Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hijrah

Rate this book
Adapun hijrah itu merupakan satu perubahan daripada jahat kepada baik.

Tapi macam mana pula yang sebaliknya?

***

"Umar?"

Aku bingkas bangun dan berlari ke arahnya. Hanya beberapa meter sahaja lagi untuk sampai kepadanya, Umar tiba-tiba terbakar. Api berwarna kuning oren itu sangat marak, galak membakar sahabat baikku itu. Dalam kepanasan api itu, aku dapat dengar suara Umar yang sedang menjerit kesakitan, memanggil-manggil namaku.

"MAJIDDDDDD!!!!!"

161 pages, Paperback

First published May 1, 2016

1 person is currently reading
42 people want to read

About the author

Arif Zulkifli

27 books184 followers
Arif Zulkifli merupakan seorang penulis separuh masa yang masih belum berani mahu menceburkan diri ke dalam kancah penulisan sepenuh masa. Sering mencelup-celup penanya antara penulisan alternatif dan penulisan sastera dan sering kelihatan melihat sinopsis buku-buku di Kinokuniya tatkala dia kehabisan idea.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (21%)
4 stars
24 (47%)
3 stars
14 (27%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
May 15, 2016
Sebenarnya 3.0* untuk Hijrah. Aku tambah 1* untuk usaha penulis yang semakin meningkat naik, untuk bab belakang yang hampir buat aku syahdu dan buku serta jalan cerita yang kemas.

Aku sebenarnya tak suka/ dah bosan dengan cerita pasal budak asrama yang kuat membuli dan selalu dibuli. Mungkin sudah terlalu kerap kita dimomokkan dengan kisah-kisah sebegitu di media massa. Jadi aku makin benci walaupun aku tidak pernah merasai momen tersebut. Maaf.

Hijrah hampir sama dengan naskah Petak Daud yang berjudul Menuju Nafas Terakhir, yang mana membuatkan aku terpingga-pingga untuk menjawab sendiri apa yang jadi pada watak di zaman yang mereka tinggalkan. Tapi nasib baik Arif sangat bijak dalam menyusun dan mengaitkan segalanya dengan kemas. Good job. Cuma terganggu dengan perkataan 'eh' di hujung naratif beberapa bab di belakang.

Pada mulanya aku fikir Arif cuba memasukkan cerita yang mana Majid berkawan dengan orang yang tak wujud. Ternyata tanggapan aku meleset.

Tapi aku masih tak dapat nak terima kenapa Umar mengambil tindakan sebegitu rupa. Umar, kenapa tak luahkan jek perasaan tu biar masalah tu tak ditanggung sendiri? Aduh. Sorry emo kejap.

Apa-apa pun naskah ni boleh tahan. Kalian cubalah. Mana tahu kalian suka...

Peace!
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
June 14, 2016
3.5

A story about two people's hijrah. One from bad to good, the other from good to bad.

This is definitely a good read. It has lesson - one we must avoid - and messages - those we can put in good use. It's thin and a light reading, so you can probably read it in one sitting.

The story told from the narration of Majid, from his high school life until he's in university. We get a glimpse on what his family likes and we can understand why he became the way he was. Then came Umar. One boy who persistently inviting Majid to go to masjid with him, to recite the Quran with him, who always smile. In one word, a good person. A person we wish to be friend with. I really like his approach towards Majid. He's not being condescending or judgmental.

Well, what happened then? You have to read for yourself. :)

What bother me is that the author seems to skip few part, especially from the character's past. It's probably insignificant, but the story feels incomplete.

Congrats to the author. Write more story like this. Keep inspiring people! :)
Profile Image for IZZAT is lost down the rabbithole.
60 reviews19 followers
May 13, 2017
Buku ini aku habiskan dengan sekali lahap.

To be frank, aku expect benda lain daripada buku ini, tapi lain pulak yang aku dapat. Ia mengisahkan tentang seorang Majid yang ganas orangnya, tetapi beransur lembut hatinya untuk berubah apabila bertemu dengan seorang sahabat misteri bersama sekotak kepsi dan iced lemon tea dari mesin gedegang.

Hati aku remuk seremuk remuknya. Aku nak tampar2 muka Majid. Aku tak expect ending yang macam ni walaupun aku boleh hidu apa yang akan jadi.

