Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cintai Aku Dengan Restu-Nya

Rate this book
IRDIANA ~ “I tak bahagia dengan you. Kalau dengan Arash, I dapat rasa kebahagiaan itu.”

IDLAN ~ Ekoran sikap buruk Irdiana, dia mengambil kata putus berpisah sementara. Kampung halaman menjadi destinasi tenangkan diri. Terserempak pula bekas tunang yang selama ini tak dipeduli.

Timbul keinginan menebus kesilapan lalu. Hati lelakinya pula tak boleh menipu saat cinta berputik. Bekas tunang jadi buruan. Pelbagai cara dibuat bagi menambat hati Ika Alia walau terpaksa bertindak nakal dengan berbohong.

“Dalam guni tu ada ular sawa. Abang dan ayah tangkap lepas subuh tadi. Ular tu cuba masuk reban ayam. Petang ni abang nak hantar ke Pejabat Perhilitan. Kalau Ika berani, pergilah duduk belakang.” Idlan buat muka serius. Hilai tawa pecah dalam perut.

IKA ALIA ~ Putus tunang? Dia tak kisah langsung. Jauh sekali nak bersedih. Selama tempoh bertunang, tidak sekalipun Idlan datang menemuinya. Wajahnya pun Ika ingat-ingat lupa. Nak sedih buat apa?

Ketika Idlan muncul semula, Ika menyampah apabila Idlan tunjuk muka. Tapi hati perempuannya lembut memberi maaf. Namun, krisis bermula apabila Idlan menuntut hak dirinya sebagai tunang.
“Pada abang, cincin itu sebagai bukti pertunangan kita belum putus.” Itu kata Idlan. Tapi Ika jengkel dengan tuntutan itu. Dulu Idlan tak mahukan dia. Sekarang, terhegeh-hegeh!

“Nah, ambil balik cincin tunang. Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Sekali Encik Idlan tak nakkan saya, seribu kali saya tak ingin.”

Ketegasan Ika tak bertahan lama apabila akur dengan perasaan sendiri. Idlan tak bertepuk sebelah tangan. Tapi tak semudah itu dia dapat terima Idlan semula. Ketika ibu Idlan terlantar sakit, keadaan jadi huru-hara. Perasaannya bercampur antara simpati dan cinta.

Adakah Ika akan kembali pada Idlan? Nak tahu, dapatkan novel ini yang bakal anda temui tidak lama lagi....

575 pages, Paperback

First published March 1, 2016

2 people are currently reading
8 people want to read

About the author

Rafina Abdullah

36 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (28%)
4 stars
2 (14%)
3 stars
7 (50%)
2 stars
1 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
52 reviews4 followers
February 28, 2020
tebal juga eh novel ni sampai lebih 500ms. tapi boleh habiskan bacaan tak sampai 2jam and.. thats not good which means banyak yg dibaca sepintas lalu or the worst, i selak2 je.

should i say hero dia gila talak? eh, tapi diorang tak kahwin lagi cuma sempat bertunang je.. gila tunang? ahaha.

rasanya isu yg paling i cant with this novel is hero dia still suami orang tapi seronok bercinta dengan perempuan lain atas alasan isteri dia bukan perempuan baik. huh? yg heroin tu pula dah tahu dia tu suami orang masih lagi mahu bermain dengan api. acah rasa bersalah dengan isteri kawan tu tiap kali bermesra dengan kawan tu. alahai, please la girl.

rasanya kalau writer buat idlan ni duda dari awal cerita, mungkin perasaan waktu baca novel ni akan jadi lain. maybe~
Profile Image for Aireen .
3 reviews3 followers
Read
September 22, 2018
One of the worse novel I have ever read. Pfffftttt. Tak berbaloi. Watak heroin tak menarik langsung. Cliche. Typical watak heroin novel melayu yang buat rasa nak menyampah
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.