Jump to ratings and reviews
Rate this book

Natrah: In the Name of Love

Rate this book
This is the biography of Natrah: a Dutch girl who was fostered and raised by a Malay woman. Her true story shook the world in 1950 for – unintentionally on her part – her case awakened the Malays to rise up and demonstrate; to defend Islam and to liberate themselves from the colonials.

A court decision forced her to return to the Netherlands. She became traumatized for the rest of her life after being immersed in Western culture, while her being was ingrained with the East. She was then made to become a child again when, in fact, she was already joined in marriage. She was eventually married three times, yet continued to hold the memory of Mansor Adabi close to her heart…

She entered adulthood in a state of confusion; her emotionally-damaging experiences made her wary of religion, the Malays and the issue of the riots up to the end of her life in 2009. She clung only to love to the extent her last wishes were that her body should not be buried, for fear that it would be claimed by many…

397 pages, Paperback

First published January 1, 2010

42 people are currently reading
427 people want to read

About the author

Fatini Yaacob

4 books9 followers
Puan Sri Fatini Yaakob dulunya adalah seorang wartawan / editor majalah Dewan Masyarakat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1981-1993). Beliau pernah menyiasat tentang Tragedi Natrah sehingga menemui Natrah di Amerika Syarikat tahun 1990-an.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
106 (53%)
4 stars
63 (31%)
3 stars
18 (9%)
2 stars
6 (3%)
1 star
6 (3%)
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
Profile Image for Nuraina Akmal.
57 reviews
April 27, 2020
Natrah bukan Perebutan Dua Keluarga, Tetapi Dua Negara dan Agama

Dalam salah satu wawancara penulis, maklumat yang diterima beliau menunjukkan yang Adeline tidaklah bersungguh-sungguh mahu merebut hak penjagaan Natrah. Adeline pernah berkata kepada Che Aminah yang dia hanya terpaksa!

Belanda ketika itu sudah malu benar kerana Indonesia sudah merdeka tahun 1945. Mereka sudah dihalau dari negara jajahan mereka sendiri. Cukuplah sekali mereka dimalukan, mereka tidak lagi mahu dimalukan dengan membiarkan kalah dalam perebutan hak penjagaan Natrah. Mana boleh orang ‘putih’ dikalahkan orang kulit ‘berwarna’.

Pihak gereja besar di Belanda turut memberi belanja besar bagi memastikan Natrah, anak katolik mereka kembali ke Belanda dan melupakan hidup sebagai Islam yang pernah dia jalani.

Derita Natrah

Mengapa saya katakan ibu Natrah, Adeline bukan mahu mendapatkan Natrah pun? Belanda menyangka dengan membawa pulang Natrah, ia satu kemenangan besar buat mereka, tetapi sebenarnya itulah permulaan derita seorang Natrah.

Jika di Kemaman, Natrah dilayan dengan baik, dimewahkan dengan memakai banyak barang kemas fesyen baru (Che Aminah berniaga barang kemas), ada pembantu rumah, dan banyak masa bermain, berlainan pula yang terjadi di Belanda. Kehidupan keluarga Natrah miskin, adik beradiknya ada 7 orang dan dia terpaksa berkongsi bilik dengan 2 orang kakak yang sering membulinya. Dia terpaksa membasuh baju ahli keluarganya menggunakan tangan dan yang paling menyedihkan, ketika musim sejuk, dia tidak dibenarkan menggunakan air panas, tetapi masih perlu membasuh baju menggunakan air sejuk, demi menjimatkan bil elektrik. Jika dengan Che Aminah, dia hanya perlu masuk ke dapur pada waktu makan, di Belanda, dia yang bertanggungjawab di dapur. Perubahan ini menimbulkan kemarahan dalam dirinya dan sehingga ke hari tua, Natrah tidak ada hubungan baik dengan ibu beliau.

Terdapat usaha seorang rakyat Belanda (J.G Vermeulen) yang cuba menyampaikan surat Mansor Adabi kepada Natrah, malangnya dapat dikesan oleh perisik Belanda dan mereka bertindak menulis surat palsu yang kononnya ditulis Natrah kepada Mansor hingga akhirnya Mansor menyangka tiada lagi masa depan untuk dia dan Natrah. Natrah langsung tidak tahu menahu tentang perkara ini kerana dikawal ketat di rumah. Mansor mengambil keputusan berkahwin dengan seorang anak muridnya, dan amat kasihan kerana Natrah perlu mengetahui perkara ini melalui surat khabar. Luluh hatinya dan dia mengambil keputusan berhenti sekolah dan bekerja.