Alhamdulillah, tergerak hati untuk berubah. Moga2 ke arah kebaikan. Hehe

Komen aku, jalan cerita menarik dan menghiburkan, gaya penulisan pun okay, sempoi je. Isinya masih boleh diperluas, banyak olahan boleh dibuat kerana idea penulis rata2 bernas belaka.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
790 reviews228 followers
February 22, 2024
Ambik peluang baca Hijrah while it is available to be read for free at the Cereka app.

Hijrah is Arif's first full-length novel, if i'm not mistaken? Dude wrote multiple cerpen before and won prizes for it, so it's no surprise that he has good writing skills, penggunaan bahasa yang kemas dan naratif yang sedap dibaca. Ramai orang tak berapa suka 1st person POV. I, on the other hand, suka je semua type of POV. I like 1st person POV bcs I like to know characters' inner thoughts, monologues and thought process. Arif wrote Majid's monologues and narrative in the way I like it, so bonus point on that. Pastu I suka penulisan yang bila part narration, bahasa yang digunakan tu bahasa melayu proper, tapi bila part dialogue dia switch jadi lenggok bahasa yang orang kita selalu guna so tak nampak kaku/unrealistic kat situ. And Arif nailed that part quite well. Sebab kadang ada penulis yang part dialogue jadi tak sedap baca, dan ada jugak yang part narration tu ditulis secara casual and sempoi sangat, pun tak berapa sedap baca.

Plot wise though, macam agak jumpy? Readers were being told betapa nakal dan kaki pembulinya Majid ni masa sekolah (masyaAllah nakal gila rasa nak tempeleng), tajuk pun Hijrah so boleh agak dah kan cerita ni pergi mana. Tapi transition daripada nakal to boleh la kata baik sikit sebelum jadi baik betul tu yang tak kemas. Dia macam tetiba si Majid ni jadi 'manusia'. Maybe atas faktor usia meningkat, kematangan meningkat. Tapi sebab tadi masa scenes kat sekolah tu author beria tunjuk nakal Majid ni cemana. Bila masuk universiti tetiba gila, eh elok pulak perangai. Taktau apa yang jadi kat Majid in between school-uni. Readers werent being prepped before hand, so rasa macam second part tu tengah baca pasal orang lain yang bukan Majid.

Lagi satu, sepanjang 'penghijrahan' Majid tu, macam kurang thought process Majid pasal kenapa dia rasa nak berubah. Second part tu ada banyak pengisian ilmiah yang author brought forward which is fine, tapi sebab sekarang readers are in Majid's POV and his journey to improve himself. Rasa macam patut ada a long section of Majid reflecting himself and his past behaviours. So this penghijrahan part feels lacking to me.

Anyway, Umar. Ya Allah, Umar.
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
August 3, 2020
Mungkin mengandungi spoiler.

Hijrah dimulakan dengan kisah Majid sewaktu berada di asrama dan kelakuannya membuli pelajar-pelajar junior. Sesuatu yang klise dan berulang-kali telah dipaparkan di buku-buku, siri-siri TV, filem-filem di layar perak dan apatah lagi telefilem-telefilem yang pernah ditayangkan di TV, terutama sekali yang disiarkan di slot Cerekarama TV3 yang menurut Majid adalah klise tapi bila ditonton di kala kebosanan boleh menjadi sesuatu yang mengujakan.

“Malam itu kebiasaannya, pasti akan penuh dengan pelajar yang mahu menonton cerekarama. Walaupun cerita yang ditayangkan selalunya klise, namun disebabkan kehidupan di asrama itu lebih membosankan, peluang menonton drama klise tempatan itu pun sudah boleh menjadi suatu benda yang mengujakan.”

Tapi tidak mengapa. Fikir positif. Penulis nak menunjukkan kejahatan watak Majid supaya seterusnya boleh menempa jalan kepada perubahannya, penghijrahannya (Hijrah! Tajuk buku ini!) menjadi baik di kemudian cerita. Lagipun, ada juga rasa menjengkelkan, menyakitkan hati dengan kelakuan Majid sebagai pembuli yang klise itu. Jadi, boleh dikatakan berkesan juga cubaan membina watak Majid yang jahat di situ.

