Sebilah pisau bersinar di bawah lampu kalimantang. Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Darah memercik seperti bunga api. Maka, terbaringlah sekujur tubuh tidak bernyawa. Kemudian, derapan tapak kaki menapak dan perlahan mendekati.
Sejurus selepas itu, irama tetakan berkumandang. Tak! Tak! Tak! Kuat bunyinya. Dengusan manusia kedengaran sedikit lelah. Bau hanyir mula meruap ke ruang udara, menyebarkan rasa tak senang di segenap ceruk dan ruang. Sedikit demi sedikit, ketul-ketul daging kelihatan menggunung di dalam besen. Usai saja menetak, manusia itu menghela nafas panjang. Seakan-akan seperti puas melepaskan geram.
"Jahat! Abah jahat! Abah bunuh Mail!"
Tanpa membuang masa, jiran tetangga menyerbu dan menyerang Ali. Sari semakin kuat menangis. Jiran tetangga semakin buas. Pada masa itulah, isteri Ali muncul dengan wajah keliru Dia segera bertany, "Apa semua ni?"
membacanya, mengingatkan kepada cerita filem #DARA, yang menjadikan daging manusia sebagai menu utama masakkannya yang membuatkan restorannya begitu laris.
Cincang, saya kira berdasarkan urban legend yang sama cuma diadun mengikut versi Melayu (Malaysia secara amnya). Apa yang saya puji, gaya penulisan penulis begitu padat, susunan yang ringkas serta diksi2 yang menarik.
jalan cerita pada awalnya agak mendatar, tapi semakin lama semakin menggebu perasaan untuk meneruskan pembacaan. Walaupun pun dipertengahan cerita seakan boleh menghidu perbuatan Sari, tapi tetap menarik perhatian untuk meneruskan pembacaan. Rasa ngeri dan sadis pembunuhan mangsa2nya dapat dirasakan jugak sebenarnya.
Cuma, endingnya agak rush bagi saya, sebegitu mudah Sari ditewaskan. Namun, masih dikira ok memandangkan penduduk masih tidak mengetahui ulah sebenar dalam siri kejadian malang yang menimpa kampung mereka.
overall, cerita ini menarik dibaca cuma mungkin agak preditable, mengurangkan pemberian bintang (bagi saya la). tapi olah penulis memang ohsemm!.
saya tunggu karya penulis berikutnya. Tahniah buat penulis.
"Dia cakap, aku ni orang baik. Dia nak aku terus jadi orang baik. Jadi, aku pun terus jadi orang baik sampai sekarang. Sebagai orang baik, aku mesti la halang kejahatan. Orang salah orang jahat. Orang jahat mesti dihukum. Hukuman apa untuk orang jahat? Api neraka, semestinya. Tapi, aku tak dapat cari api neraka. Jadi api biasa pun boleh la."
fuhhh... tak sangka aku kisahnya agak gila.
tgk cover pun dah geli semacam, kan? kisahnya pulak psiko.
sembelih, cincang, dan bakar buat sate. bkn sate biasa, sate luar biasa.
bermula dr seorg watak yg psiko, ramai yg menjd mangsa.
UNTUK PENGGILA SATE, PENGHARGAAN INI UNTUK ANDA ___________________________________________ 🔹Awal-awal dah kena scam! Tak pasal aku ingat Abah Ali tu gila 😂 sepanjang cerita aku asyik terbayang satu movie ni. Tak ingat tajuk apa, tapi dia guna daging manusia as inti karipap. Tak pasal geli nak makan karipap dua tiga hari 😆 nasib baik yang ni tak buat aku loya tujuh hari tujuh malam.
🔹Masirat - berhijrah ke Pekan Lama disebabkan satu kisah lampau, yang mana kalau boleh dia taknak kisah tu berulang lagi. Ingat pun dia taknak dah. Trauma! Disebabkan kisah lampau, dia jatuh miskin. Jadi papa kedana.
