Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hatimu Aisyah

Rate this book
Sebuah novel "rakaman dekad" yang menggambarkan jurang generasi antara dua keturunan. Aisyah telah dididik secara tradisional yang segala-galanya mesti akur dengan norma-norma masyarakat dan orang tua-tua. Dua orang anak perempuannya "terkorban" kerana tidak dapat melawan norma masyarakat ini. Apabila membina keluarganya sendiri, suasananya sudah berubah. Anak-anaknya menyanggah "kebenaran" yang dipelajarinya dulu, bersoal jawab mengenai sesuatu yang meragukan, membantah peraturan adat yang mereka anggap lapuk dan usang. Semua tindakan mereka tidak pernah terlintas di hatinya apalagi untuk dilakukan pada zamannya dulu. Pada mulanya, sangat sukar dia menerima perubahan ini. Akan tetapi, akhirnya dia terpaksa mengikut arus pemodenan itu. Dia berjaya membina keluarganya walaupun semua anaknya tidak ada disampingnya seperti yang diharap-harapkan. Semua persoalan ini diolah dengan satu gaya penceritaan yang lembut, indah dan menawan - satu gaya penulisnya yang unik, gaya Zurinah Hassan!

240 pages, Paperback

First published January 1, 1991

8 people are currently reading
115 people want to read

About the author

Zurinah Hassan

25 books26 followers
Datuk Dr. Zurinah Hassan is National Literary Laureate of Malaysia. She is the 13th writer and the first female writer to be conferred the tittle of Sasterawan Negara at a ceremony held on 26th of April 2016. The award is the highest award given to a writer in Malaysia.

Prior to this Zurinah Hassan had received Southeast Asian Writers Award (SEA Write Award in 2004 and Sunthorn Phu Poets Award, 2013.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
57 (51%)
4 stars
42 (38%)
3 stars
9 (8%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
June 20, 2021
Membaca "Hatimu Aisyah" seperti menonton filem "Forrest Gump" dan 'Ode To My Father". Kisah perjalanan hidup seorang wanita tradisional daripada kecil sehinggalah dewasa.

Bab-bab akhir memang agak meruntun air wanita, perbezaan zaman menyebabkan apa2 yang kita percaya suatu ketika dulu sudah tidak relevan lagi. Membuatkan kita kasihan dengan kesedihan hati Aisyah yang penat menghadapi peredaran zaman.

"Hatimu Aisyah" memang dekat di hati kerana karakter Aisyah hampir2 sama dengan nenek saya di Kedah yang amatlah tradisional orangnya. Adat2 lama yang ditampilkan dalam buku ini juga pernah diceritakan oleh nenek saya menyebabkan saya rasa seronok membacanya.

Satu novel yang wajib dibaca oleh generasi muda Malaysia. Tidak setuju dengan cara2 orang lama janganlah sampai menyakiti mereka. Kita tidak tahu apa yang dilalui mereka menyebabkan mereka berpegang teguh dengan adat2 tersebut. Biarlah zaman semakin moden, adab sopan santun orang Melayu jangan sekali-kali dikorbankan!

p/s: wajib dibaca oleh golongan feminis juga!
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
September 12, 2020
Hatimu Aisyah mengisahkan tentang kehidupan Aisyah, seorang anak perempuan pertama yang tinggal di kampung yang dibebankan dengan penuh tanggapan dan jangkaan sejak kecil. Aisyah yang dibesarkan dengan nilai-nilai kehidupan melalui tradisi, kepercayaan dan pantang larang yang dipegang oleh orang tuanya kemudiannya membesar menjadi seseorang yang patuh dan memendam rasa. Konflik dalaman Aisyah terjadi apabila nilai-nilai kehidupan yang dipelajari selama ini semakin lama semakin diketepikan oleh arus peredaran zaman.

Suka bagaimana penulis berjaya menangkap tanggapan yang tidak adil terhadap kaum perempuan yang tidak diberikan kebebasan pada tahap yang sama seperti kaum lelaki sejak kecil, sepertimana yang dilalui oleh Aisyah yang diberikan tanggungjawab dan tugasan untuk dipikul sementara abangnya dibiarkan untuk berbuat sesuka hatinya. Bagaimanapun, penulis masih berlaku adil dengan sedikit sebanyak menunjukkan setiap kemahiran yang dipelajari Aisyah itu kemudiannya amat berguna untuknya meneruskan hidup setelah berkahwin. Oleh itu, tanggungjawab dan jangkaan yang dibebankan ke atas Aisyah itu secara tidak langsung juga merupakan penyediaan baginya daripada orang tuanya untuk waktu dia mendirikan rumah tangga kelak. Cuma apabila zaman berubah, setiap tanggapan dan jangkaan terhadap seseorang turut berubah dan Aisyah yang telah dibesarkan dengan nilai-nilai kehidupan yang tradisional mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu, terutama sekali dalam situasi untuk membesarkan anak-anaknya.

Turut diselitkan di dalam kisah ini adalah cara hidup dan adat resam orang-orang zaman dahulu. Kehidupan orang-orang kampung sebagai satu komuniti yang rapat yang ada yang baik – bergotong-royong meraikan majlis – dan buruknya – terlalu gemar mengambil tahu hal orang lain dan berkata-kata. Diselitkan juga sedikit sejarah pembukaan sesebuah kawasan dan sedikit rakaman kesusahan dalam perjalanan yang panjang dan memakan masa sewaktu mahu merantau ke tempat lain pada zaman dahulu tanpa kemudahan pengangkutan yang meluas.

Sebuah bacaan yang menarik yang malangnya tidak dapat saya tangkap sepenuhnya dengan kata-kata untuk ditulis dalam ulasan kali ini.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
March 4, 2020
Khatam!

Ah, aku terasa sebak. Dua perenggan akhir novel ini sangat-sangat menyentap perasaanku. Ia bagaikan menampar tetapi dalam masa yang sama, ia adalah realiti.

Aku juga anak yang meninggalkan rumah mak dan ayah setelah mula bekerja. Jauh dari Pulau Pinang, membina kehidupan baru di Kuala Lumpur. Aku mungkin rasa sudah cukup menumpang rumah mereka, apatah lagi hanya aku yang tinggal di rumah mereka semasa belajar di universiti, ulang alik ke kelas dari rumah setiap hari. Adik beradikku, semuanya tinggalkan rumah mak dan ayah setelah mereka meneruskan pengajian di universiti. Tapi aku tak tahu, apabila aku yang terakhir melangkah keluar dari rumah, apakah perasaan mak saat itu? Entah... Mungkin sama seperti watak Aisyah dalam novel ini. Ah, sedih pula rasa hati.......