Walau bagaimanapun, di bahagian seterusnya cerita, apabila watak Majid kemudiannya berada di alam universiti, peralihan jalan cerita dari asrama ke universiti terasa tidak kemas dan dihubungkan dengan baik. Kejahatan watak Majid yang dipaparkan sebelum ini dengan lebih jelas terasa terlalu dramatik dan klise dengan perubahan secara tiba-tiba suasana cerita yang baru. Bermula dari sini, cerita yang pada mulanya dipenuhi dengan buku panduan 1001 cara untuk membuli junior bertukar secara tiba-tiba dipenuhi dengan maksud petikan ayat-ayat al-Quran yang diselitkan di setiap bab dan setiap aktiviti kehidupan yang boleh dijadikan pengajaran untuk direnungkan. Perwatakan Majid yang dibina sebelum ini mula hilang kekerasannya dan menjadi lebih lemah dengan mendadak. Dan di bahagian cerita ini juga, munculnya seorang watak baru, Umar. Pertama kali kemunculannya, Umar yang bakal menjadi kunci kepada perubahan ke arah kebaikan Majid menunjukkan minat yang tak dapat dijelaskan dan sehingga ke akhir cerita tidak dijelaskan terhadap Majid.

Di bahagian pertama cerita, meskipun penceritaan bermula dengan agak menjengkelkan, tetapi lama-kelamaan setelah menemui rentaknya, penceritaan menjadi semakin baik dan senang dibaca, sehingalah dihampakan dengan perubahan tiba-tiba ke bahagian seterusnya cerita. Di sini, perkara yang sama berulang sekali lagi. Di bahagian kedua ini, bahagian pertama terasa seperti dilupakan setelah selesai tugasannya bagi memberi ruang untuk cerita berubah menjadi islamik dengan maksud petikan-petikan ayat al-Quran yang meskipun diselit di setiap bab, diakui tidak terasa terlalu bersyarah atau berceramah dan hanya kemudiannya dikecewakan sekali lagi dengan penamat yang terlalu dramatik sehingga membuatkan ia terasa klise. Persis telefilem-telefilem yang pernah ditayangkan di slot Cerekarama TV3 yang meskipun klise sekiranya ditonton di kala kebosanan boleh menjadi sesuatu yang mengujakan.

Sejujurnya, Hijrah sebenarnya mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik sekiranya lebih dikembangkan jalan cerita dan membina watak yang lebih kompleks tapi barangkali kenipisan dan hakikat ia dipaparkan sedikit demi sedikit di Wattpad sebelum penerbitan yang mungkin tidak diedit dengan setelitinya menyebabkan potensi itu terlepas pandang. Ia juga mungkin menjadi sebab kenapa struktur cerita ini juga terasa tidak lancar dan berliku, terutama sekali peralihan jalan ceritanya yang tidak dihubungkan dengan baik.

Walau bagaimanapun, meskipun Hijrah mempunyai beberapa kelemahan yang tidak dapat menghalangnya daripada termasuk ke dalam kategori meskipun-klise-sekiranya-dibaca-di-kala-kebosanan-boleh-menjadi-sesuatu-yang-mengujakan, diakui ada perkara positif mengenai buku ini. Terutama sekali, gaya penulisannya. Gaya penulisan Hijrah terasa kemas dan tersusun dengan gaya bahasa yang tidak terlalu formal dan tidak terlalu cincai, berada di tengah-tengah kesederhanaan menggunakan bahasa yang memberikan rasa senang dan santai untuk dibaca. Hijrah juga sedikit sebanyak berjaya menyelitkan pengajaran-pengajaran islamik tanpa keterlaluan terasa seperti ceramah atau syarahan sekaligus menjadikan ia bacaan islamik yang ringan dan mudah dihadam.

Jadi, sekiranya tidak terlalu cerewet dengan jalan cerita yang kukuh atau watak yang kompleks dan mahukan bacaan islamik yang cepat dan nipis serta meskipun klise sekiranya dibaca di kala kebosanan boleh menjadi sesuatu yang mengujakan, tak salah rasanya sekiranya untuk cuba membaca buku ini. Apatah lagi, tidak dilupakan terdapat juga kemunculan watak yang mempunyai nama yang sama dengan penulis ini, membuatkan cerita ini terasa meta sesaat dua.
Profile Image for CikguKaykayAlkhair.
87 reviews1 follower
June 20, 2016
bahagian awal penceritaan tentang watak utama disekolah.sikapnya begitu disebabkan faktor keluarga. tapi kehadiran umar ketika di universiti menyebabkan watak utama ingin berhijrah kearah kebaikan. buku ni sikit sebanyak menunjukkan cara2 dakwah fardiyah dan isi kandungan ISK (ini sejarah kita). tapi ending dia memang tak disangka-sangka. barulah faham kenapa tajuk dia ditulis HIJRAH terbalik... ish sedih betul lah ending dia.... patutlah sinopsis belakang buku ni gitu. anyway..
recommended untuk yg suka baca buku tarbiyyah jenis penceritaan
Profile Image for Nurhayati Ramlan.
92 reviews25 followers
July 19, 2016


I'll write the full review later.