Kebenaran tentang derita yang Natrah simpan ini membuatkan dia menghubungi J.G Vermeulen yang juga seorang wartawan untuk diwawancara. Pada masa inilah J.G Vermeulen mengetahui yang sebenarnya Natrah tidak pernah menerima surat daripada Mansor langsung. Sungguh kejam!

“Saya tidak pernah, walaupun sehari berasa seperti berada di rumah sendiri ketika tinggal dengan mereka. Saya lebih suka ke sekolah atau dilayani rahib.”

“Betapa kita mengalu-alukan beritanya. Kita telah melaporkan segala-galanya. Kita melaporkan kepulangan Maria yang tertawa keriangan.
Kita melaporkan…beratus-ratus orang cuba menembusi sekatan polis … kita melaporkan bagaimana kasih sayang seorang ibu mendapat kemenangan.
… tetapi kita gagal melaporkan Maria benar-benar menderita!

https://ainabaca.wordpress.com/2020/0...
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
August 2, 2017
Satu usaha yang sangat teliti dan mendalam dalam menyingkap sejarah rusuhan di Singapura pada 1950. Sebagai pembaca, saya sangat terhutang budi dengan kesungguhan penulis dalam menyampaikan kisah Natrah ini.

Saya mula membaca tentang Natrah semasa berada di tingkatan 2 atau 3 (2010 atau 2011) kalau tidak silap saya. Sumber bacaan saya hanyalah dari Internet semata-mata. Dan ternyata ada juga sedikit salah faham saya terhadap sejarah ini. Setelah berpeluang membaca buku ini, saya juga tidak menyangka kisah Natrah sebegini tragik sehingga masa tuanya. Yang saya tahu sebelum ini hanyalah sejarah rusuhan sampai dia dibawa lari ke Belanda.

Rupa-rupanya, kisah hidupnya lebih daripada itu.

Semoga Tuhan tempatkan Ibu Natrah/Mama Bertha di syurganya.

Saya masih ingat rakaman video terakhir wawancara sebelum dia meninggal dunia, sayangnya, rakaman ini sudah tiada di laman YouTube.

"Hello everybody, Im Nadra
I cannot come to your place
That's the reason why I talk from here
Im glad you learn about my life
Thus, I hope you (show) respect to everybody, to religions and to God.
God bless you,
Thank You and I love you"

Sampai akhir hayatnya, Natrah masih lagi mementingkan orang lain berbanding dirinya sendiri. Jasadnya tidak dikebumikan tetapi didermakan untuk tujuan penyelidikan kanser darah (leukimia).

Insan yang derita sepanjang hidupnya tapi tetap bangkit di penghujung hayatnya dan kembali ke sisi Tuhannya dengan tenang dan bahagia. Sampai bila-bila pun, saya takkan lupakan sejarah seorang perempuan bernama Natrah ini!
Profile Image for Shahrill Ramli.
36 reviews2 followers
February 3, 2018
I am a history freak particularly on the Malay issues. I first heard of Natrah's dilemma when I was a kid, watching the documentary "My Name is Natrah, Not Bertha" and the essence of the programme resonated in my mind, until now. To really fathom the real gist behind the scene was somewhat an alleviating experience. Nevertheless, it was sad to find that Natrah became the victim of egoism; torn by the tug-of-war between two families, two religions and two countries. The little girl's happiest life in Malaya soon turned topsy-turvy when she was forced to go back to Netherlands, only to be possessed as a "biological asset" rather than a daughter.

How I wish her life would be different. This is a melancholy story of Huberdina Maria Hertogh @ Natrah / Nadra.
Profile Image for Juwi.
19 reviews5 followers
June 8, 2012
Such a good book! So detailed and laden with facts that most of us don't know about Maria Hertogh. Personally I love reading History books and this is one of the best! Highly recommend this book for History lovers :)

As the title shows, "Cinta, Rusuhan, Air Mata" (which means Love, Riot, Tears) the book is not entirely about the famous riots that occured in 1950. The book also revolves around Maria Hertogh's life, her early marriage that was annulled, and most significantly, showing how biased the colonial system was! The superiority that the Westerns felt (Or feel? Hmm) are so evident in this book.

