"Nak hantar sekolah swasta tak mampu, nak pergi sekolah awam, macam-macam hal pula. Tengok surat khabar asyik keluar pasal guru dera murid."
"Sistem pendidikan kita rosak! Kami yang kat sekolah ni terperangkap dengan sistem. Semua salah orang atas!"
"Ramai cikgu yang malas. Suruh buat fail tak buat. Suruh guna cara mengajar baru, tak nak. Habis tu macam mana nak laksana polisi baru ni? Kata nak ubah sistem pendidikan."
Makin ramai orang belajar tinggi-tinggi, makin teruk sistem pendidikan kita. Macam mana jadi macam ni?
Muka surat 90 dan ke atas best gila 4.5 bintang. Finland jauh ke hadapan berbanding Malaysia dari segi pendidikan. Tak perlu bayar yuran tak perlu garu kepala untuk buat pinjaman pendidikan sebab pendidikan hak asasi manusia dan percuma dari pra-sekolah hingga PhD. Yang sebelum itu ibarat menterjemah slide Powerpoint dari pensyarah dan buku teks
1. Digandingkan baca sekali (waktu ini) dengan 'Hikayat Budak PhD: Bukti Anak Melayu Cemerlang' oleh Dr Syahr Musafir (turutan kedua selepas 'Bukan Salah Cikgu').
2. Sesuai juga digandingkan baca dengan buku 'Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang' dan 'Masharakat Melawan Mahasiswa', kedua-dua buku oleh Z.F. Zamir. Boleh masukkan sekali 'Sejarah Gerakan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad' oleh Riduan Mohamad Nor dan buku kajian ilmiah 'Aktivisme Mahasiswa Malaysia' oleh Meredith L. Weiss, yang mana terjemahan daripada 'Student Activism in Malaysia: Crucible, Mirror, Sideshow'. Keempat-empat buku ini saya ada.
3. Masa mendatang, boleh ditemankan pula dengan 'Mitos Mahasiswa Sibuk: Cabaran Mahasiswa Masakini' suntingan Megat Hanis, dan 'Mahasiswa Bangkit' dieditorkan oleh Mohd Hasbie Muda. Buku 'Jakarta 1960-an: Kenangan Semasa Mahasiswa' oleh Firman Lubis juga sesuai buat merasai/mengetahui pengalaman mahasiswa nasionalisme luar Malaysia. Ketiga-tiga buku ini boleh diperolehi daripada Gerakbudaya.
Semasa-pembacaan: 1. Saya kagum dengan perkembangan Kopi Press dalam penerbitan kuantiti buku-buku mereka. Cuma, saya tetap tak berpuas hati. Editorial mereka seperti melepas batok di tangga.
2. Petikan status FB lalu ditepek 100% menjadikan buku ini hilang maruah. Pihak editor macam lepas tangan, tak mahu mengedit langsung status FB yang cacamarba. Shortform, ayat yang terlalu rojak, dan perkataan yang terlalu shortform.
3. Ada juga kesalahan standardization dalam pengeditan yang lain, tapi itu boleh dimaafkan, sebagaimana adat penerbit baharu.
4. Memang ya tujuannya mahu pembaca merasai pengalaman sebagaimana membaca tulisan awal, tapi tepek bulat-bulat tanpa mengedit kepada bahasa buku, memang membuat buku ini terlalu spoil.
5. Memang Kopi Press bersifat indie, tapi buku ada maruah tersendiri. Lebih-lebih lagi buku seperti 'Bukan Salah Cikgu', ada nilai ketinggian dan maruah yang perlu dijaga. Isinya baik, tapi jika tak dipersembahkan dengan bentuk yang baik, mesejnya tak sampai. Macam baca 'Kimia Kebahagian', Imam Al-Ghazali tapi ditulis dalam bahasa rojak dan bahasa kontot, memang hancur jadinya.
6. Kopi Press ada prinsipal untuk kebaikan umat (Islam di Malaysia), maka kena jugalah jaga bahasa. Bahasa jiwa bangsa. Bahasa jati (mother tongue) juga adalah pembentuk tamadun bangsa itu sendiri (mengikut teori Malik Bin Nabi). Menyampaikan kebaikan kepada umat bukan sahaja terletak melalui mesej dan maksud, tetapi juga kepada cara penyampaian.
