“Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? ni set-set tudung labuh pun kau minat?” tanya Khai.
“Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha.” Gelak Is kuat, diikuti Hanif.
“Eh kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?” marah Solehah.
Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa.
“Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni Is? Hanif? Come on la.” Kata Khai sambal menepuk bahu kedua-dua kawannya itu.
Khairul Rafeeq. Ya, mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukan untuk dikasari.
Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Neraka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina. Hidayah, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padahal kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi.
Manusia tak jahat, it is the dasa that makes the poison. Pain – changes people.
“Kerana Syurga bukan percuma. Sebab tu kena usaha.” – Khai.
Yeayyy... Dah 150 buku untuk 2018. Disebabkan mood membaca dah menjunam ke laut dalam, rasanya ku dah nak pencen baca buku untuk 2018 ni. Tunggu masuk tahun baru pulak. .
Psttt... Sebenarnya kan, dah lama ku tak baca buku tarbiah macam ni. Dulu-dulu, masa dapat baucar buku, ku asingkan jugak duit untuk beli buku tarbiah camni. Lama-lama, dari tahun ke tahun, budjet tu makin sikit. Aku pun heran jugak. 😅 Ni sebab beli novel banyak sangat. .
KSBP ni best jugak. Untuk yang sukakan buku dakwah, tapi dah bosan dengan pendekatan teori semata, boleh cuba baca buku ni. .
Khai ni seorang gengster sekolah. Kaki pukul, kaki rokok, masalah disiplinnya bersepah. Tapi, kemunculan Abang Surau mula merubah hidup Khai. Sejak itu, Khai mula berubah. Tapi, biasalah kan, bila dah namanya nak berhijrah ke arah kebaikan, bukannya mudah. Ada je temptation untuk Khai kembali ke masa dulu. .
Cerita ni berlatar belakangkan sekolah. Cerita budak umur 17 tahun. Dengan serabut nak SPM nya, dengan masalah ikhtilatnya. Dan adanya manusia macam Nazmi yang kononnya Yang Dipertua Surau, tapi mata asyik duk pandang muslimah. Gatal gilo. Menyampah betul ngan mamat ni. Suka menggunakan agama untuk pikat perempuan. Dan dalam buku ni, ku rasa wataknya ramai. Mungkin ada yang sekadar jadi watak sampingan yang tak perlu pun sebenarnya. .
Dan selain kisah novel Khai, ada je diselitkan beberapa artikel dan quote yang menarik pengisiannya dalam buku ni.
khai, samseng sekolah yang tak peduli siapa mangsanya hinggakan mak cik kantin pun pernah masuk senarai. cikgu semua tahu betapa buruk sikap khai. tapi pertemuan dengan abang surau mula memutihkan sedikit demi sedikit hati khai. baran, walaupun masih ada tapi terus berkurangan. aktiviti jahat, ditinggalkan. cuma, yelah... sahabat jahatnya masing-masing mula tak puas hati.
jangan kata sahabat ketika jahat, nazmi- ketua surau turut sama tidak puas hati. konon alim tapi tindakan nazmi sangat buruk dan langsung tidak dijangka.
emak, insan yang sangat disanjung khai. bila emak disanjung, amat beruntung khai..
walaupun typo merata-rata, tapi langsung tak mencatatkan kesedapan ketika menghayati kisah khai ini. jahat tak semestinya terus jahat. baik tak semestinya terus tempah tiket ke syurga. bak ayat dalam buku ini, kita manusia tidak akan tahu penghujung kehidupan kita. kita manusia yang menaiki keretapi kehidupan tidak tahu mana satu hentian kita. syurga atau neraka. jangan sewenang-wenang suka menjatuh hukum. aib manusia pun bukan sesuka hati boleh dijaja.. banyak pengajaran, banyak ilmu. penyampaian sangat sesuai bagi bacaan remaja kerana ringkas dan olahan ayat sangat mudah difahami.
First time bace buku darii penulis sudah membuatkan aku berkali kali jatuh cinta dengan buku ni..Harap harap buku yang lain pun sama gempak macam KSBP ni.
Watak Khai ni,dari awal2 lagi aku dah jatuh cinta..Seorang pelajar yg bermasalah dan panas baran ttpi sngt manja dgn ibunya..Kesian dekat Khai,masa nak berubah tu laa ujian mendatang..Part paling sedih bagi aku ialah mase abang surau tu meninggal..sob2.
