Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cik Housekeeping I Love You

Rate this book
Aina Humaira, Cik Housekeeping, Bekerja di hotel bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi bila dapat bos macam Issac Daniel bin Datuk Iskandar. Oh, dia taklah cerewet. Tapi dia hanya mahu Aina Humaira untuk melakukan tugas dibiliknya

Hati Aina kecewa dengan perbuatan curang tunangnya, membuatkan dia serba salah untuk menerima lamaran Issac Daniel. Semankin bersalah bila mommy Issac Daniel adalah kawan baik kepada arwah mamanya. Janji lama cuba ditunaikan.

"Saya nak jumpa awak sekarang. Tolong datang ke ofis saya. Kalau kat bilik kita... err, maksud saya kalau kat bilik saya takut awak tak selesa..." - Isaac Daniel

"Dari dulu saya memang tak selesa berdua dengan encik. Encik baru tahu ke?" - Aina Humaira

"Kalau tak selesa, jom kahwin dengan saya. Saya akan sahkan hubungan kita tu" -Issac Daniel

Mana boleh dia berkahwin dengan pengurus hotel yang sudah bertunang!

Tapi atas beberapa perkara yang terjadi kepada Aina, Issac Daniel tetap mahu meneruskan hasratnya. Mentelah dalam hati sudah ada rasa sayang pada cik housekeepingnya.

"Kenapa? Masih ragu-ragu lagi yang saya bukan lelaki Melayu sejati?" - Issac Daniel

"Bukan macam tu, encik. Encik tak rasa ke kita ni tak sepadan? Encik orang ada-ada, saya pulak orang tak ada apa-apa. Encik bos, saya kuli. Encik hensem, saya.." - Aina Humaira

"Kalau awak teruskan encik-saya tu saya kiss awak jugak karang"- Issac Daniel sudah buat celang mata

Memang benar dongeng Cinderella! Bukan kasut kaca yang tercicir di tangga, tapi nama Issac Daniel yang tertinggal di hatinya.

482 pages, Paperback

First published April 1, 2016

8 people are currently reading
139 people want to read

About the author

Dilla Ahmad

26 books75 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
27 (24%)
4 stars
46 (41%)
3 stars
28 (25%)
2 stars
4 (3%)
1 star
7 (6%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
April 5, 2018
Gigih aku tanya sana sini untuk dapatkan novel ini. Akhirnya, dapat jugak beli dan baca. Tahniah pada diri sendiri dan terima kasih pada orang yang sudi lepaskan novel ini pada aku. :D

Cuma itu la, aku ambil masa hampir seminggu untuk habiskan baca kisah Isaac dan Aina ni. Maaf la ya kalau aku cakap yang aku tidak teruja dengan watak hero dan heroin novel ini. Entah la, rasa macam ... (tak tau nak tulis apa).

Mungkin rasa kurang serasi tu bermula dari nama Isaac Daniel yang ditulis berulang ulang ulang kali dari awal cerita sehingga ke penamatnya. Dan banyak jugak ayat yang sama diulang-ulang. Bosannya la haihh...! Andai kata nama watak dan ayat yang sama itu tidak berulang-ulang, rasanya boleh je aku tambah lagi satu bintang. :p

Kenapa perlu tulis nama Isaac Daniel tu secara berulang kali? Cukuplah tulis sekali dua je di awal cerita sebagai pengenalan watak. Lepas tu, tulis je la sama ada Isaac ataupun Daniel. Ke, memang wajib tulis nama penuh dia sebab dia anak kacukan yang kononnya handsome giler?

Maaf lagi sekali. Kiranya pencarian aku berbaloi sebab dapat beli novel ini tapi isi cerita kurang memberi kesan. Cuma masa Aina balik kampung dan terdengar perbualan mak tiri dan abang tiri dia serta kes dia hampir dijadikan mangsa oleh dua beradik gila mental tu je yang aku rasa teruja sikit nak tahu kisah seterusnya.
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
March 17, 2022
Im gonna be bias when it come to dilla ahmad sbb minat dgn writer ni…heheheh…
Its actually quite klise story line…but still entertain..

Kisah tentang housekeeping lady jumpa dgn pengurus hotel die and die only allow heroin utk kemas bilik die je…
Hero dah tunang…si heroin ni pulak baru putus tunang sbb tunang die blh lak kantoi tido dgn boss die…

Konfluk happen about org keliling..pasal perbezaan darjat between hero and heroin..and the list go on…

I still enjoy the reading…
Profile Image for Mslvoe.
2,063 reviews200 followers
March 20, 2025
Cover baru dia lawa.. black gold and white

Kisah santai. Cliche.. F suka. Santai² je baca
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
September 23, 2016
3.5* overall
4.0* to Daniel
Resam manusia kan..kalau dah selalu ditindas dan dihina sukar nak menerima orang yg ikhlas mencintai diri kerana rasa rendah diri atas serba kekurangan dalam kehidupannya. Bukan tak nak percaya tapi lebih kepada berwaspada tentang niat orang.

