This book explores the idea of liberalism happening vastly in Indonesia and currently creeping slowly in Malaysia.
First chapter explores the idea of liberal thought and how it started in Indonesia and its progress until now. Then the author compares the issue between Indonesia and Malaysia and he hopes that Malaysia will be able to halt any progression of liberalism fruitfully and fiercely. Lastly he hopes that Malaysia, with her constitution that protects Islam, and Indonesia, with her large Muslim population, are able to hold hands and defend themselves from liberalism. the essence of liberalism in this book: 1) secularisation and secularisme 2) Pluralism 3) Al-Qur'an Critical Edition 4) Hermeneutic 5) Feminism
2nd chapter explores the meaning secularism from view of two greatest Ulama' : Syed Muhammad Naquib Al Attas and Syed Yusuf Al-Qaradawi.
3rd chapter explores the attempts done to change (literally kill) mushaf uthmani. The author talks about how it was attempted by orientalist but the effort dies out and now some Indonesian attempt to revive it again but from his point of view, the effort will be in vain.
4th chapter explores the attempt to study Al Qur'an using hermeneutic but the author is against it as hermeneutic approach comes with a doubt that any sacred holy script came from God but may include human's words. But we as Muslim believe firmly that Al-Qur'an came from God solely, thus, the author firmly said that there is no need for hermeneutic approach as we only need the approach of tafsir and ta'wil (the science of exegesis and commentary).
5th chapter explores the science of hadith and how the orientalist and anti-hadith kept reiterating that hadith are fake and only surface 200 years after the prophet's death whereas there are proof stating that hadith had been written down even during the prophet time in small booklet (sahifah) and then been compiled into topics 200 years later. In conclusion hadith had been memorised and written down at the same time.
As a whole this is a good book for an initial understanding on this issue.
Rasa takut apabila membaca mengenai idea-idea yang dibawa oleh pemikiran Islam Liberal ini. Isu-isu yang dimainkan dan dituntut mereka menggerunkan seperti persamaan taraf antara gender, menuntut agar lelaki juga ada iddah seperti wanita, membuat gagasan al-Quran Edisi Kritis, menafsirkan al-Quran dengan hermeneutik, mengatakan bahawa Mushaf Uthmani sebagai rekaan Saidina Uthman untuk mengekalkan hegemoni beliau, dan lain-lain lagi idea yang menyenakkan pemikiran. Jikalau pemikiran ini tidak dibendung, kita risau apa akan terjadi generasi masa hadapan. Adakah kita mahu lihat satu hari nanti, orang Islam boleh berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa perlu orang bukan Islam menukar agama?
Sebahagian masyarakat di negara ini cepat ghairah dengan tokoh dan idea dari luar apatah lagi berkait dengan pembebasan pemikiran dan keintelektualan. Konsep-konsep yang dikosmetikkan daripada Barat dan kemudian disangkutkan nama Islam, sering dianggap penyelamat kepada kemunduran dan kehilangan hak yang mereka alami.
Pada masa sama, mereka terlupa negara ini memiliki ramai ulama, ilmuwan dan intelektual yang tidak terpisah daripada tradisi keilmuan Islam serta tidak pula terasing daripada kebudayaan dan pemikiran Barat, bahkan pada satu tahap menguasainya dengan lebih baik daripada pemikir Barat sendiri.
Bertepatan dengan keghairahan umat Islam menjemput tokoh liberal dari Indonesia, iaitu Ulil Abshar Abdullah yang menjadi koordinator Jaringan Islam Liberal (JIL), maka saya membaca buku ini yang sudah lama tersimpan di rak.
Inilah sebenarnya dialog yang sudah pun berlaku di antara ulama, ilmuwan dan intelektual Islam dengan pemuka idea Barat di alam Melayu baik yang namanya Islam liberal mahupun pluralisme. Mereka yang sekian lama berdialog dan berwacana dengan idea Barat itu, bahkan sudah pun mempertahankan Islam yang sebenar dan menolak dakyah Barat dengan hujah, bagaikan tidak dilihat pada pandangan sebahagian umat Islam yang ghairah dengan waswas yang dilontarkan oleh syaitan melalui lidah pemuka kelompok yang menyalin idea Barat itu.
Apakah hasrat kita mengundang watak seperti Ulil Abshar itu ialah untuk berdialog dan memperbetulkan pandangannya yang salah atau kita menjemputnya untuk menyebarkan idea Islam liberal dan pluralisme itu ke negara ini?
Kerana kalau jawapannya adalah pertama, maka buku seperti Pemikiran Islam Liberal: Pembahasan Isu-isu Sentral dan tokoh seperti Dr Ugi Suharto ini sudah pun berdialog dengan pemuka-pemuka mereka di tanah air mereka sendiri. Kebenaran tetap tidak diterima, sebaliknya meneruskan kejahilan dan kezaliman dalam konteks akidah dan pemikiran.
