Cinta, perasaan itu tidak pernah diundang dan tidak pernah dijemput. Jika ia memberi kebahagiaan, pasti segalanya indah. Namun apa yang akan berlaku jika derita yang ditinggalkan?
Begitulah hidup Nur Amili Sofiya. Cinta yang hadir tidak pernah membahagiakan dirinya. Namun kehadiran Iman dalam hidupnya adalah cinta paling ikhlas dan jujur yang pernah dirasainya. Kemudian muncul Ghazi, lelaki yang menagih cinta darinya. Kesungguhan, ketulusan dan sifat bertanggungjawab Ghazi membuatkan Sofi kalah.
Namun kebahagiaan yang dikecapi tidak lama bila Amri, kekasih pertama Sofi hadir menagih kembali kasih lama mereka. Ghazi terkejut bila mengetahui rahsia yang disimpan Sofi selama ini tentang siapa Iman sebenarnya. Yang hairannya kenapa Sofi perlu berahsia. Rahsia yang dibawa Murni itu sekali gus menghancurkan impian Ghazi dan Sofi untuk hidup bersama.
“Cinta Sofi pada abang, cinta sampai mati. You are my other half. Takkan mudah Sofi nak hidup tanpa abang.”- Nur Amili Sofiya
“Abang bukan sekadar cintakan Sofi, tapi Sofi udara untuk abang. Sofi bulan dan matahari untuk abang. Abang tak boleh hidup kalau Sofi tak ada.” - Ghazi Hashim
Popular Novelist Hanizura Jamaludin known as Aisya Sofea.
AISYA SOFEA atau nama sebenarnya Hanizura Jamaludin adalah seorang penulis berbakat besar. Anak sulung yang dilahirkan di Kelang, Selangor ini mula mengukir namanya melalui JAUH, novel pertama yang mendapat sambutan menggalakkan. Namanya mula meniti di bibir peminat setelah kejayaan cemerlang JENDELA HATI.
Gaya penulisannya yang tenang dan bersahaja mampu membuai perasaan dan gejolak rasa pembaca. Rasa kasih, sayang, resah dan gelisah berjaya dipancarkan melalui watak-watak dalam dunia ciptaannya.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Memang tak tenteram time baca novel ni sebab perangai watak-watak lelaki. Dua-dua stok mintak kena pelangkung dengan kuali karat.
Mula-mula suka dengan sikap Ghazi yang matang, dan kesian dengan Amri yang terlalu berharap. Tapi lepas tu menyampah pulak dengan Amri yang terlalu terdesak, dan menyampah jugak dengan Ghazi yang seperti sudah hilang sifat kemanusiaan.
At the same time, N juga agak kecil hati dengan orang-orang sekililing Opie
Pada N, ia mungkin bukan karya terbaik AS, but it was still interesting and enjoyable to some extent.
Bukan tak best tapi konflik boleh dielakkan kalau semua pihak buka mulut. Kalau segan nak cakap berdepan, boleh je SMS. Kalau nak lagi gempak, hantar je surat. Makanya, konflik yang boleh selesai ni meleret sehingga beratus halaman.
Saya tak pasti boleh masuk kategori Read ke tak sebab saya baca depan dan belakang je. Kira nak kata DNF pun tak juga sebab saya tau penamatnya.
Sesungguhnya, aku menderita untuk habiskan buku ni. 😅 (Minta maaf, but I literally skipped most of the pages untuk pastikan aku sampai ke penamatnya 🙌) .
Dah lama tak baca karya AS. Entahlah, mungkin zaman dulu-dulu, zaman penulis tak ramai, mungkin cerita yang beremosi, mendayu-dayu, membuai perasaan sebegini, akan diminati ramai. Mungkin sebab aku pun dah 'tua', cerita sebegini bukan lagi my cup of tea kot. .
Aku sangat stress dengan watak-watak dalam ni. Semuanya tidak matang. Sofi dulu pernah bercinta dengan Amri, tapi for no reason, Amri tinggalkan Sofi. Since then, Sofi has trust issue with guys. Sehinggalah dia jumpa Ghazi. Pada masa yang sama, Sofi ni bela Iman, anak angkat. Siap jadi ibu susuan. Memanglah sebelum tahu yang Iman tu ialah anak Amri, Sofi dah berniat nak bela Iman. Tapi lepas tahu pun, dia masih teruskan niat tersebut. .
