Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hero Seorang Cinderella

Rate this book
Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya.

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam.

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia.

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA
“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?

704 pages, Paperback

First published April 1, 2016

168 people are currently reading
2226 people want to read

About the author

Anjell

15 books2,233 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
618 (55%)
4 stars
304 (27%)
3 stars
152 (13%)
2 stars
30 (2%)
1 star
15 (1%)
Displaying 1 - 30 of 88 reviews
Profile Image for sooa.
62 reviews4 followers
January 11, 2025
plot dah macam sinetron. cringe dah satu hal, pastu meleret. tapi okay la boleh habiskan. tak suka medina lepas kawen. annoying. macam biasa, ml anjell mana pernah tak perfek lol hijo sentiasa. overall, aku lagi suka puteri-farizzam berbanding dengan mc punya cerita. kalau ada kisah diorang pun macam best gak. adoi susah la ada masalah scond lead syndrome ni
229 reviews16 followers
May 29, 2017
*4 stars

Yea betul 2, saya baca buku nie sebab ada drama kat tv. Haha. Dan karya pertama Anjell. Saya dah ada buku2 lain dari Anjell. Tapi yang nie yang pertama saya habeskan. Alhamdulillah, kurang lagi satu buku saya. Haha.

Saya suka gaya bahasa dan gaya penceritaan Anjell. Make me keep going and wanting for more. Jalan cerita pulak, well, kalau kita dah baca banyak novel, mesti kita dah macam selalu sangat disajikan dengan genre nie. Jadi, saya xnakla komen byk2. Apa yg saya cari adalah cara penceritaan yang boleh membuatkan saya berjaya habeskan buku dan berpuas hati. Part kelakar, mmg berdekah2 saya ketawa. A job well done Anjell. Cuma part sedih 2, saya termenangis punnnn..Part sakit hati, yea saya mmg sakit hati dengan Mawar dan Puteri. Kat situ pun, memang best.

Watak, saya suka Tengku Ian dan Farizzam. Matang dan cool. Tak cepat melatah. Medina? Erm..saya ada love and hate relationship dgn dia. Kdg2 saya suka dan simpati dgn dia. Kdg2 saya rasa sikap dia mcm kebudak-budakan sgt dan mcm mengada2. Entah, saya xpasti. Haha.

Orite, ayuh kita tgk drama pulak. Fattah Amin pun Fattah Aminla. Hakak nak tgk Fazura. Haha
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
May 9, 2016
Cover - Penggunaan warna yang menarik. Dengan watak yang mempunyai banyak masalah, untuk Yuni, sesuai dengan cover yang 'kacau bilau'.

Plot - Adalah lebih menarik kalau diterangkan macam mana Tengku Ismadi boleh tahu tentang ayah dan Medina. Bila Ian datang2 ke Malaysia dengan misi mencari Medina terus, macam ada something lost in between.

Puteri - Buat jahat teruslah nampak jahat. Macam Datin Mawar. Ini sekejap jahat sekejap taubat. Aiyoyo...

Medina - I feel you, Medina. Bila dia tak buat apa2 dan orang keliling tak percayakan dia, rasa macam nak tembak2 je si Ian. TETAPI kenapa penamat macam tu je? Sakit hati berulam jantung dengan pregnant lagi, dengan ngidam cempedak goreng lagi, just pujuk kat Pulau Perhentian? Ceh...

*** Kali terakhir Yuni 'bersahabat' dengan Kamus Dewan, tiada lagi wujud perkataan 'studen'. Student in English, pelajar dalam bahasa Melayu!
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
October 24, 2016
Tak puas hati dengan pengakhiran untuk si kakak tiri tu. Dahlah jahat tahap gaban, tapi dengan mudahnya abang Medina boleh jatuh hati, siap bertunang lagi. Like seriously? What happens to family loyalty, man?
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
May 18, 2016
Overall cite ni ok..tapi betul saya tak puas hati dengan nasib puteri..I expect her to face a bit of hard time on her own before Farizzam and family accepted her. Mungkin I dont have a big heart to forgive easily. Yg lebih menyakitkan hati adalah ibu kandung Medina sendiri seperti mengetepikan anaknya dengan melebihkan dan mempercayai Puteri. Like senangnya!! True mmg Puteri berubah but I wonder if Ku Ian and Izzam (Became Ku Zam) tak switch identity intially, rasa2nya akan jatuh cinta ke these two people.

