Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ostrolia Aku Datang

Rate this book
"Banyak duit, naik kapal terbang. Student lain naik bas aje," komen Mak Cik P yang aku bau sinis dan hamis.

"Eh, bukan, P. Dia naik kapal terbang sebab dia nak pi jauh. Si L ni dapat scholarship nak pergi Ostrolia," cerita mak sambil tersengih lebar.

Aku rasa macam nak tampar dahi. Entah kenapa mak aku sebut Australia jadi Ostrolia. Aku macam dah pasrah. Sebelum ini, dah berbuih mulut aku betulkan sebutan mak. Bukan setakat Australia, nama kereta pun mak aku suka tukar. Proton Savvy, dia panggil Proton Sawi. Kereta Charade, mak panggil cerek.

Aku L. Dan ini kisah aku melanjutkan pelajaran ke Australia. Kenal dunia, kenal realiti, dan kenal...

249 pages, Paperback

First published January 1, 2016

5 people are currently reading
17 people want to read

About the author

Wan Noorliza

1 book4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (28%)
4 stars
18 (36%)
3 stars
15 (30%)
2 stars
2 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
August 1, 2017
Mungkin orang akan kategorikan buku ini sebagai fiksyen realisme tapi my instinct cakap ini adalah buku bukan fiksyen yang takde ditokok tambah langsung.

Takde naratif yang mengikat keseluruhan buku, setiap bab ada watak baru yang berlainan dan ultimately second part of the book hanya pendapat atau judgment penulis tentang orang-orang yang dijumpainya di Australia.

Terlalu ramai yang cakap buku ni kelakar tapi mungkin her humor is just not my cup of tea.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
September 11, 2016
1) Saya beli buku ini kerana tertera pelekat "paling laku PBAKL 2016" (lebih kurang begitu).

2) Faktor mahu melepas gian membeli buku juga mempengaruhi (dah lama tak membeli buku boleh jadi stress juga, ya?)

3) Tema kisah hidup semasa belajar adalah genre yang saya cari untuk dijadikan rujukan peribadi.


Baik. Itu sebab musabab saya memilih buku ini.

10 saat yang pertama, sudah terbit rasa menyesal. Penulis menggunakan bahasa pasar, bercampur aduk antara English dan Bahasa Melayu. Saya sebenarnya cuba untuk mengelak membeli buku berbahasa sebegini untuk dijadikan koleksi. Tidak ada masalah untuk membaca, cuma bukan untuk koleksi.

Tetapi semakin saya membaca, saya mula rasa selesa. Benar. Bukan selesa dengan bahasa, tetapi selesa dengan jalan cerita. Lancar. Dan menimbulkan rasa mahu tahu cerita-cerita selanjutnya. L (atau saya fikir, Liza) bercerita dengan baik. Pengalaman hidupnya dengan manusia-manusia yang pelbagai semasa di Ostrolia adalah pengalaman emas. Ditambah dengan kebijakan L menyelitkan sedikit sebanyak cerita keluarganya yang berwarna-warni, buku ini tidak membosankan.

Cuma, saya rasa cerita tentang Australia (atau Adelaide) itu tidak menyerlah. Lebih banyak bercerita tentang manusia. Bila sesebuah buku menggunakan nama tempat sebagai tajuk, expectation saya lebih banyak cerita hal lokasi-lokasi yang memberi makna kepada penulis. Tidak menjadi masalah sebenarnya, ia lebih kepada harapan biasa.

Keseluruhannya, berbaloi.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
May 19, 2023
Bacaan ringan yang menghiburkan. Sesuai baca waktu dalam fasa reading slump. Rasanya sekali duduk pun boleh habis baca. Cover cantik.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
July 18, 2016
3.75* untuk Ostrolia Aku Datang!

Aku enjoy baca naskah ini. Narasinya kelakar. Buat aku tergelak sendiri. Unsur realism-nya menarik dan aku rasa buku ini sangat comel! Dan kau akan tahu kenapa ejaan Australia jadi Ostrolia.

Aku dapat bayangkan watak utama buku ini adalah perempuan kasar-sempoi-kelakar-dan kekadang nampak seperti berlagak tapi mungkin berhati tisu. Haha...

Cuma buku ini seperti diari. Cerita yang disajikan di setiap bab, akan terhenti di situ dan kau takkan temui lagi walau secebis kisah tersebut di babak yang lain. Ada cerita yang menarik tapi hanya disajikan sekejap saja. Jadi rasa puas itu tidak dapat dilunaskan. Malahan, aku kurang puas mengenai pendedahan negara Ostrolia itu sendiri. Nak lagi...

Jangan risau buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan santai untuk seisi keluarga. Serius buku ni comel. Tak tipu! *Gelak sambil tekup mulut*

Cubalah. Mana tahu korang akan menyukainya?

Peace!
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
October 7, 2018
Himpunan kisah pengalaman penulis, sebelum, semasa dan sedikit selepas menyambung pelajaran di Adelaide, Australia. Lebih kepada catatan peribadi penulis, pengalaman dan bingkisan perjalanan dalam menyambung pelajaran.

