Jump to ratings and reviews
Rate this book

Puisi Pilihan Usman Awang #1

Malam Ini Malam Berinai

Rate this book
Sasterawan Negara Usman Awang ialah penyair milik rakyat malaysia. Maka oleh sebab itulah, tiga siri kumpulan puisi pilihan ini dikumpulkan untuk memperkenalkan susuk kepenyairan usman awang semula kepada khalayak penggemar puisi. Selain kembali menyuburkan rasa cinta dalam kalangan peminat puisi Usman Awang, siri ini juga menghulurkan tangan kepada pembaca yang baru ingin mengenali karyanya. Malam ini Malam Berinai merupakan gubahan kata-kata cinta seorang penyair. Dalam buku ini, kita menemukan kemanisan bibir seorang kekasih dan kesetiaan hati seorang anak melalui puisi-puisi terkenal Usman Awang seperti “Kekasih”, “Ke Makam Bonda”, “Dari Bintang ke Bintang” serta “Pemuda dan Gadis Tionghua”.

60 pages, Paperback

First published January 1, 2016

2 people are currently reading
25 people want to read

About the author

Usman Awang

49 books103 followers
Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.

Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.


Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.

Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.

Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.

Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.

Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.

Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.

(sumber: wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (14%)
4 stars
16 (47%)
3 stars
11 (32%)
2 stars
2 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books277 followers
May 18, 2016
Puisi Usman Awang ini perlu dibaca dengan mengambil kira latar zaman dan aliran realisme serta hakikat ia dikumpulkan selepas kematian Sasterawan Negara (SN) itu yang tentu memiliki kaedah tersendiri untuk memetik dan menghimpunkan karyanya dalam bentuk buku.
Profile Image for Hikaoru.
944 reviews24 followers
July 15, 2018
Is the point of this is to show how Usman Awang is a multifaceted being???

My mind (heart??) went on a rollercoaster reading this...From the reviews, I'd assume this is some sweet love poetry. Boy was I wrong. It goes from the happiness of having a child, to the sadness of parents growing old, to finally understanding your parents' problems, to poverty and thennnnn we got some sexy poetry. Not long after that we have some patriotic ones..then sad stuff.

One heck of a ride.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
January 4, 2019
Buku puisi pertama saya tahun ini. Nak komen banyak saya tak pandai... memang saya minat berpantun dah minat juga nak mula menulis puisi, tapi nak menghargai saya belum pandai. Puisi yang terkumpul dalam buku ini nyaman juga dibaca. Sehingga helaian ke 20, saya dah komplen dalam hati, mana puisi cinta ni... selepas tu baru mula masuk. Puisi Kekasih tu memang legend la... buat kata seorang Professor yg saya kenal di ukm, dia masa muda dulu biasa copy bait-baik Kekaaih dalam surat ci ta kepada buah hatinya.

Puisi Lagu Kita (buat adik yang bilang mau bunuh diri)... saya tak dapat selami rasa tertekan adik tu dalam puisi ni. Nada macam manis-manis ada laa

Suara Dari Pusara saya suka.... sedih. Perkara Biasa pun sedih.

Anak Jiran Tionghua, membawa message anak muda Malaysia hidup harmoni.

Lebih banyak puisi berbaur sedih pilu atau resah dalam buku ni bagi saya.

Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
November 15, 2018
Tentang cinta manusia.
Aku cukup terharu, pabila membaca puisi Usman Awang, yang didedikasikan pada anak-anaknya. Ia lebih terasa di jiwa, kerana ia adalah nyata, bukan sebuah angan-angan yang dipaksa.

Membaca puisi tentang kasih cinta berahi pasangan kekasih tidaklah begitu menambat hatiku... Tapi cukup untuk melayan seketika cuma keindahan bahasanya.

Ah, kenapalah aku tidak membaca puisi dari dulu lagi?
Profile Image for crow.
6 reviews
July 27, 2025
Barisan mutiara gigimu terkunci di balik bibir, dan siapa
yang akan barpaling untuk tidak mencecap


It’s shameful to admit but I never cared about local writings— be it literature, fiction, poetry etc.— till now. One day, I was browsing a bookstore’s website and saw a familiar name (I went to a school with the same name as the author) and I was intrigued. Thus, the next day, I went and lent the whole collection from library (for the first time).

In this collection of poetry, I noticed four prominent themes in the most memorable poems— to me. They were death, love, left-leaning mindset, and feminism.