I especially love the part where the author had the opportunity to meet Maria Hertogh herself in Netherlands who was by then no longer in her youth. Maria Hertogh was given the chance to tell her story (even though it happened decades ago) about her parents, reunification back in Holland, leaving Singapore, leaving Che Aminah and ex-husband Mansor, change of religion again, the manipulation regarding her life story and so much more! Yes, the part where Maria Hertogh decided to open up and talk about her life from her own perspective is perhaps the most exclusive part in this book.

Frankly, I have trouble reading books in Malay as I am too used to reading English instead of my own Mother Tongue Language. But this book doesn't disappoint ;)
Profile Image for Hafida.
43 reviews2 followers
March 17, 2017
Pertama kali mendengar nama Natrah apabila mengikuti satu ceramah agama di Utm. Tidak lama kemudian terjumpa buku ini ketika jualan buku di hadapan perpustakaan utm (psz) dan bertemu dengan penulisnya Datin Fatini Yaacob ketika beliau dijemput untuk satu program bual bicara di Dewan Canselor Utm.

Didalam ceramah berkenaan ustaz tersebut dengan bangga mengatakan betapa ramainya yang sanggup datang menyokong Natrah sehingga berlakunya rusuhan besar. Tetapi hakikatnya dari buku yang ini, Natrah sendiri sangat takut melihat orang ramai merusuh dan tidak ingin perkara tersebut berlaku...

Semua orang yang ingin tahu kisah sebenar Natrah perlu membaca buku ini supaya dapat maklumat yang tepat.
Profile Image for Ku Nurasyiqin.
51 reviews16 followers
November 11, 2017
Selesai membaca tulisan Dr. Fatini Yaacob ini, sukar untuk melupakan pergolakan dalaman seorang Natrah atau Huberdina Maria Hertogh. Beliau diibaratkan sebagai 'collateral damage' sebuah pertikaian antara dua negara, dua wanita dan dua agama.

Saya sangat menghargai usaha penulis untuk merungkai sejarah hidup Natrah dengan menemuramah figura-figura penting yang memainkan peranan semasa nasib Natrah dibicarakan di Singapura; bekas suaminya Mansor Adabi, saudara angkatnya dari Jepun Kamariah juga Vermeulen seorang warga Belanda yang berusaha menyampaikan surat-surat dari Mansor kepada Natrah semasa tempoh awal Natrah dibawa pulang ke Belanda.

Figura ibu angkatnya, Che Aminah juga bukan calang-calang. Seorang wanita yang berpendidikan dan juga merupakan usahawan emas yang bermati-matian cuba mempertahankan hak penjagaan Natrah dari ditarik.

Kebangkitan masyarakat semasa Rusuhan Natrah pada 1950 juga membuka mata kita akan lahirnya bibit-bibit kesedaran dalam menentang penjajahan. Rusuhan berdarah ini mengorbankan 17 nyawa dan puluhan yang lain tercedera.

Membaca kisah Natrah ini pasti akan membuatkan kita bersimpati kepadanya. Kehidupan bahagia bersama Mansor Adabi ditarik sekelip mata dalam pertikaian undang-undang yang menafikan haknya sebagai manusia. Juga membawa kepada kesedihan berpanjangan dalam keempat-empat perkahwinannya.

Pesan penulis, sememangnya Natrah telah berubah dari segi pegangannya, tapi lihatlah dia sebagai seorang yang diuji dengan ujian yang berat dan pada akhir usianya telah menemui ketenangan dalam hidup. Semoga kita semua mengambil pengajaran dan terus bersyukur.
Profile Image for Web Sutera.
Author 30 books64 followers
July 18, 2013
Sejujurnya saya tidak tahu apa mahu diulas tentang buku Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata karya Datin Seri Fatini Yaacob. Garapan dan naratif yang indah dan kerap kali penuh syahdu benar-benar merayapi seluruh jiwa saya di sepanjang pembacaan. Memang benarlah kata penulis bahawa corak naratif buku sejarah ini berbentuk kewartawanan kreatif.

