Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nyawa

Rate this book
Satu kematian sadis terjadi. Inspektor Amiruddin cuba menyelesaikan kes. Saksi menyatakan sesuatu yang bersifat paranormal tetapi sukar untuk diterima logik akal Inspektor Amiruddin. Kekeliruan mula tercetus. Lima nama watak lagi tersenarai.

Masing-masing mengalami gangguan menyeramkan yang serupa. Seorang perempuan berwajah hodoh dan mengerikan sering muncul memberikan amaran nyawa mereka menjadi buruannya. Kejadian-kejadian menggerunkan merasuk diri. Mimpi-mimpi ngeri menghantui di antara lena dan jaga. Kematian terasa berlegar-legar di sekeliling mereka. Jiwa sentiasa diamuk ketakutan. Berjayakah mereka menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kerakusan syaitan itu? Dan mampukah Inspektor Amiruddin membantu menyelesaikan kes kematian yang berlaku?

"Mana mungkin seorang manusia dibunuh dengan begitu kejam oleh sesuatu yang tak dapat dilihat oleh mata kasar." - Inspektor Amiruddin

"Saya nampak sendiri Azazil tarik bayi dalam kandungan ni hidup-hidup. Mimpi ni ada makna abang. Iblis tu masih hidup. Dia nak ambil anak kita" - Izara

“Rumah kau tu macam mengusik. Maksud aku macam ada sesuatu selain manusia yang menumpang kat rumah kau. Kau faham kan maksud aku?" – Arman

544 pages, Paperback

First published May 1, 2016

4 people are currently reading
65 people want to read

About the author

Eqbal Mohaydeen

13 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
23 (52%)
4 stars
14 (31%)
3 stars
7 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
August 11, 2016
permulaan, agak berserabut dengan kisah 5 orang sekali. kalau tak baca dengan teliti, boleh lost jadinye.

gangguan2 biasa diawal2 cerita sebenarnya agak klise- seperti cerita2 seram yang sering kita dengar.

tapi, di akhir bab cerita makin menarik, tahniah untuk ending yang memang unexpected.

cuma, pada saya lebih baik dikisahkan bagaimana permulaan sekutu dengan azazil secara lebih terperinci, kejadian yang menimbulkan dendam kesumat, ritual apa yang dijalankan sebenarnya berbanding kejadian2 di awal2 penceritaan. rasanya itu lagi menarik & sesuatu yang segar untuk dihidangkan.

maaf, saya ok bole layan cuma untuk sebuah karya seram, rasanya laras bahasa, dialog & penceritaan perlu lebih santai. itu cuma pendapat saya.

tahniah untuk penulis.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
November 20, 2025
Pembunuhan demi pembunuhan berlaku. Namun tiada sebarang jejak yang ditinggalkan melainkan perkataan nyawa yang ditulis dengan darah. Dalam masa yang sama, beberapa orang anak muda mengalami gangguan yang sama. Penampakan wanita hodoh dan juga tulisan nyawa berwarna merah.

SH sering terfikir bagaimana peningnya pihak polis menyelesaikan kes yang melibatkan ilmu hitam/makhluk ghaib. Kerana biasanya kes-kes begini pelik dan tidak masuk akal. Seperti mana kes Raihana. Ditarik oleh sesuatu yang tidak nampak dek mata kasar. Kasihan dengan pengawal yang menjadi saksi kejadian tersebut. Pastinya bakal menjadi igauan ngeri buatnya.

Banyak betul watak dalam naskhah ini. Puas juga SH nak mengingat siapa adalah siapa. Nasib baik juga nama watak-wataknya tidak panjang berbelit. Kalau semuanya panjang-panjang belaka lagilah pening.

Jalan cerita dan persoalan yang sukar diteka membuatkan SH semakin ingin tahu. Apa kaitan dan apa sebenarnya rahsia yang menyelubungi mereka. Pada mulanya SH berandaian ada yang berdendam hingga menagih nyawa. Namun lain rupanya.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
August 10, 2016
Novel Nyawa karya Eqbal ini memang ohsem..
Mengisahkan perjanjian antara manusia dan syaitan..
Mengorbankan banyak nyawa demi memenuhi kehendak nafsu yang bertuankan syaitan..
Memang ohsem.. Sampai ke sudah tak boleh nak teka siapa yang jahat..
Misteri berjaya digarap dan diolah dengan cantik dan penuh teka teki..