You see Puan Ayana ni dah diberi masa yg panjang untuk pulihkan sakit hati akibat difitnah and God took away her memory for long period of time too before she regained it back but Medina ni different kenapa mother dia tak faham isi hati anaknya. Sbb baru reunion?

Mungkin a lot of people will find Ian ni mcm lelaki idaman. But I cant totally agree (50/50). Bagi saya kalau harus menegur, biar bertempat not di hadapan orang lain lagi2 si Puteri and every single member of her family ada depan mata. Yes, its quite challenging when u are facing with stubbornness. Their attitude really sucks eversince Puteri came along.

What happened to that 0.1% trust? Janji hanya tinggal janji ke? Yes, I can relate lah bab suruh bersabar biar Allah yg balas dan juga dengan rasa sakit hati Medina yg masih berbekas. Pada saya, its just like orang yang rajin sholat tanpa usaha untuk mencari rezki..boleh jatuh ke rezki tu atas tikar sembahyang..tak mungkinkan? Mesti ada sholat, doa, tawakkal seiring dengan usaha..

The only consolation I will say is that Ian and Medina ni takde gaduh-merajuk-pujuk meleret2.
Profile Image for Aisha.
14 reviews
May 18, 2016
I would say buku Anjell yang keempat ni memang berbeza dengan her previous book. Not much change, the sarcastic dialogue still ada don't worry and dialog terlebih gula pun ada. Apa yang saya perhatikan usually the main heroin of her book seorang yang pemaaf dan tak mudah membalas dendam. But this book its different like Dee (which is the main heroin) towards the end berubah menjadi seorang yang ego. But okaylah. And oh dalam cerita ni takde the typical 'kahwin-paksa' hihi Dee sendiri yang rela haha.

Overall, it's kinda relaxing story. Finish it in one day.
Penghujung kata, memang ada diselitkan plot Cinderella like 60% and the other 40% you need to read it lah hihi...

"Tu es toujours dans mon coeur, Medina"
(gigih tau bukak Google translate nak tahu maksud ayat ni haha)

Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
December 31, 2016
Boleh hadam dengan baik.
Cuma sekali dua tu, tersedak jugak.

Macam lain je gaya penulisan untuk novel kali ini. Dah macam terikut-ikut dengan gaya penulis lain. Aku lebih suka jika dikekalkan gaya penulisan yang tersendiri seperti tiga novel sebelum ini. Aku tak tau nak explain macam mana dia punya kelainan. Cuma, rasa teruja dalam pembacaan tu sedikit menurun. Macam ada yang kurang.

Profile Image for Mslvoe.
2,044 reviews200 followers
March 1, 2022
Macam tak boleh in dengan kisah Ian and Medina. Cam tiada spark.

F pun cam Medina susah nak maafkan orang yang aniaya kita. And Ibu pun mudah percaya pada Puteri. Maybe sebab Puteri ni muka kesian.

Ian - Medina lovey dovey takda sangat pun sebab Medina jenis keras hati, mulut laser. Merajuk pun sekejap je baik.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
May 9, 2016
Hhmmm... 2 1/2**

Saya tak tahu sejak bila saya mula 'sangkut' dengan tulisan Anjell. Walaupun secara keseluruhannya ada banyak kurangnya pada pembacaan saya. Tapi kekurangan ini boleh diperbaiki.