Bahagian terakhir buku ini yang memerikan Natrah kembali ke Singapura dan Kemaman, Terengganu setelah berpuluh tahun benar-benar mengujakan saya. Sangka saya ialah Fatini dan kerajaan Malaysia yang membawa Natrah menemui keluarga angkat di Kemaman. Patutlah ketika itu, bertarikh 29 Januari 1998 bersamaan malam hari raya Aidilfitri 1419 Hijrah, langsung tiada khabar berita diketahui oleh rakyat Malaysia. Rupa-rupanya setelah seminggu berada di Singapura, Natrah dan beberapa orang lagi ke Kemaman. Semuanya bagaikan ‘komplot’ supaya dunia tidak mengetahuinya, terutama sekali orang Melayu dan Islam di Malaysia. Saya turut merasai kekecewaan yang dialami oleh penulis Fatini. Namun ‘komplot’ baik itu mengembirakan Natrah.

Lagi >> http://pasalbuku.blogspot.com/2010/06...
Profile Image for Wan Atiee.
38 reviews22 followers
June 22, 2013
Kisah natrah sangat menyentuh jiwa saya. Walaupun saya masih belum dilahirkan ketika kisah natrah bermula, akan tetapi dengan adanya buku daripada penulis yang saya segani iaitu puan fatini saya rasakan seolah-olah saya berada di zaman tersebut. Banyak kisah-kisah kehidupan natrah yang diabadikan didalam hidup ini. Saya pasti, tiap-tiap anak muda yang ingin mengetahui mengenai natrah harus membaca buku yang lengkap ini.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
April 24, 2010
kisah lengkap Natrah sehingga ke akhir hayat
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
December 22, 2019
suatu pengakhiran yang sungguh sayu namun dengan penuh kelegaan. penderitaan diakhiri kegembiraan buat selamanya.
kebetulan aku ternampak buku ini mungkin di facebook, terdetik aku untuk memiliki buku ini.
bila aku baca kisah biografi natrah ... aku membayangkan sebuah tragedi yang berlaku didepan mataku sendiri. meremang bulu roma disaat natrah dirampas oleh ibu dan kerajaan belanda. aku terfikir apakah dosa budak kecil tu untuk mereka dijadikan mangsa? pertelingkahan boleh diselesaikan dengan perbincangan yang waras. namun ego mengatasi segalanya.
jika peristiwa ini tidak berlaku, natrah masih dijaga oleh che aminah dan natrah menjadi isteri mansor adabi. kehidupan natrah akan bahagia dan mendapat anak dan cucu dari dua bangsa yang berbeza. namun, apakan daya perkara ini sudah menjadi sejarah!
kasihnya natrah pada che aminah dan cintanya natrah kepada mansor adabi tidak terpadam. ingatan kepada mereka berdua sungguh kuat.
natrah dijadikan anak angkat che aminah sebab ibu natrah tidak mampu menjaganya kerana mempunyai 6 orang anak lagi. jika che aminah berkeras hati tidak menerima natrah, mungkin perkara ini tidak berlaku. atau jika ibu natrah tidak terlintas mencari natrah perkara ini juga tidak akan berlaku.
menitik air mata aku bila membaca penderitaan natrah. aku ingatkan deritanya hanya diwaktu kecil tapi ianya melarat hingga ke alam dewasa. cinta yang ditemui dengan 3 suaminya diakhiri dengan perceraian. cinta natrah dengan 3 suaminya tidak sama tidak sekukuh cinta natrah pada mansor adabi.
generasi baru tidak akan kenal siapa natrah dan terasa asing dengan sejarah hitam yang berlaku pada tahun 1950'an. namun jika dibaca, akan terasa betapa kuatnya semangat juang dan mempertahankan hak orang islam. berjuang menegakkan keadilan, berjuang menegakkan kebenaran dan juga berjuang agar natrah tidak dikembalikan ke ibunya dan belanda.
walaupun apapun pegangan agama natrah, hanya Allah lebih mengetahui.
63 reviews
March 7, 2019
Kisah yang sangat menyayat hati sebab Natrah sangat banyak melalui dugaan hanya untuk mempertahankan keislamannya. Namun, pihak Belanda berlaku tidak adil kepadanya dengan menghalangnya untuk mempraktikkan agamanya! Sungguh Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat dirinya. Buku ini juga terdapat dalam versi eBook yang aku sendiri lebih gemar menggunakkannya! Jika korang juga seperti aku silalah klik link ini:-https://www.e-sentral.com/book/info/1...
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
June 20, 2025
Sedih baca buku ini, dari awal cerita sehingga akhir. Dia sedang mencari bahagia..Kerana Politik dunia seorang insan dihancurkan. Sampai akhir dirinya tidak kembali ke sisi yang disayangi. Dia luahkan apa terjadi ketika rusuhan berlaku.Konflik dirinya diluahkan hasil kerosakan yang dilakukan orang yang kononnya atas nama agama. Namun ia adalah sebaliknya-Politik dunia.

