Jump to ratings and reviews
Rate this book

Drive-thru Mr. Satay

Rate this book
“Izz....”
“Hmmm....”
Pipiku terasa diusap lembut. Belaian yang selalu Daniel Mirza berikan. Danny? Tapi aku dah putus dengan playboy tu dan Danny tak pernah panggil aku Izz!
“Izz....”
Terasa seperti suara itu begitu dekat dengan telingaku.

Bagaikan diseru, aku celikkan mata yang terkatup dek rasa mengantuk. Aku menggosok mata. Terperanjat. Kereta sudah pun berhenti di pekarangan rumah banglo daddy dan mummy. Malah, kereta orang tuaku telah berada di garaj.

Buntang mataku. Kali ini aku lebih terkejut. Rupanya kepalaku terlentok di bahu Amirul. Malah, tanganku ‘gatal’ memeluk erat lengannya. Amboi, manjanya aksi kau, Reeza! Tempelak hatiku.

Perlahan-lahan aku angkat kepala seraya merungkaikan pelukan di lengan Amirul.

“Pak Mat mana?” Aku pura-pura menoleh ke kanan dan kiri. Konon mencari kelibat Pak Mat, driver keluargaku. Aku sengaja tidak memandang muka Amirul. Perasaan malu masih berbaki dek perbuatanku yang di luar kesedaran.
“Untung jadi Pak Mat, bangun tidur Izz terus cari dia,” tutur Amirul bersahaja.
Aku ketip mulut seperti tersalah cakap.
“Pak Mat dah masuk rumah setengah jam yang lepas.” Amirul berkata lagi bila aku hilang modal untuk bersuara.
“Kita dah sampai setengah jam tadi? Kenapa awak tak bangunkan saya?” soalku sambil menayang kerutan di dahi.
“Abang tak sampai hati. Lena sangat Izz tidur atas bahu abang.”

Sekali lagi aku dilanda segan. Hilang kerutan di dahi, tapi pipi pula terasa hangat. Mujur suasana malam mengaburi perubahan wajahku yang cepat merah. Perlu ke Amirul sebut perihal aku tidur di bahunya? Memang aku nyenyak berbantalkan bahunya yang lebar. Cuma tang peluk lengan Amirul tu sumpah aku tak sengaja. Semuanya didorong oleh tindakan minda bawah sedar.

“Saya penat sebab tu tertidur,” ujarku demi menutup malu. Aduh, bilalah aku boleh keluar dari kereta ni?! Hati memberontak lantaran cemas berlamaan di tempat duduk belakang dengannya.
Amirul tidak berkata apa-apa. Sebaliknya dia hulurkan tangan. Aku terpinga-pinga.
“Abang tahu Izz penat. Jom, kita masuk dalam. Izz boleh sambung tidur.”
Tanpa berlengah aku menyambut tangannya. Tatkala telapak tangan kami bersatu, Amirul menarik tubuhku rapat kepadanya. Belum sempat suaraku memprotes, bibir Amirul mencecah pipiku sekilas.

Terpanar. Spontan aku menyentuh pipi. Aksiku seperti gadis naif.

“Ke… kenapa awak cium saya?” Disebabkan terlalu terkejut mulutku terlanjur bertanya. Perlukah ada sebab bila Amirul cium kau, Reeza? In fact, he is your husband!
“Errr… Izz marah dengan tindakan abang?” Amirul tampak serba salah.
Geleng. Aku tidak boleh marah kerana Amirul bebas memberi sentuhan terhadapku.
“Saya tak marah… cuma terkejut.” Mukaku tertunduk.
Tangan kasar Amirul hinggap di daguku. Dia menarik wajahku supaya pandangan kami bertemu.
“Kalau ada tindakan abang yang Izz tak rela, Izz boleh suarakan. Jangan pendam atau paksa diri Izz. Ini kali pertama abang kendalikan hati seorang perempuan. Adakalanya abang akan tersalah cakap atau tersalah tindakan.”

Aku tidak berkata selain mengangguk. Hatiku tersentuh dengan tutur kata Amirul yang sopan dan berhemah. Dia nyata sedang belajar memahami diriku. Meletakkan hubungan kami di tingkat teratas yang perlu dilindunginya. Betapa aku melihat kesungguhan seorang suami untuk mengenali isteri sepertiku.

“Jom kita masuk rumah daddy,” ajaknya.

Wok Minah membuka pintu setelah aku membunyikan loceng pintu. Aku menonong masuk sedang Amirul pula mengucapkan terima kasih kepada Wok Minah. Kemudian Amirul memperkenalkan dirinya. Pembantu rumah itu kelihatan tersenyum segan disapa ramah oleh Amirul.

Aku menunggu di anak tangga. Amirul mendekatiku setelah mengucapkan selamat malam kepada Wok Minah. Tanganku dicapainya ketika kami mendaki ke tingkat atas. Seolah-olah bilik yang kami tuju itu ialah biliknya.

Setelah pintu kamar ditutup oleh Amirul, aku tiba-tiba jadi tidak keruan. Berdebar semacam. Kini tinggal kami berdua dalam satu ruang yang dilengkapi sebuah katil. Suasana sudah jauh lewat malam. Aktiviti yang sesuai dikala ini hanyalah tidur. Dan tidur jenis apakah yang akan aku lalui lewat malam ini? Apakah Amirul akan menuntut haknya sebagai suami? Pasrahkah aku jika dia menuntut?