Lepas tu, stress bila Amri muncul semula. Ajak Sofi kahwin. Lepas tu bila fitnah muncul, Ghazi tinggalkan Sofi. Fitnah dah selesai, Sofi kahwin dengan Ghazi, walaupun Ghazi tak suka Iman. Lepas tu, Iman dirampas oleh keluarga Amri. Lepas tu, Ghazi masih dengan egonya. Eh aku stress la. .
Perkara ni semua boleh settle kalau dorang communicate betul-betul. Dan yang aku geram, sebelum kahwin lagi, Sofi dah tahu yang Ghazi tak suka Iman, so, kenapa kau still kahwin weh? .
Dan aku rasa, banyak watak dan scene yang kurang penting, yang melambatkan jalan cerita. .
Otherwise, penulisan Aisya Sofea tidak dapat disangkal kehebatannya. Cumanya, mungkin sebab buku ni menggunakan POV 1, so, rasa macam kurang menyeluruh.
Aisya Sofea antara novelis kegemaran aku. Aku mula membaca novelnya yang berjudul Jauh, Adam dan Hawa, Sehangat Asmara, Uda & Dara. Sejak itu aku memang suka membeli novel-novelnya. Derita Cinta kali ini novelnya agak berat. Macam mana tajuk novelnya derita begitu juga derita aku mahu menghadamkan keseluruhan novel ini.
Secara jujurnya, ceritanya agak berat. Kalau yang sedang dalam berada dalam situasi tertekan eloklah jangan membaca sebab watak-watak dalam novel ini membuatkan kita geram. Lebih-lebih lagi watak Amri. Bekas kekasih Sofiya. Tiba-tiba muncul dengan menyerahkan anaknya untuk dijaga Sofiya. Muncul secara tiba-tiba satu hal, tinggalkan anak berbulan-bulan tanpa diketahui identiti sebenar ayah si kecil kemudian muncul semula dengan membuat pengakuan dia adalah ayah si kecil.
Perangai memang minta nak kena pelangkung saja. Tak memasal emosi ketika aku membaca. Naskhah ini bagus kerana dia menyentuh perihal anak angkat, kisah ibu susuan dan juga nilai kasih sayang yang tidak boleh dijual beli.
Siapa kata novel tidak ada info yang berguna?
Dalam novel ini, ada diterangkan serba sedikit bagaimana mahu mengambil anak angkat di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga bagaimana mahu memulakan menjadi ibu susuan.
Apa pun, konflik dalam naskhah ini memang susah. Tahniah buat penulisnya. Bukan mudah untuk menulis sebenarnya.
Pejam celik pejam celik, macam tak percaya Derita Cinta merupakan novel ke-14 untuk Kak Sya. Terasa tua pula. Masih teringat kenangan ke kedai buku untuk beli Jauh dan Jendela Hati. Masa kawan2 tidak menjurus ke novel, aku mati-matian 'berjuang' untuk favorite authors aku. Kak Sya merupakan few of Malay authors yang akan kubeli novelnya tanpa membaca sinopsis dahulu. Even untuk buku ini, order direct dengan Kak Sya tanpa tahu buku ini tentang apa. Even masa baca pun tak terasa seperti mahu menoleh ke bahagian belakang untuk sinopsis. Lepas dah habis baru tengok. Alahai yuni oit. Dan boleh pula Alaf21 letak semua cover novel2 Kak Sya kat pages belakang. Adoi...dari rasa tua, tiba-tiba rasa macam dah tahap moyang pula.
Cover - Simple. Tak serabut nak ditenung. Cukuplah nama penulis, tajuk, novel ke berapa dan tagline. Sebab tajuk pun dah cukup tenat untuk aku hadam. Derita cinta. So cover yang tenang boleh neutralkan beratnya tajuk. Well done team pemilihan cover.
Sofi - Nama diberi Nur Amili Sofiya tetapi dipanggil Sofi (nickname dengan keluarga adalah Opie). Disebabkan kerap kali di panggil Sofi, sampaikan aku lupa nama sebenar dia. That's for me a disadvantage for the heroin.