Aku masuk dalam wishlist untuk dibeli sebab buku pinjam kena hantar balik...🥲
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
February 18, 2020
Wajar dibaca demi memahami kesungguhan orang-orang dulu untuk bersatu demi memperjuangkan kebenaran biarpun berbeza warna kulit dan keturunan.
Profile Image for Muhammad Mohamad idris.
1 review28 followers
Read
December 7, 2016
Saya mengambil sedikit masa senggang hujung minggu dengan khusyu'-shahdu membaca buku berjudul "Natrah" karya Puan Sri Fatini Yaakob. Satu penghargaan berma'na, dapat menemui, bersembang sedikit, dan mendapatkan tandatangan ekslusif daripada beliau. Takdir Allah sungguh tersusun kemas, saya menemui tanpa dirancang di Perhimpunan Agung UMNO 2016!

Semasa di UUM dahulu memang ada program mewacanakan buku ini. Malangnya saya tidak dapat hadir ketika itu kerana tuntutan kuliah, hiba tidak terkata namun terubat jua. Baru tadi sahaja selesai membaca buku ini, saya kira molek untuk coretkan secebis hasil pembacaan buku ini. Di ruang yang lain, mungkin akan mengarang resensi atau 'preview' akan karya ini.

Nama Natrah atau Huberdina Maria Hertogh rakyat Belanda yang dibesarkan sebagai Muslim di Kemaman pernah menggegarkan Tanah Melayu, Belanda, dan hampir seluruh dunia. Beliau dibesarkan dengan persekitaran Melayu dengan anutan agama Islām. Tiada siapa yang dapat membayangkan - walaupun Natrah dan Che Aminah sendiri - betapa kehidupan Natrah berubah pada usia 13 tahun, lebih2 perkahwinan tergesa2 dengan Mansor Adabi.

Banyak pengajaran dari pelbagai sudut dari sejarah ini. Dalam kes kekalahan Che Aminah dan Mansor Adabi mengenai status hak penjagaan Natrah dan perkahwinannya, teringat akan satu kalimah yang cukup cantik diungkapkan oleh Saydīna 'Alī, "الحق بلا نظام يغلبه الباطل بنظام" bermaksud "kebenaran tanpa dirancang akan dikalahkan oleh kepalsuan terancang". Belanda mengambil teladan dari kekalahan pertama mereka di mahkamah, lalu menyusun strategi lain lebih kemas di samping kecuaian Che Aminah mengahwinkan Mansor tergesa2 yang membuka lagi ruang masalah. Boleh baca ulasan ringkas Tun Daim Zainuddin dan pandangan Allahyarham Tan Sri Prof Emeritus Ahmad Ibrāhim.

Puan Sri Fatini berjaya menyusun sejarah Natrah dengan baik sekali hinggakan sebagai pembaca seolah2 merasai penderitaan liku2 hidup yang 'dihempukkan' bertimpa2 kepada Natrah. Sebab itu, susunan frasa "cinta-rusuhan-air mata" cukup tepat sekali dipilih, menggambarkan begitu dahsyatnya penderitaan Natrah,
Dari imannya yang cuba dirobek, suaminya yang dipisahkan, malah kesusahan hidup dan siri kegagalan perkahwinan seterusnya (Wonkerfelt, Bollermars dan Ben) dalam mencari ma'na kebahagiaan hidup, bukan mudah bagi seseorang manusia mendepaninya.

Buku ini perlu dibaca dari pelbagai prisma kerana semuanya ada kait mengait. Dari perihal institusi agama, politik dunia (Belanda tak mahu malu lagi selepas kalah dengan Indonesia), falsafah kebahagiaan, kekeluargaan, dan perpaduan siasah Orang Melayu, buku ini bagaikan sebuah 'hidangan dari bahan2 itu'! Dari prisma politik, saya teruja dengan perpaduan Dr Burhanuddīn al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman. Lebih penting, peranan Karim Ghani dalam memperjuangkan kes Natrah.

