Sampul surat - di dalamnya satu klip rambut berbentuk rama-rama dan sekeping kad yang tertulis satu huruf.
Itu apa yang Jazee dan sahabat-sahabatnya terima.
Sejak daripada itu, seorang demi seorang lesap. Hilang dijemput ajal.
Jazee sedar yang mereka kini diburu dan apa yang menanti mereka hanya pembalasan untuk satu dosa lampau.
Persoalanny, siapakah yang memburu mereka? Giliran siapakah seterusnya? Apa kaitan Jun, majikan Jazee dengan bencana ini? Dan jika dapat diselesaikan semua petunjuk yang diberi, dapatkah mereka selamatkan diri?
Ibarat sudah terpalit SIAL, masih adakah jalan keluar untuk mereka?
Hanya insan biasa. Masih merangkak di dalam dunia penulisan. Menulis hanya untuk mengisi masa terluang.
Katanya kalau terbaca karyanya, harap jangan ada yang serik kerana karya yang terhasil itu adalah dari budak hingusan yang baru bertatih menulis. Hanya sekadar penulis picisan. Harap ada yang tidak menyampah dengan penulisan yang terhasil dari jari-jemarinya.
Kini masih terus menjadi pembaca tegar di dalam meneruskan keberlangsungan hidup...
not bad, macam ala2 (suke sangat compare kan..isk2) i know what u did last summer + SAW. storyline ok, suke dengan description writers tuk adengan2 pembunuhan tu.. memang scary!
mungkin bace tanpa gangguan semalam, so terasa smooth je layan novel ni. walaupun mula2 macam boleh agak sape penjenayah (sebab tak banyak watak pun dalam novel ni) tapi sebab adegan2 pembunuhan yang mengerikan + sadis, n rase kejahatan diorang tu memang macam melampau gak, so puas hati dengan pembalasan diorang! (padan muke!! muaahahhah). sampai kan rase patutnye dalang utama tu kena seksa lebih lagi bru best!!
saya kagum dengan isu2 yang penulis selitkan untuk setiap watak2 yang dipaparkan. isu pergaulan bebas tu memang 1 la, isu parents yang gagal dalam menjalankan tanggungjawap & keinsafan yang datang mase darurat tu kire diolah sebaiknya, memberikan perwatakan yang hidup untuk setiap watak.
walaupun mula2 kehadiran Jun seakan2 tiada kaitan dengan semua yang berlaku, tapi dihujung2 tu bila tau siapa jun sebenarnya memang unexpected gak. cume, cubaan membunuh jun tu.. bukan nak kate tak berapa, cara macam profesional tapi gagal jer kan.. (biasa la hero n heroin x kan mati awal kot.. heheh). rasa macam tak kena, tapi still acceptable.
lagi 1 kewujudan rakan subahat tu kena polish skt kot sebab cm konpius jap.. bila masa dia terlibat ni.. terpkasa selak balik kot2 ada yang terlepas ke... tapi ok jer sebenarnya.
overall, ok. leh diterima scarynya. cume perkemaskan plot & ayat cantik sikit kot (bukan berbunga2 la..mungkin lebih sempoi).
tahniah buat penulis.
ps - typo tu kire ok la x banyak sngt walau ade gak hurup2 tertinggal! heheh
Sebenarnya nak bagi 3 bintang for the penulisan and the penceritaan, tapi penerbit tak boleh dimaafkan for the amount of typos as well as kesilapan nama Amar Shah printed on every page of the book instead of Asmar Shah. Sampai bila kualiti buku local nak jadi macam ni?
In terms of penceritaan, ada beberapa loopholes tapi boleh set aside. Plot twist boleh diramal dari middle of the book, rasa macam tengok filem Melayu (*coughs Lagenda Budak Setan *coughs*). A good suspenseful thriller tapi you just don't care about any of the characters.
tajuk memang kena sungguh dengan jalan cerita. idea dan jalan ceritanya pun memang sangat best. penulis Asmar Shah bijak menyusun plot dan buat pembaca tak dapat menjangka siapa watak SIAL sebenarnya.. alahai, watak yang paling jahat la... adoi, dah perkataan tu macam tu, nak pusing camna pulak..
mellisa pekerja kedai serbanika yang dicederakan dan dirogol beramai-ramai oleh fiqri dan kawan-kawannya atas alasan fiqri rasa tercabar bila mellisa bertindak kasar dan meninggikan suara padanya ketika dia mengganggu mellisa bekerja. dah perangai macam sial, siapa tak naik angin. mengganggu ketenteraman awam lak tu. hanya jazee yang tidak mengikut yang lain 'berpesta' kerana awal lagi dia dah bergaduh dan tak setuju dengan cara fiqri. kawan-kawan fikri sebenarnya antara takut dan berani bila mellisa tinggal nyawa-nyawa ikan tapi sebab nak selamatkan diri masing-masing, mereka bersetuju hanyutkan mellisa dalam sungai...
