Semuanya bermula bila dia mengahayati ciptaan Tuhan. Aufa Norjannah, berada dalam mimpinya saat terpandang wajah kacak Ameer Fayyadh yang berjalan ke luar rumah. Persis filem Hindustan. Bagai ada angin yang mengiringi adegan itu. Jeritan Ameer kepadanya membuatkan Aufa tersenyum manis. Tapi...
Pertama kali terjatuh di hadapan lelaki itu, sakitnya tak terasa. Namun, pertemuan demi pertemuan mula memahat rasa cinta dalam hati.
"Kenapa saya raksasa dan awak pula Ultraman?" - Aufa Norjannah "Sebab hati saya selalu berkelip-kelip bila terpandang akan awak." - Ameer Fayyadh
Affan Muqri, doktor 'hot' yang setia pada Nur Awliya yang mula diminati 14 tahun lalu. Namun, status Awliya sebagai isteri orang mengundang kecewa di hati. Parah! Sehingga di hatinya tiada pengganti. Namun, pertemuan semula Affan dan Awliya membibitkan perasaan yang sama antara mereka. Tebu mula ditanam ditepi bibir...
"Sekali saya dah hulurkan tangan, saya takkan tarik semula, Liya. Selama-lamanya saya akan tetap hulurkan tangan saya. Sekali huluran saya bersambut, sehingga hujung nafas saya akan genggam erat. Dan saya takkan biarkan genggaman tu terlerai sampai bila-bila pun. Itu janji saya, Liya." - Affan Muqri "Selama-lamanya?" - Awliya "Selama-lamanya." - Affan
Namun, kasih sayang menjadi penghalang hubungan cinta antara Aufa dan Ameer. Manakala, dendam yang terbuu di dalam hati menjadi duri di dalam hubungan Affan dan Awliya. Kesetiaan dipertaruhkan. Kepercayaan ditagih. Mampukah mereka melakar bahagia bila hati mula ragu dan gundah? Pakej Cinta Kombo, satu dalam seribu!
Bila "uncle" menjadi "papa" Bila "bapa angkat" menjadi "bapa saudara"
Ini tentang kisah cinta Aufa Norjannah(Aufa) dgn Ameer Fayyadh(Ameer) & kisah cinta Awliya(Liya) dgn Affan Muqri(Affan). Affan & Ameer saling jatuh cinta pd pasangan masing2 pd pertemuan yg pertama. Namun perjalanan kisah cinta mereka berbeza biarpun berada dlm lingkungan yg sama.
Affan yg salah sangka akan status Awliya, memendamkan saja cintanya, sehinggalah mereka dipertemukan semula selepas 13 tahun berlalu. Di pertemuan yg kedua itu, dia nekad mahukan Awliya menjadi hak mutlaknya, menjadi pendampingnya hingga akhir usia, demi cinta yg tak pernah padam di hatinya. Sedang Awliya pula, pernah ada cinta lain...& cinta itu juga kekal di dlm hati. Justeru, dapatkah mereka bersatu?
Sementara Ameer & Aufa...sama2 sengal & sama2 suka. Kebetulan demi kebetulan, pertemuan demi pertemuan, mengukuhkan lg rasa yg datang tanpa dipinta. Lantas mereka akur akan suratan cinta antara mereka. Namun di pihak Aufa, ada janji yg perlu dikota...maka terjadilah cinta di dalam rahsia. Mampukah mereka melakar bahagia?
Mengapa "kombo"? Ada apa dgn tagline "tackle 1 dpt 2"? Cer teka...cer teka...
Ameer + Aufa - pasangan sengalsss..sorg doktor sorg masih bergelar pelajar
Affan + Awliya - pasangan yg sweetttt je..sorg doktor bujang terlajak yg hot sorg ibu tunggal & juga pemilik sebuah coffee house
Karya kali ni lebih santai..konflik x berat & senang dihadam..
Ameer merupakan anak saudara kpd Affan & Aufa merupakan anak kpd Awliya..diawalan cerita membuat kita asyik tersengih dgn cara Ameer utk memikat Aufa..sungguh sengal pasangan berdua ni..