Saya tiada masalah dengan watak utama, baik hero mahupun heroin kerana jika begitu watak tersebut dipotretkan oleh penulis pada pembaca. Cuma dari segi plot cerita ada lompong yang perlu diberi perhatian.

Saya cuba mencari di mana titik mula kenapa Ian kembali ke Malaysia atas misi menyatukan keluarga yang terpisah berpuluh-puluh tahun lamanya. Dan saya jadi tertanya-tanya bagaimana Tengku Ismadi tahu tentang hubungan Ayana dengan Datuk Azizan (sedangkan ketika ditemui, Ayana dalam keadaan trauma dan 'hilang ingatan' tentang masa lalunya hinggalah dia jumpa Medina) Ok saya andaikan Tengku Ismadi upah penyiasat persendirian, menyiasat latar belakang Ayana. Tapi tetap saya tidak puas hati! Sebab itu bukan fakta, itu hanya andaian saya.

Kematian Datin Mawar terlalu drastik pada saya. Seolah-olah penulis cuba menutup dan menjatuhkan hukuman atas setiap perbuatan jahatnya. Sepatutnya watak Datin Mawar harus diberi pengajaran terlebih dahulu baru puas hati saya! Dan bagi saya 'insiden-insiden' yang berlaku ketika urusan pengebumiannya terlalu 'Mestika' sangat. Saya tahu dan sedar, benda-benda sebegitu memang wujud tapi saya rasa dalam kasus ini ia seperti dibuat-buat.

Dan pada saya ada sesetengah babak tak perlu wujudpun tak apa. Sekadar memanjangkan cerita dan menebalkan muka surat sahaja! (terutama kisah di sebalik majlis di LA)

Tapi apapun saya tetap enjoy ketika membacanya (walaupun adakalanya saya buat speed (skip) reading)

~tbc
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
September 4, 2017
Best gak~~ unfortunately dibayangi Fattah & Fazura. eh, cam hape je. Saya xle fokus kat watak Ian tahu tak? So, minus satu bintang. Tapi, Anjell definitely uolls kena baca sebab... (I can't even think a solid reason.) Just baca.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
February 6, 2017
#15
Review HSC -

1. Okey, agak klise. Iyalah dah terang tajuk pun Cinderella, sah-sah jalan cerita sudah boleh difikirkan. Cumanya, bagi saya penulis ada usaha untuk jadikan jalan ceritanya sedikit segar. Dari dihalau papa sendiri, ternyata Medina telah pun menemui satu demi satu kebahagiaan yang sebenar.

2. Untuk cerita macam ini, lebih suka tengok bagaimana penulis melakar watak antagonis tahap rasa nak cili mulut depa. Datin Mawar dan Puteri. Syukur, si Puteri insaf dan ya, saya sangat suka bagaimana penulis menoktahkan perjalanan hidup Mawar.

3. Apa-apa pun, kisah ini sebenarnya okey sahaja. Ada unsur lawak, lebih-lebih lagi watak sampingan macam Zuyyin, Luke yang menceriakan sikit suasana. Tahniah buat Anjell!

p/s - Baru tau, naskhah ini bakal diangkat menjadi drama dan dibintangi #Lofattah. Agak-agak nanti lepas cerita ni mesti muncul lagu Isteri Terakhir. Eh? :p
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
May 22, 2016
im in love with this story!!!

honestly sy memang suka story about cinderella..x kisah..tajuknya hero cinderella..cinderella step sister ..cinderella bla..bla..bla..sy akan tetap baca..walaupun setiap ceritanya versi yg berbeza..

dan..novel ni buat hati saya x boleh nk hentikan baca...dari awal hingga akhir..

walaupun semua org rasa yg Puteri x patut dimaafkan and Izzam x sesuai dgn puteri..tp bg sy..ok la..Anjell dah mencatat sejarah kakak tiri cinderella insaf di akhir cerita dan dpt jodoh yg terlalu baik..