I love this book. I did not expect the ending at all. Great job, Arep!
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
September 21, 2021
"𝘪𝘵'𝘴 𝘯𝘰𝘵 𝘢𝘭𝘭 𝘢𝘣𝘰𝘶𝘵 𝘵𝘩𝘦 𝘯𝘪𝘬𝘮𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘯𝘺𝘢. 𝘐𝘵'𝘴 𝘢𝘣𝘰𝘶𝘵 𝘸𝘩𝘰 𝘨𝘪𝘷𝘦𝘴 𝘵𝘩𝘦𝘮 𝘵𝘰 𝘺𝘰𝘶. 𝘚𝘦𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘒𝘶𝘢𝘴𝘢, 𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘪𝘱𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘵𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘦𝘬𝘦𝘭𝘪𝘱 𝘮𝘢𝘵𝘢. 𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘯𝘪𝘬𝘮𝘢𝘵 𝘵𝘶 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘬𝘪𝘵𝘢, 𝘪𝘵𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘬𝘢𝘨𝘶𝘮. 𝘚𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘛𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢, 𝘛𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘦𝘴𝘵𝘢 𝘢𝘭𝘢𝘮, 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘯𝘪𝘬𝘮𝘢𝘵 𝘯𝘪 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘬𝘪𝘵𝘢. 𝘚𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘵𝘶 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘬𝘢𝘨𝘶𝘮."

Mengisahkan seorang yang bernama Majid. Hidup di dalam suasana dalam keluarga yang senang. Kendatipun demikian, kesenangannya itu bertukar menjadi pemberontakan dek kesibukan ibu dan ayahnya dalam bekerja sehingga tidak sempat memberi perhatian terhadapnya.

Sejurus selepas keputusan PMR keluar, beliau diterima masuk ke sebuah sekolah sains yang berprestij. Di sini bermulanya apabila beliau bertemu dengan rakan-rakan yang senakal dengannya seperti Dol dan Wahid.

Kisah beliau berhijrah disematkan di dalam buku ini tatkala beliau berjumpa seorang yang bernama Umar yang telah menjadi asbab beliau berubah ke arah kebaikan. Malah, di akhir penceritaan ini berakhir dengan sungguh tragis dan plot twistnya sungguh menggangumkan.

Sebuah novel yang sangat bagus dalam menerangkan berkenaan konsep hijrah itu sendiri. Besertakan analogi yang menarik bagi memahami konsep dan definisi hijrah. Malah dari sudut jalan cerita pun agak menarik bagaimana konsep hijrah itu diterapkan.

Akan tetapi, jalan cerita yang agak laju dan setiap babak yang berlalu dengan pantas. Watak Dol dan Wahid dimatikan begitu sahaja. Malah, watak ibu dan ayah Majid juga tiada perkembangan dan hanya wujud di awal permulaan cerita.

Secara peribadi, ia satu tulisan yang bagus bagi novel awal seorang penulis yang berkaliber seperti Arif Zulkifli. Bermula dengan menulis sebegini, ia juga mampu berkembang penulisannya.
Profile Image for Baca buku.
22 reviews3 followers
December 11, 2020
Saya tak tahu nak terangkan macam mana, cuma nak cakap yang saya menangis teresak-esak lepas habiskan bacaan halaman terakhir. Terima kasih penulis. Oh, lagi satu, ending dia agak... 😅
Profile Image for Amalina Zaki.
17 reviews
August 21, 2016
Minus 1 star because I don't like the ending. But overall this book is good. After you have done reading it, you'd realize how fighting with your dark inner self is the fiercest battle of all. Lots of good lessons can be learned. Thumbs up
Profile Image for Ummu Soghir.
57 reviews8 followers
July 14, 2020
Tajuknya sahaja menggambarkan betapa plot twist di akhir cerita adalah sesuatu yang tiada langsung dalam jangkaan pembaca. Ia turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya.