Seorang yang pernah dikecewakan, ditinggalkan tetapi cuba untuk bangkit semula. Membuatkan dia nampak seperti kuat. Tapi ada beberapa tempat dan situasi, membuatkan yuni tertanya2 samada Sofi ini kuat 24/7 ataupun ada time dia kuat dan ada time dia lemah. Dan lemah di sini, sepertinya lemah terkulai.
Mendirikan rumah tangga secepatnya untuk mengelakkan dosa itu bagus. Tetapi bukan bermakna perlu cepat tanpa sempat kenal hati budi pasangan kita. Sebab rasanya semua orang berimpiankan satu - perkahwinan itu adalah yang pertama dan terakhir. Tetapi, baik untuk masa dengan Ghaz ataupun Amri, sepertinya mudah sungguh untuk Sofi bersetuju untuk berkahwin. Sama juga bila dia setuju untuk terima Ghaz semasa di Europe tu. Rupanya cinta itu mudah untuk mengetuk pintu hati seorang wanita yang pernah dikecewakan oleh yang namanya lelaki.
Begitu mudah untuk buat keputusan berkahwin, begitu mudah juga untuk yuni lihat mudahnya Sofi 'lupakan' Amri dan terima Ghaz. Well, bakal suami tak jadi dia aka ayah kepada Iman baru meninggal dunia dua atau tiga hari yang lepas! Tak kiralah sama ada cinta itu wujud atau tidak, tapi yuni rasa something goes wrong here. Seperti Sofi kerap melakukan keputusan yang terburu-buru.
Selepas berkahwin, makin jelas sifat lemah Sofi muncul. Kenapa perempuan dalam novel2 melayu tend untuk melihat definisi lemah sebagai taat kepada suami? Seperti suami merupakan segalanya? Yes, I know suami lagi penting dari keluarga tetapi tidak bermaksud perlu menjadi lemah. Memohon maaf untuk semuanya, walaupun itu bukan kesalahannya. Dan kenapa kerap digunakan 'berdosa menderhaka kepada suami' tiket untuk suami menjadi raja dan isteri menjadi hamba? Bukan ke tempat seorang isteri adalah di sisi suami? Bukan di bawah suami, merayu tanpa sebarang sebab.
Ghaz - Jujur yuni tak berapa faham karakter dia yang berubah 360 darjah selepas tahu siapa Iman yang sebenarnya. Adakah mungkin kerana yuni merupakan seorang wanita dan dia seorang lelaki? Kadang2 tu wanita tak boleh baca pemikiran seorang lelaki. Tetapi yang menulisnya merupakan seorang wanita juga kan?
Antara sebab kenapa Sofi menerima cinta Ghaz adalah sebab dia romantis, handsome, baik budi pekerti bla bla bla (ciri-ciri lelaki sejati pilihan wanita Malaysia). Tetapi makin lama, baru muncul sikap2 negatif Ghaz. Yup, tiada yang sempurna melainkan Allah. Tapi macam tak selari sikap2 negatif Ghaz dengan sebab2 yang dinyatakan oleh Sofi kepada Ummi. Of courselah yuni. Mana boleh kutuk anak teruna orang depan mak nya sendiri. Adoi...itu pun tak tahu ke? Karang dari setuju, terus tak jadi terima menantu. Tak habis2 ceritanya nanti.
Perubahan karakter yang drastik. Dalam satu malam, berpunca dari satu kejadian, dimulakan dengan satu kebenaran, Ghaz berubah. Dari menerima Iman sebagai sebahagian dari hidup Sofi, terus tutup hati. Disebabkan adanya 'love at first sight', tak mustahil 'hate in one second'. Dan dari benci bertukar ke sayang semula pun nampak drastik. Nasib baik Ghaz terangkan macam mana dia dapatkan semula Iman. Tapi macam tak puas, mungkin sekejap sangat part confession. Selalunya Kak Sya tends to make confession time lebih dari 2 muka surat. Tengok macam masa Jendela hati ataupun Adam & Hawa. So kenapa trademark Kak Sya macam tak muncul di novel ini?
Amri - Sorry, tiap kali baca nama mamat ni, mesti otak merewang ke Amri Yahya. Tak dapat dibayangkan Wak Am buat perangai macam tu. Nasib baik dia cuma pemain bola dan bukan pelakon.
