Orang fikir mengembara ini buat habis duit sahaja. Tetapi, sebenarnya ia aktiviti yang bagus dan boleh meningkatkan keyakinan diri. Yakin dari segi planning, develop instinct seorang "hunter" yang lebih cekap, dan boleh anticipate dan tangani risiko yang pelbagai, yang memberi warna-warni dalam kehidupan kita. Penulis telah pun mengembara lebih 60 negara, sudah tentu telah membentuk personaliti yang "alah bisa, tegal biasa". Saya teringin untuk kembara solo seperti penulis tetapi tidak begitu berani lagi untuk do it, merencana itinerari sendiri pun tak sure. Sebagai pembaca, saya berharap dapat bergerak dan belajar seperti penulis, jika tidak solo, bersama dengan teman pengembara.