Novel pendek ini mengisahkan Majid, anak orang kaya yang kurang diberi perhatian dan kasih sayang oleh kedua ibu bapanya yang sering sibuk, lantas menjadikan beliau seorang ketua pembuli di sekolah. Namun, di peringkat universiti beliau ditemukan dengan Umar, budak usrah yang sopan dan berbudi bahasa.

Novel ini menyingkap persahabatan antara Majid dan Umar, serta bagaimana berakhirnya persahabatan mereka di hujung cerita.
Profile Image for Eisya.
66 reviews4 followers
January 23, 2022
Aku expect yang cerita ni mengisahkan tentang perjalanan seseorang tu berhijrah dari baik ke jahat. Tetapi keseluruhannya dimonopoli oleh idea yang sebaliknya yakni dari buruk ke baik, manakala tema dari baik ke jahat hanya menonjol di akhir cerita.

Mulanya aku kurang senang dengan gaya dialog yang digunakan oleh watak, bahasa dia kasar. Aku rasa boleh je untuk kurangkan penggunaan bahasa yang kesat tanpa mengurangkan elemen "budak nakal". Ada adegan seram yang kurang jelas tujuannya, sewaktu Majid ingin menyelinap ke asrama perempuan. Segala cerita semasa Majid di asrama adalah untuk membentuk perwatakannya sebagai seorang yang jahat dari lensa pembaca. Sebaik melepasi dunia sekolah, aku mula nampak rentak dalam novel ni.

Plot utama dalam novel ni adalah hubungan antara Majid dan Umar. Umar ni kalau kita ada kawan, dia ni jenis kawan yang selalu ajak kita kepada kebaikan. Asal nampak Umar, kita teringatkan kawan kita yang itu. Buku ni gunakan teknik imbas kembali. Sebelum baca buku ni, aku kurang faham dengan sinopsisnya dan membuatkan aku tak dapat tebak apa cerita di sebaliknya. Ah, rupanya itu adalah peringatan bahawa Majid perlu selamatkan Umar.

Kalau menginginkan bacaan yang ringan, bersifat realistik, maka buku ni amatlah sesuai untuk kamu. Walaupun aku rasa ada beberapa scene rutin di asrama tu info dumping, tapi untuk tu, aku ok je. Buku ni meninggalkan rasa terkilan dalam diri aku. Dakwah yang disampaikan Umar kepada Majid turut memberi kesan kepada aku. Umar ni baik, selalu senyum- sejenis manusia yang tak lekang dengan senyuman, yang kadang-kadang nampak annoying tapi kita akan tertanya-tanya dalam kerinduan sewaktu kehilangan dia.😭 Btw I think this book is slightly triggering. Don't read it when you're mentally vulnerable.
Profile Image for Carol Chu.
Author 1 book8 followers
June 14, 2018
First things first. My review is in English because I give better reviews in it. This book is actually 3.5 out of 5 stars. To be honest, this book is not bad, it was kind of okayish at parts but also at the same time quite good at other parts. It is simple and nice, a coming of age story of a Muslim boy. Being a Chinese, I might not understand most of the Islamic terms and their meanings, but the author did a good job of explaining them in layman's terms. The hero of the story, Majid is likable and I actually look forward to more readings about him and Umar. I sometimes feel the story is too short and I need more. The storyline is thank God different from the Suamiku Abang Kau type of generic romantic readings commonly found in Malay novels and for that I'm happy. In short, Congratulations to the author for the lessons in this book and I look forward to more good books from this author.
Profile Image for Lin.
145 reviews6 followers
October 8, 2018
Permulaan yang bagus, jalan cerita menarik minat pembaca. Tapi ending saya sangat tak setuju! Boleh mengelirukan pembaca remaja, padahal ia adalah perbuatan yang berdosa besar.
Profile Image for Erin95.
150 reviews5 followers
February 14, 2024
Buku yang nipis, just 161 muka surat, tapi jalan cerita, pengajaran atau ibrahnya sangat menyentuh hati. Pandai penulis hidupkan watak² dalam buku ni.Nak² part last Majid lambat lagi jumpa Umar. Rupa-rupanya tu lah kali terakhir dia akan jumpa sahabatnya Umar, nobody knows, that it will be the last time we meet people whom we love.

Bab 1 sampai bab 8, untuk yang pernah tinggal asrama, mesti boleh relate. 😆.
Cuma bab 9, part bergaduh tu, siapa budak yang berani melawan tu? Habis kat situ je ke? Part ni je tergantung sikit.

