Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sains-Lah! #1

Sains-Lah!

Rate this book
Sains-lah! merupakan himpunan coretan pengalaman unik 24 saintis muda tempatan. Setiap saintis mempunyai cerita tersendiri tentang pahit getir dan saat-saat indah sepanjang menempa kerjaya sebagai saintis di Malaysia.

Ditulis oleh saintis-saintis tempatan, Sains-lah! menyingkap laluan yang telah dilalui oleh penulis dalam bidang penyelidikan yang ditekuni mereka dan sumber inspirasi dalam membina kerjaya. Penulis turut mencoretkan harapan mereka pada masa akan datang dalam meningkatkan kualiti penyelidikan Malaysia agar mampu berdiri sama tinggi dengan negara maju.

272 pages, Paperback

Published April 1, 2016

10 people are currently reading
31 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (23%)
4 stars
16 (47%)
3 stars
9 (26%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Zawani.
82 reviews22 followers
October 13, 2016
Membaca penulisan oleh penulis yang berlatarbelakangkan pendidikan sains (Science stream) dan pendidikan sastera (Art stream) sebenarnya sangat ketara dalam gaya penyampaian. Penulisan oleh penulis berlatarbelakangkan pendidikan sastera lebih banyak huraian, tidak terlalu ketara dalam menonjolkan pangkal idea serta lebih banyak menggunakan lenggok bahasa falsafah. Ini berbeza sekali dengan penulisan oleh penulis yang berletarbelakangkan pendidikan sains yang lebih ‘direct to the point’, tidak bersimpang-siur dalam hujahan serta ringkas dan padat! Dan perbezaan dalam pemerhatian ini jelas sekali boleh dilihat di dalam buku ini dimana kesemuanya adalah penulis berlatarbelakangkan sains! Haha.

Sains-lah bagi saya adalah suatu usaha yang sangat baik dalam mengumpulkan idea dan penulisan saintis muda di dalam Bahasa Melayu yang saya kira amat sukar sekali untuk kita dapati di pasaran. Hal ini kerana, penulisan Sains hari ini kebanyakannya adalah di dalam Bahasa Inggeris akibat PPSMI (selain daripada penulisan Prof Emeritus Dr. Shaharir dan Dr. Alinor).

Secara keseluruhan, penulisan oleh saintis-saintis muda ini lebih berkisarkan tentang perjalanan mereka dalam memahami sains mengikut bidang masing-masing dan mengapa mereka ‘jatuh cinta’ dengan bidang yang dipilih serta perjalanan karier dan akademik. Turut dimuatkan sedikit sebanyak kajian yang telah mereka jalankan.

Antara penulisan di dalam buku ini yang menarik perhatian saya ialah ‘Hidup Sebagai Penyelidik Jalanan’ oleh Prof Madya Ir. Dr. Rosdiadee Nordin yang banyak membangkitkan persoalan cabaran melakukan penyelidikan di Malaysia. Menurut penulis, kebanyakan penyelidikan yang bersifat asasi (fundamental) sangat sukar untuk mendapatkan dana berbanding penyelidikan bersifat inovasi dan komersial.

Penulisan ‘Bagaimana Saya Melihat Langit’ oleh Siti Harwani juga sangat menarik bagi saya. Penerangan yang ringkas dan padat tentang lapisan atmosfera saya kira akan begitu mudah difahami oleh mereka yang tidak pernah mempelajari tentang atmosfera walaupun dengan terma-terma sains.

Dan yang terakhir sudah semestinya penulisan daripada Musoddiq Jaafar, 'Cabaran Penyelidikan Syok Sendiri'. Mengenali penulis secara peribadi, Musoddiq masih tetap lantang dengan perjuangan menentang sains palsu serta usaha beliau dalam mengangkat penyelidikan asasi tanpa perlu paten dan komersialan.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
July 15, 2016
Sebuah buku yang menghimpunkan tulisan saintis muda, yang menceritakan kajian mereka, perjalanan akademik, dan motivasi. Wajar dibaca oleh para pelajar yang mengambil bidang sains. Dengan perkongsian ini, pandangan dan stereotaip dapat diperbetulkan tentang hakikat di sebalik bidang sains. Dan anda akan dapati anda kurang berminat dengan cabang sains yang mana setelah membaca buku ini. Eh? Maksud saya, anda juga boleh rasa anda cenderung ke bidang sains yang mana selepas membaca buku ini. Haha, secara peribadi saya kurang berminat dengan bidang kimia & biologi tapi lebih cenderung ke arah matematik dan fizik. Kalau saya cikgu, saya akan pastikan buku seperti ini wujud di rak perpustakaan sekolah!

Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
June 30, 2024
Untuk pembaca awam yang bukan bidang sains, buku ini agak berat sebab banyak terma2 jargon dan teknikal yang diceritakan penulis dengan penuh semangat tetang bidang yang diceburi sehingga ada bab ahli matematik menerangkan teori matematik dalam bentuk tulisan. Dahsyat.

Dari dulu lagi aku selalu terbaca pasal dunia sains malaysia yang nampaknya kurang mencipta paten2 baru yang boleh dikomersialkan, persoalan aku itu terjawab dengan kemas dalam 2 bab buku ni, senang je penulis beritahu, R&D syarikat2 malaysia kurang berminat, mungkin dah biasa jadi negara konsumer dan orang bukan sains salahfaham yang sesuatu ciptaan baru itu mengambil masa yang singkat untuk dihasilkan, padahal, ujar penulis, berpuluh2 tahun masa yang diambil oleh saintis2 barat untuk mencipta paracatemol (panadol), GPS dan telefon pintar. Beribu2 kertas kerja, penyelidikan, percubaan berjaya dan gagal sebelum saintis seluruh dunia bersepakat untuk sesuatu ciptaan baru itu boleh dikomersialkan untuk orang awam. Menarik.

Satu lagi yang aku perasan, daripada 24 penulis yang terlibat dalam buku ilmiah ni, majoriti ialah pensyarah universiti (selebihnya sedang belajar), buat aku terfikir kalau kau menceburi bidang sains di Malaysia ni, memang kerja kau di dunia luar nanti jadi pensyarah sahajakah? Penulis juga akui yang bidang kerja di luar negara lebih luas kerana negara2 barat mementingkan R&D berbanding malaysia yang paling teruk kau jadi cikgu sains kat sekolah rendah. Agak membimbangkan sebab buku ini diterbitkan pada tahun 2016, di tahun 2024 pun dah kecoh ramai pelajar SPM tak minat ambik STEM di universiti. Mungkinkah lagi 10-20 tahun malaysia akan import orang luar untuk menampung kekurangan saintis di Malaysia? Tak mustahil!

Satu petikan dalam buku ni yang aku rasa menarik jadi aku akan kongsi;

"Kajian tentang langit & bumi ini saban hari akan mendekatkan kita kepada yang Maha Pencipta dengan kesempurnaan binaannya yang tiada cacat cela walau semeter dan ketepatan masa yang tidak pernah lari walau sesaat. Sains & teknologi ini dijadikan alat untuk meningkatkan keimanan kerana iman itu bergantung kepada bukti dan sains dijadikan alat untuk mencari bukti. Demi masa depan kita dan zuriat kita., bumi ini perlu terus dipelihara. Akhir kata persoalan tentang setinggi manakah langit masih belum terjawab dan ini bermakna pendakian dalam pencarian ini masih belum berakhir. " Siti Harwani Md Yusoff , m/s 102.

Aku cuma kurang setuju dengan ayat "alat untuk meningkatkan keimanan kerana iman itu bergantung kepada bukti dan sains dijadikan alat untuk mencari bukti." sebab tak terpakai kepada perkara2 ghaib iaitu Allah swt, Malaikat, Syurga neraka, qada qadar, kebanyakan orang jadi atheis sebab tak percaya perkara2 ghaib sebab tiada bukti. Jadi kepercayaan kepada perkara ghaib memerlukan keimanan yang jitu tanpa kompromi.

Yang tak bagusnya buku ni, banyak saltik (typo).

Profile Image for Hisyam Suhaimi.
21 reviews
February 4, 2019
Sains-lah. Buku ini mempunyai maksud tersendiri, menyimpan pelbagai pengalaman hidup setiap saintis yang berkongsi tentang kisah mereka. Ada yang bercita-cita, ada yang meluahkan, ada yang mengimpikan dan ada juga yang menginginkan. Buku ini juga menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan akan dibuat oleh mereka. Jika buku ini dibeli oleh pembaca yang menginginkan, selayaknya buku ini perlu diteliti dan difahami dengan sebaiknya.

Pendapat aku ianya buku yang bagus untuk dibaca pada peringkat umur belasan tahun dan 20an ke 30an kerana ianya sesuai dijadikan semangat dan motivasi kepada mereka. Pada sesetengah isi buku ini agak sukar difahami kerana ia melibatkan kajian (baca: saintis) dan perlu kepada pembacaan sains yang asas dahulu sebelum membaca buku ini. Ia membuka minda dan banyak benda aku tak tahu dan aku tahu di dalam buku ini. Jika kamu menyukai sains maka kamu akan tenggelam dalam keasyikan mereka tetapi aku tidak berjanji pada mereka yang tidak menyukai sains.