Inilah Aina..bekerja di hotel kepunyaan Isaac Daniel..bertembung ngan Daniel semasa sdg melarikan diri dari bekas tunangnya, Radzi, setelah kecurangan dia bersama Deena ditangkap di depan mata.

Daniel pula poyo..dan dia sendiri tanpa sengaja memandang rendah ngan Aina didepan keluarganya. Sudah bertunang ngan Ramona pun masih mengejarkan cinta Aina. Bukan itu saja yg dilakukan Daniel..kes Ramona yg Daniel defence kan pun menyebabkan Daniel semakin sukar menggapai cinta hatinya.

Tapi jgn ingat Aina ni minah pasrah saja..dia berani menegakkan kebenaran..pun ada degilnya juga..Radzi dan Daniel tidak putus2 mengejar dirinya..Deena dan Ramona pula tidak pernah lelah memfitnahnya..ditambah pula dgn rancangan mak dan abg tiri Aina, keselamatan dirinya semakin meruncing.
Disebabkan perkara diatas finally she breaks and accepted Daniel proposal tapi bersyarat..syarat yg makin mengeruhkan maruah dirinya..

Boleh masuk jugalah cerita ni. Ringkas dan tak stress.. Minah gediks ramai..nasib Daniel ni bukan playboy. Watak antagonist pun tak teruk sangat..ada bodoh dlm pandai gitulah..balik2 hotel tu juga yg mereka kunjung..yg ketara kenapa saya suka novel ni sebab watak utama tak mudah goyah walaupun ada sedikit insecurities.
Profile Image for CrystalGrey.
144 reviews15 followers
December 24, 2019
Kisah cinta Issac Daniel dengan Nur Aina Humaira..

Issac Owner Hotel Marina .. anak kacukan dari mak Orng ingglish.. rupa paras lebih belah mommy nyer.. tp masih berjiwa Melayu dari Datuk Iskandar.. Tunang kepada Ramona..

Jatuh cinta pada Aina walaupn masih menjadi tunangan orang.. kerana cinta tidak boleh dipaksa.. hadirnya semulajadi

NurAinaHumaira kerja sebagai House Keeping di Hotel Marina.. cintanya dicurangai .. tunang nyer Radzi walaupun sayang kan Aina tetapi kerana duit sanggup apa saja dengan Deena.. akhir nya kantoi..

baca kat E-sentral
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
July 20, 2016
Novel ini mengisahkan tentang hidup Aina Humaira, Cik Housekeeping yang bekerja di Hotel Mariana milik Isaac Daniel. Mereka dipertemukan ketika Aina sedang melarikan diri daripada tunangnya, Radzi yang tertangkap curang oleh Aina sendiri. Kebetulannya, pada masa tu, Isaac sendiri telah bertunang tanpa rela dengan Ramona. Sejak itu, hubungan Aina dan Isaac semakin rapat, tambahan pula Aina merupakan anak kepada kawan mommy Isaac. Isaac yang semakin hari semakin sayang kepada Aina bertekad melamarnya demi melindungi Aina daripada bekas tunangannya serta mengelakkan dirinya daripada berkahwin dengan Ramona. Perkahwinan rahsia mereka akhirnya diketahui oleh Fawwaz dan Ramona. Ramona yang tidak berpuashati dengan perkahwinan tersebut telah merancang untuk menjatuhkan maruah Aina dan membuatkan Isaac meragui Aina. Bagaimanapun, rancangan tersebut gagal dan akhirnya, they lived happily ever after.

Komen saya: ini merupakan novel tipikal tentang seorang perempuan yang kahwin dengan lelaki kaya. Bagaimanapun, cara olahan penulis yang menarik membuatkan pembaca berasa terhibur and tidak sabar untuk mengetahui pengakhiran kisah cinta mereka. Ini merupakan novel santai yang mana pada saya, konflik hanya bermula setelah mereka berkahwin. Aina yang sangat merendah diri dan Isaac yang sangat melindungi. Saya suka apabila akhirnya, penulis berjaya menamatkan kisah setiap watak (walaupun watak sampingan) dengan baik tanpa membuatkan pembaca tertanya tanya tentang kesudahan watak tersebut. Akhir kata, jika anda mahukan novel yang santai tanpa konflik berat yang menyakitkan hati dan kepala, inilah novelnya.
82 reviews36 followers
May 6, 2016
Semenjak mengenali penulis ni dari novel Mr Fayed, saya turut follow semua ceritanya dan IssacAina ni memang lama ditunggu

Issac dn Aina berkenalan secara tk sengaja semasa Aina melarikan diri dari tunang yg dijumpai telah curang pada nya
Perkenalan dgn encik bos telah melahirkan satu perasaan pada Issac yg tak pernah kenal erti sayang dn cinta walaupun dia telah bertunang dgn anak kwn baik daddynya

Aina Humaira dn Issac Daniel yg berlainan status tetap bersama kerana rasa yg satu itu. Untungnya seorang Aina kerana mempunyai Issac yg menyayangi nya kerana sifatnya yg baik hati dn polos itu , yang sanggup melindungi dan mempertahankan Aina daripada sesiapa saja yg menghina dan menyakiti Aina. Lebih2 lagi mommy Issac yg amat berkenan dgn Aina yg merupakan anak kwn baiknya dulu.