Novel 'Hatimu Aisyah', karya SN Zurinah Hassan.

Membaca karya Sasterawan Negara mungkin buat kita rasa latar zamannya agak klasik dan bukan zaman kita. Tapi realisme dan perasaan yang dibawa dalam penulisan mereka tetap menjentik sedikit sebanyak perasaan kita... Selepas ini aku nak baca lebih banyak karya Sasterawan Negara.
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
March 12, 2017
Perasaan saya ketika menamatkan novel ini hampir sama seperti tatkala saya menamatkan bacaan Gadis Pantai karya Pram. Walaupun Gadis Pantai rasanya lebih sakit dan lebih dalam.

Novel karya Sasterawan Negara Dato' Zurinah Hassan ini dicetak pada tahun 1991. Namun garis masa yang diceritakan dalam novel ini jauh lebih awal dari tahun 1991 walaupun tak dinyatakan secara jelas pada tahun berapa. Tetapi kita boleh mengagak tahun itu berdasarkan gambaran suasana dan cara hidup ketika itu yang digambarkan dengan sangat baik oleh penulis.

Novel ini mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita yang bernama Aisyah, dari saat dilahirkan, menjadi kanak-kanak, isteri, ibu dan berakhir dengan menjadi seorang nenek.

Kisah hidup Aisyah ini dengan garis masa dari kecil hingga tua membawa kita bersama-sama untuk menelusuri hidup Aisyah yang dibesarkan dalam suasana kampung yang susah, tidak berpendidikan, penuh dengan adat-adat dan pantang larang untuk seorang perempuan. Aisyah menjadi anak sulung perempuan yang diajar untuk membuat segala kerja rumah sejak dari kecil kerana ibu dan ayahnya membanting tulang di sawah. Dia juga tidak diajar untuk bertanya itu dan ini, hanya mengikut dan tidak membantah. Hanya terus menerus mengikut adat resam perempuan ketika itu. Tidak ada sekolah, berkahwin di usia muda, melahirkan anak dan membesarkan anak-anak.

Aisyah juga perlu berkahwin dengan lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Malah lepas berkahwin pun selepas tujuh hari baru mereka mula bercakap. Nasib Aisyah baik, mendapat suami seperti Ayub yang sangat baik dan rajin. Malah sangat mementingkan pelajaran dan pendidikan untuk anak-anaknya.

Saya sangat suka cara penulis membentangkan beberapa tradisi budaya dan adat resam orang Melayu zaman dahulu yang saya sendiri sudah tidak pernah tahu. Orang mengandung dilarang untuk duduk depan pintu rumah lama-lama, nanti anak susah nak keluar. Kalau letak periuk atas tungku, jangan dibiar orang lain pula yang alihkan periuk itu dari tungku, nanti anak yang nak lahir hendakkan orang yang alihkan periuk itu sahaja untuk menyambutnya, nanti jadi susah. Lepas ditumbuk sambal, jangan dibiar bekas sambal dalam lesung itu tidak dibasuh, kerana nanti takut lepas bersalin uri tak nak keluar tertinggal di dalam. Serta banyak lagi yang tak tertulis.

Saya sangat suka suasana budaya lama orang Melayu ditonjolkan dalam novel ini. Keharmonian hidup berjiran, suasana kenduri di kampunh, semangat gotong-royong yang telah lama hilang dalam suasana kita kini.

Namun, yang paling klimaks dalam novel ini ialah zaman di mana Aisyah terpaksa berdepan dengan anak-anaknya sendiri, terutama anak perempuannya yang sudah jauh berbeza dengan suasana zaman dia dibesarkan. Anak-anaknya telah bersekolah, berpendidikan tinggi, dan lepas berkeluarga tinggal jauh dari rumah usangnya di kampung.

Aisyah selalu teringat orang-orang tua selalu berpesan, 'beranaklah banyak-banyak, supaya nanti senang bila tua ada anak-anak boleh jaga, ada cucu-cucu dekat rumah'. Perkara itu tidak dapat dirasai Aisyah, kerana ternyata anak-anak dan cucu-cucunya semua jauh daripada Aisyah ketika dia tua.

Pengakhiran novel ini baik, walaupun ada masa Aisyah sedih dengan anak-anaknya. Tetapi mereka tetap sayangkan dia dan menghargainya. Cuma zaman mereka sudah sangat berubah. Dan Aisyah menerima takdir itu dengan redha.

Sebuah novel tentang wanita Melayu yang sangat baik, dengan gaya penceritaan yang satu-satunya, iaitu gaya Zurinah Hassan.
Profile Image for hans.
1,157 reviews152 followers
January 3, 2020
Barangkali ini sambungan cerpen Seperti Ibu yang aku pernah baca di buku Meneruskan Perjalanan (bab pertamanya mirip sekali). Kisah Aisyah sejak kecil hingga ke usia tua-- tertarik dengan cara penulis kembangkan watak Aisyah. Ceritanya teliti dan kemas, ada hal sejarah tanah melayu dan juga adat resam dan pantang-larang yang menjadi asas kepada cara hidup Aisyah. Bagaimana Aisyah cuba pertahankan adat dalam arus zaman yang makin berubah, tentang anak-anak yang berlainan sikap dan penerimaan, tentang persekitaran dan masyarakat yang masih sibuk menjaga perihal dan urusan orang lain, perbezaan tanggungjawab dan peranan yang seringkali buat Aisyah rasa tersisih. Penceritaan pada setiap garis masanya sangat teratur, setiap fasa ada gembira dan sedihnya, watak-watak utama lain dan juga sampingan yang variasi dalam pelbagai perangai dan tingkahlaku. Penulis pandai campur-adukkan perihal budaya, sosialiti dan moraliti pada setiap babak jadi ceritanya tidak semata-mata tentang hidup Aisyah sahaja. Penggunaan bahasa yang santai walau berkisah tentang lewat tahun 1800 ke awal 1900 (tak ada tahun tepat disebut dalam cerita tapi dari awal ada sebut tentang Siam dan Kedah, juga perkenalan sekolah-sekolah melayu dan inggeris) cara ceritanya tidak terlalu klasik dan mudah dihadam.

