Buku kompilasi ini dihasilkan daripada gabungan lapan pengembara yang berbeza. Setiap penulis mempunyai latar belakang yang berbeza namun mempunyai minat yang sama : MENGEMBARA.
Dengan gaya penulisan tersendiri setiap artikel yang disumbangkan mempunyai kekuatan jalan cerita dan pengalaman yang berbeza.
Pertama sekali, ‘7 benua’ pada judul buku memberi gambaran palsu kononnya seluruh pelusuk bumi dijelajah. Sedangkan realiti jauh sekali. Sebagai pembaca, sekali lagi diri rasa tertipu sebaik menyedari peratusan besar kandungan buku ini bahan kitar semula daripada buku-buku stand alone setiap pengarang (yang pernah saya baca).
Dari sudut teknikal, ternyata tiada suntingan langsung ekoran lambakan kesalahan ejaan, perkataan berulang serta ayat tergantung. Entah mengapa, dalam banyak-banyak font atas muka bumi ini, Times New Roman juga yang dipilih. Aspek yang sebenarnya mudah dimaafkan andai kata aspek teknikal yang lain terjaga.
Lawatan ke China Meor Asyradi (the so-called ‘Mr Traveller’) secara rombongan semacam tak padan pula dengan konsep backpacking tujuh penulis yang lain. Catatan Wazari Wazir aneh. Sekejap aku. Sekejap saya. Reka susun keseluruhan buku ketara malas bila mana gambar ditempek di hujung bab sekadar cukup syarat. Tanpa konteks. Malah, ada yang langsung tak relevan. Misalnya, foto-foto negara lain yang tiada kena-mengena pada nukilan Nazri Arshad berkisar Hanoi.
Coretan matang Rafiee Ghani satu-satunya yang pada saya berada dalam liga lain dan wajar diasingkan dalam buku tersendiri. Yang lain teruk belaka. Harungan setiap satu bab cukup menyeksakan bila mana naratif yang disaji seakan laporan lawatan yang ditulis oleh budak sekolah. Buku ini menjadi bukti betapa seorang pengembara tegar tak semestinya pandai bercerita. Beli tiket itu. Beli tiket ini. Naik tren. Naik kapal. Lapar. Makan. Tidur. Perkongsian sekadar ‘scratching the surface’.
Review awal: Ada cerita yang menerujakan, ada cerita yang so-so. Ada cerita yang sekadar di-copy bulat-bulat dari naskhah lengkap travelog penulis. Rasa tertipu di situ. Apapun, suatu naskhah yang bagus dalam meraikan scene mengembara yang semakin berkembang di dalam Malaysia. Dalam mana kita kekurangan buku-buku travelog, 7 Benua hadir memberikan alternatif untuk para pengembara novice memulakan pengembaraan mereka. Apapun, jujur aku katakan dalam perspektif aku sendiri, 7 Benua tidak mampu membangkitkan kemahuan untuk mengembara di dalam diri aku. Mungkin kena cari buku lain. Haa!
1) Tujuh cerita daripada tujuh penulis. 2) Ada yang "copy paste" dari buku yang sedia ada. Ini mengecewakan. 3) Seeloknya, upahlah Editor sebelum diterbitkan. 4) Gambar yang "dilonggokkan" di akhir cerita, bagai tak kena. Ada pula gambar yang dikongsi, tidak ada ceritanya. 5) Jalan cerita semuanya hampir sama; hal bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tidak ada naik turun emosi semasa membaca, barangkali disebabkan ruangan menulis yang terhad.
Covid-19 membuatkan jiwa meronta untuk mengembara Buku: Kompilasi Travelog : 7 Benua (2016)
BUKU ini saya akhiri dengan catatan kembara ke Mongolia dan bagai secara kebetulan, selepas menonton filem ‘The Cave of the Yellow Dog’ yang berlatar Mongolia dengan paparan kehidupan nomad serta panorama unik dataran dan gunung-ganang.