Watak Amri seperti misteri. Muncul sekejap2 sahaja. Tak faham macam mana dia boleh jumpa Mak si Sofi untuk serahkan Iman. Ada ke orang datang rumah, beri salam dan bercerita dia nak kena outstation dan tiada siapa jaga anak dia? So macam mana Iman boleh berada dengan Sofi tu macam pelik sikit.
Sama juga masa peristiwa di Frankfurt. Dia ni stalker ke apa? Yuni tahu Derita Cinta ini gunakan point of view Sofi. Tetapi macam tak puas hati bila plan Amri dan Murni senyap begitu sahaja. Dibawa ke alam lain bersama arwah2. Yuni macam terkapai-kapai. Bila masa Murni plan dengan Amri. Dan kenapa mereka berjumpa malam tu? Mungkin sebab cerita mereka ni macam chipsmore kot. Sekejap muncul sekejap tenggelam.
Keluarga Amri - Disebabkan harta, anak kecil dijadikan taruhan. Sampai berkudis, demam. Langsung tak dihiraukan. Mereka ni ada hati ke tidak? Mungkin hati sudah gelap, mata sudah kelam, akal sudah fokus kepada harta sahaja.
Cerita ini berat, cuma lambat sentuhannya. Keserasian watak-watak tidak berapa kuat. Cuma di suku akhir, baru rasa keserasian watak dan penceritaan. Saya yakin Aisya Sofea boleh buat lebih baik dari ini. Keseluruhan, cerita ni best tapi menyakitkan.
Tak faham betul dengan Ghazi ni..Kata sayang sangat, sanggup merayu-rayu bagai, tapi bila dah dapat buat endah tak endah pulak.. Sofi yang paling kesian sebab dua2 lelaki yang datang dalam hidup dia, dua2 macam hampeh..
penulis otai masih berbisa.... menarik topik yang dibawa oleh puan penulis Aisya Sofea kali ini.. kisah anak angkat, kisah ibu susuan, kisah kasih sayang yang memang tidak boleh dijual beli, kisah kejujuran dalam persahabatan, kisah kasih seorang perempuan terhadap suami dan anak.. puan penulis berjaya menyempurnakan semua topik di atas dalam garapan yang amat baik.. penceritaan yang boleh pembaca ikut sama tenggelam dalam setiap emosi yang ada, tenggelam sama dalam setiap babak yang ada. suka sangat...
sofiya yang pada mulanya marah dengan tindakan ibunya yang sanggup membela anak entah siapa akhirnya jatuh kasih dengan anak kecil yang bernama iman itu. cuma, untuk mengukuhkan ikatan dia sanggup cari jalan untuk menjadi ibu susuan iman dan dalam masa yang sama sanggup bersusah payah ke sana ke mari untuk mendapat hak penjagaan sepenuhnya terhadap iman.. tetapi, jiwa perasaannya lara bila tahu yang sebenar anak itu adalah anak pada amri, seorang lelaki yang membuatkan dia tidak percaya pada lelaki. amri yang meninggalkan sofiya dikala dia dihujung pengajian, dikala dalam hati sofiya amat menyayangi lelaki itu..
ghazi, datang padanya dengan membawa segunung harapan kasih sayang. namun sofiya amat berat menerima walaupun tarikan kimia amat kuat antara mereka. ghazi tidak berdolak dalik terus mahu sofiya menjadi suri hati. tidak mahu berlengah menempuh alam percintaan yang tiada jaminan, ikatan sah saja yang boleh merialisasikan kasihnya terhadap sofiya. akhirnya sofiya akur, akur dengan perasaannya sendiri. lebih senang hatinya bila ghazi menerima iman.. namun, badai melanda.... entah siapa yang menyampaikan cerita buruk yang iman itu anak sofiya bersama bekas teman lelaki. ghazi terpempan, lalu meninggalkan sofiya tanpa mendengar kisah sebenar...
di sini, dapat rasa perasaan sofiya yang sedih, duka sebab kali kedua ditinggalkan lelaki tanpa perasaan. tambah menyakitkan hati amri yang mengugut untuk mengambil iman dan rayuan ibunya supaya tidak menyerahkan kembali iman pada ayahnya.. kalau pembaca sendiri tentu huru hara rasa hati, betul tak?.. tekanan kiri kanan depan belakang membuatkan dia menerima lamaran amri untuk menjadi isteri.. apakah kesudahannya?.. bagaimana hati sofiya yang lara, bagaimana ghazi yang berduka, bagaimana amri yang busuk hati... mungkin kesudahannya ada sedikit pantas dan mungkin juga sekatan ketebalan tapi sebuah kisah yang cukup menarik untuk di selami... tahniah puan penulis untuk novel yang hebat ini....