Justeru, menjemputnya ke Malaysia tidak lain daripada usaha untuk menyemarakkan semangat kelompok Islam liberal dan berusaha menyebarkannya ke tengah masyarakat atas nama 'dialog', 'wacana' atau kebebasan bersuara yang sebenarnya tidak lebih daripada kosmetik dan kepura-puraan.
Buku ini menyentuh secara langsung mengenai isu sekularisasi dan sekularisme daripada istilah hinggalah perbandingan pandangan antara Syeikh Yusuf al-Qardhawi dengan Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas yang kedua-duanya memberikan jawapan tegas menolak faham itu, selain melihat pluralisme agama yang masih dipegang oleh sebahagian Melayu moden dan kononnya demokrat, al-Quran edisi kritis, iaitu cubaan menghidupkan mayat yang sudah pun ditanam oleh orientalis yang menciptakannya serta bagaimana disiplin hermeneutika yang sebelum ini digunakan untuk kajian teks agama Yahudi dan Kristian cuba diperkenalkan untuk menggantikan disiplin tafsir dan takwil.
Pengarang juga melihat kepada dua sumber dalam Islam, iaitu al-Quran dan as-sunnah yang cuba diruntuhkan oleh Barat melalui orientalis, sekali gus memberikan jawapan untuk menghancurkan binaan yang dilakukan oleh orientalis untuk mengelirukan umat Islam.
Menarik juga apabila pengarang menggunakan satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud apabila semua perawi dalam sanad itu memiliki kitab atau sahifah sendiri, sekali gus menunjukkan tradisi penulisan hadis sudah bermula hampir sama dengan tradisi periwayatan secara lisan. Jawapan itu sebenarnya sudah pun meruntuhkan hampir seluruh binaan orientalis yang mahu meragukan umat Islam terhadap hujjiyatul hadis dalam Islam. Ini kerana orientalis dan juga penyambung lidah mereka seperti Kassim Ahmad bergerak daripada 'sangkaan' hadis hanya ditulis selepas 200 tahun kewafatan Rasulullah sehingga memungkinkan bercampurnya kesalahan atau pun kepalsuan.
Buku ini antara yang wajib dibaca oleh penggerak dalam jemaah Islam sebelum sewenang-wenangnya menerima idea Barat yang disolek secara muluk-muluk tetapi sebenarnya racunnya berbisa hingga boleh merosakkan akidah dan pemikiran mereka.
Kepesatan teknologi, globalisasi membawa perubahan yang besar. Turut sama berubah adalah gaya fikir manusia di era moden ini. Kecanggihan penyebaran maklumat memudahkan pola pemikiran ala barat masuk ke dunia Islam dan mempengaruhi ummatnya. Akibatnya lahir aliran pemikiran baru yang ganjil pemahaman nya. Ia memakai pakaian Islam namun isinya bukan lagi Islam yang tulen, tetapi percampuran ideologi yang mengelirukan. Garisan sempadan Islam yang jelas menjadi kabur, apa yang telah tetap yang menjadi asas hidup ummat ini dijadikan persoalan, konon nya perlu kepada re-evaluasi agar disesuaikan dengan kemodenan hari ini. Buku ini banyak menjawab persoalan-persoalan yang bermain di minda saya, ia merupakan satu usaha yang sangat besar jasanya bagi saya, dalam mempertahankan Islam menggunakan hujjah akademik. Saya amat beruntung dapat membacanya pada masa saya masih lagi belum memuktamadkan pola fikir saya.
Hasil himpunan kertas kerja ilmiah Dr. Ugi Suharto sekitar permasalahan Islam Liberal. Negara beliau, Indonesia telah dilanda serangan liberalism yang sangat dahsyat lalu beliau mengingatkan umat Islam Malaysia supaya bersedia dengan permasalahan yang mendatang. Beliau juga mendedahkan hubungan baik antara Sisters In Islam (SIS) dan Jaringan Islam Liberal (JIL), mereka kerap mengadakan pertemuan di ibu pejabat JIL di Jalan Utan Kayu.
Buku ini amat baik untuk memahami tentang pergerakan Islam liberal khususnya yang kuat memasuki pemikiran masyarakat di Indonesia. Penyusupan secara halus ke dalam pergerakan yang ada di Malaysia dilihat sebagai cabang ‘kejayaan’ dari usaha yang ada di negara jiran. Justeru, pengalaman yang dihadapi oleh Dr Ugi dan teman intelektual Indonesia harus dijadikan panduan agar pemikiran ini tidak menjalar ke dalam masyarakat Malaysia.
ketika berkenalan dgn tokoh2 islam liberal dari seberang seperti caknur, ulil abdalla dan lain2. dan terasa tertarik (?) dengan pemikiran liberal wlaupun dibentangkan kesalahan2nya.
mungkin kerana 2 tahun akhir belajar di kolej islam buat aku terasa terkongkong dengan ikatan2 dan sekatan2 melampau dengan nama islam yg tak masuk akal.