Kembara ke Mongolia dicatat oleh Ida Yunus yang termasuk dalam kembara solo enam bulan dari Beijing ke Eropah. Di sana beliau diuji sakit gigi hingga terpaksa berjumpa doktor gigi dan keluarkan belanja untung tampung kos rawatan gigi.
Saya pernah bermusafir ke Cameron Highland dan turut diuji sakit gigi hingga terpaksa jumpa doktor gigi. Waktu malam sebelumnya, sasterawan dan sahabat, Kholid Hamzah ‘dipaksa’ untuk berjumpa saya menghulurkan paracetemol demi menahan sakit.
Selain Ida Yunus, catatan kembara dihasilkan oleh Badrul Hisham, Meor Farid Asyradi, Nazri Arshad, Rafiee Ghani, Siti Noridah, Wazari Wazir juga sahabat dan mentor saya, Nordin Yahaya.
Catatan kembara ini bersifat global namun produk buku kurang bersifat global (maaf ya). Ada beberapa perkara perlu dibaiki. Mungkin untuk edisi akan datang, mampu menjadi karya agung, mengglobal dan mendunia persis catatan kembara Ibn Batutah.
Saya hargai pengalaman Moji atau nama sebenar, Nazri Arshad bila terlepas kereta api di Hanoi. Beliau cukup anjal. Ubah program tanpa banyak soal. Masa tak disia-siakan terutama bila mengembara di perantauan.
Bagi saya ini tersirat falsafah terhadap banyak perkara yang kita lalui dalam kehidupan ini. Tak semua perkara yang kita ingin terus dapat atau mungkin terus tak dapat. Tak perlu keluh kesah dan putus harap tapi kena lah ‘move on’.
Saya juga gemar bila cuba dikaitkan catatan kembara dengan disiplin ilmu tertentu. Nordin Yahya, Profesor dalam bidang kejuruteraan awam mengaitkan lanskap pembinaan bangunan di Machu Picchu dengan bidangnya.
‘Caption’ di sebuah gambar, beliau catatkan, “Teknologi canggih teknik sambungan antara bongkah-bongkah batu yang dipotong dengan penuh kejituan.”
Rata-rata pengalaman kembara masing-masing memberikan tanda aras dan idea bagaimana hendak mengembara atau melancong atau bermusafir ke lokasi-lokasi yang direkodkan seperti berikut: 1. Death Valley, California, Amerika Syarikat. 2. Machu Picchu, Peru. 3. Gurun Gobi, Mongolia. 4. Fez dan Zagora, Maghribi. 5. Hanoi, Vietnam. 6. Gilgit dan Chitral, Pakistan. 7. St. Petersburg, Rusia. 8. Lanzhou, China.
Sebahagian besar daripada mereka merupakan pengembara kental, sampai ada yang mengembara sampai berbulan-bulan secara solo. Rafiee Ghani misalnya telah mengembara bersama isteri dan anak kecil sejak tahun 1987.
Secara jujur, PKP telah menyebabkan saya ralit dengan siaran video pengembaraan Amir Arsat, Eva, Khairul Jamain, Rosie, Saiful Nang, Ahmad BMI, Moji dan lain-lain – yup, Covid-19 membuatkan jiwa meronta mahu mengembara.
Dalam senarai lokasi di atas, baru satu sahaja saya sampai. Apa pun, ambil kesempatan untuk meneroka di tempat sendiri. Masih banyak yang tidak diketahui. Lantas, harus jawab persoalan, mengembara untuk apa?
Perkongsian mengenai 7 orang pengembara.. 7 tempat yang berbeza, 7 pengalaman yang berbeza.. Seronok membaca kembara orang sebab Sha tak sampai ke tempat-tempat macam tu.. Pengalaman yang menginsafkan dan juga buat kita berfikir..
Kisah pengembaraan yang menarik. Cuma Aku tak suka apabila gambar diasingkan.. Patut biarkan cerita bersama gambar. Baru senang pembaca nak bayangkan. Memandangkan kami tak pernah sampai ke sana.
