Cincang: Dendam Terbalas - Shield Sahran
Rate : 4/5 ⭐️
⚠️TW: DARAH, RASA MUAL & LOYA⚠️
UNTUK PENGGILA SATE, PENGHARGAAN INI UNTUK ANDA
___________________________________________
🔹Awal-awal dah kena scam! Tak pasal aku ingat Abah Ali tu gila 😂 sepanjang cerita aku asyik terbayang satu movie ni. Tak ingat tajuk apa, tapi dia guna daging manusia as inti karipap. Tak pasal geli nak makan karipap dua tiga hari 😆 nasib baik yang ni tak buat aku loya tujuh hari tujuh malam.
🔹Masirat - berhijrah ke Pekan Lama disebabkan satu kisah lampau, yang mana kalau boleh dia taknak kisah tu berulang lagi. Ingat pun dia taknak dah. Trauma! Disebabkan kisah lampau, dia jatuh miskin. Jadi papa kedana.
“𝐒𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐧𝐢 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐰𝐚𝐫, 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐫𝐚𝐜𝐮𝐧 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐚.“
🔹Ketenangan Masirat mula tergugat bila tiba-tiba Sari balik kampung setelah sekian lama tinggal di kota. Kepulangan Sari buat pemuda-pemudi kampung tak keruan. Bukan setakat pemuda-pemudi, Pak Aji yang kerepot tu pun tak senang duduk! Mana taknya, si Sari dah jadi dara sunti 💁♀️
🔹Kepulangan Sari secara tak langsung buat Mak Siti terfikir sesuatu. Bagi Mak Siti, inilah masa yang sesuai untuk Sari balas jasa mereka selama ini.
“𝐉𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐛𝐮𝐫𝐮𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡. 𝐉𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐒𝐚𝐫𝐢 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢!“ - 𝐌𝐚𝐤 𝐒𝐢𝐭𝐢
🔹Ah, masuk kat sini aku mula tak suka 😑 Mak Siti tu bukan ada apa pun tapi sibuk hal Sari kalahkan saudara kandung 🙄 sibuk nak jodohkan Sari dengan orang tua tu 😒 Pak Aji tu pun satu hal! Belum apa-apa dah fikir malam pertama. Jijik! 🥴
🔹Tapi, benda kalau tak ikhlas takkan kekal lama. Pak Aji yang sihat mula jadi tak keruan. Semua benda mula terabai.
“𝐀𝐤𝐮 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐧𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐭𝐢...“ - 𝐏𝐚𝐤 𝐀𝐣𝐢
🔹Si Sari ni dia cantik. Tapi bila satu demi satu benda buruk terjadi, orang kampung mula gelar dia perempuan malang. Kononnya si bunga api yang anggun tapi membawa bala. Mana taknya, sapa saja yang cari pasal dengan dia mesti mati terbakar! Orang kampung pulak, makin ramai yang hilang. Kemana semua pergi?
“𝐂𝐢𝐤𝐠𝐮 𝐜𝐚𝐤𝐚𝐩, 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐝𝐢𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦.“
🔹Masirat makin pelik bila kawan baik dia - Habil tiba-tiba hilang. Dia mula curiga. Tambah pulak, bila ‘kisah lampau’ Masirat muncul beri amaran. Makin tak senang duduk dibuatnya.
“𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐮 𝐌𝐚𝐭! 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐥𝐚𝐠𝐢...“ - 𝐇𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢
“𝐒𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐫𝐢....𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐥𝐞𝐦𝐚𝐡 𝐥𝐞𝐦𝐛𝐮𝐭. 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚.“
🔹Bila dah baca sampai habis, baru aku faham kenapa Abah Ali pindah ke kota. Baru aku faham kenapa semua tu terjadi. Rupanya, semuanya berkaitan. Kisah perigi buta tu pun aku tak sangka 😢
🔹Cerita ni bagi aku layak 5⭐️ tapi sebab ending dia aku rasa tak adil , aku kasi 4⭐️ ja. Tapi dari segi bahasa, plot semua sedap dibaca. 10⭐️ untuk tu ❤️ aku ingat buku ni gore tau 😂 nasib baik tak.
🔹Kalau nak rate dia punya gore tu, mungkin dalam 5/10? Sebab hujung-hujung tu aku ada rasa geli-geleman jugak 😅