What do you think?

Keberangkatan
KEBERANGKATAN pada asalnya adalah antologi yang memenangi Hadiah Utama dalam Sayembara Puisi Putra II tetapi sebahagian kecilnya telah digantikan dengan sajak-sajak yang lain. Antologi ini sebanyak 46 buah puisi dihimpunkan yang kebanyakkannya bertemakan cinta, keindahan, kepalsuan dan kenangan yang dapat memberi kesan kejujuran dan keberanian Zurinah menghadapi serta melahirkan sikapnya secara puitis.
- GenresPoetry
49 pages, Paperback
First published January 1, 1985
About the author
Zurinah Hassan
27 books27 followersDatuk Dr. Zurinah Hassan is National Literary Laureate of Malaysia. She is the 13th writer and the first female writer to be conferred the tittle of Sasterawan Negara at a ceremony held on 26th of April 2016. The award is the highest award given to a writer in Malaysia.
Prior to this Zurinah Hassan had received Southeast Asian Writers Award (SEA Write Award in 2004 and Sunthorn Phu Poets Award, 2013.
Prior to this Zurinah Hassan had received Southeast Asian Writers Award (SEA Write Award in 2004 and Sunthorn Phu Poets Award, 2013.
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
November 22, 2018
Rasa seperti tenggelam dalam bait-bait puisi ini.
Puisi SN Zurinah Hassan kebanyakannya kedengaran realistik apabila dibaca. Himpunan puisi berkisah tentang manusia, perasaan, masyarakat pada sesetengah tempat, dan kemiskinan.
Terasa ingin membaca lagi puisi-puisi lain SN Zurinah...

December 10, 2023
Pembacaan semula.
Banyak sajak-sajak didaktik tetapi ada beberapa baris dan sajak yang sangat kuat.
Saya paling gemari sajak berikut:
Catatan untuk Siti
Satu Cerita Cinta
Malu Seorang Penyair
Di Tepi Pantai pada Suatu Senja
Untuk Hidup Bersama
Pulau Pinang

October 11, 2016
Tiba-tiba aku terasa mahu sambung belajar dalam jurusan kesusasteraan Melayu di UM. Bukan sebab universitinya tapi sebab penulis buku ini mengajar di sana. Teringin menuntut ilmu dengan orang hebat. Beberapa bulan lepas, sewaktu memandu dari Lapangan Terbang Sultan Islamil Petra, Kota Bharu ke Pasir Puteh, penulis iaitu Datuk Dr Zurinah Hassan telah ditemuramah oleh stesen radio.
Dulu di UIA, dalam kelas 'Malaysian and Singaporean Literature', pensyarah Prof. Dr. pernah bercerita tentang penulis sebab penulis berjaya meraih gelaran Anugerah Sasterawan Negara ke-13, sebaris dengan Datuk (Dr.) A. Samad Said, Datuk (Dr.) Usman Awang, Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dan lain-lain. Rakan sekelas macam "Whoa.. that's amazing!"
Buku ini mengandungi 47 buah puisi pelbagai tema. Dalam banyak-banyak, aku paling suka 'Sang Pemimpin'. Ada cebisan kata-kata yang boleh dibuat modal untuk jadi bahan status Twitter, Instagram dll. Baca buku Datuk Dr Zurinah Hassan ini buat aku ingin menulis puisi secara serius. Biasanya main-main. Scribble here, scribble there, lepas tu buang.

May 30, 2020
Di tepi pantai pada suatu senja, Aku harus di sini untuk membela diri dan keberangkatan. These 3 poems - Simplistic in nature and easy to understand but i had the connection with these poems instantly.
.
"Kesementaraan telah menjadikan aku pemarah,
Kefanaan telah menjadikan aku putus asa,
... Aku belajar mengenal,
Kesementaraan dan kefanaan adalah untuk merebut kesempatan,
Keberuntungan adalah pengisian waktu sebelum ia berlalu.
.
.
Lalu terukirlah sebuah potret,
terpamer pada seribu mata yang lalu,
Sumbang dan tidak sempurna,
Aku ingin lari bersembunyi,
dengan kecewa dan maluku,
namun aku tahu,
aku harus disini.
.
.
Seperti Kereta Api berangkat,
meninggalkan platform lama,
Kesedaran pun mengangkat kita,
Kearah Dewasa.

March 11, 2022
Kumpulan puisi yang diadun dalam bahasa yang puitis. Sederhana bahasanya tetapi disusun dengan bijaksana sehingga mesejnya melekap pada fikiran. Sarat dengan kritikan sosial yang membuatkan kita muhasabah diri.
May 1, 2026
Kumpulan puisi yang menceritakan beberapa pengalaman hidup SN Dato’ Dr Zurinah Hassan.
Penulisannya banyak memberi kita kesedaran terhadap beberapa perkara kecil tetapi besar makna kehidupannya jika kita renungi dengan lebih perlahan dan mendalam.
Penulisannya banyak memberi kita kesedaran terhadap beberapa perkara kecil tetapi besar makna kehidupannya jika kita renungi dengan lebih perlahan dan mendalam.
February 8, 2020
Bahasa sajak yang cukup berkesan.
October 15, 2021
"Kita tidak usah berjanji untuk setia,
kerana kita tidak mahu setia kerana janji.
Kita akan setia kerana cinta; hanya kerana cinta"
kerana kita tidak mahu setia kerana janji.
Kita akan setia kerana cinta; hanya kerana cinta"
October 6, 2020
Antologi puisi SN Zurinah Hassan yang buat aku jatuh cinta dengan seni puisi beliau. Puisi yang puitis, mengangkat tema besar dengan menarik, pembukaan antologi yang menyentuh raga. Nipis, tapi ambil masa untuk hadam setiap mesej dan pemikiran yang hendak disampai. Jadinya, bagaimana pula dengan antologi puisi yang lain?
Bacaan kedua:-
Pembukaan antologi dikarang menurut kaca mata penulis perihal kehidupan pasca perkahwinannya. Puisi-puisi di awal antologi ini suatu luahan hati penulis pada sang suaminya. Ada juga puisi perihal kasih seseorang yang berharap tetapi tidak kesampaian, puisi ini memang menusuk kalbu dan diksinya indah. Puisi naratif seorang anak berjaya yang ibubapanya buta, penceritaannya jelas. Penulis membawa pembaca untuk menelurusi perjalanannya di kota-kota besar di Malaysia dari kaca matanya, berbagai-bagai sudut pandang yang dipamerkan kepada pembaca membuatkan penulis sangat rinci juga terdapat pemikiran setiap karangan puisinya. Bacaan kali ini berusaha untuk memeriksa kekuatan kepengarangan puisi dan untuk mensisipkan puisi penulis dalam arkib kegemaran. Masih berharap tulisan puisi sang pengarang melangkaui batas penulisan antologi ini.