Aku suka pada bahagian saintis yang menceritakan sains geologi oleh kerana aku meminati pengkajian bumi. Amat menarik sekali. Aku juga dapati saintis-saintis di dalam buku ini didorong dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak terhadap pengkajian mereka. Terdapat beberapa ayat ‘ingin tahu’ yang aku jumpai di dalam penulisan mereka.

Terdapat juga bidang-bidang yang lain di dalam buku ini, tidak terhad pada suatu bidang sahaja. Selayaknya kamu diluar sana wajar memiliki buku ini.
Profile Image for Saif Ibn Mohd.
120 reviews1 follower
January 8, 2018
Buku ni sy beli on9 dengan harga rm12,.. saya memang meminati bidang sains..tetapi mungkin tidak ada peluang dalam bidang ini.. umur pun makin tua... tetapi saya masih tidak mahu ketinggalan dalam arus perdana perkembangan sains dunia.

Apa yang menarik dalam buku ini ialah ia seakan menarik minat ke arah meneroka sains dengan lebih dalam, penulis2 memperkenalkan bidang yang mereka ceburi dengan baik. dan pembaca dapat mengetahui bidang2 sains yang sebelum ini tidak dirasakan ianya adalah sains.

Saya bersetuju sangat sekiranya pelajar sekolah yang membaca buku ini supaya mereka dapat mengatur pembelajaran mereka dan dapat meletakkan target yang betul dalam memilih bidang sains kelak.

Buku ini ibarat tasawur atau gambaran asas pengenalan bidang2 sains yang ada dan yang mempunyai potensi di masa akan datang.

wallahua'lam
Profile Image for Meor Hashim.
15 reviews1 follower
February 8, 2021
Buku yang menarik. Menelusuri pengalaman-pengalaman saintis muda ini turut mencambah minat saya untuk sambung mengejar impian belajar ke tahap tertinggi. Kepelbagaian bidang yang ditonjolkan mengesahkan bahawa Malaysia tidak ketinggalan dalam penerokaan sains dan teknologi.

Dari segi naskhah ini, ada sedikit kesalahan kecil yang agak membantutkan pembacaan. Barisan penulis yang ramai turut membawa pelbagai ragam dan bentuk penulisan. Agak janggal apabila sesetengah artikel agak meninggi diri. Namun begitu, syabas saya titipkan kepada penulis-penulis.

Semestinya kita perlukan lebih ramai saintis berbakat yang bijak berkomunikasi dalam bidang mereka. Apatah lagi dalam dunia yang penuh dengan ledakan maklumat di hujung jari, perlu ada malim nan arif untuk mengemudi masyarakat untuk memahami kejadian alam supaya khalayak tidak terjerumus ke lembah penafian.
Profile Image for Muhammad Rushdi.
13 reviews13 followers
September 6, 2017
Pada mulanya agak bosan, sebab ye lah, buku ini banyak huraikan tentang teori-teori sains. Sudahlah tak ada gambar. Hatta buku sains kau pun ada rajah yang boleh dirujuk.

Tapi apa-apa pun aku tetap bagi lima bintang sebab buku ini mengejutkan cita-cita aku yang sudah lama tidur. Dan aku juga rasa berbangga kerana ramai rupanya golongan cerdik pandai yang ada di Malaysia. Sayang sekali, aku tak tahu mana silapnya sampaikan golongan penyelidik ini nampak asing di negara kita sendiri.

Penutup bicara, kepada semua penulis dalam buku ini, teruskan memberi inspirasi kepada anak muda macam aku dan teruskan berbakti (cliche gila ayat).
Profile Image for Oi Rijal.
25 reviews
March 30, 2017
Bahan bacaan yang sarat dengan fakta & kajian-kajian saintifik.
MALANGYA salinan yang saya miliki terdapat pengulangan cetak dibahagian biodata penulis. Saya dapati biodata penulis (Prof Madya Faizal Mohamed) di muka surat 233 adalah sama dengan biodata penulis (Dr Habibah Binti Haji Jamil) di muka surat 244 - 245 walhal bidang kajian mereka adalah berbeza. Sejujurnya hal ini mengganggu pembacaan saya.

Sekian, Terima kasih.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.