“Awak mandilah dulu. Saya keluar sekejap.” Aku berpaling untuk keluar dari bilik. Namun, aku terlupa bahawa Amirul sedang berdiri di belakangku. Maka terjadilah adegan berlanggar, tapi mujur tangan Amirul cekap merangkul pinggangku.
Terkelip-kelip mataku. Terkejut dan terpegun.
“Sorry,” lafazku tanpa sedar. Sorry? Kenapa aku minta maaf? Aku ada buat salah ke? It should be THANK YOU, Reeza! Aku kemam mulut.
Amirul senyum. Aku perasan kedua belah pipinya berlekuk lesung pipit. Manis. Good, that was your first compliment about him! Aku telan liur mendengar hatiku memuji Amirul.
“Izz nak ke mana?”
“Errr... ke dapur. Dahaga.” Tergagap-gagap aku menjawab pertanyaan. Nampak sangat yang aku sengaja nak lari dari duduk berduaan dengannya di dalam kamar ini.
Bagaikan mengerti pe...

696 pages, Paperback

First published June 1, 2016

9 people are currently reading
139 people want to read

About the author

Aii Fariza

7 books44 followers
Mengambil jurusan Bahasa Arab dan Komunikasi di USIM.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
53 (48%)
4 stars
41 (37%)
3 stars
12 (11%)
2 stars
2 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 34 reviews
Profile Image for Amal Lee.
279 reviews33 followers
July 20, 2023
Banyak sangat makan gula ke Amirul? Setiap kali bukak mulut cakap hmm sampai ke sini blushingnya terasa.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
February 24, 2017
4.7*

Karya pertama penulis yang aku baca. Boleh hadam dengan baik. Pincang sikit kat sana sini tu adat la.

Dah lama tak baca novel yang boleh buatkan aku menangis secara tiba-tiba sebab ada beberapa part dalam kisah ni yang buatkan air mata bergenang tanpa diduga.

p/s: Aku beli novel ni sebab baca blurb kat belakang cover yang hero dia miskin. Memang hero dia miskin. Miskin kasih sayang sejak kecil. Kesian dia.
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
August 17, 2025
Najwa memang tak boleh lari dengan konsep arranged marriage. Just take my money and my time lah, I sanggup habiskan duit dan masa untuk trope ni.



Banyak gila benda nak cakap pasal buku ni! Dah lama tak rasa wholesome, rasa excited baca buku cinta, but this book give it all! Aish kerja aku senyum tak sudah, bayangkan pergi kerja pun teringat-ingat buku ni and tak sabar nak balik and sambung baca buku ni haha.

First, mari kita bercakap pasal heroin, Tengku Izz Maritza. Nama yang sangat cantik, dan saya bayangkan Maritza ni secantik Kristin Kreuk. Sumpah suka gila dengan dia punya karakter! The girl who is spoilt but not rotten all I can say. Eventho kita sedang membaca POV 1 daripada Izz Maritza, tapi tak pernah sekali saya rasa ralat. Penulis berjaya bawa watak Izz Maritza tanpa perlu oversell karakter heroin. The spoil but is not rotten kan? Karakter dia selepas kahwin buatkan saya suka dan terlampau suka sebab dia jenis yang mendengar dan berterus terang. I love her so much!

And please, can we talk about Amirul Muiz? Amirul Muiz, the man you are 😩🫴🖐️ Please, where can I get this man? WHERE. CAN. I. GET. A. MAN. LIKE. HIM? Sumpah ya saya cakap, kerja saya setiap kali baca beberapa page saya mesti tersengih, melompat-lompat ataupun saya akan cakap "Pick me, choose me, love me!" Dia punya yearn dekat Izz Maritza memang mengalahkan semua hero-hero novel yang saya suka, ini Ehsan dengan Ali pun kalah weh! Sudahlah jenis yang true to his words, what he want he will do, what is best for his wife dia akan usahakan juga. Ya Allah mana nak dapat lelaki macam ni?

Repeat after me, girl: The man who yearns is the man who earns! 🗣️🗣️🗣️

Eii suka betul lah dengan lelaki macam Amirul Muiz ni, setuju dengan Izz Maritza, rugi gila siapa yang lepaskan lelaki macam Amirul Muiz. He's the man who step up! You win lah Amirul Muiz, menang dalam segala hal!

And walaupun Amirul Muiz ni berkulit sawo matang, I keep on imagining Tom Welling as Amirul Muiz, sebab who can resist Tom Welling's smile tu just like how Izz Maritza describes the sweetness of Amirul Muiz smile but with dimples?


Tapi masa konflik berlaku dalam rumah tangga mereka berdua, hati saya tak sanggup nak baca. Setuju dengan reviewer lain yang cakap dialog, the tension and the drama tu memang terasa-rasa. Amirul dengan Izz, dua-dua tak salah. Dua-dua ada silap, dua-dua cuma perlukan cinta masing-masing (ececey). Tapi memang rasa heartbroken pasangan suami isteri ni. Sedih tu terbawa-bawa ke sini tahu tak!