Satu novel yang bagus. Pengajaran ceritanya juga besar sekali. Suka sangat dengan pengakhiran novel.
Profile Image for farahxreads.
715 reviews264 followers
June 12, 2021
A beautiful book with a genuine heart at its center. I’ve never felt so seen. Themes of womanhood, Malay tradition, impacts of British rule, education and generation gap were brilliantly done.

Highly recommended.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
October 22, 2025
Menamatkan bacaan Hatimu Aisyah, meninggalkan pemikiran-pemikiran yang cukup mendalam. Ia tentang peredaran zaman dan perubahan yang 'menghilangkan'. Membawa pergi beberapa perkara lama amalan nenek moyang. Diganti dengan ilmu amalan dunia serba maju. Ada baik, ada yang membuatkan hati terkilan. Tetapi, ia aturan Tuhan yang seharusnya diredai dan disyukuri walau apa jua yang terjadi.

'Hatimu Aisyah' wajar dibaca oleh ramai orang. Tidak kira golongan. Apatah lagi gender - lelaki dan perempuan. Ia ada cerita tinggalan nenek moyang yang tidak semua antara kita tahu tentangnya. Ia ada proses dalam membentuk peradaban dan pemikiran manusia.

Malah, ada jawapan kepada persoalan amalan berpantang.

Aisyah, watak gadis yang mewakili gadis-gadis desa yang dipingit oleh ibu, bapa dan seluruh keluarga termasuk mak cik, pak cik, malah orang-orang tua di kampung mereka. Masing-masing prihatin kepada pertumbuhan si dara.

Dibentuk peribadi Aisyah agar menjadi anak gadis yang menjaga diri, pandangan, malah tutur bicara. Dijaga daripada pergaulan yang sembarangan. Selagi bernama gadis yang dijaga ibu bapa, turun tanahnya diperhati setiap masa. Bukan dengan semua orang dia boleh bersua muka apatah lagi berbual mesra.

Pergaulan dengan lelaki hanya dalam kalangan ahli keluarga.

Urusan rumah tangga, seawal sudah mampu mengangkat periuk belanga, diserah kepada dia. Jodoh yang datang, disambut oleh ibu ayah tanpa dia punyai suara bertanya siapa apatah lagi bagaimana rupa.

Kepatuhan.

Itu yang dipegang. Dan, dia menjadi seorang anak gadis, isteri dan ibu yang terlalu tabah berhadapan dengan beratnya hidup menumbuhkan manusia.

Daripada kepatuhan kepada ibu ayah, bertukar kepada suami.

Zaman berubah, ilmu juga mempengaruhi. Walau Aisyah memahami, tetapi hati orang tua cuba dijaga sebaiknya. Konflik jiwa Aisyah bukan kepada masalah kemiskinan, tetapi lebih kepada perubahan zaman. Yang mana anak-anak perempuan mulai disekolahkan. Sedangkan, ibunya masih berfikiran lama. Antara celik zaman si suami dengan desakan ibu yang ingin anak-anak Aisyah dipingit, Aisyah tersepit.

Banyak perkara yang boleh kita fikirkan dalam iktibar kehidupan Aisyah dan keluarganya.
July 26, 2020
Hatimu Aisyah ini menceritakan tentang pengalaman dua wanita membesarkan anak-anak pada dua zaman berbeza.

Dahulu kala, tempat wanita hanyalah di rumah terutama di dapur. Sangat mengaibkan sekiranya anak perempuan muda bekerja apatah lagi merayau-rayau di luar. Bertanya dianggap biadap. Jadi, gadis-gadis hanya perlu terima setiap apa yang diaturkan oleh keluarga.

Bermula dari kehidupan mereka sejak kecil sehinggalah mereka berpantang setelah melahirkan anak. Pelbagai pantang larang yang dikenakan kepada anak-anak gadis. Sekiranya, ada yang melanggar maka heboh lah sekampung. Malu lah mereka sekeluarga.

Aisyah dibesarkan dengan menerima sahaja apa yang ditentukan oleh keluarga. Hidupnya makin mencabar apabila orang-orang tuanya turut mencampuri urusan rumah tangganya. Dimarahi Aisyah kerana membenarkan anak-anak gadisnya ke sekolah.

Aisyah mempunyai fasa tersepit antara dua. Menjaga aib keluarga atau menurut kata suami. Tapi, demi menutup mulut orang-orang tua, Aisyah mengambil keputusan untuk memujuk suaminya agar memberhentikan anak-anak gadisnya dari sekolah. Setelah dewasa, timbul penyesalan dari hati Aisyah kerana telah menutup masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak perempuannya. Jadi, demi menebus kembali kesilapannya yang lalu, Aisyah memastikan anak perempuannya yang kecil mendapat pendidikan yang secukupnya.

Mungkin bagi orang-orang tua zaman dahulu, cukuplah anak gadis itu mengetahui selok belok dapur dan kerja rumah. Tapi, dunia sekarang memerlukan wanita itu mempunyai ilmu. Ilmu untuk memperbaiki diri sendiri dan memberikan keselesaan kepada keluarga.
335 reviews15 followers
August 26, 2020
Bacaaan kali kedua untuk tajuk yang sama yang diterbitkan dalam Edisi Malaysia Membaca. Semakin sedap pula bila dibaca sekali lagi. Kitaran hidup Aishah sebagai anak yang taat mengikut adat, isteri yang bergabung tenaga dengan suami untuk menyara keluarga, ibu yang terikat kepada pandangan masyarakat dan ibu yang melepaskan anak-anak demi masa depan mereka.
Profile Image for Faiz • فائز.
358 reviews3 followers
December 27, 2025
Kekuatan Zurinah Hassan dalam menggambarkan persoalan-persoalan yang berlegar berkenaan wanita, kekeluargaan dan kehidupan secara umum, seperti yang terakam dalam Meneruskan Perjalanan masih lagi berbekas dalam diri saya. Esei-eseinya ringkas, namun berbekas! Benar-benar berbekas.

Maka, pastilah saya mengharapkan perkara yang sama juga dalam novel ini. Sayangnya, harapan saya hancur berkecai. Walaupun novel ini menggendong persoalan-persoalan yang sama, namun ia terlalu mendatar, perlahan dan pengolahannya terlalu biasa. Alur ceritanya kemas dan tersusun, tapi tiada "sengatan". Buat mereka yang sering menguliti sastera-fiksyen, barangkali boleh memahami apa yang saya ungkapkan.