Dalam nada berbeza, saya cuba merenungi kes2 perkahwinannya itu dan menyedarkan hati bahawa Natrah seorang yang perlukan bimbingan yang kuat dari diri dan orang lain. Bukan mudah menguruskan cabaran kehidupan seorang diri. Tetapi bak kata Puan Sri Fatini, kegigihan Natrah mencari ma'na kebahagiaan tidak bernoktah. Natrah mungkin terlambat menggapai kebahagiaan berbanding Mansor, tapi biar terlembat sedikit dari hanyut dibawa arus.

...

Penerbitan buku ini sudah tentu berma'na bagi pengikut kes ini. Saya mengetahui kes ini melalui tulisan Johan Jaaffar di dalam bukunya, "Nota Kaki". Satu kepuasan, apabila menemui banyak hikmah dari sejarah Natrah. Bacalah dengan hati yang tenang, layankan shahdu-pilu dengan momen2 yang menghibakan dari sejarah beliau. Maka berjayalah pengarang buku ini, Puan Sri Fatini Yaakob, membentangkan banyak pengajaran dari kes yang bersejarah ini. Terima kasih Puan Sri!

MUHAMMAD M IDRIS
Kajang, Selangor

4 XII 2016
Profile Image for Ema.
1,111 reviews
September 18, 2012




Natrah karya Fatini Yaacob seharusnya dibaca oleh masyarakat. Tajuk dan description mengenai muka depan sudah cukup menyentap pembaca. caption untuk gambar di atas: Gambar pernikahan Natrah dengan Mansor Adabi pada 1 Ogos 1950. Gambar ini menjadi sebab derita Natrah berpanjangan sebahagian besar hayatnya...

cinta mereka menyebabkan rusuhan yang tragis di Singapura (1950). apa yang paling menarik. Natrah menjadi mangsa keangkuhan sebuah negara yang mahu menebus malu kerana kalah perang. Natrah merana jiwanya kerana kemahuan orang lain, kerana keangkuhan pihak lain. Natrah dipaksa berkorban jiwa demi kemenangan imej negaranya dan demi kemenangan moral negaranya.

ada point yang menarik hati pengulas:

1. Dato' Onn Jaafar menganggap isu Natrah adalah isu tempatan dan beliau yakin parti berhaluan kiri Islam sedang menjadi penggerak utama, di sebalik usaha melumpuhkan kerajaan. Dato' Onn mempersoalkan kenapa Che Aminah mesti mengambil anak angkat bangsa Eropah. tapi dibidas oleh Tunku Abdul Rahman membidas, Pihak Inggeris telah bertindak terhadap seorang Islam dan seorang budak Islam dengan cara yang pasti melukakan hati orang Islam. macam mana pula UMNO sebagai parti politik Islam tidak mahu campur tangan? mungkin sebab itulah pucuk pimpinan UMNO selepas itu bertukar tangan.

2. ketika rakaman The Time Just Stood Still (Amsterdam) yang memaparkan kisah Natrah pada tahun 1975, sewaktu rakaman dengan Mansor Adabi, sekali lagi ianya bagaikan luka lama berdarah kembali. selepas 25 tahun melihat bekas suaminya kini berjaya dan bahagia membuatkan emosi Natrah terganggu..dan kemudiannya setahun selepas itu dia dituduh mahu membunuh suaminya, Wolkenfelt. tapi dapat juga dia 10 orang anak.

pernahkah terbayang jika dibiarkan Natrah dan Mansor Adabi dengan perkahwinan mereka, walaupun umur mereka tidak panjang tapi sekurang2nya mungkin mereka bahagia. tapi ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA2NYA!
Profile Image for Khaulah Zulkifli.
94 reviews3 followers
January 24, 2016
kecil - kecil dahulu dikenalkan kisah natrah melalui lagu kumpulan al-wadi. tahu serba sedikit pasal natrah. tidak pernah saya ketahui ia adalah sebahagian dari sejarah tanah melayu. betapa besar kisah seorang natrah dikenali seluruh dunia.

menelusuri sejarah natrah meninggalkan kesan sangat mendalam. dengan naik turun pelbagai rasa. marah. sedih. pedih. semangat nasionalism. kecewa. kadang- kadang bahagia. kalah drama melayu.