Buku ini mengumpulkan tulisan pendek otai backpackers yang menceritakan sebahagian daripada pengalaman mereka mengembara di pelbagai ceruk dunia.
Sebenarnya sebaik saja buku ini dibeli, aku terus baca kisah ET tentang perjalanannya dari Gilgit ke Chitral, Pakistan. Memang sudah terjebak sungguh aku dengan travelog ET ini. Namun tulisan ET kali ini agak pendek (kerana ini adalah buku kompilasi), jadi aku sedikit kecewa. Sikit sajalah.
Aku paling suka tulisan Tuan Nordin Yahaya & Tuan Wazari Wazir.
Gambar-gambar yang disertakan di dalam buku ini memang sangat cantik dan memukau.
Simple, interesting and informative. Many photos make the book attractive. Yes, i admit that i bought this book because attracted to the photos - the places that i wish to visit like Machu Phicu, Morocco, Salar de Uyuni, Mongolia etc. The book makes me wonder what travel is and also life of wanderlust.
Travel opens our horizon and perspective in life. Meeting new people and friends bridging us to new culture and way of thinking. Experience teach us life. Even our life is also part of travel. :)
Kompilasi Travelog : 7 Benua...Pengolahan penulisan yang mudah untuk difahami , walaupun penulis yang berbeza namun pembaca baru seperti saya dapat menyelami mesej yang hendak disampaikan..#Good Motivation to share with us about backpack traveller.#
satu kompilasi yang menarik.. banyak pengetahuan yang perolehi melalui pengalaman pengembaraan mereka.. tapi aku belum mampu jadi traveller, cuma mampu jadi tourist saja..
Kompilasi Travelog 7 Benua, di terbitkan oleh TMT Press @ MyTravelog. Berharga cuma Rm25.00 Menggabungkan beberapa orang pengembara tegar yang rata-ratanya aku masih belum familiar kecuali kak et (Siti Noridah), Meor (Meor Farid Asyradi) dan juga Badrul Hisham. Ketiga-tiga pengembara tersebut, aku pernah jumpa masa dengar talk backpackers di Universiti Malaya bulan 12 hari itu. (Gais, i beli buku ni sebab ada u gais ok?) Haha
Aku takdek tanggapan awal pun masa tahu buku ni di terbitkan. Yang aku tahu, bila travelog ini depa mesti penuh dengan cerita pengalaman depa dan gambar - gambar yang superb yang memang aku nanti-nanti kan. Wah gitu sekali eh,
Jujur la, aku memang suka semua pengembara yang berkongsi pengalaman beraksara mereka ni. walaupun cetusan mereka itu mungkin hanya secebis dari pengalaman mereka yang berjuta-juta lemon itu.
tapi sungguh, aku teruja setiap kalimengikuti cerita setiap seorang darinya. Semuanya ada pengalaman dan kisah tersendiri. Sempoi, selamba dengan gaya penulisan tersendiri. Sampai satu tahap, boleh membayangkan diri kita duk tempat tu. Haha. SS sangat. Berangan sikit tak pa kot. Heh.
Cerita Ida yunus paling kelakar dan lepak kot. Sakit gigi kat tempat orang pun pengalaman juga. dengan jumpa tok sami yang bagi herba . dan yes, aku suka dengan quotes dia, 'in the end, we only regret the chance we didn't take'
Aku betoi-betoi rekomen kat ampa yang suka travel sana sini. Cari pengalaman dari otai-otai ni. Yang tak suka travel pun, aku suggest juga untuk ampa beli. Tak rugi. Serius.
Satu lagi kompilasi travelog yang aku dah baca. Sebelum baca buku ni, aku letak harapan tinggi sikit. Tapi bila dah baca, ok, bukan seperti yang aku jangka. Bagi aku buku yang sederhana biasa best dan aku kagum dengan pengembara dalam buku ni.