Diakui bahwa pertentangan dua zaman—seperti yang digambarkan oleh penulis sendiri—berjaya dirakamkan dengan begitu baik sekali. Bukan sekadar itu, bahkan pemikiran dangkal atau tanggapan umum (stereotaip) berkenaan tugas hakiki jantina juga diolah dengan begitu baik sekali. Soal pendidikan dan latar sosial di kampung juga!

Pernah saya mendengar bahawa membaca teks sastera itu perlulah adil yakni membaca ia dengan kaca mata tahun teks tersebut ditulis. Misalnya, novel ini diterbitkan pada tahun 1991, maka seharusnya kita memahami juga latar keadaan tahun tersebut. Hanya dengan perilaku sebegini, barulah kita boleh merasai akan pergolakan dan pertentangan dua zaman tersebut.

Namun, saya terfikir pula: jika kekuatan sesebuah teks sastera itu hanya terserlah apabila kita menukar “kaca mata” ini, maka bukankah ia suatu kelemahan? Pada pendapat saya, teks sastera yang baik itu seharusnya tiada terikat pada zaman; haruslah bersifat sejagat dan membicarakan persoalan-persoalan yang senantiasa tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Ya, teks sastera itu masih juga perlu bertindak sebagai perakam zaman, namun pengolahannya perlulah bersifat merentas zaman. Pengolahan itu pula, sama ada pada (i) bentuk atau pun pada (ii) kandungannya sendiri. Dan, novel ini tiada berapa “kuat” daripada aspek pengolahan yang pertama iaitu (i) bentuk.

Aisyah, seorang wanita yang terdidik secara tradisional oleh ibunya; wanita itu harus tahu menguruskan rumah, tiada harus berbantah pada perkataan orang tua, harus segera berkahwin kerana dikhuatiri “tidak laku” dan lain-lain—pada hakikatnya bukan sekadar menghadapi pertentangan dua zaman, bahkan tiga! Dan zaman Aisyah ialah zaman yang terhimpit di antara keutuhan tradisi dan arus moden. Dia teroleng-oleng di antara kedua-duanya!

Syukur, dirinya berkahwin dengan Ayub, yang pemikirannya agak terkehadapan berbanding zaman tersebut. Ayub membiarkan anak-anak perempuannya, Jamilah dan Latifah untuk bersekolah, di kala zaman tersebut mengganggap bahawa perempuan tiada harus bercampur dengan lelaki. Anak lelaki Ayub juga dibekali dengan pendidikan yang secukupnya hingga mereka menuntut di universiti, bahkan mengajar pula di sana.

Entahlah, hendak ditulis panjang-panjang pun ulasan ini, tiada yang menarik sebenarnya. Maaf, jika ada berseberangan dengan pendapat ini.
Profile Image for Mohammad Zainal Ariffin Awang Lah.
11 reviews2 followers
April 1, 2020
Kalau sekadar baca tajuk sahaja, terus terang aku cakap tak terlintas pun nak baca novel ni. Sehinggalah pada suatu hari aku terbaca satu review tentang novel ini yang rupa-rupanya hasil karya Sasterawan Negara wanita yang pertama, Zurinah Hassan.

Membaca kisah Aisyah ini mungkin akan membuatkan kita tersedar bahawa pertembungan cara fikir kita, generasi baru dengan generasi lama (ibu, bapa, datuk, nenek) berpunca daripada perbezaan cara hidup yang kita alami.

Dan melalui novel ini, kita dapat 'merasai' sendiri bagaimana Aisyah dibesarkan dalam suasana kampung yang konservatif yang membentuk cara fikirnya sehingga itulah yang cuba untuk diimplementasikan pula kepada anak cucunya (yang tentunya ditolak oleh generasi baru atas pelbagai alasan).

Apapun, novel ini mampu membuatkan air mata jantan aku ni gugur di penghujung ceritanya. Cerita yang membuatkan aku ingin lebih menghargai ibuku yang tanpa aku sedari telah melalui pahit manis kehidupan yang tidak aku sendiri ketahui bagaimana rasanya. Tetapi yang pasti, hanya yang manis-manis sahaja yang akan diluahkannya.
Profile Image for Miyuke.
192 reviews2 followers
May 17, 2025
Watak utama naskah ini di bawa oleh Aisyah. Menceritakan kehidupan seorang dara pingitan dari awal kehidupan sehingga saat tua menginjak.

Plot penceritaannya sangat jelas dan disusun dengan teliti mengikut peredaran latar masa sehingga pembaca dapat menikmati perjalanan cerita dan dapat membayangkan setiap latar tempat dan perasaan watak.

Naskah ini merupakan naskah kedua yang mengangkat tema wanita hasil nukilan Sasterawan Negara ini yang sempat dibaca oleh saya. Tulisan-tulisan beliau penuh kelembutan dan menyentuh hati.

Peredaran zaman membuatkan peranan serta pemikiran wanita lebih terbuka dan berkembang menyebabkan terdapat perbezaan pendapat antara wanita-wanita zaman terdahulu dengan terkini.

NOTA :
Saya akan terus mencari naskah-naskah tulisan Sasterawan Negara ini memandangkan nukilannya yang menarik dan lebih ‘real’
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
March 21, 2020
Kisah mengenai dua zaman yg dibukukan menjadi satu cerita. Aisyah. Seorang gadis kampung yg hidup pd zaman selepas penjajahan tanah melayu. Sejak dari kecil lagi Aisyah telah diajar semua kerja rumah yg sepatutnya dilakukan oleh orang perempuan dan ketika dia berusia 12 tahun, Aisyah mampu menguruskan rumah serta adik²nya yg masih kecil ketika kedua org tuanya pergi ke sawah. Mempunyai seorang abang yg tidak membantunya lgsg dlm kerja² rumah mahupun menjaga adik² yg lain. Masyarakat kita dahulu lebih mengutamakan perempuan utk membuat semua kerja kerana dipercayai jika anak dara tidak mampu membuat apa² akan dikatakan merugikan ibu bapa serta memalukan keluarga dan kaum kerabat. Manakala anak lelaki pula tidak perlu melakukan apa² urusan rumah selain keluar membantu ayah mencari rezeki atau duduk bersenang² shj. Aisyah merasakan semua ini tidak adil tetapi dia telahdiajar utk tidak menjawab,melawan mahupun suarakan pendapat/isihati kerana ianya akan dianggap biadap termasuklah dari segi petua nenek moyang atau pemilihan jodoh yg telah ditetapkan.