Selagi bernama manusia, pergantungan kita sepatutnya hanya pada Allah..
Bukan pada makhluk yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia..
Buku yang memberi pengajaran dan tauladan..
Profile Image for Hamidah Effendi.
351 reviews3 followers
March 30, 2025
Saya bukan peminat cerita hantu tapi terjebak dengan racun para sahabat KRC🤣..

No comment on susun atur plot dalam buku ni sebab bila baca sampai habis baru faham ada sebab penulis susun plot macam dalam buku ni...ada kaitan semua watak2 yang disebutkan...cuma..

Aku geram dan tak puas ati betul dengan orang yang tahu punca terjadinya semua pekara ni...ok aku faham kena relax dulu, tidur dulu sebab baru sampaikan..bawa bertenang dulu..Tapi...kalau aku dah penat kena seksa mental dan fizikal kerana angkara syaitan dan manusia durjana..aku tak akan boleh bertenangnya..kalau boleh aku nak tau sekarang...aduh part ni aku geram betullah..dah si syaitan tu datang and halau baru ko bercerita..aduh pak haji..tolonglah aku tak boleh relax dibuatnya...😫

Bayangkan dalam trip 4 jam dari cyber ke kemaman..akhirnya habis juga aku baca..dalam kereta tu lah aku duduk tak puas ati and cakap sorang2...aku tak puas ati dengan pak haji yg watak last tu...ai geram betul aku..suami aku kat sebelah pun pelik apa benda wife dia ni😅😅😅

Lepas tu plot trgantung...sabar je everyone memang geram..ko tengah tengok tv cerita best dan nak tau sangat apasal kena kacau ni😔wwwwhy???! Tetiba ada iklan...aduhai..banyak tau iklan dalam cerita ni tambah2 waktu nak part kita hampir nak tau..ai geram betul..

Ada lagi...Ada yang dah tahu punca segala masalah ni..tapi diam je tak nak bagitau..adui siapa tak sakit mental kalau jadi mangsa😫😫😫

Siapa baca Leluhur boleh faham cerita Nyawa..niat yang sama nak 'Darah'. Tapi fokus berlainan jalan cerita itu je bezanya.

Seram 50%- awal2 je sampai satu tahap ko geram dengan orang bunuh mereka..why????😡

Misteri dan suspen 75%

Adventure - 75%

Pengajaran cerita : ko nak kejar apa kat dunia ni? Darah daging sendiri pun ko aniaya. Lepas tu syaitan yang ko puja pun bunuh ko juga...
Profile Image for Mohammad Aizat Mohammad Hanafi.
98 reviews
January 8, 2020
Penceritaan kematian demi kematian, mangsa dikacau satu per satu dalam setiap bab sehingga memasuki dalam beberapa bab terakhir di mana kaitan antara beberapa mangsa telah dijumpai.

Sememangnya betul makhluk durjana yang menjadi punca ketakutan dalam novel ini adalah makhluk yang tidak akan mudah mati melainkan dengan izinNya.

Susah nak mengagak siapakah dalang kedua di dalam cerita ini. Sbb setiap bab awal dan pertengahan adalah siri kekacauan dan pembunuhan ngeri.

Sememangnya tak perasaan penulis buku Penanggal dan Nyawa adalah orang yang sama. Maka pengakhirannya juga lebih kurang sama. Mungkin kena baca lagi buku bertajuk Azazil untuk meneka corak penulisan Eqbal Mohaydeen yang unik.

Jangan baca buku ni kalau korang sedang tunggu bas atau dalam pengangkutan awam, takut nanti x sedar dah lepas destinasi yang dituju.
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
August 5, 2025
7 mangsa yang dicari. 7 mangsa yang diburu.

Raihana, Maria, Hanez Izzati, Zahiril, Izara Sofea, Firman, Airil.

Sejujurnya, saya takut baca buku ni. Hahaha saya rasa ni first buku yang betul betul buat saya takut. Ngeri semua dibunuh. Putus dua. Usus terburai. Mulut dikoyak. I kenot imagine. Im skek.