Mungkin tidak banyak info mengenai tempat-tempat menarik dan lokasi penginapan yang sesuai jika ke Australia, namun banyak pengalaman yang lebih bermakna dititipkan dalam buku ini.

Penulis banyak memerhati dan mencuba sesuatu yang baru, menjadikan buku ini tetap menarik untuk ditatap. Tambah pula olahan penulis yang santai dan ringkas, so bagi saya ok juga untuk di baca santai sambil berfikir nanang mengenai kehidupan.
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
September 22, 2016
Buku ni sama konsep dengan buku aku tulis iaitu UK Aku Mai. Sekarang baru faham kenapa buku UK Aku Mai kurang disukai sesetengah pembaca - antaranya sebab tak ada plot (koleksi naratif pendek) dan tak informatif sangat. Buku ni sama kategori dengan UK Aku Mai - cerita pengalaman secara peribadi. Justeru siapa yang nak mencari hal-hal maklumat dan cara travel, buku ini bukan buku untuk anda. Buku ni untuk mereka yang nak baca pengalaman dan insight.

Buku ini ada banyak juga watak dan mungkin akan menyebabkan anda lost track sedikit. Tapi kisahnya tetap mengujakan!
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
April 15, 2024
Nampaknya pengembaraan aku di negara kangaroo ini masih belum berakhir. Walaupun tajuknya seakan mewakili perjalanan L di keseluruhan Australia tapi ia sebenarnya hanya bertumpu di kawasan Adelaide sahaja. Cuma jangan letak harapan untuk lebih mengenali tempat-tempat disana bila membaca buku ini, sebab ini bukan travelog L. Malah ianya lebih kepada pandangan L tentang perihal manusia yang dijumpainya di sana yang tersangat rawak. Santai sahaja laras bahasa yang digunakan penulis, pembacaan terasa seperti kita membaca diari watak utama sahaja.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
February 26, 2017
buku-buku terbitan lejen biasanya korang kena baca dengan hati yang lagha.. Kira macam hati kering takde perasaanlah. Janganla nak tangkap syahdu leleh feeling bagai tu semua. Sebenar suka baca sebab selain dari langgar jer traffic light merah, korang boleh baca sebebas hati... Haa.. Merepek melalut akak sama macam cik puan penulis buku ni yang suka melalut meraban masa bercerita, tapi akak suka baca benda yang cik puan penulis melalut sebab setiapnya ada info tersendiri..

dari mula kisah bagaimana L, watak utama terjebak ke australia, ostrolia bak kata maknya. L pergi temuduga biasiswa dengan tiada apa-apa persediaan dan main jawab ikut rasa hatinya.. Dia lulus dan seterusnya dia berangkat ke adelaide, australia. Suka dengan setiap info dan babak kisah L di sana. Kita yang tak pernah pergi ni pun rasa wahhh.. . best jugak dapat belajar kat sana..

survival, bila kewangan hanya biasiswa yang tak berapa banyak, L mencari peluang kerja di sana. rupanya student boleh bekerja tapi ada had tempoh. kiranya had tempoh itu amat berbaloi buat L yang buat double degree. Dia juga digambarkan pelajar yang rajin dalam pada sempoinya tu. rajin juga terlibat dengan aktiviti kampus tapi tak berapa suka aktiviti sosial di luar. banyak watak diperkenalkan oleh L. ada yang ok dan ada yang boleh merosakkan juga..

sebuah penceritaan yang jujur dari awal sehingga helaian yang terakhir. olahan pun sebenar buat pembaca tertarik nak baca sehingga habis. suka dengan selitan kisah kekeluargaan yang ada. walaupun ada isu semasa yang diselitkan tapi secara tak langsung buat pembaca berfikir dan menerima sesuatu itu secara positif. kalau rasa perkara boleh merosakkan fikiran dan kehidupan, apa salahnya kita pusing cara lain. ada masa kita boleh involve tapi kalau dah boleh memporak perandakan kehidupan ada baiknya kita pentingkan diri dan fikirkan apa yang terbaik untuk kita dan keluarga..
38 reviews3 followers
October 31, 2023
Mula mula memang annoyed gila sebab banyak sangat guna ‘almaklumlah’, macam ‘pick me’ pun ada juga. Lama lama oklah sebab ni memang cara penulis bercerita pengalaman dia. Tiada klimaks apa segala. Semua hanya pengalaman. Boleh lah kalau nak start balik membaca kalau dah lama tak baca buku macam saya hahahahha
1 review
February 12, 2025
Buku yang seronok dibaca kalau dilihat pada pengalaman penulis, perjalanan sebagai anak rantau walaupun penggunaan bahasa tidak mengikut tatabahasa yang betul. just enjoy je dengan penceritaan yang santai.
24 reviews
March 25, 2018
Akan suruh anak-anak belajar ke luar negara lepas baca buku ni. Bergaul dengan makhluk Allah dari serata dunia. Berbeza agama dan budaya.
1 review
November 26, 2019
Santai dan bermanfaat, bahasa mudah. Sangat recommend untuk bacaan anak2 dan juga pelbagai usia.
Profile Image for Elina.
18 reviews3 followers
January 16, 2021
Bahasa pasar, macam baca diari yang terlalu banyak kesalahan ejaan.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.