Suka juga watak-watak sampingan dalam cerita ni, semuanya main peranan dengan baik dan pemberi rencah dalam buku ini.

Bagi saya, buku Drive-thru Mr. Satay ni karya paling baik yang penulis tulis (setakat yang saya baca) Agaknya kalau buku ini dikemaskan lagi dari tatabahasa, penggunaan bahasa Inggeris dan diterbitkan semula, sayalah promoter nombor satu buku ini hahahaha.

The way I switch from no 1 man hater to no 1 man lover so fast lepas baca buku ni 😆. Manis terasa sampai ke sini di dunia realiti. Definitely would read this book once again kalau rasa nak berangan-angan.

Oh iya, buku ni perlukan parental guidance. Tidaklah berbentuk lucah, cumanya macam a bit uncomfortable (saya repeat, tiada yang lucah ya) memandangkan cerita ni ada sebutkan kehendak biologi pasangan suami isteri.

Eii susahlah nak move on macam ni, susah tau susah kalau wataknya hidup dan buatkan saya teringat-ingat.

And I have a song for each of them, memang sesuai sangatlah untuk naratif diaorang berdua ni:
Izz Maritza - Mariah Carey My All
Amirul Muiz - The Police Every Breath You Take

Teringat dua lagu ni setiap kali membayangkan betapa cintanya masing-masing dekat pasangan sendiri hahaha.

Okay now, let me sambung berangan untuk cerita ni. (As they drag me back to the asylum, dah balik-balik)


"...I just can't seem to get enough of you."
Profile Image for Mslvoe.
2,062 reviews200 followers
October 18, 2024
So SWEET!!! Both characters best. Izz boleh adapt dengan new environment.. from luxury to kampung life. Kahwin pulak dengan Amirul yang sangat² penyabar.

Bersusah payah Amirul cuba memberikan keselesaan pada Izz. Satu sifat Izz, dia taat. Taat pada ketentuan Nenda Sufiah, taat pada Amirul.

Kesian life Amirul bila tahu kebenaran. Tapi kesian jugak pada Izz bila dia dipulau oleh Amirul.

Overall best tau storyline dia. Mula² F cam pening jap happy.. tiba² ehh napa berduka pulak. Tersalah mukasurat ke apa.. ooo rupa²nya memang gitu jalan cerita dia.
Profile Image for twiggies.
91 reviews5 followers
August 9, 2025
– walaupun buku ni almost 700 pgs. lepas habis baca aku rasa nak lagi T—T sebabtu tak suka bila baca cerita kahwin awal, ada attachment issues.

– awal awal masih slow & steady sebab tak ada yang serious lagi. penuh dengan scene bersemut jee maneih meleting🙂‍↔️ just them trying to build their relationship. bagi aku their build up tu nice especially untuk Izz.

– plot cerita ni revolves around marriage of convenience, so memang ada few conflicts pasal ‘syarat’ yang dipersetujui awal cerita.

– jujurly, lepas dah masuk conflict pergaduhan besar barulah rasa syok & berkobar kobar nak baca.

– ingatkan Amirul is going to be a calm person je, tak sangka his personality split macam tu after knowing the thruth. but valid jugak, sebab RASA DIPERGUNAKAN KOT. and aku suka cara Izz nak win hati suami dia balik. the tension between them sangat lurve ye!!

– and the book is considered good (for me) bila aku pun ikut sama rasa sakit baca dialogues between the characters. wallahi waktu that conflict maap shakap, I FEEL LIKE I WAS LIVING IN THAT SCENE. MACAM AKU PULAK YANG KENA MARAH & DIPULAUKAN😭

– as for the character, Amirul ni 3G sikit (gedik, gatal, gelenya) so if someone tak berapa suka the idea of lelaki macam tu maybe akan rasa meluat. tapiii he’s still a walking greenflag😭 husband material y’all. family man, provider, penyabar, soft spoken, semua benda yang baiklah dia kaut. HE IS EVERY WOMEN’S DREAM FRFR. ni kalau wujud irl, aku yang masuk meminang🤡

– Izz ni aku suka perwatakan dia. ingatkan she’s going to be bitchy & memberontak gaya anak orang kerabat, tapi tuptup, she’s slowly adapting dengan kehidupan Amirul. segala nasihat suami dia OKAYED je. paling lurve dia outspoken, apa apa yang dia tak puas hati, she can easily blurt it out😂

– buku ni nak kata draggy, maybe yes, maybe no. sebab when i thought everything dah selesai, LAHHH MUNCUL PULAK DRAMA BARU. DAH MACAM TENGOK SINETRON 100 EPISOD.

– tapi kesinambungan tu bagi aku memang patut ada untuk menjawab segala persoalan, cuma some parts tak execute well so peleraian macam too simple for me.

– also ada repetitive scenes. banyak sangatlah bagitahu pasal their ‘mission’. kalau awal je explain panjang panjang understandablelah to give us a clear picture. tapi lepastu ulang lagi, belakang bagitahu lagi. LIKE OKAY ENUFF I GET IT.

– oh idk if this is intentional spelling ke typo. tapi kadang Reeza, kadang Rezza. banyak jugak.