and lastly..i suka sgt kat Ian Uzzim...dari first sampai last..memang dia ni ditakdirkan sebagai hero utk Medina..xde satu part pun menyakitkan hati...sweett je si Ian melayan Dee.
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
Read
December 13, 2017
DNF

P/S Maaf Achik pinjam buku ni lama sangat
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
September 6, 2018
Sweet! Hidup Nura Medina bagaikan seorang Cinderella alaf 21. Dia selalu dibuli oleh ibu dan kakak tirinya. Bapanya, Datuk Azizan pula bagai tidak menyayangi dirinya. Medina selalu rasa keseorangan. Tiba-tiba, dia berkenalan dengan Tengku Ian Uzzam yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Ismadi. Rupa-rupanya, Tengku Ian telah kembali ke Malaysia kerana satu amanah. Amanah itu melibatkan Medina, Noah Farizzam, Ayana dan Datuk Azizan. Berjayakah Tengku Ian? Akan bahagiakah Medina? Bagaimana dengan Datuk Azizan dan keluarga tiri Medina? Apa pengakhiran mereka?
Profile Image for Bay.
263 reviews4 followers
July 9, 2023
jarang la aku nak nangis psl novel. tp kali ni sebab ada elemen ayah. so yeah i cried a bit. one of my fav novel
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
September 20, 2016
abaikan klise kisah anak orang kaya, anak datuk, anak raja... Memang itu semua dah tertulis dalam novel cover cantik ini. Apa yang tertera pada tajuk, itulah yang perlu di hayati. Masih adakah kisah cinderella zaman moden ini? Bebudak sekarang kuat melawan, paling senang lari jer dari rumah. Haa... Satu point untuk kisah ini, jangan lari dari rumah walaupun mak tiri, kakak tiri perangai macam hantu ju-on. Hehe...

Medina, yang selalu disisihkan bila ayahnya lebih percaya pada ibu tiri dan kakak tirinya. Namun, dia tetap pegun dalam rumah itu mengenangkan itu sajalah yang dia ada, iaitu ayah. Semua itu menjadikan dia seorang gadis yang beku dan tidak mesra alam. Hero utama pula, tengku ian uzzam pulang ke malaysia kerana satu amanah. Berkenalan secara tidak sengaja dengan medina dan seterusnya berjumpa kembali semasa jemputan makan malam di rumah datuk azizan. Yang bestnya, dia menyamar sebagai anak angkat tengku ismadi dan farizzam yang sebenar anak angkat tengku ismadi diperkenalkan sebagai tengku zam.. Kenapa?.. Alasan utama sebab dia nak tengok manusia mana yang hipokrit.... Yelah, jumpa kali kedua dengan medina waktu datin mawar dan anaknya puteri tengah sedap membasuh otak medina. Makinla si ian ni nak tahu kisah sebenar...

Dan, selain dari menjalinkan hubungan perniagaan dan amanat tengku ismadi untuk merapatkan diri dengan medina, ian ada misi. Misi kehidupan yang mengaitkan medina, datuk azizan, ayana dan farizzam serta mahu merungkai rahsia.. Nak korek kisah kenala pandai, ye tak? Umpama tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak... Hehe... Kisah gatai si hero cinderella pun tak tinggal.. Seronok gak baca pasal hero gatai ngan cinderella beku nih.. Nak tau kisah best nih, pi cari novel nih...
Profile Image for syahirah.
14 reviews4 followers
October 30, 2021

Hero Seorang Cinderella by Anjell

5/5⭐️

Im in love with this story!!!

okay first, mana nak cari Ian ek? HAHAHA kene panjat pagar dulu ke baru jumpa?😭😭😭

“Je pourrais rester heurex toute ma vie, tany que tu seras a mes cotes”

Tengku Ian Uzzam, seorang yang peramah dah sweet talker dengan Medina. Suka buat loyar buruk dan bagi ayat manis sampai sakit pipi aku duduk senyum je memanjang🤣

Nura Medina, gadis yang sangat cantik tapi mukanya beku. Gadis yang ala-ala samseng tapi berjiwa lembut. Senyum ikhlasnya sangat mahal.

