Jump to ratings and reviews
Rate this book

Travelog Mr. Traveller: Untold Stories

Rate this book
Jika sebelum ini buku Travelog Mr. Traveller lebih tertumpu kisah kronologi perjalanan penulis di Eropah dan India, kali ini penulis telah memuatkan sebanyak 50 kisah benar yang berkait dengan kisah motivasi, inspirasi dan kembara diri dalam buku ini. Kesemua kisah ini adalah realiti dialami penulis sepanjang pengembaraannya ke lebih 35 buah negara. Moga ia mampu memberikan sesuatu yang baru dalam dimensi pembacaan anda dan beroleh manfaat daripadanya.

400 pages, Paperback

First published April 1, 2016

5 people are currently reading
44 people want to read

About the author

Meor Farid Asyradi

5 books15 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (28%)
4 stars
14 (40%)
3 stars
10 (28%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
May 19, 2017
"Untold story"nya menarik, ada juga biasa-biasa saja. Yang jelas, ada yang boleh dipelajari dan dicontohi daripada anak muda ini.

Berani. Beliau sangat berani, dan sudah tentu keyakinan dirinya tinggi. Seorang diri jauh di perantauan dan mampu untuk bermandiri adalah sesuatu yang saya sendiri masih belum cukup kuat.

Mempergunakan peluang sebaiknya, baik yang ada di depan mata mahupun dengan hasil usaha yang rapi. Rezeki di depan mata tidak dipersia-sia. Dalam masa yang sama, tidak hanya menunggu peluang datang bergolek. Perlu ada usaha.

Dan yang paling saya kagum dengan Meor ialah kebijaksanaan beliau dalam hal-hal bersilaturrahim. Saya yakin beliau ikhlas, dan dengan keikhlasan beliau membina dan menjaga hubungan, urusan beliau banyak sekali dipermudahkan. Ini, saya perlu belajar dan amalkan.

Itu yang saya dapat daripada catatan beliau.

Dan ini bahagian yang mengecewakan.

Beliau perlu memperbaiki penulisannya. Penceritaannya tidak begitu memberi "rasa", malah dirosakkan pula dengan kesalahan ejaan, letak tanda baca yang agak huru-hara, kata nama am dan kata nama khas yang tidak dibezakan dan banyak lagi.

Gambar? Aduh. Menyedihkan. Gelap gelemat. Dan tidak "seiiring" dengan highlight isi cerita.

Buku ini juga berwarna-warni. Terlalu berwarna-warni sehingga hampir merosakkan. Latar belakang yang gelap, dan warna tulisan yang tenggelam sangat menyakitkan mata.

Dan semua "kecacatan" ini diserikan lagi dengan kualiti fizikal buku yang mengecewakan. Kulit buku sudah tertanggal. Dan isi buku sudah terlerai menjadi tiga bahagian (dan bakal bertambah lagi leraiannya). Geram! Bagi pengumpul buku travel seperti saya, ini sangat menyedihkan!

Terbit sendiri memang boleh menjana pendapatan lebih, tapi untuk buku yang kedua dan seterusnya sudah patut ada sedikit pelaburan untuk kualiti yang lebih baik.
Profile Image for Ili.
59 reviews1 follower
July 28, 2021
Buku first lebih best sikitlah. Buku ni ada cerita hambar, ada cerita ok la buat pengalaman. Tapi aku tahu dah mana next trip kalau border dah bukak. Xian.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.