🔹Ketenangan Masirat mula tergugat bila tiba-tiba Sari balik kampung setelah sekian lama tinggal di kota. Kepulangan Sari buat pemuda-pemudi kampung tak keruan. Bukan setakat pemuda-pemudi, Pak Aji yang kerepot tu pun tak senang duduk! Mana taknya, si Sari dah jadi dara sunti 💁♀️
🔹Kepulangan Sari secara tak langsung buat Mak Siti terfikir sesuatu. Bagi Mak Siti, inilah masa yang sesuai untuk Sari balas jasa mereka selama ini.
🔹Ah, masuk kat sini aku mula tak suka 😑 Mak Siti tu bukan ada apa pun tapi sibuk hal Sari kalahkan saudara kandung 🙄 sibuk nak jodohkan Sari dengan orang tua tu 😒 Pak Aji tu pun satu hal! Belum apa-apa dah fikir malam pertama. Jijik! 🥴
🔹Tapi, benda kalau tak ikhlas takkan kekal lama. Pak Aji yang sihat mula jadi tak keruan. Semua benda mula terabai.
“𝐀𝐤𝐮 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐧𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐭𝐢...“ - 𝐏𝐚𝐤 𝐀𝐣𝐢
🔹Si Sari ni dia cantik. Tapi bila satu demi satu benda buruk terjadi, orang kampung mula gelar dia perempuan malang. Kononnya si bunga api yang anggun tapi membawa bala. Mana taknya, sapa saja yang cari pasal dengan dia mesti mati terbakar! Orang kampung pulak, makin ramai yang hilang. Kemana semua pergi?
🔹Masirat makin pelik bila kawan baik dia - Habil tiba-tiba hilang. Dia mula curiga. Tambah pulak, bila ‘kisah lampau’ Masirat muncul beri amaran. Makin tak senang duduk dibuatnya.
🔹Bila dah baca sampai habis, baru aku faham kenapa Abah Ali pindah ke kota. Baru aku faham kenapa semua tu terjadi. Rupanya, semuanya berkaitan. Kisah perigi buta tu pun aku tak sangka 😢
🔹Cerita ni bagi aku layak 5⭐️ tapi sebab ending dia aku rasa tak adil , aku kasi 4⭐️ ja. Tapi dari segi bahasa, plot semua sedap dibaca. 10⭐️ untuk tu ❤️ aku ingat buku ni gore tau 😂 nasib baik tak.
🔹Kalau nak rate dia punya gore tu, mungkin dalam 5/10? Sebab hujung-hujung tu aku ada rasa geli-geleman jugak 😅
Selesai sahaja Blogofobia, aku teruskan sesi pembacaan dengan membaca karya pertama penulis. Novel debut yang agak baik bagi aku. Gaya penulisannya tersusun elok sahaja. Ada sedikit pengulangan cerita, tapi masih tak mencacatkan. Walaupun aku sedikit keliru dengan plot masanya - sekejap dah hilang, sekejap belum. Aku memang dah dapat agak siapa yang psiko mulai dari terbukanya kedai sate tu, cuma aku nak tahu macam mana dia buat. Licik eh kau. Suka dengan penamatnya, tertutup terus segalanya. Orang jahat mesti dihukum!
Boleh tahan. Mungkin ada beberapa part yang macam tak logik tapi bagi aku untuk feel noir, tu okay je kot. Boleh dikategorikan psychological thriller versi Malaysia.😁
Mengisahkan Sari yang pulang ke kampung asal ibu bapanya di Pekan Lama setelah menginjak usia dewasa. Sebelum ini berbagai-bagai cerita tidak enak didengar sehingga keluarga Sari berpindah ke bandar untuk memulakan kehidupan baru. Hidup Sari di kampung tidak seindah yang diharapkan bila dia difitnah apabila mula berlaku kebakaran dan kematian penduduk. Hanya keluarga Pak Mustaqim dan isteri yang sudi membantunya. Rupanya mereka berdua ada agenda yang tersembunyi.
Masirat pula lain kisah. Dia merantau ke Pekan Lama membawa nasib dan serik nak bercinta akibat ditipu oleh seorang wanita. Perkenalan dengan Sari seperti membuka lembaran baru buat keduanya.
Simpati Masirat akhirnya memakan diri sendiri.*spoiler alert 😅