dua tahun kemudian, mereka - fiqri, jazee, aziah, luqman, syamil, kayrol dan ramzie mula terganggu dengan kehadiran sampul yang berisi kad bertulis huruf dan klip rambut berbentuk rama-rama. jazee cam klip rambut tersebut, yang sama dengan klip rambut mellisa pada malam jahanam itu. dalam masa yang sama, jun majikan pada jazee turut terancam nyawanya bila ada cubaan membunuhnya. jun syak marlia, bekas isteri arwah suaminya harun yang cuba membunuhnya kerana tidak puas hati tak dapat bolot semua harta arwah suaminya. jun meminta bantuan jazee supaya memberi pelindungan padanya. jazee terpaksa mengharung dua keadaan serentak...
kejam, sadis. setiap babak pembunuhan yang memang ngeri. penulis memang bijak mengganggu emosi pembaca. mungkin ada yang menjangka mellisa tak mati dan dia yang membalas dendam tapi langsung tak. ada jumpa beberapa typo dan kehilangan perkataan sepanjang pembacaan. kita manusia ni jangan menjangka boleh menongkat langit. setiap perbuatan akan ada balasan, sama ada baik atau buruk. cuba selagi boleh untuk menjadi manusia yang dapat berjalan mengikut semua garis panduan yang diberi untuk mendapat keredhaan olehNYA...
Tajuk : SIAL Penulis : Asmar Shah Terbitan : LEJEN
PRO 1. Menepati genre. 2. Thriller Kejam. 3. Imbas kembali yang mudah difahami. 4. Pengakhiran cerita yang menarik.
Ejaan
m/s 6 : 'terharus' = terharu m/s 37 : 'akhrinya = akhirnya m/s 93 : 'ju' = jun m/s 95 : 'menedang' = menendang m/s 111 : 'suasan' = suasana m/s 209 : 'bernacan' = bermacam m/s 218 : 'muncuk' = muncul m/s 253 : 'say abaca' = saya baca m/s 257 : 'kucin' = kucing
Ayat
m/s 12 : "Dan pagar tu tak berkunci pun"
tiba2 perkataan 'dan' tu ada pada dialog. Kebiasaannya klu utk dialog kita jarang guna dan di depan...mungkin lebih sesuai dgn ayat ni..."Lagipun pagar tu tak berkunci" @ "Dah pagar tu tak berkunci".
m/s 104 : Namun -lahan = Namun perlahan.
m/s 111 : simbol titik tertinggal pada perenggan dan baris pertama.
ULASAN
Sejujurnya ia adalah karya pertama penulis yang saya baca. Sebuah karya thriller yang mengujakan. Plot disusun dengan kemas. Cuma dialog-dialog perlu dibaca dengan teliti kerana melibatkan banyak watak. Kepada peminat novel bergenre thriller, amat berbaloi memilikinya. Pada pendapat saya, Novel ini agak kurang sesuai untuk pembacaan kanak-kanak atau memerlukan pengawasan orang dewasa.Apapun sekalung Tahniah buat penulis, teruskan menulis....
* tahukah anda, perkataan SIAL telah dicetak sebanyak 50 kali dalam karya ini, mungkin sebab itu novel ini diberikan tajuk SIAL.
Percubaan thriller cum slasher porn daripada Asmar Shah boleh dikira agak bagus. Dengan lambakkan 'seberapa banyak yang boleh' genre popcorn sebegini di pasaran, SIAL boleh dikategorikan di dalam guilty pleasure. Abaikan segalanya yang logik, hiburkan diri dengan segalanya yang tidak.
Susah dipisahkan imej-imej atau bayangan filem Valentine's Day, I Know What You Did Last Summer, Scream serta beberapa lagi tv movie thriller barat klasifikasi B ketika membaca naskah ini. Saya rumuskan naskah SIAL sesuai dijadikan bacaan dikala perayaan Halloween buat mereka yang gemarkan genre sebegini. Selalunya di barat, genre pembacaan begini amat disambut-baik oleh pembaca-pembaca supaya semangat Halloween itu dapat memukau perasaan sekaligus membuatkan malam penuh debaran itu bertambah runsing dan menyesakkan.
SIAL bukan naskah thriller sempurna tetapi cukuplah untuk menghilangkan dahaga peminat-peminat genre seperti ini. Permainan watak sedikit kurang kemas dan agak cringe apabila watak-watak itu bergaduh dengan segala macam cacian serta carutan yang melelahkan (ada tu tak payah mencarut pun takpe sebab kau carut sangat ni nak pergi mana? Kau mandi Sungai Ganga pun aku rasa tak bersih lagi mulut kau tu. Membongak yo lobih...) Seperti sifat sebuah filem Gred B hollywood. Dibuat khas untuk menghiburkan bukan untuk dibawa bincang tentang kewarasan segala plot dan apa yang berbangkit.
