Jump to ratings and reviews
Rate this book

Langtang Nepal: Menjelajah hingga ke Himalaya

Rate this book
Buku ini mengisahkan cerita dan pengalaman Mhilmi Osman yang berpeluang mengembara ke negara Nepal. Beliau yang merupakan seorang peminat seni fotografi yang aktif secara separuh masa telah berpeluang bersama lima rakannya mendaki ke salah satu laluan pendakian iaitu Langtang Valley Trek yang terletak di banjaran Himalaya. Susah senang bersama rakan di sepanjang pendakian tersebut telah pun di kongsi bersama di dalam buku ini.

Dengan sedikit ilmu dalam seni fotografi telah membuatkan beliau dapat berkongsi pengalaman dunia luar melalui fotonya. Ilmu fotografi tersebut dapat membuatkan beliau menyimpan kenangan dan pengalaman tersebut dalam bentuk foto yang boleh dikongsi bersama.

297 pages, Paperback

Published January 1, 2016

14 people want to read

About the author

Mhilmi Osman

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (13%)
4 stars
7 (30%)
3 stars
11 (47%)
2 stars
2 (8%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
May 16, 2016
Kenapa saya beli buku ini?

Pertama, ianya travelog. Kesukaan saya. Lagi-lagi, ianya jenis pengalaman kembara yang juga saya suka; trekking, fotografi dan bercinta dengan alam.

Kedua, ianya tentang Nepal. Ini buku travel berbahasa Melayu (ke Nepal) yang pertama, yang saya jumpa.

Ketiga. Kulit buku sangat mempersona.

Keempat. Penulisnya ada menurunkan otograf. Hahahah!

Tahniah kepada saudara Hilmi. Dan saya sangat berterima kasih dengan usaha beliau untuk berkongsi cerita.

Penulis ini sebenarnya mempunyai satu pengalaman yang sangat mahal. Itu saya cemburu. Pendakian ke Langtang itu, satu cabaran fizikal dan mental yang bukan calang-calang orang boleh tempuhi. Tapi sangat berbaloi dengan ganjaran pemandangan yang menakjubkan. Melihat gambar-gambar yang dikongsi dalam buku ini, aduhai. Terus saya berangan-angan mahu ke sana juga. Ada sesiapa mahu temankan?

Cuma. Ya, ada cumanya.

Saya fikir banyak yang perlu diperbaiki. Ejaan (cenderaTAHI?), kesinambungan dan isi-isi penting. Aduh! Dalam keterujaan saya mahu mendaki ke Langtang melalui cerita penulis, hati pula sarat dengan rasa geram. Hal-hal kecil (atau remeh) tidak perlulah dicerita berulang-ulang. 50 mukasurat pertama, masih lagi di Malaysia. Susunan gambar juga, tidak seiring dengan cerita. Ada juga cerita bagaikan tergantung.

Pengalaman sebegini sememangnya layak dibukukan, betul. Cuma jika diusahakan sedikit lagi, buku ini akan lebih menarik jika diterbitkan melalui rumah penerbitan. Mungkin.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
November 28, 2018
Pengalaman mendaki di Lantang yang kurang popular - berbanding Annapurna Base Camp atau Annapurna Camp. Namun cabarannya tetap sama. Bagi yang kurang cergas, rugilah jiga tak sampai ke tujuan
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
July 3, 2021
Setelah membaca buku ini, aku rasa aku bagi 4.5/5 bintang. Disebabkan penggunaan ayat yang lancar dan santai, aku dapat habiskan buku ni dalam masa sehari.


Buku ini berkisarkan pengalaman penulisan mendaki di Langtang, Nepal. Permulaan buku, penulis menceritakan pengalaman beliau dari segi persiapan diri ke Nepal. Kalau ikutkan melalui penulisan penulis ini, beliau bukanlah orang yang terlalu detail atau yang terlalu bersedia sampai siap buat research sebelum ke Nepal, tapi penulis masih ada sikap berhati-hati, contohnya sampai ke lapangan terbang awal etc.



Penceritaan penulis pun memang dapat rasa kejujuran dia, sakit kaki, penat, terkilan sebab kawan bagi fries yang telah dipesan kepada kawan yang lain sebelum sempat dijamah etc. Seronok baca pengalaman penulis, lagi-lagi bila disertakan gambar yang cantik-cantik di beberapa helaian muka surat. Sampai rasa nak pergi Nepal jugak mendaki di sana.


Cumanya beberapa gambar mungkin hilang kecantikannya bila contrast dia terlalu tinggi (mungkin berlaku ketika proses mencetak) dan terdapat jugak beberapa kesalahan ejaan, dan yang menghiburkan ejaan ‘cenderahati’ jadi ‘cenderatahi’ 🙊. Terdapat juga ketidakseragaman menggunakan kata ganti diri dari ‘aku’ jadi ‘saya’ di salah satu mukasurat.


Namun begitu, kesalahan-kesalahan tersebut tidak lah terlalu mengganggu kelancaran membaca. Sesiapa yang rindu nak travel, maybe boleh baca buku ini sebagai mengubati rindu untuk travel.
Profile Image for Zamri Misman.
168 reviews4 followers
March 17, 2019
Saya punyai pengharapan yang tinggi bila membeli buku ini. Maklumlah saya tak pernah tahu berkena Langtang malah amat sedikit info saya berkaitan Nepal.

Tajuknya mengundang keinginan. Penulis selaku peminat seni fotografi sebaiknya menggunakan gambar lebih menarik di muka hadapan. Malah gambar dj muka belakang jauh lebih bermakna dari muka hadapan.

Naratif yang disampai sekadar biasa-biasa. Punyai gambar-gambar yang dirakamkan namun kurang banyak gambar yang mengundang perhatian saya.

Penulis tidak perlu kecewa malah saya percaya buku akan datang akan lebih menarik.
Profile Image for Mira Hasmira.
25 reviews
May 30, 2018
Penulis menceritakan pengalamannya megembara ke Nepal..mendaki gunung,keindahan Nepal yang jarang sekali untuk kita tahu☺️ada juga penulis meyertakan gambar-gambar yang sangat menarik untuk tatapan pembaca..overall,saya suka baca novel ni,sarat dengan pegalaman yang penulis terjemahkan kepada bentuk penulisan⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for Plainqoma.
701 reviews17 followers
December 10, 2017
Travelog. Nepal. Beli sebab nak tambah ilmu pasal trekking di Nepal dan nak rasa suasana kat sana dengan membaca pengalaman orang lain. Walaupun payah tapi ada pahit manis dan gambaran betapa lawanya tempat ini. See you soon, Langtang. Namaste.
Profile Image for Nurul Amirah.
109 reviews4 followers
April 1, 2018
Cerita pengalaman penulis ketika mengembara dan mendaki di Lembah Langtang,buat yg tiada pengalam mendaki syabas utk penulis di atas pencapaiannya.cuma buku agak meleret tapi gambar2 menarik.terima kasih kerana menceritakan pengalaman anda
Profile Image for Erlena.
17 reviews
January 30, 2018
Penceritaan travelog yang menarik sampai terdetik rasa hati untuk 'hiking' di Nepal! 😄

Untuk lebih kepuasan buat pembaca, mungkin gambar-gambar travelog boleh dibesarkan lagi.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.