Aisyah telah disatukan dgn jejaka bernama Ayub atas pemilihan keluarganya tanpa pernah melihat atau mengenali jejaka tersebut. Perempuan zmn dahulu sgt dilarang utk keluar rumah tanpa tujuan dan ini mengakibatkan Aisyah terlalu malu utk menegur suaminya utk memulakan bicara walaupun telah seminggu mereka berkahwin. Dari urusan perkahwinan sehinggalah urusan bersalin dan juga berpantang lelaki sama sekali tidak dibenarkan masuk campur selama 44hari melainkan org tua-ibu mereka shj.

Pd permulaan kehidupan berumahtangga, seperti pasangan zmn skrg kehidupan mereka sgt susah dan serba tidak cukup. Selepas beberapa tahun, Aisyah dan Ayub berjaya mengatasinya sedikit demi sedikit sehingga mampu membeli sebidang tanah utk mendirikan rumah sendiri. Dari Ayub yg hanya bekerja kampung sehinggalah menjadi seorang guru malahan imam kampung. Mereka dikurniakan 5 orang anak dimana kelima² anak mereka ini dilahirkan dlm zmn pemodenan seperti kita. Segala petua tidak lagi diterima pakai oleh anak serta menantunya. Aisyah terpaksa menelan segala pahit daripada mulut org² kampung supaya tidak terlalu membebaskan anak²nya ke luar kampung utk menuntut ilmu dan bekerja. Walaubagaimanapun, Ayub sedaya upaya memujuk Aisyah utk menyekolahkan anak² mereka sehingga ke peringkat Universiti dan tidak menggalakan utk bekerja kampung shj seiring dgn kemajuan zmn kini walau ditentang hebat oleh ibu Aisyah yg masih dlm pemikiran kolot.

Semasa kecil,Aisyah sering dengar orang² tua mengatakan jika beranak ramai sgt beruntung kerana anak² lah yg mampu menjaga kita ketika tua nanti. Tetapi apa yg telah Aisyah lalui sgtlah berbeza dgn percakapan orang² tua kerana setelah anak²nya membesar mereka lebih fokus kpd kehidupan dan keluarga masing². Cucu² Aisyah pula tidak gemar balik ke kampung kerana suasana kampung tidak semoden bandar dimana mereka baru shj dikenalkan dgn televisyen, bekalan elektrik dan hiburan lain. Hanya waktu perayaan shj kampung akan meriah. Apapun Aisyah tetap berbangga kerana telah berjaya mendidik anak²nya dgn berjaya walaupun berbeza pandangan ,petua dan juga pantang larang. Anak²nya sedikit pun tidak pernah melupakan ibu mereka malahan menanggung segala perbelanjaan Aisyah dan Ayub utk menunaikan haji.
Profile Image for Fadillah.
830 reviews51 followers
July 6, 2020
Have you read something so terribly familiar with you and it caused you feeling somewhat suffocated. This is what i felt while reading this book. Zurinah Hassan as always has been a brilliant writer but the subject matter for this book is just not my cup of tea. The story revolved around the servitude of women named Aisyah, her excessive obedient towards her mother (it is almost toxic) and her inability to speak up (and one time she did, she did it for the wrong reason, to stop her daughter from furthering her study). I understand it is a different time and a different values but some of it still freaking persisted. I know its fictional but its like i am revisiting my trauma of growing up while reading this. Girls are expected to grow up faster than boys, girls are supposed to be in a kitchen, girls should not be educated as later no one will want a smart mouth, girls should not talk back her parents and always say yes to whatever their parents said so. I saw these in many events throughout the books faced by Aishah. She never questioned it. Later when she has her own kids, she projected that same conditions imposed on herself by her parents towards her kids. Unfortunately, she was so disappointed because her kids rarely listened to her. The country that Aishah grew up with is no longer the same and so does the generational values. There's a huge gap between her and her kids. Everything her kids does goes against what her parents has taught her especially her mother. She wanted Jamilah her eldest daughter to give birth at her house just like the tradition predates her but his son in law refused the offer because hospital was safer. She wanted her son Hamid to marry her own choice but Hamid disagree. He married a non malay girl. When Ayub died, she pretty much lamented how she wishes that her family will be closer so that she will not be lonely. Despite being offered by her kids to stay with them, she said No as she does not want to leave her own house. The book maybe ended with a somewhat happy ending and Aisyah's character got redemption for letting Rohani her youngest daughter to pursue higher education but for me, it is more on erasing Aisyah's guilt of not letting Jamilah and Latifah pursue higher education due to her nosy mother/neighbors/relatives advice. Overall, I would recommend this book if you wishes to revisit what women has gone through many century ago. Majority of them are being denied an education, their values are deemed less worthy than men, when they reached certain age : they are expected to get married and breed like a nobody's business and always be obedient. Oh wait, it is still happening. 💁🤷
Profile Image for Reza Aleeya.
128 reviews2 followers
January 9, 2019
DBP
230 ms
1991

Satu-satunya koleksi Novel Remaja yang saya simpan. Penulisan yang agak berat untuk seorang pelajar berumur 10 tahun.

Aisyah seorang kakak yang sangat optimistik dalam kehidupan. Melayari zaman kanak-kanak yang penuh ceria mengingatkan kembali kisah cerita melayu berlatar belakangkan kawasan kampung dengan sawah yang terbentang.

Sedang dia meniti maksud kehidupan, datang pula rombongan meminang. Kerana lahir di tengah norma masyarakat yang patuh, dia aku dan terus mencari arah dan tujuan hidupnya selepas bernikah.

Membesarkan anak-anak dalam suasana yang semakin berubah, setiap yang norma dibantah mentah-mentah. Aisyah berasa terpinggir. Batas waktu membuatkan dia dilayari perasaan kosong dan semakin suram.