7. Sewaktu zaman Jahiliah Arab, orang Quraisy menghantar anak-anak mereka ke pendalaman. Supaya anak-anak mereka dapat menguasai bahasa Arab yang tak tercemar (BAT: Bahasa Arab Tinggi sesinonim dengan penggunaan BMT: Bahasa Melayu Tinggi); supaya dapat bertutur bahasa Arab jati. Malah, seangkatan juga dengan Nabi SAW.
8. Itu zaman Nabi SAW, berbangga dengan bahasa bangsa Quraisy. Sedangkan kita di zaman sekarang, mahu contohi Nabi SAW - mengetepikan bahasa sendiri.
Sama ada buku ni tak ada editor ataupun editor langsung tak menjaga standard penulisan buku. Saya faham bahawa penulis tak semestinya cekap dalam menggunakan perkataan atau struktur ayat yang bagus. Dalam kes ini, penulis sendiri telah pun clarify jika dia mampu menyampaikan perbahasan isi buku. Namun, terdapat banyak tempat yang saya lihat mengabaikan kualiti struktur ayat, penggunaan perkataan dan flow perbincangan.
Excerpt daripada rujukan pun banyak diselit dalam bentuk gambar (tidak ditulis semula). Petikan dari Facebook pula saya taknak terlalu kritikal walaupun sebenarnya tak begitu seronok dibaca dalam bahasa asal yang agak rojak dan pasar.
2. Content
Saya rasa banyak content yang penting telah dimasukkan dalam buku ni. Ia membincangkan perangai masyarakat terhadap pendidikan, sistem pendidikan, polisi pendidikan, perguruan, peperiksaan dan banyak lagi. Kritikan terhadap polisi yang mementingkan penilaian berdasarkan peperiksaan juga merupakan bacaan yang insightful. Dan dengan pembacaan ini, kita dapat melihat situasi sistem pendidikan secara lebih meluas.
3. Keseluruhan
Saya sangat berpuas hati dengan content yang disampaikan, namun rasa kurang berbaloi dengan harga buku ni kerana kualiti penulisan tak dijaga dengan baik.
Pendedahan yang bisa membuka mata, betapa sistem pendidikan Malaysia sangat jauh ketinggalan berbanding Finland yang umum telah ketahui sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia.
buku ini adalah tentang KITA. bagaimana pendidikan berpusing pusing dan akhirnya kembali pada kita. justeru perihal mengambil tahu tentang sistem pendidikan apa yang negara kita guna kini bukan sahaja tugas CIKGU tetapi kita semua juga. terlebih lagi buat ibu bapa dan bakal ibu bapa. pendidikan adalah berbeza dengan pengajaran di sekolah. walaupun anda mungkin masih tidak punya rancangan berkahwin, pendidikan juga adalah tentang anda iaitu melalui peranan komuniti.
buku ini juga menghidangkan kepada kita bahawa sistem pendidikan adalah complex. justeru juga masalah yang menyelirat padanya. namun kita akan dapat melihat dengan jelas antara masalah utama pendidikan di negara kita adalah kerana KEGILAAN KITA PADA RANKING.
hal ini telah menghalang kesamarataan akses pada sistem pendidikan. pernah dengar "quote"; 'bagaimana jika penawar bagi cancer ada pada seorang miskin'? dan dia tidak mendapat peluang pendidikan yang sepatutnya.
kegilaan pada ranking ini jugalah menyebabkan kita tidak dapat lari dari peperiksaan dan grade. kesan paling besar terhadap diri saya sendiri terhadap sistem peperiksaan dan grade ini ialah bahawa saya seringkali merasakan task2 adalah tidak serius. tujuannya hanyalah untuk mendapatkan A atau paling tidak menyempurnakan assessment. maka semuanya ada skema tersendiri. fikiran tanpa sedar sebenarnya telah pun terkongkong dan disempitkan di situ. kita telah gagal berfikir. saya bergelut cuba melepaskan diri dari terus menganggap bahawa banyak yang dalam hidup ini bukanlah hal yang serius. dan hal hal ini akan terus menerangkan kepada anda mengapa nilai moral masyarakat kita terus menyusut.
berkenaan sistem pendidikan di Finland.
buku ini juga membawakan kepada kita bagaimana Finland boleh muncul sebagai yang terbaik didunia berkenaan sistem pendidikan mereka. saya memahaminya melalui buku ini ialah sistem pendidikan mereka adalah sistem yang meraikan kemanusian. secara superficial ia berjaya menerangkan kepada kita bagaimana sistem disana berfungsi. namun agak lemah contoh contoh yang diberikan untuk kita mendapat gambaran bulat.
jadi sekarang bagaimana?
bacalah buku ini sebagai langkah paling awal mencaknakan diri kita terhadap sistem pendidikan di negara kita. bukanlah terus ingin menjadi seperti mereka, tetapi sekurang kurangnya menjadi rakyat yang bertanggungjawab.
