Jump to ratings and reviews
Rate this book

Otak Blue

Rate this book
Ketagih dengan porn?

Ye, saya tahu, memang susah. Saya ada pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain. In fact, ramai je pakar yang cakap bahawa ketagihan bahan lucah ni sama macam ketagihan dadah. It's really tough addiction to counter, seriously.

Tapi korang tak berseorangan, sebab saya tulis buku ini untuk membantu, bukan untuk menghukum.. I've been there, I've done that, I've struggled quitting it and you don't have to go throw what I've gone through.

Satu benda yang saya harapkan ialah, kalaulah ada orang yang bagitahu saya awal-awal lagi camne cara nak berhenti, takdelah saya struggle 7-8 tahun untuk berhenti.

So, that's why saya tulis buku ni, compilekan pengalaman dan ilmu yang saya dah dapat for the past 7-8 years untuk bantu korang yang nak quit daripada ketagihan ni.

Saya sangat berharap buku ni dapat bantu orang yang ada ketagihan bahan lucah ataupun orang yang ada kawan atau orang terdekat yang mengalami masalah ni.

128 pages, Paperback

First published January 1, 2016

3 people are currently reading
62 people want to read

About the author

Izzat Roslan

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (11%)
4 stars
7 (26%)
3 stars
7 (26%)
2 stars
7 (26%)
1 star
2 (7%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
1 review
June 6, 2016
Terus terang, expectation saya lebih tinggi.

Sebagai orang yang turut terjerat dalam perangkap pornografi (istilah oleh penulis), saya berharap agar penulis memberi kaedah yang lebih spesifik untuk seseorang tu berhenti dari gejala ni, di samping hanya memberitahu nasihat yang boleh didapati pada kem bina akhlak sekolah (jangan duduk bilik seorang, bersenam, pergi joging, pergi tempat crowded dll). Tak dinafikan memang itu cara yang betul, tapi ia macam terlalu common. Perenggan tentang responden pun kelihatan biasa dan tidak kukuh, seperti dibuat-buat.

Ada juga poin yang diutarakan penulis yang boleh saya kata bijak dan tidak mainstream, seperti macam mana mat saleh yang tak ada dorongan boleh berhenti, apatah lagi kita yang beragama Islam.

Macam yang ditulis di atas, saya harapkan lebih kaedah untuk berhenti. Tapi apa yang dibaca saya, lebih separuh daripada buku ini (86 mukasurat, lebih tepat) menerangkan tentang pornografi, tentang kesan, akibat pornografi, tentang macam mana orang start tengok. Apa yang ditulis di bahagian belakang buku, penulis ingin membantu golongan ketagihan ini untuk berhenti, jadi buku ini memang ditulis khas untuk mereka. Golongan ini majoritinya tahu apa yang mereka perangi, tahu kesan dan akibatnya menonton porno. Lainlah kalau yang beli buku ni budak sekolah rendah yang langsung tak tahu porno tu apa. Jadi saya berpendapat tidak perlu untuk menghabiskan lebih separuh daripada buku ini sekadar untuk kami membaca apa yang sudah kami tahu. Macam, penulis banyak kali utarakan yang dia berusaha 7 tahun untuk hilangkan ketagihan itu, dan kami yang membaca tertunggu-tunggu, mana tips nak berhentinya?

Terakhir, penggunaan bahasa dari penulis yang tak relevan. Sekejap bahasa melayu, sekejap bahasa inggeris. Paling menjengkelkan bila kedua dua bahasa disatukan dalam satu ayat. Sebagai pembaca, saya merasakan inilah gangguan terbesar untuk saya habiskan buku ini. Saya tidak kisah jika penulis merojakkan kedua-dua bahasa ini dalam satu ayat sekiranya ia berbentuk dialog, tetapi untuk memberi hujah, saya tidak rasa ia relevan. Bayangkan jika ada pendebat berhujah sebegitu, tak ke pelik bunyinya.

Tema yang bagus, tajuk yang controversial, tapi penyampaian dan pengisian kurang. Maaf.
Profile Image for Jim Hesnen.
61 reviews
February 5, 2017
Pertama sekali, buku ini mempunyai tujuan yang baik untuk mengajak penagih-penagih porno di luar sana untuk kembali ke jalan yang benar.

Namun, saya yakin tidak ramai yang akan terkesan kerana struktur bahasa yang berterabur. Sekejap English, sekejap Bahasa. Ada perkataan English dalam ayat Bahasa, dan ada perkataan Melayu dalam ayat English.

Menulis isi dalam bahasa Inggeris tidak akan membuatkan hujah itu lebih bijak, lagi nampak celanya apabila banyak kesalahan tatabahasa.

Isinya juga diputar-putar sedangkan saya yakin, ada banyak lagi komponen hujah yang boleh dimuatkan. Sepatutnya tidak perlu putar-putar dan cakap terus sahaja. Perbanyakkan arguments, sokongan dan contoh-contoh yang dekat dengan pembaca.