Awalnya macam agak confusing dengan watak ramai ramai. Nama tak kalah pulak tu. Makin lama makin faham. Takdalah susah, tapi biasalah awal awal nak kenal nama watak.

Siapa sangka yang muncul kejap kejap adalah dalang sebenarnya. Shhh tak boleh reveal sapa yang jahat hahaha.

Menyampah dengan Dr Latipah tu. Patut cekik je dia. Baru dia tahu tak semua benda dalam dunia ni boleh dijelaskan dengan sains. Tak dinafikan otak manusia unik boleh buat watak sendiri, kawan imaginasi dan macam macam tapi tak boleh menolak juga ada makhluk lain dalam dunia ni selain manusia.

Tahniah penulis. Teruskan men-skek-kan saya hehe
Profile Image for Dhia Yana.
115 reviews
November 2, 2025
Supposedly 3 ⭐ je tapi sebab banyak ilmu in here and also banyak jugak tentang kesedaran dalam agama satu tambah 0.5 ⭐ dan dengan plot twist tu tambah 0.5 ⭐ so jadi 4 ⭐ lah. Mula² baca ni quite confused sebab banyak character nak ingat. For the plot, lambat sikit pickup sebab awal² tu more kepada gore and pasal benda tu ganggu karakter² tu. Faham je kenapa lambat sikit plot tu cuma stress sikit la. Ingatkan kenapa lah benda tu ganas benar macam berdendam rupanya sebab nak kuasa 😩 ayoo. Tapi sumpah tak expect the dalang tu \(”˚☐˚)/. Lepastu ending???? Nasib aku tau memang ada buku kedua.
Profile Image for Mim.
36 reviews
January 11, 2025
Saya agak bersetuju dengan review yang lain. Permulaan cerita agak susah ditangkap sebab nama watak agak panjang. Susah nak ingat siapa adalah siapa. Seeloknya letakkan nama pertama sahaja, tak perlu nama kedua.


Bagi saya penceritaan awal agak draggy. Seperti ada beberapa scene yang berulang. Contohnya scene di garaj kereta yang gelap.


Akan tetap I plot twist yang terakhir tu memang tak boleh nak agak. Seronok bila beteka teki siapa orang jahat yang sebenarnya.
Profile Image for Nur.
45 reviews4 followers
March 11, 2018
Salah sebuah buku seram terbaik yang saya pernah baca. Sangat menarik. Good job Eqbal!
Profile Image for Farah Rafael.
1 review
August 22, 2020
Kejahatan manusia yang menyembah makhluk jahat akan memakan diri sendiri juga akhirnya.
Profile Image for Muhamad Hatif.
6 reviews
January 28, 2022
Setengah buku hanyalah pengulangan cerita kejadian yang yang sama dialami 5 watak..selepas tu barulah thrill masuk sikit demi sedikit yang boleh dikatakan tak mengecewakan..
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
September 20, 2016
habis jugak pembacaan setelah tersekat-sekat membacanya.. dah lama sebenarnya bila membaca tak diiringi gangguan. kali ni ntah kenapa bila setiap kali bila sampai babak ngeri sama naik pulak ngeri, seram dan sampai rasa menggigil pun ya.. Hmm.. Yang best mungkin agaknya terlalu fikir sampai ternampak pulak wanita yang kulit kepalanya tertanggal sedikit demi sedikit dengan sengihan makin melebar ke telinga... Eerrkkkk..... Supaya tak terus rasa hanyut memang terpaksa letak tepi.. Tapi, bila fikir balik mesti ada sebab. Takkan sewenang-wenang muncul ye tak?.. So, keraskan hati teruskan pembacaan..