– overall, definitely akan reread again&again whenever i feel like nak something yang gedik gedik tapi still ada drama &&& FULL WITH NASIHAT AS WELL🫶🏻
Profile Image for Fiqa Najwa.
67 reviews
June 4, 2024
Ya Allah ketar ketir lutut ku sepanjang baca buku ni 😭 Amirul Muiz ni ya ampunnnnn tersangatlah husband materialnya yaaaa. Dengan soft spokennya, sabarnya, lesung pipitnya 😍, mulut manisnya. Tapi sekali dia marah, kecewa hanya tuhan saja yang tau. Betul la orang kata orang yang bersabar sekali dia marah puffff 😔. Yang kenanya si izz tapi sampai aku sekali terasa 💔. Aku suka character development si izz ni dan kaum kerabat dia. Btw ni first buku daripada penulis ni yang aku baca. Penulisan okayy santai aku boleh masuk. Jemput la baca buku niiii walaupon jalan cerita dia agak biasa tapi olahan dan amirul muiz buat kita teruskan membaca kikiki
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
June 30, 2024
reread my comfort book sebab rindu Amirul dengan Izz🥹🤍
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
August 16, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Sangat menghiburkan! Best one so far by Aii Fariza.


In some way, ia mengingatkan N cerita Maaf Jika Aku Tak Sempurna by Acik Lana, which I also love.

N suka dengan watak Izz walau pun N kesian dengan watak Amirul. Punya lah payah nak memastikan si isteri yang biasa dengan hidup mewah untuk tidak rasa susah hidup bersama dengannya.

N juga suka dengan transformasi yang ditunjukkan oleh watak Izz. Maybe it's simplistic (and in a way naive), but it's not unheard of.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
February 6, 2017
Rate 4.6 for this book..Saya rasa antara karyanya yg lain..ini yg terbaik..ini bagi sayalah..not speaking for the rest. Actually nothing about the book attracted me at first even the sypnosis which lack important details tapi tak tahu kenapa hati kecil ni still say I want to have this book..nampaknya berbaloi dan tak stress with heavy plot..complicated sikit je.

Yang tak best :
1. I have to read certain line a few times to ensure whose pov is that.
2. From happy moments tiba2 next chapter sedang berduka..u have to read far out in order to know what actually happen. Buat penat je asyik kena flip back to the old chapters..tapi sebab dah tahu her style of writing this book after terkena a few times, i stop flipping to old chapters.

*******************
Kerana darjat, taraf kedudukan dan harta, hidup anak serta cucu menderita.
Kerana seorang ibu yg materialistic dan tamak harta, hidup anak diperjudikan.
Kerana terlalu berahsia demi menjaga hati seorang suami, dia terpaksa menanggung amarah dan kebencian suami.

Sebenarnya watak mereka ni bukan buruk pun..baik juga tapi tulah dah dikaburi harta dunia.

Amirul seorang lelaki yg tabah, rajin, penyayang, dan lain2 character that falls under Mr Perfect 10. Hidup besederhana. Penyabar, sukar membenci dan tak suka berdendam.

Izz Maritza seorang yg degil dlm mendengar kata. Senang dibentuk tapi kkdg buat sesuatu tanpa fikir natijahnya.
___________________________

Kerana memberontak tak dapat belajar overseas, Izz hampir terkena musibah yg akan meninggalkan titik noda dalam hidupnya. Syukur dapat diselamatkan oleh orang suruhan Nendanya sebelum keadaan melarat. Hampir dibuang Keluarga dan harta oleh Nenda kesayangan. In order to stay being a kerabat, Nenda buat keputusan untuk menikahkan dia dgn Amirul.. bersyarat.

Bermulalah episod rumahtangga Izz dan Amirul. Sebaik sahaja kahwin, Izz dibawa pulang hidup dikampungnya. Semua kerja dalam rumahtangga Amirul yg lakukan without complain walaupun haknya sebagai seorang suami sering ditolak oleh sang isteri. Amirul mendidik dan melayan sang isteri dengan penuh kelembutan dan kesopanan dalam berbicara dan memberi dia keutamaan. Boleh tahan romantik, ayat yg bergula tapi tak menggelikan.
Yang bagusnya Izz ni dia senang nak dibimbing walaupun awalnya dia memberontak. Dia ingat dia akan hidup susah tanpa harta tapi dia realised that without Amirul her life is nothing sebab Amirul membimbing dia ke jalan yg lurus tanpa judging her dan tidak berkeras.

Alhamdulillah Izz berubah tapi tak lama kemudian kerana hasad dengki manusia, musibah menimpa dirinya. Segala rahsia mula terbongkar. Amirul meninggalkan Izz kerana dia rasa diperbodohkan Izz sebanyak 2 kali sedangjan Izz telah diberi banyak peluang untuk menjelaskan tapi dia tetap ingin berahsia. Macam2 yg Izz buat untuk menangi hati Amirul kembali tapi tak berjaya.

Siapa sebenarnya Amirul dalam kehidupan Izz? Ada rahsia yg bila disingkap boleh merosakkan sesebuah hubungan. Rahsia apa yg Izz simpan demi melindungi orang yg dia sayang? Berjayakah operasi memujuk suami?
Profile Image for Mask D.
132 reviews6 followers
August 17, 2016
one of her best work yet. jangan di cuba kesabaran, orang yang sabar, bila marah, mengerunkan.