Penulis menulis buku ini kerana tekanan(sistem pendidikan sekarang) yang membebankan yang ditanggung oleh semua. Bagi aku, jika tiada tekanan(sistem pendidikan sekarang) maka tiadalah perubahan yang akan dilaksanakan ditambah dengan tekanan ‘pengiktirafan dunia'(rangking).
Kita dapat melihat sekarang ini sistem pendidikan kita menjurus kepada peperiksaan, apabila menjurus kepada peperiksaan tidak boleh tidak ia juga akan disertai dengan tekanan. Cuba kita fikir sejenak, bagaimana hendak menghasilkan pendidikan yang menjurus kepada peperiksaan tanpa menghasilkan sebarang tekanan?
Maka dengan itu penulis memikirkan satu solusi dengan membandingkan sistem pendidikan Finland dengan sistem pendidkan Malaysia. Ternyata apabila dikaji oleh penulis sistem pendidikan Finland jauh lebih baik dan kurang menghasilkan tekanan berbanding sistem pendidikan Malaysia.
Satu cita-cita yang sangat besar dan penting untuk negara ini mencapai tahap pendidikan yang setanding negara-negara seperti Finland, Jepun dan Korea Selatan. Semoga satu hari nanti ada sinar indah untuk pendidikan negara. Terima kasih untuk perkongsian penulis.
Tergerak untuk baca buku ni mengenangkan beberapa flaws dalam produk hasil sistem pendidikan kita. The good thing is that this is written from the perspective of a teacher, an educator. Isu yang diketengahkan sangat penting, idea dan solusi yang considerably bernas and applicable, isi yang well-researched. CUMA, rasanya pihak penerbit boleh lebih teliti lagi dalam pengolahan grafik dan juga ejaan. Sebab typo tu boleh ruin sikit mood pembaca.
Penulis bawa kita menyelami sistem pendidikan yang ada di negara kita. Kepincangan-kepincangan yang wujud disebalik sistem pendidikan yang kita rasa bagus. Paling seronok bila penulis buka dan terangkan satu persatu matlamat pendidikan negara yang mana kita kurang peka sebelum ni.
Tak tahu bagi orang lain macam mana. Tapi bagi aku, sistem pendidikan kita masih lagi ditapuk yang lama. Yang paling sedih bila kita terlalu mengejar gred, sampaikan kita lupa tentang perkara yang lebih penting dari itu, iaitu ilmu.
Dari aku kecil sampai sekarang, kita masih lagi dimomokkan dengan berapa A yang kita dapat dalam peperiksaan penentu kepada berjaya atau tidak seseorang itu. Sedangkan each of us ade different ability. Tengok je lah, berapa ramai student yang dapat straight dalam sesuatu exam besar. Tapi hakikatnya, once the exam is over, satu apa pun yang diorang belajar, tak melekat diminda. Tak payah pergi jauh, kita tengok diri sendiri je.
Perbahasan kepada sistem pendidikan tu perlu. Perbandingan dengan negara yang mempunyai sistem pendidikan yang terbaik tu perlu. Bukan sebab kita nak tiru atau kita nak ubah budaya kita totally, tapi untuk kita sedar yang banyak sangat pelaksanaan dalam sistem pendidikan tu perlu diperbetulkan. Dan pelaksanaan tu tak boleh hanya dibebankan kepada guru sahaja. Ibu bapa dan masyarakat juga terlibat sama. Sebab guru tak boleh buat sorang-sorang. Dan bantuan masyarakat tu sangat perlu.
Kelebihan bagi penulis sebab dia belajar di Finland, dimana Finland adalah negara yang paling baik sistem pendidikan dia. Bila penulis ceritakan tentang bagaimana pendidikan disana dijalankan, itu adalah sangat menarik.
