"Sebelum ini mereka tidak begitu terbuka menerima kehadiran orang asing terutamanya bagi Albania yang dianggap seperti The North Korea of Balkan" - NH Rsb
1) Buku travel yang baik bagi saya ialah buku yang akhirnya memaksa saya mencari maklumat tentang lokasi travel yang dicatat sama ada di Youtube, Google Maps atau sekurang-kurangnya Wikipedia. Ini kerana penulis "berjaya" meyakinkan saya tempat itu berbaloi untuk dilawat.
2) Hanya catatan daripada Fandy Taher yang membuatkan saya berbuat demikian. Selain catatannya yang lebih memberi kepuasan dari segi pembacaan. Tulisannya berisi.
3) Fandy Taher disarankan membuat bukunya sendiri. Perjalanan Indo-china bukan perjalanan pendek, dan pastinya lebih banyak cerita yang menarik.
4) Secara fizikalnya, buku ini agak berat. Mungkin disebabkan kualiti kertasnya yang baik.
5) Namun persembahan isi (teks, perenggan) agak membosankan. Dan, kualiti gambar juga menyedihkan. Gambar "pecah", gelap.