Pick this book and read it. You woudnt regret it, BEST.
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
April 30, 2019
I likeee. Jalan cerita tak complicated. Actually ada certain part aku boleh agak what's next. Tapi yang bagusnya buku ni, ada banyak sangat ilmu dalam cerita ni. Thumbs up for that 👍
Profile Image for Bay.
264 reviews4 followers
February 17, 2024
Bersemut sangat bila baca buku ni. Amirul yg manis, Izz yang lembut tapi ada kerasnya. Comel sangat buku. Krisis pun heavy tapi takde la stress sangat. Probably sebab author pandai bagi the after effect baru beritahu the cause of it.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
October 24, 2016
Giler la kalau baca dan x suka.. hehehe... ohsem giler kisah hidup si izz ngan si amirul. walau gist dia hanya satay, but still satay kat london, ko ada? hahahaha

tp bila kat part konflik, dah mula aksi pujuk2 manja. i lioke!!! part meehoon goreng pun blh jadi bahan yer. sib baek jodoh kome kuat, walau penat la nak mencari mangga dan kunci kat seine river, both of them is ohsem!
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
November 25, 2022
Disebabkan satu kejadian, maka hadirlah satu penyelesaian. Adakah penyelesaian itu menguntungkan kedua-dua pihak? Tidak. Itulah apa yang Tengku Izz Maritza hadapi pada awalnya.

Mahukan dia menjadi seorang isteri pada lelaki yang tidak punya apa-apa. Entah apa yang nenda fikir pun, dia tak boleh agak. Tapi dia tahu jika dia menolak, pasti nendanya tidak akan peduli padanya lagi.

Atas sebab syarat yang tertentu, Tengku Izz Maritza berkahwin dengan Amirul Muiz, seorang penjual sate. Bahagia? Oh tak mungkin, kata Izz. Dia tak boleh bayangkan dirinya hidup bersama Amirul.

Tapi berlainan bagi pihak Amirul, dia cuba sedaya upaya mendidik dan menjaga Izz walaupun serba serbi kurang. Hati Izz mula terbuka menerima dan tersentuh akan sifat Amirul. Sudah jatuh cinta ke Izz pada suaminya?

“𝘈𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘳𝘪𝘯𝘥𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘦𝘴𝘶𝘥𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨. 𝘐𝘻𝘻 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘮𝘢 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘢𝘣𝘢𝘯𝘨. 𝘐 𝘫𝘶𝘴𝘵 𝘤𝘢𝘯'𝘵 𝘴𝘦𝘦𝘮 𝘵𝘰 𝘨𝘦𝘵 𝘦𝘯𝘰𝘶𝘨𝘩 𝘰𝘧 𝘺𝘰𝘶.”

🧸

Apabila bahagia pasangan itu, terselitlah dugaan yang mendatang pada mereka. Mampukah Izz pertahankan Amirul yang seakan jauh hati padanya? Mampukah Izz pujuk hati suaminya itu?

“𝘛𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘵𝘶. 𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘬𝘢𝘱 𝘢𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘴𝘢𝘭 𝘱𝘪𝘭𝘪𝘩 𝘐𝘻𝘻. 𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘬𝘢𝘱 𝘢𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘬 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘐𝘻𝘻 𝘭𝘢𝘨𝘪. 𝘚𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘢𝘪𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘐𝘻𝘻, 𝘢𝘣𝘢𝘯𝘨.”

🧸

Siapa belum baca buku ni, rugi noh. Bila si Amirul ni bersuara, mesti cair je tau zu. Rasa macam nak highlight je semua dialog Amirul ni 🤣 Zu baca buku ni from my kawan said so, and turns out memang best! So i do recommend this book cuma buku ni dah lama so tak sure ada lagi yang jual ke tak 😭
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
August 28, 2017
I had fun. Husband of every women's dream... Reeza berubah pun ke arah yg baik. I couldn't agree more... with conflict towards the end, I'm glad it's a happy ending.
Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
May 31, 2023
Ini adalah salah satu 'favourite' novel aku. Baca banyak kali pun tak bosan ☺️

TENGKU IZZ MARITZA, AMIRUL MUIZ, RAJA SUFINA, RAJA SARA, TENGKU ISKANDAR, RAJA SUHANA, TENGKU ZULAIKHA, TENGKU IZZ BATRISYA, TENGKU IZZ RAIHANA, CHE HA, UNA, MIRANDA, TENGKU DANIEL MIRZA, RAJA SHARIF, RAJA SHAHIR, WOK MINAH, NAYLI, MAK CIK JOYAH, SOFEA, TOM

Izz anak kepada Raja Sara dan Tengku Iskandar. Cucu kesayangan nenda Raja Sufina. Akibat tindakan Danny, Izz diberi pilihan samada mereka sekeluarga dibuang daripada kerabat atau berkahwin dengan jejaka pilihan nenda. Tawaran nenda hendak menyerahkan harta terhadap anak sulung Izz menarik perhatian mummynya, Raja Sara. Setelah dipujuk oleh Raja Sara dan demi kepentingan keluarganya, Izz memilih untuk berkahwin.

Amirul Muiz, penjual sate di pasar malam bersama partnernya, Yusof. Juga terpaksa memilih sama ada berkahwin dengan cucu Raja Sufina atau membayar pampasan setengah juta ringgit kerana gagal menamatkan pelajarannya di UK. Amirul bersetuju menjadikan Izz pasangan hidupnya.