Bersendirian memandang halaman rumahnya yang kosong, dedaun kering mengingatkan dia pada dirinya yang semakin uzur. Apa yang pasti, tanggungjawabnya telah dilaksanakan. Kini hanya menanti saat daun kering itu gugur.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
July 25, 2021
BUKU PPN 1: Hatimu Aisyah oleh SN Zurinah Hassan 1991 (Cetakan 2019)

Naratif:

Sebuah novel yang mengisahkan seorang perempuan yang bernama Aisyah. Aisyah dibesarkan secara tradisional dan menjalani kehidupan dalam suasana keluarga dan masyarakat yang berpegang teguh kepada warisan dan adat setempat. Masyarakat yang hidup berwahyukan 'kata orang-orang tua'. Sangat menititikberatkan seorang perempuan untuk berkemahiran melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, menjaga rumah, dan segala kemahiran seperti menjahit, mengukur kelapa serta banyak lagi. Itulah yang dihadapi oleh Aisyah sedari awal usia kanak-kanak sehinggalah menempa remaja. Aisyah anak kedua dalam keluarga, namun hampir segala kerja rumah dari yang ringan sehingga yang berat dilakukan olehnya berbanding abang sulungnya yang hanya membantu kerja-kerja di luar rumah. Selepas Aisyah berkahwin dan mempunyai keluarga, keadaan itu berubah. Anak-anaknya dibesarkan dalam suasana yang lain dek perubahan zaman. Segala apa yang berlaku tidak seperti yang dijangka Aisyah. Apa dilihat di zamannya tidak sama dengan zaman anak-anaknya. Perubahan itu merunsingkan dan agak sukar diterima oleh Aisyah. Maka, berlakulah konflik dua zaman yang mana kedua-dua punya matlamat yang sama iaitu keluarga bahagia. Namun, dipandang dari perspektif yang berbeza seiring perubahan masa.

Luar Naratif :

Kisah ini berlatarkan kehidupan dan suasana di kampung pada zaman dahulu. Masyarakat yang bekerja berbakti kepada alam. Pekerjaan berinteraksi bersama alam tumbuhan demi meneruskan kelangsungan hidup.

Mengingat kita akan jasa besar orang-orang kampung. Merekalah yang berusaha gigih membangunkan kampung. Memulakan sektor ekonomi dari awal. Bermula jasa merekalah akhirnya menyumbang kepada pembangunan negara. Walaupun dengan penuh kepayahan.

Novel ini mengangkat isu feminisme. Anak perempuan diasuh untuk menjadi suri rumah yang serba berkebolehan menguruskan kerja rumah sedari kecil. Mereka diajar untuk tidak membantah, bahkan tidak mempersoal segala arahan. Hidup mereka dipenuhi dengan pantang larang terutamanya berkaitan perempuan.

Pastinya setiap larang itu bersebab dan punya makna tersirat atau tersurat. Namun, ketika itu, tidak boleh ditanya tentangnya dibimbangi menderhaka kepada orang tua. Termasuklah beberapa pantang larang yang tidak masuk akal.

Untuk hal ini, antaranya saya pernah mengikuti wacana kesihatan oleh Dr. Imelda di medai sosial. Ada beberapa pantang larang yang dibuktikan secara klinikal ternyata tidak masuk akal seperti perempuan selepas bersalin jangan makan sayuran, buahan dan minum air sejuk.

Menarik juga membaca beberapa pantang dan petua orang-orang dahulu kebanyakkannya khusus kepada perempuan. Tidak dinafikan datuk, nenek, moyang kita dahulu berjaya hidup dan membina keluarga serta masyarakat berpandukan petua dan pantang larang. Namun, kesemua itu perlu dicabar secara ilmiah. Jika terbukti membawa manfaat, maka kita teruskan. Jika tidak memberi manfaat, kita hentikan. Jangan hanya diyakini secara spiritual dan dilaksanakan membabi buta.

Keduanya, keberjayaan orang-orang dahulu melahirkan seorang manusia tetap ada sisi gelap. Antara sisi gelap dalam kisah Aisyah ialah berkaitan pendidikan anak-anak terutamanya anak perempuan. Pendidikan merupakan hak setiap anak-anak tidak mengira jantina. Pendidikan yang membentuk sahsiah diri, berbakti kepada insan.

Ilmu agama, membaca, mengira merupakan pendidikan yang asas bagi kanak-kanak. Jangan dikira tentang masa depan pekerjaan kanak-kanak itu. Apa pun kerjanya di masa hadapan biarlah berilmu. Begitu juga perempuan, jika ditakdirkan perempuan berkhidmat sepenuh masa sebagai suri rumah sekalipun biarlah berilmu. Ilmu bukan satu pembaziran. Malah, ilmulah yang akan memandu ke mana hala tuju kehidupan kita.

Maksiat paling besar dalam masyarakat adalah melibatkan diri dalam urusan rumah tangga orang lain. Bak kata orang sekarang membawang. Kepatuhan kepada kata-kata masyarakat tanpa ditapis dengan ilmu dan peredaran zaman akan mengorbankan kemajuan diri. Ini seperti yang berlaku kedua anak perempuan Aisyah.

Peredaran zaman berlaku, apa kita yakini yang terbaik di zaman kita tidak semestinya baik untuk zaman akan datang. Pertembungan ini senantiasa berlaku. Orang zaman dahulu merasakan zaman merekalah yang terbaik. Tak perlu menuding kepada generasi datuk, nenek dan moyang kita sahaja. Zaman saya sendiri tidak memberi ruang untuk kanak-kanak zaman sekarang melalui peredaran masa yang berlaku. Setiap zaman merasakan merekalah yang terbaik. Perbalahan ini tidak selesai sehinggalah kita saling memahami. Akur kepada peredaran zaman.

Kita ambil contoh mudah sekarang ini zaman sekarang ini, seawal usia kanak-kanak perlu kepada kemahiran menggunakan gajet untuk pembelajaran. Tidak benar kita menyatakan generasi ini malas dan tidak berdikari hanya kerana di zaman kita tiada gajet untuk akses mudah pembelajaran. Kita sepatutnya memandu mereka seiring kemajuan yang ada zaman mereka. Berdikari di zaman kita lain, berdikari di zaman sekarang berbeza.

Akhirnya, pengajaran novel ini. Pertama, didiklah anak-anak kita sesuai dengan zaman mereka. Jangan bermusuh dengan apa yang terpaksa dilalui di zaman mereka. Berdamailah dengan peredaran zaman. Gunakan kemajuan yang ada untuk memberi manfaat.

