What do you think?

Brader, Kita Mesti Terus Hidup!
Taklimat diteruskan dengan cerita-cerita lama tentang apa yang RTM akan buat untuk masa depan industri dan Wawasan 2020. Selesai taklimat, majlis dibuka kepada para hadirin untuk sesi soal jawab. Saya bangun dan memberi pandangan saya. Saya berkata "Tuan Haji (Tok Mat), saya lihat dan dengar dari tadi Tuan Haji asyik bercakap tentang apa RTM akan buat... RTM akan bagi itu dan ini. RTM akan buat itu dan ini... RTM will do this and that. Pada saya, kenyataan itu umpama mimpi-mimpi yang tidak menjanjikan apa-apa kenyataan. Itu semua cerita lama yang diungkit semula. Saya lihat Tuan Haji ni macam saudagar mimpi. Menjual mimpi-mimpi..."
256 pages, Paperback
First published April 1, 2016
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
May 6, 2016
Ini kisah orang marah. Orang yang geram dengan kecelakaan manusia-manusia berkuasa. Kuasa pinjaman.
Menarik melihat Tuan Nasir mencatat (seperti diari) kisah dirinya sekitar 20 tahun yang lalu. Catatan yang pasti memberi nilai kenangan. Catatan atas buku "lejer", kini dibukukan untuk bacaan semua.
Dan kerana mahu mengekalkan "originality", apa yang dicatat itulah yang boleh kita baca dalam buku ini. Tiada perubahan. Maka, bertahanlah engkau dengan beberapa perkataan sumbang yang ada dalamnya. Tetapi kalau membaca dengan empati, kau akan faham kenapa perkataan-perkataan itu terluncur. ;)
Ya. Saya dulu berfikir dunia seni ini indah-indah belaka. Kalau ada yang buruk, itu mungkin setitik sahaja. Tuan Nasir Jani berkongsi hakikat, hal-hal PLASTIK yang tertapis oleh kamera.
Teruskan tegakkan kebenaran, tuan. Kaduk sudah naik junjung.

May 26, 2016
ramai karyawan boleh bersuara ttg kebenaran dan keadilan juga keberanian dan maruah- lewat karya. ttp dlm ramai itu, tidak semua membawa ke dalam diri.
dalam banyak hal, kejujuran, keberanian dn keadilan itu tidak akan dtg dlm landskap yg cantik.
itulah nasir jani-- yg memecahkan batas karya dan diri. bahawa harga diri, keberanian dn keadilan itu bukan coma gempa gempita dlm karya.

December 28, 2017
Aku mengenali Nasir Jani menerusi filem. Sejujurnya, aku amat meminati dua buah filem beliau itu. Maka dgn itu aku membeli buku ini dan hasilnya membuatkan aku puas. Penggunaan kata-kata yang mudah faham dan bersifat indie terus menarik minat aku hingga ke muka yg terakhir. Brader, kita mesti terus hidup!
October 12, 2020
Aku rasa aku habis baca buku ni dengan sekali baca saja kot. Sebab best sangat. Walaupun aku despise Dubook tapi aku boleh angkat tangan la dalam mengatakan ini buku terbitan Dubook yang terbaik. Itupun sebenarnya aku rasa sebab penulisnya saja.
Sebagai salah seorang yang mengagumi Nasir Jani, aku menunggu adanya buku yang semacam ini. Beliau memuntahkan realiti perjuangan dalam bidang seni dengan jujur sekali. No censorshit whatsoever. Semua benda dia luah dengan tajam dan menikam.
Aku boleh bagi rating yang tinggi untuk buku ini kerana kejujuran dan semangat yang dilontarkan bersama bahasa-bahasa penulisan Abang Nasir Jani yang betul-betul power. Beliau boleh bawa kau sekali dalam perjalanan karier beliau dengan hanya menulis buku ini. Setakat ini, ini adalah buku terbaik dari Abang Nasir Jani.

December 30, 2018
Buku yang sangat pemarah. Kena siram dengan air zam zam baru tenang sikit.
May 14, 2020
Padu! Sebuah karya perjuangan menuju keadilan dan kebenaran. Perjuangan ini wajar dijadikan contoh atas faktor ketelusan, kewarasan dan keberanian penulis.
March 3, 2021
Buku paling rebel yang pernah aku baca!
March 4, 2017
Habiskan sehari membaca buku 'ni. Agak nostalgik jugak ah sebab semalam aku baca ni sambil dengar kumpulan Tribute dari uni mana ntah tengah buat rendition lagu dari Kembara Seniman Jalanan. Aku tak ingat UTHM ke sapa tapi tulah, rasa momen tu cun semacam ja. Lepas tu sambung baca harini sambil berlatarbelakangkan suara indah pemantun-pemantun PADU harini.
Aku membaca buku ini kerana aku tertarik usai menonton Kembara Seniman Jalanan. Salah satu filem yang sering menjadi sebutan ayah. Banyak catatan-catatan di dalam si Merah ini berlaku ketika aku belum lahir lagi. Mungkin akan kutanyakan dengan ayah untuk mengetahui lebih mendalam lagi apa yang berlaku pada zaman itu jika aku balik cuti semester nanti.
Satu perkataan yang cukup untuk menerangkan naskhah ini: MARAH. Marah kerana keadilan dan kebenaran. Ini hanyalah serba sedikit rencam dunia seni yang aku boleh selak untuk pengetahuanku sendiri. Cukuplah dinoktahkan dengan mengetahui bahawa dunia seni itu tidaklah seindah mana. Banyak pekungnya.