Death
We were greeted by the talk of death on the second page, titled Perkara Biasa. The poem spoke of the norm surrounding death and human’s apathetic nature towards strangers (even if the stranger is dying).
Apa mahu tanya dan banyak soal?
Bukan anak kita- bukan saudara kita- bukan kenalan kita.
Langgar luka dan mati perkara biasa
dan berlaku di mana-mana
juga pada anak-anak jalan yang meminta-minta.

Throughout the book, Usman Awang mentioned death, but this one is particularly grim due to it being on the second page and a kid was being an example towards his criticism of people’s apathy.

Love
Usman Awang breathtakingly described the cycle of love— the sweetness and its bitterness— in Cinta and Kubur tak Bernisan.

In Cinta, he spoke of the different phases one would face if they were to pursue romantic relationship.
Akhirnya kau bersuara juga
dan jari-jari kita berpautan bersalam
subur hati, subur jiwaku dalam wajah dunia
kerana hatimu telah menerima dan aku ada di dalamnya.


And in Kubur Tak Bernisan, he talked of the devastating end to perhaps a beautiful relationship and how one cope with such dismal situation, by either seeking emptiness/loneliness or hope/salvation.
Dalam matamu, ah, pudarnya cahaya.
Ketika itu aku sudah dalam perjalanan
mencari antara kehampaan dan harapan.


The Left
I do not know Usman Awang, but in several instances throughout the book, I got the feeling that he had left-leaning political mindset.

In Hadiah, he stood his ground by being an anti-imperialist by saying “they” should arm the kids/future generations with love, instead of guns.
Anakku dan anak-anak kita semua
Jangan dilukai hati mereka dengan senjata,
Biar di wajah dan hatinya cinta berbunga,
Dunia yang damai, hidup yang sejahtera!


The second instance, his critique towards capitalism that fueled people’s greed and apathetic nature in Suara dari Pusara.
tapi sebidang tanah tak ada untuk kita
selain untuk menanam mayatku
(ini pun nanti pasti mereka memikirkan
betapa untung jika disini didirikan kilang).


Feminism
This point correlate with the previous, but I feel it deserves its own point and space to put a spotlight on. I know it’s a bare minimum for a man to care about women’s right, but a combination of being born in 1929 and Malaysian-born is quite rare.

Betapa mereka diperdagangkan
Dari sistem lelaki kapitalisme;
Betapa mereka diperhamba
Dari aturan lelaki feudalisme.

Betapa pula mereka sama dimuliakan
Dalam persamaan hak sistem sosialisme!
Wanita berani tidak lagi menangis
Zaman kebangkitan setiakawan
Dengan sayap taufan!

As stated on this point being correlate with previous, Mereka Tidak Lagi Menangis was his critique towards capitalism, feudalism, and men’s general view of women. He also defended socialism.

This book is a beautiful start of the trilogy, and I can’t wait to read more :)

Seperti pahlawan gugur di medan depan,
Cinta kira berkubur tak bernisan.
Profile Image for Najah Mustapa.
91 reviews5 followers
May 30, 2017
Suka pada bahasa dan metafora yang digunakan, cuma mungkin keadaan ketika membacanya kurang tepat yang membuatkan saya kena membacanya berulang untuk memahami maksudnya. (mungkin juga saya masih baru dalam dunia penulisan puisi). Tidaklah terlalu berat ditambah pula dengan penggunaan bahasa yang lembut. Sesetengah puisi di luar sana tampak keras dan tegas, itu ternyata berbeza dengan puisi di dalam buku ini. Seperti yang dinyatakan, memang kebanyakkan puisi didalamnya bertemakan cinta.
April 18, 2024
buku pertama dari tiga buku kumpulan puisi oleh SN Usman Awang, puisi-puisi dalam buku ni bertemakan cinta dan kasih sayang dalam pelbagai bentuk. macam biasa, bila pertama kali aku baca puisi aku kena betul-betul fikirkan dan mendalami puisi-puisi tersebut. mungkin aku akan edit review ni dengan ulasan yang lebih mendalam selepas aku baca buku ni buat kali kedua pada masa akan datang, Insyaallah :)
Profile Image for Squilvia.
318 reviews
August 4, 2024
Well--he is Usman Awang. There is not much there for me to comment on. And for those who are planning to read this poetry collection, do read the Kata Pengantar too; the vibe was spot on.

"Usman Awang sentiasa memujuk; Usman Awang tidak pernah memaksa. Menjadi pembaca Usman Awang bermaksud kita sentiasa menjadi kekasih di bibirnya."
Profile Image for Aliff Awan.
Author 6 books19 followers
April 30, 2019
Saya rasa sedikit ralat membaca beberapa sajak Usman Awang. Ada beberapa yang menarik minat.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.