sungguh aku xpaham kenapa Amri sanggup putuskan perhubungan dgn Sofi. memang la ada bgtau sebab dia nk dikawenkan dgn anak org kaya, cumanya mcm xde penjelasan dari Amri.
dari mula2 Ghazi kata nk ke rumah family kenalan parents dia, dh boleh agak sape yg dia akan jumpa dan sape yg akan spread news yg salah kat parents Ghazi. Too bad, family ghazi digambarkan sgt alim tp senang je dgr ckp org tanpa dgr penjelasan. perangai Sofi yg susah sgt nk bgtau Ghzai status Iman pon pelik. kalo susah nk bgtau berdepan, mesej je laaa..xde la salah paham.
kisah Sofia yang menjaga anak angkat, yang rupanya anak bekas kekasihnya. konflik berlaku bila Ghazi yang jatuh cinta pada Sofi mulanya dapat menerima Sofi dan iman, tetapi apabila mengetahui identiti iman, Ghazi sanggup menghalau Sofi balik ketika berbincang urusan perkahwinan dia dgn Sofi.
Sofi yang kecewa kali kedua, pasrah dan menerima pelawaan Amri untuk berkahwin demi iman walaupun hatinya masih dengan Ghazi.
konflik demi konflik berlaku dan terbaik dari Aisya Sofea!
Mmg ‘Derita’ betul baca buku ni haha 😅 derita nak habiskan bacaan sbb lama sgt drag to ending. Konflik mendera hati & perasaan pembaca (bagi pembaca mcm sayalah, mungkin org lain ok je)
Satu yg saya perasan, AS suka menggambarkan Watak hero sbg lelaki yg sangat sangat sangat hebat & handsome. Kdg2 rasa mcm tak perlu kut utk keep telling your reader about how handsome & how terkagum the heroin about her hero. Rimas. Tell once or twice — enough
An excellent piece of work exploring not only love but also about being humane, about giving and accepting. A story about an ordinary girl living an extraordinary lives when a stranger left a child in her care. Love does not always come easy knocking on your door with happily ever after but one that demands sacrifices and understanding. Hopefully this will be on screen soon!
Buku ni i baca tunggang terbalik i baca 1st 10 bab pastu i terus ke bab 62 which is bab yg ada dekat epilog. I baca sampai ending. Lepas tu i baca dri bab 50-62, 40-49,30-39 sbb i tk boleh laa curious i cari ja bab mn penyambung epilog tu. Bila baca dari bab 62 maybe org dh malas nak baca bab awal tu. Tpi sbb i nk kenal ghazi. I nak tau cara dia tackle sofi i nak tahu mcm mn sofi terima ghazi.
Ceriga ni pasal ghazi dgn sofi. I suka ghazi jenis yg bila dh suka someone dia trus ajak kahwin. Jumpa keluarga minta izin semua. Gentleman. Sgt berani. Tk ramai yg boleh buat mcm tu. Ada. Tapi susahkan benda tu.
Best i suka tapi bila ada bnyk pergaduhan kecil antara sofi dgn ghazi i mcm 'haii pasal benda ni lagi'. Ghazi dia pantang betul dgn nama amri ex sofi tu. Bila sofi nak bagitahu pasal iman tu anak amri kat ghazi mesti gagal sbb ghazi akan melenting. Tk nk dgar.
Sofi pon ayat dia mesti 'pasal amri..' 'amri sebenarnya..' 'dia da antara kita' cuba twist ayat tu jadikan 'iman anak amri. Titik. Full stop! Stressnya i. Pastu so ghazi pon mula la salah fhm ingat sofi masih ada sikit hati kat si amri tu since he was her first love.
Lepastu bila dengar dari mulut org mula la salah fhm iman tu anak sofi dgn amri. Pastuu bila dh tahu hal yang sebenar benar tk boleh terima iman plak sbb utk ghazi, sofi jaga iman sbb amri.