Pada mulanya Izz berasa terseksa tinggal di rumah peninggalan ibu saudara Amirul, Khadijah. Namun, sikap Amirul membuatkan Izz semakin rela dengan ikatan yang disatukan oleh nenda Sufina. Sedikit demi sedikit hatinya terpaut dengan Amirul. Izz berhijrah menjadi lebih baik. Hubungan mereka mesra walaupun latar belakang sebenar Amirul Muiz terbongkar setelah Che Ha menyampaikan apa yang diberitahu oleh ibu Dijah. Namun, rahsia perjanjian di antara nenda Sufina dan Izz membuatkan Amirul berasa terhina. Cinta, kepercayaan dan kejujuran yang diharapkan daripada isterinya hancur lebuh. Amirul mula berkata kasar dan bersikap dingin terhadap Izz. Perwatakan Amirul berubah sehari selepas Izz keguguran kerana tindakan Danny. Izz tidak menyangka bahawa mummynya penyebab rahsia itu diketahui oleh Amirul.

Izz Maritza berusaha menawan semula hati Amirul Muiz. Sabar dia dengan kedinginan dan kata-kata kasar Amirul. Demi memohon kemaafan dan tidak sanggup rumah tangganya berkecai, Izz belajar menjalankan tugas sebagai isteri. Memasak dan menguruskan rumah. Satu hari, Amirul jatuh di tebing gunung dalam usaha menyelamatkan pendaki jagaannya. Dia terlantar di hospital. Setelah terjaga, Amirul sedar akan kesilapannya terhadap Izz. Kedua-duanya saling meminta maaf.

Nama sebenar Amirul adalah Raja Amirul Muiz Bin Raja Shafiq. Raja Shafiq, anak sulung Raja Ahmad dan Raja Sufina. Abang Raja Sara. Pak Long Tengku Izz Maritza. Mempunyai restoran Satay House di London. Pendapatan setahunnya mencecah RM700K. Pernah merantau di overseas selama 5 tahun. Sikap rendah diri dan tidak menunjuk kekayaannya. Lebih selesa dikenali sebagai penjual sate pasar malam.

Kata Izz Maritza, "Tak kenal maka tak cinta."

Kata Amirul Muiz, "Abang akan buktikan yang kebahagian itu tidak terletak pada pangkat dan harta."
Profile Image for Qie.
34 reviews3 followers
February 9, 2023
BOOK 13 📚
TAJUK : DRIVE THRU MR SATAY by AII FARIZA
•••
📌 RATING : 5 / 5 ⭐️
📌 PAGES : 696
📌 AGE :
TENGKU IZZ MARITZA : 22 TAHUN
AMIRUL MUIZ : 29 TAHUN
•••
Reread this book sbb ni novel fav saya !! Mmg ada kekurangan sikit tapi saya pejam mata je la sbb saya bias and lurvee AMIRUL MUIZ 🤣
•••
Cerita yg simple tentang kahwin paksa. Tengku Izz Maritza yg terpaksa kahwin dgn Amirul Muiz, seorang penjual satay setelah diugut oleh nendanya.

Amirul ygsoft spoken. Amirul yg lemah lembut. Amirul yg baik hati. Amirul yg sentiasa mengalah. Amirul yg sntiasa berusaha untk tunaikan apa shj isteri dia nak. Amirul yg pndai masak🥹

Amirul yg husband material nk mampus 😭🫶🏻 Mana taknya, masak , kemas rmh, sidai baju, lipat bju senang kata smua krja rmh Amirul yg buat. Bkn sbb Izz xnk buat tpi Amirul yg nk buat smua tu. Dia xbgi isteri dia buat apa pun.

Amirul yg sanggup belajar cara buat steak sbb isteri dia teringin makan. Lepas balik meniaga satay, terus masak untk mkn mlm isteri dia sbb Izz ada gastrik so Amirul mmg slalu masak on time and ajk Izz mkn.

Sanggup redah hujan lebat balik jgk rmh lepas berniaga satay sbb takut isteri dia ketakutan & lapar dekat rumah. Ajar isteri dia solat & sentiasa bgi nasihat.

Selalu minta maaf sebab tak mampu nk berikan kesenangan untuk isteri dia 😭😭😭

Amirul yg berusaha buatkan isteri dia jatuh cinta dekat dia and Amirul yg slalu insecure takut Izz jumpa lelaki yg kaya and tinggalkan dia.

“Terima kasih sbb sudi rindukan abang..” - Amirul
•••
Tengku Izz Maritza. Mmg pada awalnya dia mcm memberontak sbb terpaksa kahwin dgn org miskin and laki tu penjual satay pulak tu. Dah la kena duduk rumah kampung yg tidur pn kena pakai kelambu sbb nyamuk banyak.

Tapi lama kelamaan, dia terjatuh cinta dekat suami dia yg pandai ambil hati dia. Izz ni bukan jenis yg degil keras kepala smua. Izz ni sgt mudah mendengar cakap. Lemah lembut pun yaa jgk. Lama lama dia boleh adapt dgn kehidupan kampung. Selalu nk berdikari nk tlg masak semua tapi laki dia tu syg dia terlebih smpai taknak bgi buat apa pun. Bebetul jadi princess je dekat rumah 🤣 Dgr nasihat suami dia and bertudung bila suami dia suruh.