I give 3 star utk jalan cerita, and im really impressed bcause almost each pages ada shj nasihat dan penyampaian dakwah yg memberi kesan di hati, ada yg buat sy rsa sebak dan ada jg yg buat sy rasa tsentap dgn apa yg disampaikan.. Untuk itu tmbh 1 bintang.. Keep it up ! Sgt bgus!
Buku ni ada jalan cerita yang menarik namun, banyak sangat salah ejaan. Yang paling tak boleh diterima, kena fikir dulu ni siapa yang tengah cakap. Pening. Serabut jadinya
a great novel . give an inspiration . good in every plot that make me want to finish as soon as possible. this is the first favourite malay novel which its not totally a clishe novel like the other malay novel. this book also hv a poem and article at the last page whhich make me love it more . hope there will be a lot of malay book like this tht give inspiration to people at the future
Aku faham sekarang kenapa banyak pembaca lain mengatakan buku ni best. Aku setuju 😊
Dari awal, aku dah gelak. Bukan sebab cerita ni kelakar. Tapi sebab segala kesilapannya, bahasa kebudak-budakannya sampai ke tahap hampir semua watak ada gaya bercakap yang serupa 😆
Tapi itu bukan satu masalah bagi aku atau punca aku tak bagi 5 ⭐️ Initipati buku ni sangat bagus. Penyampaiannya mudah, tepat dan cepat. Bahasa tu mungkin sesuai sebab pada umur belasan tahun, budak sekolah tetap hanya budak sekolah.
Emosi yang dilontar tu sampai, kejap mencengkam sampai rasa berlinang je airmata. Hoho 😂 Sangat relatable rasanya meskipun aku bukanlah datang dari latar belakang serupa. Masih boleh empati sebab itulah orang-orang lain di sekeliling aku.
Meskipun maksudnya sampai, ada bahagian yang longgar dalam naskah ni. Dah ada 3 buku. Aku percaya penulis pasti dah banyak perbaiki dalam naskah seterusnya. Tak sabar nak baca!
Terima kasih penulis sebab tulis naskah yang sangat bermanfaat ni 🙏🏻
Terlalu awal untuk aku simpulkan ia sebagai bacaan terbaik untuk tahun ini, 2023. Tapi aku boleh cakap ini merupakan pembacaan pembukaan terbaik untuk aku tahun ini.
Betul lah orang cakap, teladan adalah ajaran dan contoh yang terbaik. Orang tengok diri kita, orang rasa nak ikut.
Kau tahu buku tu best, bila ada banyak sangat perkara kau nak share pasal buku tu sampai aku tak tau nak mula dari mana. Every page berharga dan bermakna untuk aku. Terlampau banyak quotes² yang aku nak share pada kalian yang membaca review aku ni.
Ok, buku ni. Buku ni memang senang² je dapat 5 bintang dari aku. Cukup, semua cerita rasa cukup pada aku. Sempurna diuli dan diadun elok sehingga menjadi satu bacaan yang sempurna untuk aku. Banyak sangat pengajaran dalam buku ni. Tapi disampaikan dalam keadaan santai. Bagaimana Khai yang dulunya panas baran, banyak langgar peraturan, pantang salah sikit, bergaduh bertumbuk boleh jadi penyebar dakwah. Macam mana indahnya digambarkan bersahabat dengan orang yang baik, dengan sahabat yang mengajak kita ke arah kebaikan. Indah, kawan. Bagaimana cinta dan sayangnya seorang anak pada ibunya. Walau hidup tak kaya, tapi merasa cukup. Merasa cukup. Impian hidup semua insan di dunia ni. Kemas digarap betapa iman manusia ni naik dan turun, mulut manusia yang gemar menghukum dosa pahala , Syurga dan neraka seakan dia pula Tuhan. Bagaimana yang digelar daie, tetapi menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Tak taula korang buku ni sempurna untuk aku. Cukup rencah, gaya penceritaan yang baik, santai, ada humor, ada pengajaran, ada sedih, ada gembira. Semua digarap cukup cantik .
Kat sini aku sharekan beberapa kata-kata yang pada aku indah yang aku petik dari buku ni:
"Sebenarnya, hidup dalam jahiliah ni sakit, tak tenang rasanya."
"Dunia ni memang dicipta untuk hancurkan hati kau. Dalam dunia ni, tak dak satupun yang akan betul-betul buat kau bahagia."
"Seorang pendosa apabila dia berhijrah, dia boleh jadi lebih hebat daripada orang yang sedang dalam dakwah dan tak berusaha untuk berubah menjadi lebih baik."