Haa yaaa si ghazi tu jeles skit sbb amri sofi first love dia yg kedua tpi atleast yg terakhir kan. Mungkin sbb utk ghazi sofi adalah yg pertama...hmm ni pon isu. I tktau laa since i tk penah in relay~
I-- ishh i tk boleh betulla nak kena ikat so ghazi ni selotep mulut dia baru boleh bagi dia fhm kot. Baru dia potong cakap org. Tapi apa pon so ghazi ni baik i suka dia kecuali part dia tk suka dgr nama amri tu. Sweet tapi still ada sisi dominan dia. Ghazi sayang selain kejujuran kita jgk kena saling duduk bincang dengar penjelasan org tuu take note cepat😭✋
Ni spoiler besar korang klau tknk tahu jgn baca
I suka satu part ni. Part iman hilang. I ingat ghazi punya angkara. Mana tahu dia kan tk suka iman sbb dia tu ada kaitan dgn amri nnt sofi teringat2 plak kat amri bila tgk iman kan. Jadi untuk pisahkan sofi dgn iman dia cari family amri. Rupanya bkn diaa. I serious ingat dia sbb dia dh tk suka kan pastu sbb nak kahwin dia kata dia terima iman tapi lepas iman hilang dia still buat tktau tk kisah pon sofi sedih sebab hilang iman semua.
Part lepas kahwin tu gerammmmmmm betul dvn ghazi. Dh laa klau cita mmg smpai kesudah i tk puas hati
This entire review has been hidden because of spoilers.
Maira sebenarnya kecewa sebab Maira igt buku ni ada potensi utk bagi impak yg besar. Novel ni berkisar tentang isu pengambilan anak angkat serta susah senang menjadi ibu susuan.
Tapi tak sangka novel ni seperti 'menyokong/ romanticize/ glamourising abuse'. Tak, bukan penderaan fizikal atau seksual. Jauh sekali. Tapi watak hero seperti mendera heroin dari segi verbal dan emosi. And watak-watak sampingan pun mcm menyebelahi si hero ni. Mungkin penulis cuba menggambarkan kehidupan selepas perkahwinan serta pelbagai ujian yg dtg setelah berkahwin. Tapi...
Entahlah. Maira keliru sebenarnya kerana perwatakan watak-watak dlm novel ni mcm tak consistent. Terutamanya Ghazi. Especially Ghazi, I think.
Pemderitaan berakhir lepas tamat baca novel ni sebab geram. Geram dengan watak-watak dalam ni.
Eh kau Ghazi beria nak kat Si Opie ni, pastu ko reject pulak anak dia. Ye memang anak angkat, tapi anak kot.
Yg si Opie ni pulak lembik nau. Penat nak menunggu dia pertahankan stand dia kat si Ghazi. Bkn sebelum kawen kata kot Ghazi x nak anak dia, dia tak nak kawen ke. Ape dah kawen x boleh defend diri langsung.
Yg watak-watak sampingam dia ni pulak. Udah kenapa kena sokong je apa si Ghazi ni buat atas dasat nama dia suami. Apa suami x boleh ada sifat bekas kat isteri ke? Sanggup tengok isteri nangis berhantu-hari sebab anak hilang. Kata cinta mati kottt.
Memenatkan utk habiskan sebanyak 741 halaman tanpa kulitnya... huhu!!!
Letih watak Ghazi yg macam budak² hingusan jer padahal seorg yg matang pemikiran semasa pemulaan bacaan.
Amri lagi laaaaa... boleh sakit jiwa.
Yang menguatkan semangat nk habiskan bacaan watak Iman je la.
Tersengup² mata nk habiskan pembacaan. ingatkan bila dh lama x baca karya Aisya Sofea, bila dpt baca karya ini dpt semangatkan diri ini spt mana pernah baca karyanya suatu masa dahulu spt Sehangat Asmara, Selagi ada dia, Adam & Hawa.
Banyak sgt tekanan² yg sepatutnya boleh di selesaikan dgn mudah tp mengambil masa yg begitu lama utk di selesaikan...