Overall cita ni comel lah. Simple and ada jgk part sedih. Banyak nasihat yg Amirul slalu bagi dekat Izz. Asyik tersenyum je baca novel ni.

Mmg susah kan nk cari novel ni ? Tapi korang boleh beli dekat FB penulis dia sendiri 🤗 (Aii Fariza) . Baru2 ni saya tnya bnyk stock lgi ke tak. Dia ckp buku ada tapi xblh nk handle skrng. In syaa Allah bila dh tak sibuk baru dia jual balik. So boleh la nk chat dia dlu ke apa tnya bab novel ni 🤗
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 17, 2017
kalau dibelek, ditelek dan di teliti betul-betul, cik adik penulis cantik nih sungguh-sungguh menyusun plot cerita dengan kemas. tahu mana nak letak dulu mana yang nak letak kemudian. bila cik penulis backwardkan penceritaan, jalan cerita makin lancar dan licin sebab pembaca akan mendapat jawapan pada setiap persoalan yang muncul. dan lagi, setiap ilmu yang terselit banyak manfaat pada pembaca. tak kiralah ilmu apa.. jom, kita cari...

ok, memang kisah kerabat orang kaya. tengku izz maritza memalukan pihak keluarga bila dia ditangkap berdua-duaan di hotel bersama danny walhal danny meletakkan reeza di bawah pengaruh dadah sehingga dia sendiri tidak sedar keadaan yang sebenarnya. nendanya, nenda sufiah mula menggunakan kuasa veto ke atas cucu kesayangannya itu. sama ada mahu terima semua syarat atau hilang segala harta. mummy reeza yang amat takut jatuh papa kedana mahukan anaknya itu menerima segala syarat. takut ko ya nak jatuh miskin sampai anak jadi galang ganti. ada jer perjanjian sebelum perkahwinan dijalankan. dengan nendanya reeza kena kahwin dan lahirkan anak supaya harta boleh diberi atas nama anak. dengan mummynya yang tamak haloba pulak cerai jer lepas dapat anak.. aduhai... perjudian manusia...

amirul muiz, lelaki pilihan nenda reeza untuk menjadi suami. bekerja sebagai meniaga satay. pada awalnya reeza memang terpaksa menerima apa saja kehendak nendanya termasuk ikut amirul berpindah. dengan keadaan rumah yang baginya serba daif dengan segala keperluan yang minima. cuma, reeza ni sebenar amat lembut hati. kena gaya dan cara yang amirul gunakan, semua kata amirul dia ikut tanpa banyak bantahan. walaupun kena naik motor kapcai.. hehe.. yang paling bijak bila amirul menggunakan pendekatan agama dengan cara paling lembut. reeza yang mulanya menganggap harta adalah segalanya, mula berubah menjadi yang lebih baik..

kisah sotong kurita gedik takde. itu yang bagusnya. hubungan kekeluargaan cantik digambarkan. walau macam mana salahnya mummy reeza, tapi mengenangkan mummy tu ibu, dan atas nasihat amirul, reeza memaafkan apa jua kesilapan ibunya itu walaupun banyak kepedihan yang terpaksa ditanggung termasuk bila amirul mula tidak percaya pada dirinya bila tahu tentang semua perjanjian yang ada. lupa pulak, ada rahsia yang nenda sufiah simpan berkenaan amirul nih.. bila reeza buat hal dengan danny nenda sufiah menggunakan kesempatan yang ada terhadap amirul... danny, si playboya hawau tu pun terima balasan setimpal. yang bengong nak pi rogol bini orang tu awatnya?... akai dah kecut ka?..

sweet mueet banyaakkkkk..... takpayahla korang nak muntah pelangila, nak muntah hijau, biru, merah semua kaler. cer terima positif, kehidupan berumahtangga kena sentiasa manis bergula, kopi pahit sesekali takpe... jadinya akan sentiasa segarlah hubungan suami isteri tu. suami jaga isteri, isteri taat dengan suami... kan elok tu. bercinta manis bergula lepas kahwin kan lagi bagus... tahniah cik puan penulis cantik Aii Fariza untuk kisah yang menarik nih...
Profile Image for addreads.
284 reviews25 followers
November 17, 2022
Disebabkan satu insiden yg memalukan, Raja Sufiah bagi syarat which Tengku Izz Maritza kena kahwin dengan pilihan nendanya. Ingatkan kerabat, rupanya dengan si penjual satay🤔 Izz ni memang dibesarkan dengan kemewahan apa dia nak semua dia dapat, tapi sebab nenek tersayang & family Izz setuju dengan syarat nenda🫣

Amirul Muiz🔥TALL DARK HANDSOME = PERFECT🫠 if RANT pasal dia je memang tak cukup caption ni😮‍💨Amirul ni lelaki yg serba cukup, penyabar, hebat masak, pandai, imam terbaik, loving, romantic, nakal eh🤫LOVE LANGUAGE DIA SEMUA WEH! eiii Amirul ni too perfect untuk exist BENCI LAH😣after dorang kahwin mission Amirul is to prove kan dekat Izz yg kekayaan bukan kunci kebahagiaan😚well what did he do to convince Izz?😏phew😮‍💨Amirul after kahwin memang treat Izz like a princess. setiap dialogue Amirul AD MACAM NAK KOYAK JE PAPER TU SEBAB SWEET SANGAT🤣

"𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐈𝐳𝐳 𝐦𝐮𝐧𝐜𝐮𝐥 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠, 𝐬𝐚𝐭𝐞 𝐣𝐚𝐭𝐮𝐡 𝐫𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚, 𝐈𝐳𝐳 𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐜𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚."