Nyawa, bukan ada galang ganti. Harta menimbun mana pun takkan dapat beli nyawa yang di anugerah Allah pada sekalian makhluk yang hidup. Bila diteliti sehingga helaian terakhir inilah kunci utama. Betulkan akak kalau salah Eiqbal Mohaydeen... Bila tidak percaya pada ketentuan Ilahi, inilah jadinya.. Watak yang dibina dalam Nyawa ini memang banyak. Dengan setiap satunya diberi nama yang moden, haa... jika tidak diteliti dengan betul akan buat pembaca keliru, ehh... Mana satu?.. raihana, hanez izzati, maria, zahiril, airil fazril, izara sofea dan firman semuanya punya kehidupan berbeza dari latar belakang yang berbeza tapi punya satu masalah yang sama.. Masalah diganggu oleh makhluk yang mengerikan sehingga mereka adakala tidak dapat bezakan realiti dan igauan ngeri. Seorang demi seorang diganggu dan seorang demi seorang tewas. Inspektor amiruddin yang pada mulanya hanya berteraskan realiti dan alam nyata mula goyah pendirian apatah lagi bila dia juga terganggu dengan kehadiran pintasan kelibat hitam yang mengganggu gugat dirinya bila dia mahu jalankan siasatan. Cuma bila doktor latifah memberikan simptom-simptom penyakit jiwa yang berkaitan dengan apa yang berlaku, inspektor amiruddin menguatkan hati meneruskan siasatan...

Bukan mudah mahu bina plot cerita yang awalnya bertebaran tapi sampai satu tahap hendak dihimpunkan satu demi satu. Ada terbaca yang saudara penulis pun hampir patah semangat ya? Tapi dengan sokongan yang diberi oleh rakan penulis yang lain, saudara eqbal dapat menyusun plot cerita dengan begitu baik. Kengerian yang melanda, keseraman yang berlaku semua dapat dihurai dengan begitu jelas sebab dan akibatnya. Dimanakah kaitan kesemua watak itu? Mengapa semua tidak tahu kenapa? Apa pula kaitan dengan fenomena alam?.. Tahniah buat semua yang terlibat terutama saudara penulis yang berjaya membawa sebuah idea ke dalam satu garapan yang boleh dikongsi dengan pembaca. Suka dengan pelbagai ilmu yang dikongsikan. Dari ilmu agama, ilmu alam sampailah pada ilmu perubatan yang kita pembaca ramai tidak tahu mengenainya.. Paling best..... Ehh?. Jangan pandang ke luar, apa tu?
Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
November 7, 2016
Novel ini dinoktahkan pada tanggal 7 Nov 2016, jam 2 ptg.
Agak lama juga masa diambil untuk menghabiskan novel ini..

Jalan cerita yang menarik.. mendebarkan, mengujakan..
Pada awal penceritaan, hati asyik berkata-kata.. apa kaitan watak2 yang menjadi mangsa?? Dah terasa macam gantikan inspektor plak kan hahahaha...

Adegan2 yang ditulis sememang mengerikan.. unsur seram tak dapat dirasaikan sangat sebab ngerinya dan kejamnya mangsa2 dibunuh.. Terasa macam termasuk dalam scene plak..

Menujuk pengakhiran cerita, barulah nampak dimana kaitannya.. puncanya... tapi tekaan siapakah dalang yang sebenar memang tak tepat.. tak disangka langsung! memang licik dan pandai berlakon..

Walaupun geram dengan akhiran cerita ini tapi itulah hakikatnya..
Iblis takkan sesekali menyerah selagi belum kiamat! itulah sumpah yang telah dibuat... Orang mukmin adalah musuhnya...

Tahniah buat penulis ini Eiqbal Mohaydeen atas novel yang memang umph!! Thumbs up!!
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
November 28, 2016
70
Saat membaca naskhah ini, fikiran asyik teringat pada drama bersiri Penunggu Gunung Raya yang telah ditayangkan sedekad lalu... Rupanya, tidak sama sekali. Malahan plot penceritaan NYAWA lebih mengerikan.

Penulis bijak dalam mewujudkan elemen debaran dalam setiap bab yang ada. Walaupun pada awalnya, agak kelam kabut untuk menghadam nama watak yang agak banyak. Namun... semakin ke penghujung, penulis berjaya meringankan fikiran ini. Haha...

Dan ya... Cukup suka dengan penamat naskhah ini yang saya kira tidak seperti kebanyakan novel seram. Tahniah buat penulis!

Pstt... Baru perasan penulis gemar menggunakan satu perkataan saja untuk judul naskhahnya.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.