Jump to ratings and reviews
Rate this book

Biar Tak Glamor Di Dunia, Asal Popular Di Langit Sana

Rate this book
Buku Biar Tak Glamor Di Dunia, Asal Popular Di Langit Sana adalah suatu usaha kecil untuk mengajak kita semua untuk kembali menghayati betapa besarnya makna sebuah keihklasan, dan betapa manisnya dan lazatnya buah-buah amal yang ranum yang tumbuh dari benih-benih keihklasan ini. Agar kita semua depat menjadi selebriti langit seperti Uwais.

Senyum.

314 pages, Paperback

First published January 1, 2016

8 people are currently reading
104 people want to read

About the author

Inche gabbana

8 books66 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (55%)
4 stars
25 (38%)
3 stars
3 (4%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for nekocha.
23 reviews
October 11, 2017
Buku sebanyak 310 mukasurat ni memang rugi kalau tak pernah baca. Buku ni aku beli time pesta buku 2016, dekat MAEPS. Secara jujurnya, first-first aku beli, aku tak terasa nak baca pun. Mungkin faktor cover page yang aku tak minat sangat. Mungkinlah. Tapi aku beli jugak time tu sebab penulis dia inche gabbana and time tu pun aku mmg nak lengkapkan koleksi buku IG yang takde, hilang and so on.

Disebabkan aku percaya pada IG, so aku beli la. Ternyata memang tak sia-sia pun. Sebab, memang, sentiasa, selalunya, BEST SANGAT. 310 mukasurat ni boleh dikatakan IG kupas detail-detail mengenai keikhlasan. Apa itu ikhlas, penting ke ikhlas dan macam-macam lagi pasal ikhlas. Banyak juga kisah-kisah pejuang agama yang boleh dijadikan sebagai suri teladan dimuatkan dalam ni. Aku rasa macam tak boleh nak pilih artikel mana satu paling best. sbb semuanya, menggugah jiwa. Nak tahu apa yang best, bacalah!

Rugi kalau tak baca. Sebab aku yang rasa tak nak baca ni pun, jadi nak baca 1000 kali. Buku ni juga sesuai lah kalau nak jadikan rujukan untuk bentang kat anak buah dalam usrah ke ap. So, selamat membaca!
Profile Image for Zaid Hussain.
7 reviews
May 26, 2016
senak baca buku ni..senak sampai pangkal ulu hati..susahnya nak menghayati makna istilah semudah 'ikhlas'..

teknik penceritaan sempoi, berisi, mantap, mudah faham..kadang-kadang tersenyum sendiri, termeleleh sorang-sorang, termenguap tanpa sengaja..

dicadangkan untuk sesiapa yang bernafas di zaman millenia dan mahu menjaga pahala dari terbakar..
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
April 27, 2019
Kalau korang rasa buku ni tentang kisah Uwais Al-Qarni SEMATA. Korang silap. Haha. 'Tulang belakang' dia ya, memang kisah Uwais Al-Qarni & sifat ikhlasnya yang menjadikannya popular di langit. Dan bukan sifat ikhlasnya SEMATA tapi lebih dari tu.

Buku ini sesuai untuk dai'e. Dia akan persoal balik diri dia tentang hati dia. Bagaimana hati dia, terpelihara dengan baik tanpa penyakit hati atau makin dinodai dengan ujub, riak, takabbur?

Buku ini sesuai untuk orang yang ingin berubah ke arah lebih baik. Akan ada persoalan dalam diri, kenapa aku tak boleh berubah ke arah lebih baik? Kalau orang lain boleh, kenapa aku tak boleh?

Buku ini sesuai untuk naqib dan naqibat. Dia akan muhasabah diri balik, adakah setiap amalan aku memang ikhlas untuk Dia dan mahu capai redha Dia? Atau aku ingin menarik hari muslimah di luar sana, ingin 'promote' diri sendiri?

Last but no least, untuk yang berada dalam jemaah, tak kira jemaah apa pun, (PAS, IKRAM, HALUAN, ISMA, PAN atau UMNO) betul ke ini fikrah yang aku mahu dan terdidik dalam diri aku? Fikrah bagaimana aku mahu masukkan dalam jiwa aku. Dan boleh ke aku hidup tanpa fikrah?

Dan banyak lagi sebenarnya, sesuai untuk pemimpin mahupun rakyat marhaen, untuk orang yang bekerjaya mahupun pelajar sekolah.

