Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kumpulan Cerpen: Bila Ayah Berkaca Mata Hitam

Rate this book
Apabila ayah berkaca mata hitam, satu kampung kecoh dan mengatakan ayah buang tabiat,
Apabila ayah berkaca mata hitam, ada ura-ura mengatakan ayah ingin berkahwin lagi,
Apabila ayah berkaca mata hitam, ayah memakainya sehingga malam.

Mana tidak kecohnya, hati anak-anak menjadi runsing kerana laku ayah. Lama-lama menimbulkan rasa benci. Mengapa ayah ingin berkaca mata hitam 24 jam pula sekarang? Ayah berkaca mata hitam tetapi butang baju pun tidak dikancing teratur. Adakah ayah bercita-cita untuk kembali muda? Ah, perangai ayah boleh bikin ribut dan kemarahan anak-anak sahaja!

# # # #

Mohd Helmi Ahmad, pengarang muda berbakat dalam menuliskan dunia kampung dan watak ayahnya, terasa dekat dan hidup. Lapan belas buah cerpen dalam kumpulan cerpen ini menawarkan cerita bervariasi tentang keluarga, cabaran guru dan dunia pencinta buku.

222 pages, Paperback

First published January 1, 2016

2 people are currently reading
15 people want to read

About the author

Mohd. Helmi Ahmad

22 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (46%)
4 stars
5 (33%)
3 stars
3 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Farah Shahirah.
70 reviews2 followers
November 9, 2022
Kesemua cerpen dalam buku ini sangat menarik untuk dibaca dan mengandungi banyak pengajaran. Kebanyakan cerpen berkisar berkaitan insan2 yang rapat dengan kita dan boleh dijadikan refleksi dalam kehidupan seharian. Penggunaan bahasa yang tersusun dan pemilihan perkataan yang sesuai menaikkan lagi keterujaan untuk membaca.
Profile Image for Norhasiah Akhir.
32 reviews
September 19, 2021
Ini adalah karya pertama dari saudara Mohd Helmi yang saya baca.

Saya memang suka baca cerpen, kisah pendek, lebih cepat habis berbanding sebuah novel yang panjang, yang boleh buat saya ternanti-nanti kisah penyudahnya.

Ada beberapa kisah yang menarik hati, ada juga yang menyedihkan. Tetapi ada juga beberapa cerpen yang saya tidak beberapa gemar, boleh jadi kerana ada beberapa babak yang 'tergantung', tiada kesudahan. Apa 'ending'nya? Dan ada juga beberapa babak yang saya tertanya-tanya - Mengapa Jadi Begitu?

Saya bukanlah seorang yang pakar dalam penulisan cerpen. Boleh jadi ini adalah salah satu bentuk penceritaan yang mahukan pembaca berfikir lebih kritis dan lebih mendalam.

Antara beberapa tajuk cerpen yang menarik minat saya:-
- Kenduri Di Kampung Pisang - pengajaran tersirat dan teladan
- Pesta Bendang - bagi saya ini kalau didramakan di TV pun menarik juga
- Budi Beruk - kisah menyayat hati, sedih hati saya membacanya
- Nyonya Ba dan Sebakul Kenangan - kisah teladan, jangan buruk sangka

Apa lagi yang menarik tentang cerpen-cerpen Mohd Helmi ini?
- Pengetahuan. Bijak saudara Mohd Helmi masukkan ke dalam cerpen. Disalurkan ilmu tentang pelbagai perkara dalam bentuk cerita.
- Penambahan penguasaan perkataan B.Melayu. Ada yang saya harus buka Kamus Dewan untuk mengetahui maksud. Saya sukakannya kerana kalau tidak, tidak ada keperluan untuk saya gunakan kamus ini.

Terima kasih atas penghasilan cerpen-cerpen ini.
Profile Image for Umbra FT Penumbra.
7 reviews2 followers
March 29, 2017
Keseluruhan cerpen dalam kumpulan cerpen ini ternyata ditulis dengan baik dan mudah difahami. Isu-isu yang dikemukakan merupakan isu yang begitu dekat dengan jiwa remaja khususnya. Cerpen-cerpen yang ditulis tidaklah akan membebankan minda pembaca untuk memikirkan tentang falsafah-falsafah, pemikiran atau ilmu bantu yang dikemukakan.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.