"Taubat. Taubat itu ubat, tapi jarang kita buat. Sebab rasa diri dah macam malaikat."
"Cara haram, takkan melahirkan cinta yang halal."
"Ingat, dunia dan akhirat itu ibarat timur dan barat. Bila kau mendekati salah satu daripadanya, maka kau akan menjauhi yang satu lagi."
"Ingat Haura, kasih sayang Allah itu membatasi kemurkaan-Nya. Andai dosa kau sedalam lautan, pintu pengampunan Allah itu seluas lautan yang tak bertepian."
"Kuatlah walaupun lemah. Takdir Allah itu cantik."
"Mungkin kita rasa kita dah rancang elok-elok, sampai kita lupa, siapa yang bagi ilham dekat kita untuk merancang. Pasti dan pasti, perancangan Dia-lah yang terbaik."
"Apabila kita perlukan Allah, dia ada. Apabila kita rasa kita tak perlukan Allah pun, dia ada. Dan terlalu bodoh kita, apabila kita rasa kita tak perlukan Allah sedangkan kita sentiasa menggunakan nikmat yang Dia beri. Cukuplah satu nikmat Dia tarik daripada kita, maka mati."
"Kau takkan bahagia Khai kalau hati kau penuh rasa dendam. Belajar memaafkan, maka kau akan temui kebahagiaan."
"Dalam apa-apa keputusan, pastikan yang ianya mendapat redha Tuhan."
Yang menganggu aku pun ada 0.001% sahaja dalam buku ni, bila mana ada beberapa perkataan yang huruf f di type sebagai ÿ yang mana sedikit menganggu pembacaan aku. Yang lain A+. Tak sabar nak baca Kerna Syurga Bukan Percuma 2. Syabas buat penulis!
Seperti biasa karya Tarbiah sentap, semuanya mengenai peluang dan harapan bagi mereka yang ingin berubah daripada zaman jahiliah kepada zaman yang lebih baik. Buku ini sesuai dibaca oleh pelajar sekolah menengah dan mereka yang dalam tahun awal 20 an yang mana mahu menjejaki kaki ke menara gading.
Temanya, masih sama iaitu ikhtilat, usrah, masalah keluarga,masalah pembelajaran, gejala gangsterisme, yang sebenarnya sudah menjadi norma dalam kehidupan masyarakat. Manusia lebih suka menilai luaran daripada menilai hati.
Dan saya, walaupun seringkali membaca buku dengan tema yang sama, namun ia tetap ada pengajarannya yg tersendiri. Sekurang-kurangnya buku ini menceritakan tentang realiti kehidupan yang selama ini kita mungkin tidak menyedari kerana berada dalam "locus of circle" kehidupan yang baik-baik atau sebenarnya masalah itu ada disekeliling kita, namun kita tidak peduli. Membaca buku ini sekurang-kurangnya menyebabkan kita "peduli" dan alert mata hati.
i recall absolutely LOOOOOOOVING this book like crazy back in school, also masa exam sbb meja i paling depan meja cikgu i kept this book on the teachers table so that i could read it lol, and ustazah q read the first few pages and then i remember her just staring at me, then dia baca surah ar rahman. LOL.
Plot cerita yang nampak gelap and format tulisan yg tidak brapa cun. But still boleh dprbaiki... Bnyak nasihat yg brguna boleh diambil ttapi usah terlalu kerap mmberi nasihat. Talk less do more. 👍 Teruskan usaha.😉
Allahu buku yg sgt menyentuh hati. tak tahu lah berapa kali dah jatuh airmata. kdg plk tersenyum saat terbaca ukhwah dan persahabatan yg terjalin antara Khai dan sahabat sahabat nya.
otw baca second book insyaaAllah. semoga mendapat banyak ilmu drpd pembacaan ini. aamiin
Rasa terganggu bila banyak huruf bertukar jadi tanda. Terutama huruf "F" . Jalan Cerita ok je la. Cuma confius sikit.lepas dia pukul bapak dia sampai pengsan, cikgu kena penampar, jadi apa? Abis gitu je la? Cikgu balik je rumah? Takde ke balai polis?
Ramai yang cakap novel ni lebih kurang ceritanya dengan novel Tunangku Tidak Tampan (3T). Saya ada terbaca sedikit prolog novel 3T dan ya, memang ada persamaan. Penulis ni masih baru dan bakatnya masih boleh dikembangkan. Mungkin kerana faktor kurangnya pengalaman membuatkan ceritanya kurang menarik.