Cerita yang sangat best dan banyak pengajaran!! dulu rasa macam pernah tengok drama ni tapi ingat-ingat lupa😭😂tapii serius best👻. Bukan kisah cinta semata-mata tapi ada juga terselit isu kekeluargaan. Plot twisttt dia!!!!!! walaupun dah boleh agak sebab penulis dah tinggalkan klu tapi still terkejut😭😭😭.
Cuma kesian dekat Medina.. bertahun-tahun lamanya hati dia digores dekat perangai parasit parasit tak guna tu😤. Dugaan medina sangat menyedihkan dan dia jugak seorang yang sangat tabah!!. Suka Ian🤧❤️cara penulis describe Ian tu ya Allah🛐💘💘💘💘. Walaupun puteri tak terima balasan yang buruk tapi sokayy, sekurang-kurangnya dia dah berubah… everybody deserve a second chance right?

Karya yang 3 aku baca dari Anjell dan sangat best🤭cuma terkejut jap sebab terjumpa Hazel dalam ni HAHAHAHA👽dahla dalam Dheo’s pun terjumpa dia🤣🤣🤣🤣

Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
June 4, 2017
tak tahu pun tentang kewujudan novel ni hinggalah diadaptasi jadi drama.tengok 2 episod drama and terus dapatkan novel ni. and now im falling in love dengan novel anjell. sama macam novel tundukkan playboy itu.from now on kakak akan beli apa je novel anjell. serius!
kakak memang suka cite2 fantasi ala2 cinderella. tak kira la versi kartun ke apa. sebab dari kecik dah disogokkan dengan cire cenggini.tapi HSC ni cinderella alaf 21.redha tapi ada jugak unsur2 melawan.i like sangat!
kakak paling teruja baca part tengah2 novel ni.part medina kena halau. omg! jahat gile puteri n mawar. mujur ada ian.
wlaupun review dlm goodreads ramai yg tak puas hati sebab puteri tak terima balasan buruk tapi bagi kakak its ok. puteri pun dh berubah kan.everybody deserve a second chance right?
41 reviews3 followers
February 14, 2017
buku yang best. Anjell sentiasa menghasilkan buku yang menarik.
Gadis ala-ala samseng yang berjiwa lembut. perjalanan cerita yang best sampai tak sanggup nak berhenti membaca hingga akhir.

Puteri yang berubah dan sedar kesalahan diri adalah satu perubahan yang positif. Walaupun tak suka watak Puteri tu tapi kesian kat dia juga. Semua sebab ibunya yang mengajar dia berperangai begitu.

Tak sabar menunggu buah tangan Anjell seterusnya
Profile Image for azila syarudin.
59 reviews1 follower
May 18, 2016
2* setengah. saya mmg suka olahan penulis!

but this is not the best from writer. permulaan yang best... tapi pengakhiran yang... meninggalkan bnyak tnda tanya. contoh mcm mana Tg Ismadi tu tahu terlalu banyak tentang Datuk Azidan? Sebab kan ayana trauma dan x ingat apa yang jadi. and mungkin rasa hambar sebab xada konflik sangat pun antara Ian dan Medina.

2nd part emosi tu macam tak sampailah. sepatutnya masa ayh dia meninggal, saya perlu rasa emosi tapi sayangnya x rasa. tak tahulah part mana yang buat saya rasa terganggu.

3rd x puas hati betulll sbb watak datin mawar di'mati'kan sebegitu je? aneh aneh aneh. patut buat dia menderita dulu sebab dia tu jahat naw! (nampak sangat hati tak suci) haha

overall cite ni best santai je... cuma maybe sebab nama dia anjell jadi expectation saya terlalu tinggi. so bukan salah writer, salah saya sendiri.

tapi saya tetap salah seorang peminat anjell. n akan tetap sokong cerita2 dia akn datang. good luck anjell for the next manuscript!