Saya peminat Aisya Sofea jadi saya rasa setiap novel penulis tersebut tidak pernah menghampakan saya.Begitu juga dengan karya novel ini.Saya suka dengan penceritaan cinta antara sofiya dengan ghazi . Walaupun kisah penceritaan nyer tidak lah sweet sgt tapi mampu menggetarkan jiwa pembaca.Saya suka dengan sikap Ghazi yang ingin memikat hati Sofi.Tapi begitu juga dengan namanya kehidupan pasti ada jer yang menduga dia orang berdua.Jadi saya x nak lah spoiler lebih-lebih jadi silalah baca karya penulis ini.
60 Derita Cinta... Karya ke14 Aisya Sofea, penulis senior yang saya suka naskhahnya kerana lenggok bahasa yang digunakan sangat menyentuh jiwa.
Berbalik pada novel ini, AS kali ini mencari kelainan dengan membawa kisah 'anak angkat'. Bagaimana pada mulanya Sofi tidak gemar dengan kehadiran Iman sehinggalah enggan melepaskan Iman, bertemu mata dengan Ghazi juga Amri dilakar dengan baik dan bertepatan dengan tajuknya DERITA CINTA.
Amili Sofiya - Gadis yang mengharapkan cinta yang tulus tapi akhirnya diri yang merana. Ditinggalkan Amri kerana perempuan lain, dia bangkit sehingga membenci lelaki sehinggalah Ghazi muncul. Dari pandang pertama, akhirnya kasih itu berjaya membawa kepada yang halal. Namun sayang... Satu demi satu derita yang terpaksa dia hadapi usai itu. Malahan sebelum dinikahkan lagi, derita itu sudah muncul. Nak tahu apakah derita itu? Kenalah baca.
Keseluruhannya, naskhah ini punya jalan cerita menarik. AS cuba mencipta kelainan. Namun, kerana AS menggunakan sudut pandang 'aku' beberapa perkara dilihat seperti tidak ada titik mula. Walau apa pun... Tahniah buat Aisya Sofea! Menantikan karya yang seterusnya dikatakan diambil dari antologi Sayang.
I haven't had a book that could make me shed my tears for a very long time. However, Aisya Sofea's always took me by surprise. Her books are very passionate and you kindda get into the book so much that you feel like you're with the characters.
I couldn't give 5 stars because I felt like the issue that Ghazi had with Iman wasn't elaborated thoroughly. It felt like the issue was resolved in a hurry. Also I had problems liking Ghazi but I understand in real life there is that type of man and it just proves that not all reads have that perfect cliché hero. So that's okay but I hated the people around Sofi when Iman was kidnapped/stolen. They didn't help much but condemned her about her attitude towards Ghazi without trying to help her by talking to Ghazi. But then, it's a first person POV so she wouldn't even know if her friends and family did talk to him
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tajuk pun dah menderita kan? Haha.. Beli buku ini sebab 1, suka gaya penulisnya dan 2, cover cantik gila! Hehe..
Saya memang suka novel AS. Tak pernah mengecewakan. Cuma cerita kali ini agak ringan. Ringan yang maksudnya, konflik dia tak dahsyat macam novel2 dulu.
Spoiler alert! Punca masalahnya dari si heroin ni sendiri. Kalau aku, dah lama aku hantar budak tu ke rumah anak yatim. Gatal nak pergi bela buat apa? Memang cari bala. Lepas tu tak reti2 nak terus-terang dengan si hero yang kepala batu tak reti2 nak bagi peluang pada heroin. Geram pula aku. Dua2 bermasalah. Tapi kalau tak bermasalah, tak jadi ceritalah kan?
Kesimpulannya, saya suka! Novel yang berjaya buat saya nak baca sampai habis. heheheh..
This entire review has been hidden because of spoilers.
naskhah yg dinanti2 sebab penulis favorite ni.. dua2 lelaki yg ada dlm hidup sofi semuanya ego..mula2 mcm suka jgk dgn ghazi tu tpi bila dh kawin dgn sofi....ok apa problem mamat ni huh??? tahniah utk AS sbb dh lama tunggu karya beliau...kira trubat la rindu dgn AS ni...sbb AS kalau buat cerita cinta mmg tangkap leleh..
* nak letgo novel ini RM10 termasuk postage . Berminat boleh PM
Baik Ghazi atau Amri, dua-dua dalam kisah ni memang lelaki yang menyakit hati...eee..sakit sangat..tapi seperti biasa penulis AS berjaya membawa naskhah ini kena tepat ke hatiku.. tahniah kak AS..👏👏👍👍