Affan pula memikat Awliya yg juga merupakan cinta pertamanya dgn cara yg gentleman membuat kita terjatuh hati dgn Affan
Cerita ini terasa unik kerana mempunyai 2 hero & 2 heroin..tahniah buat penulis kerana membuat ku tersengih sentiasa dgn gelagat Ameer & jatuh cinta dgn sifat Affan ;)
Congrats buat penulis yg buat kita tersengih, terharu & happy..teruskan momentum & x sabar tggu #FirasAdel ;)
Best. enjoy gila baca novel ni. ada je part yang boleh buat kita ketawa. suka dgn kesengalan dan sweet si ameer dan aufa. suka affan yg bersahaja. dgn sikap dia bersahaja dan cool itu buat hati makin tertarik suka padanya. suka awliya yg penyayang dan mengambil berat.
buku dhi kali ni mmg byk kelainan. byk improvement. dan cara penulisan dhi semakin lama semakin baik. kak proud sgt...
overall, congrats dhi...kak bagi 10 bintang utk novel ni.
Kisah cinta pasangan Dr Ameer Fayyadh dan Aufa Norjannah Serta bapa saudara Ameer , Dr Affan Muqri dengan mama Aufa, Nur Awliya , dari situlah terbitnya tajuk novel ini PAKEJ CINTA KOMBO
Dari permulaan cerita dah tersengih sengih dek kesengalan Ameer yg cuba nk memikat cinta pertamanya Aufa. Ternyata sifat Ameer itulah yg berjaya menarik perhatian Aufa jugak
Bagi Affan pulak, pertemuan semula dgn cinta pertamanya, Awliya ,menerbitkan keinginan utk memiliki Awliya secara sah. Perhatian dn kasih sayang Affan membuka hati Awliya utk menyambut cintanya walaupun agak berat diterima pada awal kerana rasa bersalah pd arwah suaminya.
Kelakar, sweet masa diaorg ni nk memikat buah hati masing2 , ada part sebak serta konflik pun hanya mencukupkan rencah dalam cerita ini
Tahniah Dhiyana Novelist sedikit lain dari karya2 yg sebelum ni tapi masih menghiburkan akak.
Crite yg agak santai. Takde conflict berat pon except pasal dendam Kamal kat Affan. Luv story mengenai pakcik & anak saudara yg bercinta ngan a mother and her daughter. Suke part cuteness raksasa & ultraman. Suke jugak kematangan Affan in tryin to convince liya of their luv for each other. Yg merundum ialah bab berpegang sana sini. Even part Aufa yg bersalaman ngan Affan. I know itz just a story tapi rasa dlm zaman milenia ni yg ramai bukan mahram bebas bersentuhan, part ni mcm lebih menggalakan plak. My 2 cents: takde part bersentuhan pon mmg dah bole nampak the sweetness & luv between these couples.
Nama pon kombo. So cerita pon ttg cinta 2 pasangan. Jadi saya tak dpt nak feel dan boleh fokus sgt cinta mereka. Tapi saya enjoy membacanya sbb ceritanya ringan dan santai. Tak perlu berfikir utk menambahkan stress!
As salam n gud morning, hihihi sy xpandai buat review tapi sy cuba ya...sy dh khatam PCK ni smlm..jln crita dia mmg superb...meletops...kebabom....sweet my dr affan muqri tahap potong kaki nya...sengalnya dr ameer yg boleh buat kepala kita pusing 360 darjah....liya yg tegas dlm kelembutan dan aufa yg lembut hatinya (kuat nangis) dan se sengal ameer...tiada konflik yg berat..cukup utk menghilang kan duka dan stress dihati pada setiap pembacanya...novel ni mmg WIN tahniah Dhiyana Novelist ini karya terbaeeekkk awak and tahniah Penerbitan Anaasa sbb berjaya terbit naskah se baik ini..saya bagi 1 juta bintang!!!
Agak santai dan plot agak tak menjadi sebab masih tak faham motif hatred Kamal toward Affan.
Saya suka ayat sweet Raksasa dan Ultraman. Tak sarat ngan ayat menyengat hingga menyinggung perasaan diantara dua couple. Cuma geram ngan sikap Awliya terhadap Aufa bila dia dapat tahu anaknya sedang dilamun cinta. Like really??? Lucky Mami and abang Long masuk campur dalam urusan hati..kalau tak tak tahu bila nak game.