Jika tidak kerana kekangan mencari rezeki, mungkin boleh khatam buku ini dalam masa sehari saja :)
Mudahnya ini adalah buku pengembaraan anak tempatan yang paling menarik dan menginspirasikan setakat ini. Berjalan kaki keliling semenanjung hanya untuk membersihkan masjid dalam masa 8 bulan, anda boleh? Saya pun belum tentu hahaha. Namun tiga anak muda ini telah membuktikannya. Tiada apa yang mustahil.
Kerja sukarela yang dilakukan oleh mereka ini nampak mudah, namun ianya mempunyai tujuan & signifikan yang besar sebenarnya kepada masyarakat Islam di Malaysia. Tahniah kepada mereka iaitu Annas, Aidil & Adam kerana berjaya membuka mata ramai pihak terutamanya golongan muda akan kepentingan menjaga, mengimarahkan & menjadikan masjid sebagai pusat komuniti Islam setempat.
Buku ini dicadangkan untuk anda. Ya anda, rakyat Malaysia. Jika anda berjiwa pengembara, berjiwa bebas merdeka, sayangkan Islam, anda sepatutnya sudah memiliki buku ini sekarang.
Semoga Allah lindungi mereka dalam pengembaraan mereka yang akan datang ke Sabah Sarawak kelak. Semoga mereka tetap rajin untuk membuat diari & menulis buku sebegini lagi.
Selepas itu ke negara Islam lain mungkin? Turki, Arab Saudi, Palestin? Tidak mustahil bukan, namun hanya mereka yang tahu :)