Sekian, sila banyakkan membaca dan sertakan bahan rujukan.
Profile Image for Hilmi Azizi.
2 reviews
June 14, 2016
"Baik aku tengok blue dari baca buku macam ni!" -Adi Fashla bin Muhamad Sani, 2016.
Profile Image for Ikram Adha.
Author 1 book3 followers
July 21, 2016
i think this book has their own audience.. people who know Izzat Roslan via Youtube might easily catch his idea and his style of delivering message to the audience. thumbs up!
Profile Image for Muhammad Ukasyah.
10 reviews1 follower
July 1, 2021
Buku ini nipis sahaja, 125 muka surat sahaja semua sekali. Kalau tengok cover buku ni orang akan pelik, "buku ape kau baca ni?" 😂 Secara keseluruhan buku ini menceritakan tentang pengalaman penulis dalam berjuang untuk melepaskan diri daripada perangkap pornography selama 7 tahun.

Penulis memulakan penulisan dengan berkongsi apa itu pronography, penyebab boleh terperangkap, kesan pornography dan cara-cara mengatasi.

Penulis berkongsi sebab-sebab seseorang itu boleh terjebak dengan gejala ini seperti kemudahan akses internet, pengaruh rakan-rakan, pengaruh sosial media, keadaan sekeliling kita dan banyak lagi. Penulis memperkenalkan konsep yang mudah untuk kita faham psychology ini, penulis menggunakan konsep habit loop iaitu que -> behavior -> reward.

Seperkara lagi yang menarik perhatian saya ialah bagaimana penulis memberitahu pembaca bahawa ada hormon selain Dopamine yang mengikat mangsa dengan pornography. Biasanya kalau kita baca artikel, paper atau study ke mesti pornography ada kaitan dengan Dopamine. Hormon yang dimaksudkan ialah bonding hormon. Nama hormon tersebut ialah oxytocin dan vasopressin , hormon ini dirembeskan bilamana manusia mengalami ejakulasi ataupun orgasma.

Oxytocin dan Vasopressin ini dicipta oleh Allah kepada suami isteri supaya pada akhirnya akan ada love and emotional attachment between them. Tapi apabila manusia secara sengaja merembeskan hormon dihadapan skrin laptop atau pun phone, ia akan menyebabkan lagi kuat attachment antara mangsa dengan pornography. Bila dah ada emotional attachment yang kuat, sukar untuk mangsa meninggalkan perkara itu.

So far buku ni menarik dan penyampaian nya agak santai. Cuma saya tak berapa gemar cara penulisannya, terlalu hipster bagi saya 😂. Secara keseluruhan memang terbaik, saya bagi 3/5 ⭐️.
Profile Image for Adlina Tasya.
6 reviews
April 13, 2019
Read it in one day, I think it’s enough reading for me today. I can say that this book, are helpful to those who do not have any clue towards what is porn, and the steps to end it.

Like some mentioned, this book got its point but i am quite disappointed for its context that is repeated such as “whats porn” , “why porn”, “ people obsessed w porn” ,etc... I did not skip any chapters for I want to believe that the book might have something important that I shall not pass.
In the end, I think I should have stopped reading when I feel like it.

Some people does not like english being mixed with malay, but in my case, as a teenage, I love how the writer writes it and how it mixes. Hence, i feel like he is talking to me. Just less point to the part where the writer keep repeating the same thing. I feel like a mother who is trying to nag at me... sorry.



Ps: I do not know this writer before.
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
April 16, 2019
Ini mungkin buku pertama dari penulis Malaysia yang saya baca berkaitan isu pornografi.

Namun bagi saya kandungannya kurang memuaskan. Cycle penjurumusan itu rasanya diulang ulang pada setiap bab. Aturan tulisan juga agak caca marba.

Lebih baik kiranya difokuskan kepada kaedah kaedah pencegahan dan withdrawal.

Namun ia percubaan yang baik. Teruskan.

Kurangkan merojakkan Bahasa. Tak manis.
Profile Image for Jamal Ali.
82 reviews5 followers
December 31, 2019
3 bintang untuk pembawaan konten.

0.00001 untuk bintang untuk bahasa penulisan. Hancur teruk.

"Satu of itu teruk book that I'd telah-telah bacha." Sila baca dengan sinis dan tanpa italik, serta buat-buat macam baca buku omputih dengan kesalahan grammar dan acah-acah.
Profile Image for Sherry Mahanum.
27 reviews4 followers
September 1, 2017
Hampeh.
Nak selit bahasa Inggeris untuk nampak cool, tapi tenses/grammar hancur :(
Profile Image for Rasyidah.
12 reviews4 followers
January 20, 2018
Suggested by my friend. Katanya suruh relate dengan amalan harian kita. Contoh, kenapa kita susah untuk ubah attitude kita. For me, buku ni ok, cuma bahasa campur yang menyebabkan susah untuk difahami. Dalam satu ayat rojak bahasa. Susah untuk menghadamkan apa yang penulis nak sampai kan.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.