Ringkasannya buku ni mengisarkan tentang Majid, seorang budak form 4 nakal yang mostly semua adik² junior Form 1-3 hormat dan takutla kat Majid and the geng (Dol & Wahid), makan maggi dalam baldi, buli budak junior suruh iron baju, cari duit syiling, cari maggi, ambik air kat water cooler, dll. Cerita jadi lagi best bila budak² nakal ni mula dapat masuk matrikulasi, asasi dan kemudiannya ke peringkat Universiti.

Dekat Uni Majid secara tak sengaja jadi kawan baik Umar. Dan Umar, aku respect sangat orang² macam kau ni. Kau kuat Umar, aku bangga dengan kau. And aku percaya masih ada orang macam Umar ni kat kehidupan realiti kita. Umar, aku tak kenal kau, and kau pun just watak dalam buku je, tapi aku nak cakap watak kau bagi aku banyak ibrah, at least watak kau & Majid jentik aku untuk fikir balik apa tujuan aku hidup kat dunia ni.

Watak Umar adalah watak yang;
"Di luarnya tenang, tapi Tuhan saja tahu."

Umar thank you ajar aku pasal asal-usul surah Al-Jinn. :)

Asal-usul surah Al-Jinn

"Ketika dakwah Nabi Muhammad SAW diuji di Taif. Dakwahnya bukan saja ditolak, malah para penduduk Taif menyuruh anak-anak kecil mereka untuk melemparkan batu ke arah Nabi Muhammad, sehingga diriwayatkan bahawa terompah Baginda berlumuran darahnya."

"Dengan berat hati, Nabi Muhammad SAW pulang semula ke Mekah. Namun, baginda sempat berehat di satu tempat. Di situlah Allah menggembirakan Nabi Muhammad SAW dengan terjadinya peristiwa di mana, beberapa jin telah memeluk Islam dek terdengar kalamullah yang dialunkan Nabi Muhammad SAW semasa Baginda sedang berehat."
9 reviews
July 2, 2024
Cerita ni at first quite cliche sebab cerita pasal budak asrama yg suka membuli junior.Jalan cerita start best bila Umar muncul sbb dia mysterious.Mula2 ingtkn dia sebnrnya tak wujud di dunia ni tetapi sangkaan saya salah.Ending dia sedih gila and unexpected. Tp klau boleh saya nk tau jgk pergaduhan ngn kerol tu apa kesudahannya lps tu ,persahabatan antara 3sahabat yg nakal ni takkan stop terus lps kemunculan umar??Ada dia jumpa dol tp tu pun x jd lps tu habis and knp Umar pilih Majid dalam ramai2 pelajar kat situ?Banyak pulak persoalannya. Btw keep it up writer. Teruskan menulis dan memberi insiparasi kepada seseorg. Tahun 2024 br sempat nk baca .
Profile Image for Hamidah Effendi.
370 reviews2 followers
March 6, 2025
Aku sangkakan cerita hantu, rupanya...eish2 ada plot twist disebaliknya..bukanlah tak best cerita cuma aku masih x ada feel bila membacanya..tapi habis juga..

Tentang watak Majid bagaimana dia berhijrah dari dunia kegelapan kepada dunia bercahaya tapi sayang sahabat yang membantu pula sebaliknya.

Kesimpulannya : Bila kita tolong orang lain, kita juga perlu sedia untuk tolong diri sendiri..kasihani diri sendiri juga. Hati kita juga perlu dirawat bila kita dah mula berhijrah kerana langit tak selalunya indah...😞 sad ending...
Profile Image for Afifah.
97 reviews
December 26, 2025
Wow. Kemas. 3.5.

Aku baca ni dalam 2 hari je. Bahasa mudah tapi ada maksud tersiratnya. Aku suka plot dia, cuma yang kat depan tu macam apa makna? Tapi memang penting juga sebab nak bawa karakter watak. Majid jumpa Umar kat tengah-tengah buku so buku ni actually boleh cut half hahah.

Aku suka penulis letak dalil yang buat kita fikir dalam. Tak lewah. Aku rasa scene last memang bagi kesan dan supposedly ada trigger warning. Aku tak puas hati kenapa orang yang mengamalkan ajaran Islam dengan akhlak yang bagus tak pilih untuk jadi baik kepada diri sendiri, seek help, validate our emotions. But I kinda understand the depressive part..

Pengajaran: jangan lambat.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.