Jika diperhalusi, mungkin SIAL akan bertambah kesialannya dengan gabungan watak yang saya kira boleh diputar-belitkan lagi supaya nafas pembaca tidak mengalir dengan elok ketika membaca. Adrenaline ketika membaca thriller cum slasher porn adalah sesuatu yang wajib. Pisau itu perlu turut menghiris leher pembaca!
Sebuah hiburan gelap daripada Asmar Shah. Terima kasih, penulis. Oh ya, memang sial lah SIAL ni!! ;)
Saya akan bercerita tentang keistimewaan dan kekurangan yang saya rasa masih boleh diperbaiki. Secara jujurnya, pada bahagian permulaan jalan cerita agak melewah dan adakalanya wujudnya dialog yang tidak perlu. Berlaku juga pertukaran nama watak dalam 'Sial' sehingga agak pening mahu memahami konteks cerita. Namun, Asmar Shah bangkit dengan plot twist yang tak terjangka. Di sinilah wujudnya elemen 'excitement' untuk melanjutkan pembacaan sehingga titik akhir. Saya menyukai naskhah Sial ini kerana ia bercorak psiko thriller yang mengundang rasa ingin tahu dalam diri pembaca, Mungkin ada setengah babak perlu diperkemas untuk memperlihat jalinan cerita yang lebih kemas dan utuh. Typo boleh dimaafkan kerana naskhah ini tidak mengecewakan bagi saya. Genre PSIKO THRILLER yang boleh tahan thrillnya. Keep it up Asmar Shah!:)
Font pilihan penerbitan lejen yang terang dan jelas memudahkan pembacaan. Kisah suspen thriller yang menarik buat peminat genre sebegini. Paparan emosi setiap watak sangat jelas sehingga kita dapat membayangkan gerak geri dan tingkah mereka. Dimulakan dengan igauan Mellisa sehinggalah terjadinya insiden tebus maruah akibat sifat pelaku pelaku sekumpulan manusia lelaki termasuk seorang wanita. Sial apabila dibaca seolah olah kita menonton fikem musim panas hollywood. Pembaca harus bersedia untuk sama sama melihat kejadian kejadian ngeri yang disusun oleh lelaki yang membalas dendam akibat kematian Mellisa. Bersedia juga untuk twist twist seterusnya. Satu pujian harus diberikan pada penulis kerana memilih untuk tidak menjadikan watak hero yang membalas dendam sebagai terlalu perkasa atau bersih, dia juga ada saat saat khilaf sewaktu beroperasi. Novel ini saya sarankan pada pembaca yang meminati genre suspen thriller. Sedap dibaca.
Ini adalah karya pertama saya baca dari Asmar Shah. Banyak persoalan dan kepelikan timbul masa baca novel ni. Typo yang terlalu banyak, itu kita tolak tepi, penggunaan ayat yang kadang-kadang melompat, faham fahamkan sendiri je lah.
Soalan dia, macam mana aturan nama watak watak dalam ni dibunuh ikut susunan nama si Mel tu? Macam jauh je, mungkin aku yang salah baca kot. Aziah, ko ni pengkid ke tomboy? Semua kau sapu. Eloklah kau mati awal. Ke kau ni bi sebenarnya? Hahahaha. Aku suka part Kayrol kena makan usus babi. Ironi sangat.
Lagi 1, Jun tu masih hilang ingatan kan, how come dia boleh ingat dekat Zuhairi tu? Bukan ke dia dah tak ingat apa-apa pun pasal diri dia yang lama. And Zuhairi, pencinta yang setia sangat tu, kalaupun muka tak sama suara boleh berubah ke bai? Tak kan ko tak boleh cam suara kekasih hati kau tu? Apakah?
Ending dia, tak menginzalkan bagi aku. Aku harap Jun dengan Jazee gagal larikan diri. Jazee mati kena bunuh, then lepas dia bunuh si Jun ni, baru dia tersedar yang Jun ni si Mel chenta hati dia sangat tu. (Kot-kot la Jun ada tanda lahir ke apa ke, pernah kerja satu tempat kan) Hahahaha. Pastu dia bunuh diri sendiri. Happy ending. Keep it up Asmar Shah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sial.. Karya pnulis kali nie boleh dikataan smakin baik.. Plot yg tsusun dgn baik dan mudah difahami.. Watak2 dlm cerita ini mmg ptot mnerima balasan yg dh mreka lakukn.. Apa yg pernah kita lakukn dulu, x mustahil boleh mnerima blasan yg swajarnya.. Kejam..mmg kejam..Serius kejam..hahahah.. Cover yg mmg cun..terbaik..Good Job Lejen.. Tapi.....bnyak typo lah.. Ada ada yg 'miss word'.. So korang kene baca betol2 spya boleh tngkap ape yg 'miss word' tu ya.. Sy bg 3.65★