Jump to ratings and reviews
Rate this book

Saiful Nang: Mat Jenin Sebenarnya Hero

Rate this book
Hari pertama saya enrol Ph.D. saya di UUM, bergaduh intelek pula saya dengan Prof. Zack semasa kelas Academic Writing. Dia kata jangan buat Ph.D. macam Mat Jenin jer. Saya angkat tangan dengan izin saya katakana, “Mat Jenin tidak salah… Mat Jenin adalah hero.”

Orang yang berimaginasi seperti Mat Jeninlah yang membangunkan negara dan bangsa. Cuma silap Mat Jenian ialah, bila bisnes ayam dia dah jadi sekandang kambing, bisnes kambing dia dah jadi sekandang lembu, dan bisnes lembu dia dah jadikan dia kaya-raya.. Satu-satunya perkara yang buat dia jatuh ialah.. Perempuan!!

Kalua dia tak berangan nak kahwin putei raja dan nak peluk puteri raja tu, pasti dia tak jatuh pokok. Itu pelajaran bagi lelaki yang dah Berjaya sampai ke puncak (pokok kelapa), janganlah terbeli dengan godaan wanita. Ingatlah wanita di bawah pokok berbanding yang di atas pokok. Wanita di bawah pokok akan buat Mat Jenin naik ke atas pokok berusaha bekerja. Wanita atas pokok inilah yang buat Mat Jenin jatuh dan mati di tempat kejadian.

304 pages, Paperback

First published January 1, 2016

2 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Saiful Nang

4 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (33%)
4 stars
20 (41%)
3 stars
7 (14%)
2 stars
4 (8%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
Read
March 8, 2018
think outta box. don't blame others on the situations that we are facing. starting a business. give a lot. be unique... etc

Despite of many issues that Saiful Nang creates, I always respect his spirits and his views on life. Although maybe there's sometimes we can't accept his ideas such us in child's tantrum case, there's still a lot of knowledge we can get through his articles. So, accept the differences and we can learn something on the issues.
Profile Image for Azmir Ismail.
210 reviews
December 2, 2016
Buku menarik mengandungi kumpulan tulisan/nukilan tuan Saiful Nang di laman Facebook. Jika anda pengikut tegar SN, anda biasa membaca kata-kata dalam buku ini, cuma ia telah dihimpunkan dalam satu buku, untuk simpanan anda. Kepada yang tidak kenal tuan SN, buku ini adalah buku ke-2 SN selepas buku kuning beliau. Suka atau tidak kepada beliau, tulisan beliau lebih kepada apa yang beliau lihat dan alami dalam perjalanan hidup beliau, jadi ada yang anda pasti suka dan mungkin ada yang mungkin anda tidak suka. Secara keseluruhan, bagi saya, menarik membaca perspektif beliau kerana beliau telah banyak melakukan daripada berkata-kata kosong, dan pengalaman ini dicatit dalam buku ini.
Profile Image for Mohd Hafiz.
59 reviews1 follower
March 1, 2019
Kandungannya sentiasa memberi inspirasi & motivasi serta mempunyai banyak pengajaran bermakna terutamanya tentang idea2 perniagaan beliau & galakan beliau supaya menceburi bidang perniagaan.

Namun 2 tempat yang saya tak berkenan:

1. Kisah seorang bapa hebat bersama 4 orang anak yang kurang cerdik & seorang anak yang bijak. Tuhan kita dikiaskan sebagai bapa hebat itu, peta harta karun yang dimaksudkan ialah AlQuran & anak2 itu ialah umat Islam. Saya faham maksud yang ingin disampaikan. Tapi Tiada makhluk yang boleh dikiaskan atau disamakan dengan Allah. Disarankan Tuan Saiful semak semula kerana Tuan Saiful mempunyai followers yang sangat ramai & ini melibatkan hal aqidah & aqidah yang ditunjukkan dalam artikel itu terang2 salah.

2. Kritikan Tuan Saiful terhadap perbankan Islam. Dalam hal ini juga saya berpendapat Tuan Saiful perlu bertanya dulu dengan orang2 yang lebih arif mengenainya sebelum mengkritik. Semua bank di Malaysia yang menyediakan khidmat perbankan Islam mempunyai penasihat syariah yang mahir & bertauliah dalam bidang kewangan Islam. Mereka merujuk nas2 dari AlQuran & Sunnah & tidak meluluskan hukum sesuka hati. Tambahan pula mereka sentiasa dipantau oleh penasihat syariah dari Bank Negara Malaysia.

