya beliau. Walang merupakan sebuah novel yang membawa jalan cerita biasa-biasa, mengenai dua orang sahabat baik yang saling menyimpan hati terhadap lelaki yang sama. Namun di sebalik tiap jalan cerita, ada kebenaran yang sengaja tidak dibicara.

"Ditarik oleh kesilapan sendiri. Ditarik oleh kelemahan diri. Yang terlalu lama menyayangi kerana sangat mempercayai. Yang sedikit pun, langsung tidak terlintas di dalam hatinya, untuk merasai luka sebegini dalam, yang akan membunuhnya sebegini kejam."
Profile Image for Hannani.
20 reviews1 follower
June 8, 2016
SPOILER FREE REVIEW

First time baca buku Seyogia, and I'm completely fell in love with this author.

Walang = bersusah hati, bersedih hati.
Tajuk memang sangat sempurna dengan jalan cerita ni.

Can't help but feel pity for Amni actually.

Sejujurnya, cerita kali ni agak mendatar sedikit. Atau sebenarnya macam banyak kali ulang benda sama : gaduh baik gaduh.
Damn cliche. But hey, that's life.

Tapi cliche cliche pun meleleh gak air mata baca ni.

If and only if they don't even freaking care about men, they'll be a perfect friends till forever.

#TeamAmni

P/S : I'm secretly rooting for Amni/Naim actually. Why Naim why :'( (less)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.