“Adik, berli satu 10 ringgit,” suara lelaki itu menarik perhatian saya. Saya pandang ke muka lelaki itu, dia orang Korea dalam lingkungan umur 40-an. ‘Eh, tau berbahasa Melayu?’ Dia tersenyum memandang saya sambil mengulangi ayatnya tadi. Saya pandang baju t-shirt yang dijualnya tertera harga KRW10,000. ‘Wah, RM10 kau kata!’ ******* Sedang menuruni tangga subway, kedengaran bunyi ‘gedebuk’ diikuti suara budak mengerang kesakitan. Saya segera berpaling ke belakang dan terlihat seorang budak lelaki dalam linkungan umur 10 tahun yang agak gempal berbangsa Korea sedang terjelepuk di atas tangga tak jauh dari saya. Dia menangis dan mengaduh. Ada luka di kaki kanannya. Kasihan sungguh! Saya pun cuba panggil orang-orang tempatan yang sedang lalu-lalang. “Please help him, he’s hurt.” Ramai terus berjalan, memandang tapi tiada seorang pun berhenti memberi pertolongan. ******* 29 Oktober 2015 kembara ke Seoul, 5 hari 4 malam, RM1,400 termasuk tiket kapal terbang dan penginapan. Ohsem!
Buku simple sebab perjalanan pun 4,5 hari je. Mostly items dah tahu cuma saje beli nak lebihkan pengetahuan. Memang target nak pergi Noryangjin Market dan seronok baca pengalaman penulis kat sana. Lebih seronok kalau letak gambar yang kemas sebab mostly gambar gelap. At least edit skit la bagi cerah..
Baca buku ni sebab plan nak ke Seoul autumn nanti. Sebab Seoul terlalu banyak tempat menarik, 3 hari di sana memang tak cukup. Tapi apakan daya, bajet terhad. Nak jugak cover area lain selain Seoul, iaitu Busan dan Jeju. Terima kasih penulis untuk catatan ini.
Salam. Bagi aku yang minat Korea aku rasa buku ni akan sangat membantu kalau aku nak pergi Seoul nanti. So terima kasih penulis, share benda-benda yang jadi dekat sana. Aku tak sabar nak tunggu next karya penulis ni. Tak berat untuk dihadam. Aku suka 💜
Churros bukan kudapan dari Korea tetapi Sepanyol. Nak lihat gambar Pulau Nami dari pandangan penulis, tapi satu keping pun takda selit dalam buku hehe. Tapi secara keseluruhan, saya enjoy baca buku ini.
Buku ini sangat menarik. Gaya penceritaan penulis sungguh lancar, sehinggakan rasa diri pun terikut sama masuk ke dalam kisah yang penulis ceritakan. Gaya penceritaan yang memang lancar. Namun, agak sedikit hampa kerana tak banyak tempat yang beliau cover sewaktu perjalanan penulis di Seoul, kerana terdapat beberapa halangan yang tak dijangka. Walaupun hampa, aku tetap rasa seronok baca karya penulis. Mungkin expectation aku terlalu tinggi, tapi salah aku juga. Kalau nak cover tempat banyak-banyak, mungkin bajetnya akan lebih lagi, dan judulnya bukan 'Seoul dengan RM1400 je?'. HAHHA
Nice la bagi sesiapa yang minat baca travelog. Bolehlah baca for those yang nak pergi backpacking dengan partner masing-masing. So bila baca, kau bolehlah prepare mental kau sedikit sebanyak tentang apa yang mungkin terjadi masa trip kau. Se detail-detail itinerary kau pun, kau tak boleh anggap semuanya akan berjalan lancar juga masa trip kau nanti.
Aku nak bagi 4 bintang, tapi disebabkan kekurangan dari segi tempat yang di 'cover', aku tolak satu. Tapi, serius penulis dengan lengkap bagi itinerary and suggestion kepada pembaca at the end of the book yang aku rasa sangatlah berguna for those yang level beginner nak backpack. Aku suka penulis, gambarkan keadaan orang sekeliling, tempat dsb. Banyak juga dugaan penulis sewaktu trip beliau, which is satu nilai tambah yang menjadikan buku ni menarik. (Rasa berterabur pulak review ni. HAHAH)
Lagi satu, aku suka part penulis cerita pasal owner hostel yang dorang duduk tu. Mula-mula, aku agak owner hostel tu biasa-biasa saja dan saja digembar-gemburkan penulis sebagai seorang yang handsome. Namun, sangkaanku meleset, memang handsome. Penulis siap tepek lagi gambar beliau bersama owner hostel tersebut. Tinggi juga taste penulis. Nyata, penulis seorang yang jujur. HAHHA. Minta maaf kerana bersikap skeptikal pada awalnya.
Looking forward untuk karya penulis seterusnya dengan harapan banyak tempat yang di 'cover'. Ehheh. (//Suka baca travel post di page Facebook beliau)