Kedua, kita perlu menghargai apa yang telah dilalui oleh orang zaman dahulu kerana itu juga merupakan sebahagian jalur kehidupan kita. Tak ada yang dahulu, tak adalah sekarang.

Seterusnya, kita boleh hentikan keluhan seperti " Budak zaman sekarang begitu, begini. Tak macam zaman aku dulu begitu, begini." Sekian.


#MalaysiaMembaca2021
#PPN1
#COVID19
#StaySafe
Profile Image for Plainqoma.
701 reviews17 followers
September 26, 2021
Kisah kehidupan seorang Aisyah sejak dari kecil hingga dia dimamah usia. Aisyah wanita tradisional yang dibesarkan dengan penuh pantang larang dan adat melayu kuno yang mungkin sudah tidak dipraktikkan pada zaman sekarang.

Latar belakang cerita disusuli dengan sedikit peristiwa sejarah antara Kedah dan kerajaan Siam. Amat menarik kisah cerita perjalanan jauh yang dilalui oleh Aisyah untuk ke rumah saudara yang memakan masa berhari-hari diikuti dengan tidur menumpang dirumah orang kampung yang sudi menerima tetamu yang berjalan jauh bermusafir. Bekalan yang dibawa seperti beras dan ikan kering didalam
kain uncang seperti kisah di dalam cerita P.Ramlee yang pernah ditonton sebelum ini.

Kisah Aisyah dipinangkan, berkahwin dengan Ayub dan berpantang selepas melahirkan anak juga sangat menarik dan mungkin relevan pada zaman nenek dan ibu kita. Sayangnya semua adat dan amalan ini sudah hampir dilupakan.

Peredaran dan perubahan ke zaman lebih moden dapat dilihat dengan jurang antara Aisyah dan anak-anaknya. Ayub sebagai seorang yang berpelajaran ingin semua anak-anaknya menjadi orang berjaya dan terpelajar. Manakala nenek (ibu Aisyah), Aisyah dan juga sebahagian orang kampung masih berfikiran ke belakang dan tidak menitikberatkan kepentingan ilmu dan masa hadapan.

Penulis juga kerap membezakan peranan anak perempuan dan anak lelaki (boleh dilihat diantara Aisyah dan abangnya) dan mungkin agak relevan sehingga sekarang seperti perempuan harus belajar memasak menjaga anak kecil manakala anak lelaki tidak ditekankan dengan kerja rumah padahal sepatutnya jurang perbezaan jantina tidak patut dijadikan kayu pengukur untuk membataskan peranan atau pekerjaan masing-masing.

Babak-babak terakhir agak meruntun hati bila hati seorang Aisyah menyaksikan kehilangan orang yang tersayang. Sangat banyak pengajaran yang dapat diperoleh daripada naskhah nipis ini. Ayat-ayat yang mudah difahami dan penceritaan yang sangat teliti. Tolong beli dan baca.
Profile Image for monamreads.
25 reviews1 follower
December 14, 2024
Selepas membaca buku Meneruskan Perjalanan, saya jatuh cinta dengan penulisan SN Zurinah Hassan dan suka dengan tema penulisan yang dibawa. Secara ringkasnya buku ni cerita pasal kehidupan Aisyah dari kecil hingga menginjak ke usia emas. Pada awalnya, ianya agak bosan kerana jalan cerita yang agak mendatar, tapi lama-kelamaan ianya semakin menarik.

Apa yang paling saya suka berkenaan buku ini ialah bagaimana penulis menceritakan dengan terperinci adat-adat Melayu pada zaman dahulu seperti adat nak melangsungkan pernikahan, adat melenggang perut, pantang larang ketika mengandung, beranak dan bersalin serta bagaimana penulis melakukan penilaian terhadap perbezaan dan percanggahan yang berlaku diantara cara hidup masyarakat zaman dahulu dan zaman moden.

Buku ini juga ada menyelitkan tentang sejarah-sejarah Melayu seperti sejarah Kedah yang dahulunya berada di bawah taklukan Siam. Penulis menggambarkan dengan baik reaksi masyarakat terhadap kekejaman Siam dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat ketika itu. Selain itu, saya juga sangat tertarik dengan isu pendidikan dalam kalangan perempuan yang ditulis oleh penulis dalam buku ini. Bagaimana masyarakat pada zaman dahulu sangat skeptikel terhadap ibu bapa yang menyekolahkan anak-anak perempuan mereka sehingga ibu bapa tersebut dicemuh dan dipulaukan oleh orang ramai.

Sebagai seorang perempuan, buku ini memberikan kesan yang mendalam kepada saya, membuatkan saya termenung jauh dan juga banyak memberikan pengajaran dan nilai-nilai murni kepada pembaca khususnya pembaca dalam kalangan wanita. Hargai dan bersyukurlah dengan apa yang kita kecapi sekarang.
Profile Image for Hasnidar.
35 reviews1 follower
April 20, 2022
Hatimu Aisyah oleh Zurainah Hassan.

2 bab pertama, sempat juga saya berair mata membaca kisah sang Aisyah. Watak anak kecil seperti Aisyah sangat dekat dengan kehidupan saya ketika seusia Aisyah. Membaca 2 bab pertama seakan membawa saya ke zaman kanak-kanak yang penuh tanda tanya dan diam tanpa soal.

Penulis begitu teliti memperincikan butiran latar tempat. Semuanya bagai cerminan zaman kecil saya.

Yang paling utama, membaca naskah ini barulah saya tahu akan banyaknya pantang larang orang dulu-dulu kepada anak perempuan. Perbezaan antara dua zaman sangat jelas diperincikan. Bergenang juga air mata apabila merasai perasaan 'rebel' yang tak boleh tunjukkan. Mempersoal dan bertanya dianggap membantah arahan. Aduhai Aisyah.

Naskah ini wajib dibaca buat semua lapisan umur. Kronologi kehidupan Aisyah dari zaman kanak-kanak sehinggalah beliau menjadi nenek sangat dekat dengan kita hari ini. Pasti ada serpihan kehidupan Aisyah di dalam buku ini yang menjadi cerminan kehidupan yang sedang atau pernah kita jalani.