Sesungguhnya status seseorg dlm masyarakat sepatutnya bknlah pd harta tp budi bahasa dn sifat terpuji yg ada , sesuatu yg betul2 kurang dlm dunia sekarang.

Baca novel ni buat saya jatuh cinta pada pasangan ni lagi dn lagi
194 reviews9 followers
June 7, 2016
mula2 skeptikal jugak bila tgk tajuk novel ni. ingat cerita syok sendiri. turns out, best jugak jalan cerita dia.

cumanya terfikir, memang ada ke kisah cmni di dunia nyata? mungkin ada kot cuma xjumpa je..
Profile Image for Limaukasturi.
54 reviews1 follower
July 1, 2017
Sometimes life is not what we expected... Fights for what you believes!
Profile Image for Minowentalib.
51 reviews2 followers
May 24, 2017
Beli Pesta Buku 2017..

Pengajaran dalam novel ini...
Bertunang bukan lesen untuk menghalalkan hubungan perempuan & lelaki... Perempuan sila jaga diri anda sebaik2nya walaupun dgn tunang sendiri, sebab kita masih lagi tak tahu samaada si tunang itu confirm jodoh kita..
Bagus sikap aina yg mampu mempertahankan diri sendiri bila dibuli..
Jangan terburu2 dalam membuat keputusan, sepatutnya jika ada hal yg berbangkit ant suami isteri ambik masa duduk berbincang.. Sikap terburu2 bakal merugikan diri kita sendiri..
Hubungan mertua yg baik yg melayan menantu seperti anak sendiri..
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
September 22, 2021
Asalnya kerja housekeeping, tapi lepas tak sengaja terkenal bos terus Aina naik pangkat jadi isteri.. Perjalanan cerita Aina memang sempoi.. Sentiasa diselamatkan en.bos yang kacak.. Namun bukan mudah untuk Aina terima en.bos lepas tunang sendiri buat hal depan mata..
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
October 21, 2016
mula-mula nak start baca dok fikir, agaknya ada macam movie maid in manhattan lakonan Jennifer lopez tu kot… mesti best… ok fine, mulakan pembacaan… makin di baca, makin syok pulak. yet, jauh menyimpang rupanya.. salah anggapan nih..

watak utama, aina humaira yang bekerja di hotel mariana sebagai housekeeping. alaa… yang dok kerja bersih-bersih bilik hotel la.. dalam pada dok bersih-bersihkan tu, boleh pulak terserempak dengan radzi, tunangnya yang bermukah dengan perempuan lain.. sedih giler aina. sewaktu dikejar radzi yang konon nak terangkan hal sebenar tu lah dia terserempak dengan bos hotel itu, issac daniel. hambik kau, main lagi kejar-kejar dalam hotel. hehe… sejak itu dia selalu dipanggil untuk mengemas bilik issac daniel. issac daniel pulak, macamlah tak boleh orang lain dok kemas bilik dia, nak aina jugak siap buli suruh buat kopi tiap kali aina ke biliknya..

seterusnya, rupanya aina adalah anak pada sahabat baik datin mariana. Datin mariana tu ibu issac Daniel. Datin mariana sangat suka pada aina, dan issac Daniel semacam senang dengan perkara tersebut. Dia sendiri suka pada telatah aina yang bersahaja dan takde tapi-tapis tu. Amat jujur baginya. Haaa….. biasalah, kalau dah lelaki handsome kacukan mat saleh ni anak datuk ni mesti ada sotong kurita yang dok menempel.. ramona, yang cukup anti dengan aina bila dia lihat issac Daniel amat suka rapat dengan aina.. biasalah, perempuan macam ni, ada saja agenda biul dia.. hehe.. jangan marah puan penulis dilla ahmad.. ramona ni memang menyakitkan hati, kan?.. tambah pulak lagi dengan watak deena yang rupanya kakak pada ramona. deenalah rupanya perempuan yang aina dok terserempak dengan radzi. sakit hati betul bila baca gelagat gila dua beradik nih.. tambah sakit hati bila diaorang nak firnah aina. mau kena hempuk dengan pasu kalau ada depan mata nih…

ok.. konflik dalam perhubungan, cinta tak bersambut, apa lagi?.. hubungan kasih sayang antara ibu bapa dan anak, sayang dengan kawan, cemburu, iri hati, busuk hati, semualah…. Banyak rempah ratus yang dimasukkan demi nak menyedapkan kisah housekeeping nih. Olahan yang bersahaja dalam watak, penyampaian cerita yang sempoi tapi menarik. Masalah-masalah yang diselit cantik jer antara bab... part romantik tu sesuai la buat suami isteri.. novel puan penulis yang ketiga yang dibaca, dan kalau korang ikut setia puan penulis ni mesti dah boleh tangkap kekuatan setiap karyanya.. all the best untuk seterusnya …
Profile Image for Susi Majid.
58 reviews24 followers
June 12, 2016
Nice n simple..konflik x berat sgt & senang hadam
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.