"𝐬𝐞𝐣𝐚𝐮𝐡 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐩𝐮𝐧 𝐈𝐳𝐳 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠, 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐈𝐳𝐳 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐫𝐮𝐧𝐠 𝐲𝐠 𝐭𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐧."

"𝐢 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐜𝐚𝐧'𝐭 𝐬𝐞𝐞𝐦 𝐭𝐨 𝐠𝐞𝐭 𝐞𝐧𝐨𝐮𝐠𝐡 𝐨𝐟 𝐲𝐨𝐮."

ENOUGH!😞 nak nangis sebab best sangat. But, manis-manis ofc kena ada masin-masin eh yeke😂apa yg masin? apa jadi? yg pasti Ad nangis tau😭

Overall! always be my COMFORT BOOK❤️Ad sangat suka DTMS ni! Ad suka Amirul dan Amirul eh i mean Amirul & Izz😜character Izz Ad suka which girl yg still accept any teguran, bukan memberontak tak sudah sangat adore her🥰 Amirul? tak payah cakap apa-apa😒Ad tak suka dia sebab dia perfect sangat geram aku. terlalu sempurna yg sampai Ad nak tukar nama Ad jadi Izz Maritza HAHAHAHAH. korang ni wajib ada tau😠 Ad marah ni🤣 please beli + baca! WORTH IT BAGI AD🙈 selamat mencari, membeli, membaca🤍
Profile Image for ⋆. &#x1065a; ˚ rynn ⋆. &#x1065a; ˚.
26 reviews3 followers
December 13, 2021
I was bored in my campus library when my eyes focused on this book right at bottom part of the shelf. I was kinda stressed at that time with assignments piling so I picked this book up without even bother to read the blurb. And, I am surprised!

This book is really really good! Yeah, maybe the title is quite cringey but trust me the book is worth it! I always find myself stealing some time to continue reading this even though I have a lot of works because I wanted to know what happen next in the story. Oh, all the romance and sweetness in the story never failed to made me smile.

The love interest, Amirul Muiz damn I swear to God he is one in a million. Gentle, patient, family-man, soft-spoken - all these words perfectly describe him. Not to forget, he's a good cook and a great imam, know lots of things about Islam, sunnah and all - oh such a husband material!

This book also made me realise how sometimes even our family member can be selfish and just care about their own happiness and not us. This book teaches me a lot about being humble and the importance of being grateful. Such a beneficial read.

So, if you happen to come across this book at your campus library, do not be afraid to pick this up <3
Profile Image for Qamar.
6 reviews
February 16, 2023
first of all, buku ni best sangat-sangat. dari awal sampai habis memang gelak dan blushing dan guling guling atas katil 😔🫶🏻 Amirul Muiz yang tersangat green flag buat saya rasa butterflies, the fact yang dia sangat memahami, protective, obsessive (healthy) and possesive (healthy), slow-slow ajak Izz berhijrah just made me fall for him. Tengku Izz pula— THATS MY GIRL. THATS MY GIRL. I LOVE HER. tak annoying, sangat pandai, sukaaa goda Amirul, nak belajar masak. perghhhhh, Mrs Satay and Mr Satay da best.

setiap ayat dan dialog dalam novel ni best. tak rasa bosan atau mengantuk bila baca. memang pandai penulis buat saya rasa nak tahu sampai terbaca buku ni dalam kelas- HAHAHAHAHHA

Profile Image for Syikin .
126 reviews
June 8, 2021
Keseluruhan cerita adalah okay. Heroin; Reeza daripada seorang budak bandar yang bermasalah boleh berubah menjadi seorang isteri yang lembut hatinya, menurut arahan suami dan yang paling utama mampu berubah menjadi muslimah yang mengikut syariat agama dengan bantuan suami yang tidak jemu jemu memberi sokongan
67 reviews
January 31, 2024
5 ⭐
Amirul such a green greenest male lead i ever read so so soft spoken, calm, matured. Trope arrange married novel ni tenang je sesuai utk baca kalau nak rilek rilek ja.
Hujung novel pedih juga la the misunderstanding but dont worry happy ending okay. No wonder ramai hype because the male characters its soo calming vibe kampung kampung small town. He really know how to treat his women ❤️
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
October 19, 2017
Best.menghiburkan dan lepas tu terus cari novel koleksi aii fariza yang lain.Wujud ke lelaki macam Amirul tu?haiihh perfect sungguh ya walaupun penjual sate je.Terus bertukar jadi wife mithali si heroinnya.Mendidik secara halus.sangat terkesan
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
March 25, 2023
Sedih part Amirul marah Izz tu.Boleh tahan jugak la mamat ni time marah 😂
Displaying 1 - 30 of 34 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.