August 25, 2016
Bukan senang ingin menjadi seniman di Malaysia. Bukan semestinya glamor yang dapat digapai jika anda tidak bersedia untuk di'cucuk' hidungnya. Bersedialah dengan tsunami yang bakal melanda jika melawan arus semasa yang anda inginkan.
Kisah suka (yang sedikit) dan duka (yang banyak) Nasir Jani, pengarah salah satu filem terbaik yang pernah terhasil di bumi Malaysia, Kembara Seniman Jalanan. Buku yang digarap sendiri oleh beliau menceritakan saat-saat sukar yang perlu ditempuh olehnya sejurus sahaja filem lagenda tersebut keluar.
Buku yang menjadi bukti kukuh memang terdapat campurtangan politik dalam hampir semua perkara di Malaysia, termasuklah bidang hiburan, sejak dari dahulu lagi. Buku yang menjadi bukti bahawa tidak semestinya menjadi penggiat seni kekayaan & kemasyhuran yang akan anda dapat.
Bacalah jika anda ingin menjadi popular di Malaysia. Sudah pasti anda akan berfikir panjang kembali dengan cita-cita anda itu setelah selesai mukasurat terakhir buku ini anda baca.

January 13, 2017
Orang seni (dan semua orang) mesti baca buku ini. Naskhah berani daripada seorang Nasir Jani.
Brader, Kita Mesti Terus Hidup! (DuBook 2016) nukilan Nasir Jani, pengarah filem cult Kembara Seniman Jalanan. Beliau juga turut mengarah dokumentari SEHARI DALAM KEHIDUPAN TOK GURU NIK AZIZ pada tahun 2002 dan KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM terbitan kerajaan PAS Kelantan pada tahun 2004.
Tulis Brader Nasir Jani di permulaan bab, "Aku masih dan akan selalu ingat doa Allahyarham Ustaz Datuk Fadzil Noor (1937 - 2002) - Berdoa dan memohon kepada Allah, Mahathir dipanjangkan usianya supaya dapat menyaksikan kepunahan dan hasil penipuan yang dilakukannya terhadap bangsa Melayu dan negara ini.
Doa ini dilafazkan oleh beliau pada 2000. Alhamdulillah, sehingga setakat ini (2016), doa Ustaz Fadzil Noor dikabulkan Allah. Mahathir yang lahir pada 1925, sekarang berusia 90 tahun. Semua terbongkar dan terburai sekarang."

November 8, 2016
Nasir Jani berlawan dengan koruptor-koruptor seni. Dalam siri perlawanan itu, dia dihina, digam, dramanya ditolak, cuba diperangkap, rakannya diacukan pistol, dijejaki SB malah ditumbuk pelakon terkenal yang juga Presiden Seniman. Itu semua lantaran kebenciannya kepada korupsi dan ketidakadilan. Perlawanan Nasir Jani melarat sehingga ke Melaka apabila mengetahui tanah orang kampung di Tanah Merah, Pantai Kundur hendak diambil kerajaan untuk projek pembangunan. Perlawanannya melarat dari bidang seni kepada politik, yang dilawannya beralih dari pegawai polis korup kepada menteri dan Perdana Menteri.
Tidak mudah untuk berlawan. Lebih tidak mudah adalah untuk kekal dalam perlawanan. Bagi seorang pelawan seperti Nasir Jani, berlawan bermaksud terus hidup.

May 10, 2016
Nasir Jani mahukan KEBENARAN dan KEADILAN. Dari kecil aku selalu dengar ayat artis-artis Malaysia, "Perjuangan seni kita", "Perjuangan seni ini", tapi aku tak faham.
Tapi apabila aku baca tulisan jujur Nasir Jani ini, maka baru aku tahu apa itu perjuangan seni.

September 1, 2016
Buku yang sarat bukan saja dengan kebenaran, tapi juga keberanian dan semangat yang disulami caci maki.
Kalau kata carutan tak sesuai dengan jiwa anda, siapkan marker hitam semasa membaca.
Mungkin inilah dia "The Angriest Man in KL and Malacca."

August 13, 2016
marah sungguh Brader ni.
December 1, 2016
Luahan hati seorang pejuang seni yg dianiaya
Displaying 1 - 16 of 16 reviews