Susunan penceritaan buku ini bagus, dari satu bab yang mempunyai bab2 kecil. Bahasa sempoi dan santai. Ada glosari di belakang dan footnote yang penting sebagai rujukan lebih dalam. Overall, 4 star. Kenapa bukan 5. Sebab 5 bintang tu macam perfect sangat. haha
Profile Image for Najah Mustapa.
91 reviews5 followers
November 15, 2018
Terima kasih Tuhan atas ilham yang Kau kurniakan kepada Inche Gabbana ini. Sungguh terasa bagai bocah hingusan. Kembali mengenali asas yang dilupakan agar yang berjalan seterusnya bagai berubah kehidupan dan meraih redhaNya. Kadang, terasa seperti ditampar oleh angin Kesedaran. Kuat sakit tapi itu menyedarkan diri yang mabuk berkhayal. Walaupun lama ambil masa untuk hadam, tapi puas kerana memahami setiap satu isi yang disampaikan. InshaAllah buku ini akan terus dibaca lagi jika di masa hadapan kembali mabuk berkhayal dengan dunya.
Profile Image for Husnul.
4 reviews
May 26, 2017
IG mengajak kita untuk menghayati makna keikhlasan dalam penulisannya kali ni.. Penulisannya buat aku tertanya tahap mana keikhlasan kita bagi setiap amalan kita dlm era mengejar populariti ni.. Miga kita dapat mengikut jejak selebriti langit seperti Uwais al Qarni
Profile Image for Khairunnadia Abdul Suhaimi.
80 reviews
July 14, 2020
Buku ini benar-benar menginspirasikan. Topik nampak macam mudah tapi sebenarnya jika diperhalusi, sangat kompleks dan bercabang-cabang. Semoga Allah mengurniakan syurga untuk penulis buku ini!
Profile Image for Farah Mohd Noor.
31 reviews65 followers
November 13, 2016
Alhamdulillah, penulis dengan gaya spontannya membawa kita,
untuk berusaha memperbaiki dan memperhalusi (*baca evaluate) hati hati kita ..

Kerana jalan yg kita tempuhi ini sumpah panjang,
Alangkah ruginya jika perjalanan yg kita lalui ini tak memberi kebaikan satu pun pada kita.
Satu realiti yg mesti kita betul betul faham, sebab saya percaya semua orang tak terlepas dari
mana mana penyakit hati unless kita sama sama perangi dan bermujahadah tak henti-henti

It's a baby step untuk kita belajar dan memaknai dan melakar iman pada diri

It's a recommended book for all !
Profile Image for Eusoff Amiruddin.
1 review1 follower
June 30, 2016
Dengan menjadikan sosok seperti Uwais al Qarni sebagai ikon, setiap bab yang diceritakan ini tidak lari daripada fokus utama iaitu bagaimana untuk menjadi ikhlas pada zaman moden yang mengangkat pujian dan sanjungan sebagai matlamat kebanyakkan manusia.

Dengan bahasa yang santai lagi 'pop', penulis mengetengahkan realiti dan persoalan, serta mengaitkan ikon-ikon islami lain dalam mengajak kita untuk merenungi - "apakah amal aku selama aku hidup ini, sebaik-baik amalan, diterima Allah?"
Profile Image for Hidayah.
35 reviews6 followers
May 22, 2016
Buku yang sarat dengan pengisian. makananan hati yang sangat berzat dan halalan thoyyiban inshaAllah. hehe.
Mengupas tentang keikhlasan dengan sangat mendalam dan mantap. Saya suka cara Inche gabbana menulis sebab diselitkan dengan kisah2 nabi dan sejarah2 perang dunia yang saya sendiri tak pernah tahu sebelum ni.

Good job!
Profile Image for Nur Izzati.
60 reviews1 follower
August 5, 2016
Sebuah pengembaraan memaknai keikhlasan ,mencari jalan hamba berTuhan.

Recommended book .
Bacalah, penuh isi. Penuh fakta(esp sirah para sahabat dan para pejuang Islam) yg disampaikan secara sangat santai.
Menusuk kalbu gituh. Memaknai erti ikhlas dalam jalan penceritaan orang2 yg ikhlas dalam mencari redha Nya.

Paling penting, saya terasa seperti sedang berusrah dengan membaca buku ini!
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.