Selamat menyelami Hatimu Aisyah!
Profile Image for Aqilah.
30 reviews1 follower
August 18, 2025
Buku ni seronok sangat, gaya penulisan yang sangat tenang, lembut. Kisah pasal kehidupan Aisyah dari zaman dia kecil hingga dewasa dan menjadi orang tua. Macam mana dia lalui peredaran zaman yang sangat berlainan. Hubungan dia dengan maknya sangat menyentuh perasaan. Buku ni banyak mengajar tentang adat dan budaya masyarakat Melayu zaman dulu, dari pantang larang anak perempuan, cara pemikiran orang dulu dan tanggapan orang tua dengan kemajuan sosial pada masa tu. Seronok baca buku yang boleh buat kita ‘hidup’ di zaman dulu.. Sangat recommended untuk orang yg nak tahu lebih keadaan sosio-ekonomi dan adat budaya masyarakat Melayu pada waktu dulu.
Profile Image for Syadzuwan.
60 reviews
April 5, 2022
Tema biasa yang selalu diketengahkan SN Zurinah Hassan iaitu tentang kehidupan wanita, dilema kekeluargaan Melayu dan kritikan sosial.

Tema yang mudah dan ringan tapi rasa dekat dengan hidup realiti, contohnya soal pertembungan pendapat orang muda berpendidikan vs kolot orang tua, beberapa amalan adat Melayu yang khurafat dan tak selari dengan sains, sikap mulut becok bapa atau ibu saudara yang komen itu ini tentang anak orang lain dll.

Bacaan yang baik.
80 reviews1 follower
December 26, 2024
"Dewasa bererti berhadapan dengan segala kemungkinan, jatuh dan mengalami kesakitan.
Si ibu tetap tabah mengajar anak-anaknya terbang walaupun sedar dengan pengetahuan itu anak-anaknya akan terbang jauh meninggalkannya. Walaupun sedar dengan pengetahuan itu, ia akan berjauhan dengan segala yang disayanginya."

Geram, terharu dan sayu membaca Hatimu Aisyah😢


Reviu penuh akan diusahakan utk dikongsi.✒️
Profile Image for Ira Nadhirah.
600 reviews
June 28, 2021
Sangat suka akan tema dan isu yang dibangkitkan di dalam naskhah ini terutamanya isu pendidikan di kalangan pelajar perempuan dan cara pemikiran masyarakat pada zaman dahulu. Kecewa bila kedua dua anak perempuan tidak dapat melanjutkan pelajaran dek kerana cakap cakap masyarakat sekeliling termasuk saudara mara. Sangat suka konflik-konflik yang diutarakan sehingga ke akhir naskhah.
Profile Image for Rinna Annirza.
26 reviews
March 11, 2022
Novel yang sarat dengan kritikan sosial. Mengisahkan perbezaan generasi dan perbezaan sudut pandang fikiran di antara generasi yang berbeza zaman. Saya tertarik dengan gaya penceritaan penulis yang bahasanya amat akrab. Seolah-olah melahirkan kembali momen mendengar cerita nenek tentang zamannya semasa saya kecil dan remaja dahulu.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
August 6, 2023
Novel ini mengangkat kisah perjalanan hidup Aisyah dari kecil hingga meniti usia tua. Latar yang dipaparkan dalam cerita ini bertumpu di bahagian selatan Kedah, sekitar tahun 1980-an. Aisyah hidup dalam masyarakat kampung yang utuh memelihara tradisi nenek moyang dalam banyak hal-hal kehidupan.

Jalan cerita dalam novel ini ditulis secara alur maju. Cuma ada satu bahagian imbas kembali yang menceritakan bagaimana moyang Aisyah kembali semula ke selatan Kedah untuk membuka penempatan di situ.

Banyak hal-hal kehidupan, cara pengangkutan, tradisi selepas bersalin, digambarkan dengan sangat jelas dan teliti oleh penulis.

Pertembungan perbezaan generasi antara adat nenek moyang yang dipegang oleh Aisyah dan kemodenan yang difahami oleh anak dan menantu Aisyah sedikit menggegarkan hubungan mereka. Pertembungan ini dapat dilihat alam babak anaknya yang ingin dibawa bersalin ke hospital, sedangkan Aisyah sendiri menginginkan anaknya bersalin secara tradisional seperti dia dahulu. Namun, penulis meleraikan konflik ini dengan sangat tersusun.

Pada pendapat saya, bagi yang meminati aksi dan plot twist yang berat, novel ini mungkin kurang sesuai buat anda. Secara keseluruhannya, novel ini ditulis dengan pace yang agak sederhana. Namun, novel ini masih dapat dinikmati untuk mengetahui tentang jurang perbezaan yang diketengahkan dengan menarik oleh penulis.
Profile Image for Ilyana Bustan.
2 reviews
June 16, 2016
Novel melayu terkini yang baru saya sudahkan pembacaannya.
Novel ini menceritakan susur galur kehidupan Aisyah dari seorang kanak-kanak perempuan, sehinggalah menginjak remaja, menjadi isteri dan ibu, dan seterusnya menjadi seorang nenek.
Bagaimana Aisyah tersepit di tengah, antara corak kehidupan yang diamalkan oleh ibu bapanya dan juga generasi terdahulu, serta corak kehidupan yang dialami oleh dirinya, suaminya serta anak-anak mereka. Tentang betapa pentingnya pendidikan itu walaupun pada seorang anak perempuan.
Aisyah adalah lambang wanita Melayu yang mempunyai azam yang kuat, keinginan untuk memajukan diri, tetapi dalam masa yang sama adakalanya goyah dengan tekanan dari generasi lama serta merasa agak ketinggalan dengan arus kemodenan yang terlalu pantas.
Novel yang sangat menarik untuk dibaca.
Profile Image for Naz Banu.
36 reviews
October 15, 2024
Kisah yang sungguh memberi inspirasi dan sebagai seorang wanita, kita harus membaca untuk dapat mengenal hati wanita di zaman yang silam, hak sama rata dan nilai seorang wanita ketika waktu dahulu.

Buku ini memperingatkan saya kepada arwah nenek saya. saya masih ingat, ketika saya akil baligh (1990),nenek saya pesan kepada saya supaya tamatkan pelajaran sampai ke menara gading.

Buku ini memberi penjelasan dengan cukup jelas kepada saya tentang masyarakat, golongan tua, kemajuan hidup dan sebagainya dan bagaimana nenek saya melalui kehidupannya ketika dia remaja di tahun 1940an.
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.