walaupun kes ini dimenangi oleh ibu bapa kandung natrah tapi mereka dan negaranya kalah pada hati natrah yg cintakan islam. tanah melayu. che aminah dan mansor. menang pada sebuah fakta tapi mereka telah menghancur sebuah kehidupan seorang natrah.

banyak kesilapan dapat dipelajari melalui kisah natrah. banyak memberi peringatan dalam pelbagai aspek.

memang natrah adalah dibawah tanggungjawab bapanya. tetapi juga seorang manusia. punya hati perasaan. akal untuk berfikir. tetapi hak natrah diketepikan demi kepentingan masing2.

akhir sekali, ia bukan kisah seorang natrah sahaja tetapi sebuah sejarah yang perlu diketahui semua. bukan harus tetapi wajib baca.
Profile Image for Fazrol Bin Che Isa.
13 reviews
March 4, 2012
Saya Tak kenal Natrah, saya sangat hargai usaha penulis~Fatini Yaacob. Saya hubungi mak bertanyakan tentang Natrah. Tapi mak kurang mengikutinya. Jadi saya teruskan juga untuk membaca kisah Natrah ini kerana saya cintakan islam. Buku sejarah ini perlu dimiliki oleh setiap keluarga melayu yang mengaku beragama islam. Islam itu adalah cara hidup dan cara hidup islam adalah yang sebaik-baiknya.Ini adalah buku sejarah dimana orang melayu sebelum merdeka boleh bersatu jika islam dipermainkan. Saya suka penulisan Fatini Yaacob. Travelog mencari khazanah yang berharga ini telah dimuatkan dalam buku. Niat dan azam adalah perkara yang berbeza. Niat yang murni akan dimakbulkan Allah. Semoga usaha murni ini diberkati. Amin.
2 reviews1 follower
April 15, 2010
Baliklah kepadaNya, Dia menunggu kita dengan penuh kasih sayang, kerana saya percaya bahawa "Berikan hati yang luka parah itu kepada manusia, kebanyakan manusia akan menghancurkannya, berikanlah hati itu kepada Allah..Dia akan mengubatinya" --Fatini Yaacob.

Setelah sekian lama hati meluap2 untuk mengetahui kisah sebenar Natrah..akhirnya tertunai jua hasrat yang kian lama terpendam..suka duka bercampur baur dendam kala membaca Natrah (1973-2009) Cinta.Rusuhan.Airmata. Namun dia sudah pergi menemui Penciptanya..dia tetap juga dititipkan doa dalam kebaikan tanpa syarat, dalam keampunan dan rahmat Allah tanpa kedekut. Amin
Profile Image for Noeroel Khabibunaa.
1 review2 followers
April 16, 2011
Judul : Natrah ( cinta, rusuhan, air mata)
Penulis : Fatini Yacob
Penerbit : UTM Press

Natrah adalah kisah cinta dua insan yang agung dan menyatu dengan kisah bangsa melayu dengan agamanya hingga mencetuskan rusuhan tragis di singapura.Natrah juga menggambarkan perpaduan umat islam di seluruh Tanah Melayu.
Kelebihan covernya menarik ulasan cerita sangat mengharukan, dan sangat berkesan.
Ktltmahannya bahasanya kurang bersahabat dengan sebagian remaja, sehingga para remaja kurang tertarik untk membacanya. Lebih baik menggunakan bahasa yang sedikit menghibur dan menarik, sehingga para remaja berminat untuk membacanya,
Profile Image for Damaisuria.
75 reviews13 followers
September 10, 2016
Natrah, nama yang meninggalkan kenangan suka duka kepada sejarah tanah air. Menyelami kisah Natrah yang ditulis Fatini Yaacob ini cukup tragis kerana dalam perjalanan hidupnya, beliau dan ibu tirinya melalui getir dalam perebutan hak penjagaan dirinya malah bertambah dilema berdepan ibu kandung yang menuntut hak anak kembali setelah beliau telah mengamal ajaran Islam dan berbudaya Melayu. Konflik ini tiba-tiba membawa isu agama cuba diapi-apikan, membawa campurtangan politik sehingga membawa polemik sejagat antarabangsa. Hanya Natrah yang dapat mengetahui isi hatinya, cuba membawa jauh pergi perasaan tersemat di hati sehingga menjadi kenangan untuk dihayati.
Profile Image for ilafahmy.
114 reviews19 followers
March 19, 2012
Lahirnya buku ini sangat mengujakan saya yang telah lama tertangguh untuk menyudahkan pembacaan saya tentang kisah Natrah. Sebelum ini saya pernah mengikuti kisah beliau melalui Dewan Masyarakat tetapi tidak dapat mengikuti sepenuhnya kerana ketika itu masih bersekolah menengah dan agak sibuk dengan tuntutan seharian sebagai pelajar serta tidak cukup wang untuk melanggan majalah tersebut...