Dan aku rasa benda utama yang penulis ni nak kita buka mata adalah perubahan itu kena bermula dengan diri sendiri. Mungkin sangat sukar bagi kita untuk ubah sistem, untuk ubah apa yang kerajaan buat. Tapi sekurang-kurangnya cara kita berfikir tu boleh berubah dan merubah orang sekeliling kita. contoh, aku cikgu, aku taknak anak-anak murid aku terlalu fokus kepada A yang mereka dapat. Tapi fokus kepada improvement. Tapi aku tak boleh buat benda ni sorang bila parents datang, tanya kenapa anak saya tak dapat A. Sedangkan anak dia dah banyak tunjukkan perubahan. Sebab tu aku kata, aku tak boleh buat sorang.
Sikap tuding jari rakyat malaysia ni, tak membawa kemana. Daripada kita cari salah orang, baik kita sama-sama improve apa yang boleh kita buat. Itu lebih baik.
Its a good book to read. Bukan untuk guru sahaja, tapi untuk ibu bapa, masyarakat juga.
Perkongsian yang membina. Membuka mata dan mengetahui serba sedikit mengenai dunia pendidikan bagi orang awam untuk ke arah pendidikan yang lebih realistik. Mengutamakan kualiti Pelajar daripada kualiti Gred. "Tamadun yang hebat dibina daripada sistem pendidikan yang unggul"
Seperti pembaca lain, saya berpendapat bahawa buku ini mempunyai isi yang menarik dan perspektif yang luar dari norma. Cumanya, garapan hujah dan keutuhan isinya kurang memuaskan. Mungkin perlukan lebih banyak kajian lagi untuk membina hujah yang lebih tersusun dan mengukuhkan.
Dari sudut editorial, hasil kerja yang ala kadar dan sekadar melepaskan batok di tangga.
Wacana tentang sistem pendidikan yang dikupas dengan baik untuk bacaan masyarakat, ibu bapa dan sangat bagus dibaca oleh guru-guru dan pihak yang terlibat dalam polisi pendidikan.
Dan menariknya, sistem pra sekolah di Malaysia yg menepati fitrah anak-anak kecil, sebelum usia 7 tahun,seakan-akan mengikut cara di Finland, seperti yang diterangkan dengan jelas dalam bab sistem pendidikan Finland.
Apa yang penting, seperti saranan penulis, kita semua mesti benar-benar bersedia untuk menerima perubahan, dan berubah. Tapi, untuk mengubah persepsi, mindset, budaya masyarakat bukanlah suatu yang mudah malah mengambil masa yang lama. Ya, untuk sistem pendidikan di Malaysia agak mustahil menjelang 2020 pun akan berubah. Cuma kesedaran masyarakat sudah ada.
Sistem di Finland ternyata tidaklah kompleks, seperti di negara lain termasuklah negara kita. Dan mengenai PISA & TIMSS turut diulas dalam buku ini. Pendedahan dalam buku ini boleh disifatkan membuka mata saya sebagai pembaca.
"Sangat sangat sangat tak berbaloi untuk dibaca apatah lagi dibeli. Sekadar nukilan syok sendiri dari Facebook. Tiada isi yang memberangsangkan yang tidak boleh dijumpai di buku pendidikan lain."
Dan saya masih rasa yang sama selepas cuba menghabiskan separuh.
Penulis macam ni tak patut diterbitkan. Membuang masa.
Bukan Salah Cikgu Ya. Tepat sekali dengan tajuk buku dan realiti kini.
Buku ini pada pendapat saya, dapat membuka minda kita tentang dunia pendidikan yang sebenar. Point penting yang dapat saya ambil dari buku ini: 1. Pendidikan adalah segala-galanya.
2. Pendidikan bermula dari rumah. Tanggungjawab ibu bapa atau penjaga untuk memberi pendidikan kepada anak-anak. Apabila dihantar ke sekolah bukan bermakna tugas mendidik itu diserahkan 100% kepada guru-guru.
3. Pendidikan bukan sekadar mengejar gred atau markah dalam peperiksaan. Pendidikan adalah penyampaian ilmu untuk hidup dan pembentukan sahsiah.
4. Understanding is better than memorizing.
5. Jangan halang untuk kanak-kanak bermain, kerana melalui bermain mereka dapat belajar.
Banyak fakta dan teori pendidikan yang aku tak tahu sebelum ni digarap dengan baik oleh penulis. Antara isi yang menarik adalah bagaimana sebenarnya sistem pendidikan Finland. Aku juga tertarik dengan kekerapan penulis menegaskan bahawa belajar untuk mengejar gred akan membawa pelbagai masalah.
Walaupun ada sedikit bahasa rojak, ia tidak mengganggu pembacaan.