Setakat ni buku dari Puteh Press dah 3 buah saya baca, semuanya banyak warna & ceria, tapi tak ada kualiti. Kesemua 3 buah tu muka suratnya semua tertanggal dari kulit setelah habis baca. Tinggi harapan saya semoga kekurangan ni diperbaiki.

Selain dari yang di atas, isi kandungannya yang lain wajar dibaca terutamanya kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang perniagaan.

2 kandungan yang saya berkenan – 0 B

intang

Motivasi & inspirasi – 6 Bintang

Fizikal buku – 1 Bintang
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
January 29, 2020
Buku ni adalah sambungan kepada buku Kisah Orang Menang. Merupakan catatan peribadi penulis dalam blog dan Facebook. Bukanlah sebuah penulisan yang ditulis untuk dijadikan buku. Jadi tajuk/bab/tema agak kelam kabut. Ada berkisar politik,agama,kehidupan dan macam-macam lagi.
.
Tapi buku ni tetap seronok dibaca dan berbaloi sebab kisah kehidupan yang diceritakan, dekat dengan kehidupan masyarakat di Malaysia. Banyak pengajaran dan sudut pandang baru dalam meneliti sesuatu isu.
.
Antara bab yang menyentuh dan menyentap hati adalah artikel 'Haji Free'. Betapa kita selama ini memikirkan bahawa dengan simpanan dan kerja keras kita dapat mengerjakan haji, tetapi hakikatnya Allah boleh beri kita haji tanpa perkara tersebut. (Jangan lah jadi bangan* lepas ni cakap, tak payah usaha pulak) Haha.
.
Selain tu, banyak juga quote pedih yang ada dalam buku ni, antaranya

"KALAU DAH BODOH, BUAT-BUAT PANDAI
PUN NAMPAK LAGI BODOHNYA.
KALAU DAH PANDAI, BUAT-BUAT BODOH PUN
NAMPAK LAGI KEPANDAIANNYA.
BAGI ORANG BODOH UNTUK KELIHATAN PANDAI, JANGAN CAKAP APA-APA."
.
Faham...haha,selamat membaca.
Profile Image for Baihaqi Mohamad.
69 reviews1 follower
March 25, 2019
Satu lagi buku hasil himpunan status-status di FB, kebanyakannya dari tahun 2014.

Anda tahu bukan bagaimana hasilnya bila status ringkas FB dibukukan? Pendek, ringkas, ayat tidak formal, dan banyak bahasa rojak, dan banyak gambar dari tulisan.

Walau bagaimanapun, ia satu usaha yang bagus apabila royalti dari jualan buku disalurkan ke rumah anak yatim.

Satu inisiatif yang bagus, Saiful Nang.
Profile Image for Erlena.
17 reviews
October 22, 2018
"We were born Genius; school makes us Dumb, 'somehow'." 👻

Sarcasm yang mudah dibaca dan difahami 😁.
Profile Image for Sammesul.
18 reviews
April 6, 2019
Sebelum ni tak minat sangat kisah SN, tapi lepas baca ni banyak plak motivasi boleh ambik. Kisah hidup yang penuh pengajaran dan boleh dijadikan sebagai batu loncatan kita untuk maju ke hadapan
33 reviews1 follower
March 18, 2020
Ilmu adalah untuk diamalkan. Ilmu tak semestinya dapat dipelajari dalam kelas semata. Belajar dan praktiskan untuk masyarakat itulah yang terbaik.
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
November 4, 2016
Layout menarik dan mudah dibaca. Rasa cepat nak buka halaman sebab bilangan perkataan setiap page tak banyak. Colourful dan sememangnya menggamit minat pembaca.

Berkenaan content, penulis banyak beri pendapat sendiri untuk pelbagai isu semasa. Sememangnya dia seorang yang cakna dengan apa yang berlaku dan cuba mengulas atas kapasitinya sebagai seorang individu. Ulasan ada yang kita suka, ada yang kita tak setuju (biasalah, tak semua benda kita sekepala).

Yang kurang menariknya adalah bila penulis banyak kali address haters dia. Tapi mungkin penulis pun stress banyak sangat haters di ruang komen FB jadi nak tak nak kena la attack/jawab haters tu balik dalam tulisan. Cuma bila banyak kali, kita rasa macam "Ala tak payah sangatlah nak defensive dan offensive dengan haters ni.".

Buku yang menarik. Yang peliknya aku baca yang merah ni dulu, yang kuning belum baca. Buku ni ada di rak buku rumah, mungkin dibeli oleh kakak ipar.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
June 1, 2016
Berangan-anganlah kerana angan-angan itu percuma. Berusahalah untuk jadikan angan-angan itu satu cita-cita. Bekerjalah sehingga cita-cita itu menjadi realiti.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.