Kisah yang pernah mendapat tempat di hati hampir semua masyarakat dunia patut dibaca oleh kita semua sebagai sebahagian dari sejarah yang penuh pengajaran. Ia sebuah kisah sejarah yang hebat, penuh dengan kontroversi, penuh dengan tragedi dan air mata...
Author 3 books9 followers
June 12, 2013
Kisah Natrah yang menyentap hati ramai masyarakat melayu khususnya. Kisah yang pernah mencetus rusuhan besar di Singapura suatu masa dahulu.

Saya tertanya-tanya, betapa besar jiwa Natrah melalui semuanya sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 2009. Cerita mengenai Natrah ini sebenarnya tidak asing, dan tidak keterlaluan juga kalau hendak cakap bahawa ianya antara salah satu sejarah yang tidak kecil pernah berlaku.

Natrah. Kisahnya tidak pernah luput dan asing dari pengetahuan pelajar undang-undang. Kerana perbicaraan mengenai kes Natrah di mahkamah juga mengundang impak yang besar di tanah melayu suatu waktu dulu.

Recommended!
Profile Image for Izziewizzy.
80 reviews
January 11, 2013
Buku yang saya baca sambil-sambil menunggu jarak waktu nak exam dulu. Cerita Natrah ini sebenarnya sudah pernah saya baca di artikel-artikel berita, buku sekolah tetapi buku tebal ini lebih menceritakan secara terperinci mengenai kisah Natrah. Mainly apa yang berlaku padanya selepas peristiwa dia diambil balik ke Belanda.

Such an interesting book. Love it. Well this is quite a case kan, especially to Muslim?

You'll know better when you read this book.
Profile Image for Syed Mohammad Daniel al-Habsyi.
24 reviews1 follower
April 13, 2016
Kisah Natrah adalah titik kesatuan Melayu berakar umbikan nilai keislaman dan persaudaraan yang utuh demi jiwa muda seorang kanak-kanak perempuan Islam yang dipaksa meninggalkan agama yang telah dipupuk sejak kecil.

Rentetan cerita Natrah lebih dramatis dan menyayat hati dari mana-mana karya fiksyen, dan ia lebih menyedihkan kerana benar-benar telah berlaku.
Profile Image for Di6ana.
24 reviews
October 11, 2025
Buku ini berkisar tentang kehidupan Natrah atau Huberdina Maria Hertogh semasa hidupnya. Dari awal hidupnya di Malaya, sehingga dia di bawa pulang ke Belanda. Penceritaannya memang best senang untuk difahami.

Kalau sesiapa yang sukakan sejarah, boleh dapatkan buku ni. Rasanya cukup lengkap untuk dijadikan rujukan.
Profile Image for Nadhar.
5 reviews16 followers
November 14, 2013
untuk permulaan buku ini sangat berjaya mencengkam emosi saya ketika mula membaca . buku yang patut dibeli untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kepincangan sistem mahkamah syariah malaysia secara tak langsung dan mengenali tragedi natrah dengan lebih mendalam lagi
Profile Image for Kak.
46 reviews2 followers
February 26, 2016
Kisah tragis.

1. Kisah ini, kalau di filemkan, sangat bagus.
2. Moral utk generasi kemudian: patut diberi pendedahan akidah yang betul sejak anak-anak kecil, bila umur >10 tahun akidah dah jitu.
3. Qadr Allah masha a faal
4. Terima kasih kepada penulis Fatini Yaacob dan DBP.
5 reviews
Want to read
April 26, 2010
byk pengajaran best nie..hehe
14 reviews
Read
April 11, 2011
natrah bukan sekadar kisah yang menjadi sejarah tetapi merupakan penyatuan gerakan semangan islam dan orang melayu ketika itu..pengalaman fatini sangat berharga dan wajar dikongsi bersama..
Displaying 1 - 30 of 37 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.