Profile Image for marble .
62 reviews1 follower
September 1, 2021
Tengku Ian Uzzam, hero seorang cinderella. Mulutnya manis persis buaya darat. Selalu ada bila Medina susah dan senang. Five star for that!

Nura Medina, cinderella di dalam kisah ini. Dia mempunyai ibu dan kakak tiri. Tapi bezanya, cinderella versi Medina bukan main degil dan keras kepala. Mulutnya fuh, boleh tahan laser. Part panjat tembok tu aku tak boleh blah! Selamba badak je hahaha.

Okay actually, I know this story from drama, hero seorang cinderella, which is lakonan fattah amin dengan fazura. And... yeah! Novel version is better la! Lebih manis and lebih sweet agagaga.

Overall, I love the storyline. Aku suka isu kekeluargaan yang penulis selitkan. Kemanisan Ian dan Medina tu argh! Jiwa singleku meronta-ronta.

Nak Ian ikat tepi satu! 💗😳
Profile Image for Aisha.
15 reviews
July 23, 2016
2* it was ok
dh smpai novel ke 4 ya dlm waktu singkat
kenapa mcm hilang rempah retus!
may be kena ingat to produce quality bukan quantities
tu je :(
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
April 28, 2023
[BOOK 46]

Hero Seorang Cinderella by Anjell.
.

Sebab dah hujung-hujung bulan, laju je aku update.
.

Untuk permulaan 1/3 buku ni, aku agak memaksa diri untuk baca buku ni. hahaha. Sebabnya, aku tak dapat hapuskan bayangan Fattah Amin dan Fazura. lolll. Stress aku. Dan ini sebenarnya kali kedua aku cuba baca buku ni. Ia macam, kalau aku tak berjaya habiskan jugak sekarang, memang tak terbaca dah kot sampai bila- bila. Dan, kadang-kadang, watak Medina ni, auto aku terbayangkan penulisnya, Anjell. hahahha. hurm, stress ya pada awal cerita ni, walaupun ceritanya takdelah stress sangat.
.

Medina bukanlah tipikal Cinderella yang apabila dibuli, dia diam je. Walaupun kebanyakan masanya, dia menurut je apa yang Puteri dan Datin Mawar suruh, tapi ada masanya dia memberontak.
.

Dan dia jumpa dengan Ian aka Ku Zam. Bila pertama kali jumpa Medina, Ian sense something wrong gitu. So, dia switch identiti dengan Farizzam.
.

Tapi sebenarnya Ian ni ada misinya jugak.
.

Overall, ceritanya best je, cuma tu la, aku duk terbayang pelakonnya. hurm. Dari awal, aku dah boleh agak hubungan Farizzam dan Medina.
.

Okay, jujurnya, tak tahu kenapa, aku lebih sukakan Farizzam berbanding Ian. hahaha. tak tahu la kenapa. Jarang ya aku suka tipikal good guy gini. Tapi dia ada auranya tersendiri. Sebab tu la, Puteri yang jahat tu boleh terpikat.
.

Dan part hujung-hujung cerita tu kot, aku rimas dengan Medina yang suka merajuk, Ian yang suka marah Medina depan orang ramai dan orang lain yang mudah menerima Puteri dalam hidup mereka.
.

Bonus point yang aku suka dalam cerita ni sebab ada part fisioterapi. Well, dah Anjell tu memang physiotherapist. Memang bagus la penceritaannya. Untuk aku yang kerja healthcare ni, aku suka la, but maybe for others, mungkin tak faham sangat.
.

Overall, ceritanya best.
.

p/s: jangan tanya, kenapa aku baca Rose's 10 tahun lagi, sedangkan HSC pun, aku baru baca sekarang. Fattzura pun dah ada anak bagai. hahaha
Displaying 1 - 30 of 88 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.