Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dengarlah Jeritan Hatiku

Rate this book
YUGASRI kembali ke tanah air atas desakan Datuk Yohana setelah lapan belas tahun hidup sendiri di negara orang. Sukar, namun kerana percaya pada abangnya, Amri… dia gagahkan diri. Niatnya hanya satu - mahu menjadi yang adil. Tapi, niat itu terbelah dua bila bahunya melanggar seorang gadis.

Jatuh cinta pada Ashita, bukan kehendaknya kerana sedar, dia tiada apa. Tapi, mana mungkin dia nafi bila suara gadis itu tak ubah seperti muzik merdu dalam dunia dia yang terlalu sepi.

“Saya bawa bekal nasi goreng. Tapi, pagi tadi punyalah…” - Ashita
“Kalau awak layan saya macam ni, macam mana awak nak saya anggap awak sebagai kawan biasa aje, Ash?” - Yugasri

Hati Ashita mendengar jeritan hati Yugasri kerana dia tahu, lelaki itu juga mencintainya biarpun keputusannya telah buat Amri kecewa.
Ashita dan Yuga bercinta. Bahagia. Biarlah Yuga tiada apa dan serba kurang, dia tetap mahu bersama lelaki ini sampai syurga. Tapi, ujian memintas di depan mata. Tersenyum mesra.

“Ash, jangan buat saya macam ni…” - Yugasri
“Atau perlu saya buat tuan macam tuan buat dekat saya?” - Ashita

HATI Ash, hati yang pemurah. Di saat dia sudi memaafkan, sekali lagi mereka sama-sama tercampak dalam kesakitan bila dendam lama bangkit menuntut pembelaan.

“Kalau abang maafkan mereka berdua, Ash boleh terima abang?” – Amri
“Ash dah terima Abang Am…” - Ashita

Ujian telah meletakkan Ashita dan Yuga dalam keadaan yang perlu untuk mereka memilih antara sayang ibu dan abang serta cinta mereka. Dan, Yuga tekad memilih kasih ibu dan abang. Menolak cinta Ashita jauh.

“Kita ni memang dah berpisah, kan?” – Yugasri
“Dengan cara baik yang pastinya. Tiada dendam dan rasa tak puas hati.” - Ashita

Ini kisah cinta. Cinta anak pada ibunya. Cinta adik pada abang dan cinta kekasih pada kekasihnya. Cinta yang mengorek kembali memori lalu yang menyakitkan. Cinta pada sesama manusia yang tidak dikira lebih atau kurangnya dia.

Hati Yugasri menjerit kuat namun, mampukah jiwa Ashita mendengarnya?

560 pages, Paperback

First published June 1, 2016

12 people are currently reading
185 people want to read

About the author

Rehan Makhtar

43 books1,035 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
71 (57%)
4 stars
45 (36%)
3 stars
6 (4%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,071 reviews200 followers
February 19, 2024
Ya Allah best sangat!!!!!

Uols tolonglah baca!

Hebatnya kasih sayang Yuga. Sanggup lepaskan Ash demi mummy dia. Dan sanggup lepaskan Ash jugak demi abang Am..

Hebatnya kisah Yuga dan Ash. Masing² saling mencintai tapi keadaan memaksa Yuga untuk memilih.

Yuga kau istimewa!
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews33 followers
March 28, 2023
Masalah sama yang berulang membuatkan aku jadi menyampah, tak sudah2 dengan memikirkan kebahagian orang yang tak menghargai kita. Berkorban perasaan semata-mata nak biarkan orang yang tak menghargai kita bahagia tapi biarlah kita menderita?

Walaupun dalam mood ‘kemenyampahan’ aku yang tinggi aku tetap suka dengan Yuga yang melebihi mommy & Amri dalam segenap perkara. Biarlah dia menderita asalkan kesayangan Yuga bahagia. & watak Yuga ni memang buatkan aku rasa nak masuk dalam novel pastu backhand sikit si tut mulut celupar.

Ash - gadis yang terlalu baik, boleh menerima Yuga walaupun Yuga seorang yang teristimewa. Sanggup berkorban perasaan asalkan Yuga tidak perlu memilih diantra cinta & family. Haa elok dah hampa dua memang pasangan sejati.

Penat. Tapi penat tu hanya boleh hilang di muka surat 512-551. & boleh tak sekali-sekala buat watak yang pentingkan diri sendiri, sekali-sekala fikirkan kebahagian diri. Nak baik tak salah tapi berpada-padalah 🥲



Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
September 19, 2018
[BOOK 61]

"Dengarlah jeritan hatiku... Yang memanggil namamu selalu"

Bestttt!

DJH ialah novel keenam RM yang kubaca selepas TK, STK, BNS, DCYK dan SUA.

Dan setiap kali membaca novel RM, perasaan itu masih kekal sama. Perasaan ternanti-nantikan novel baru beliau. Perasaan tidak boleh 'move on' dengan ceritanya. Perasaan sebak dan terharu. Perasaan rindu dengan watak-wataknya. Ye lah, Rehan Makhtar kot. RM ialah salah seorang penulis yang kusayang. Penulis yang air tangannya akan sentiasa melekat dihati.

Seperti tertulis di blurb, DJH ialah kisah cinta.

Cinta anak pada ibunya. Walaupun disisihkan oleh Datuk Yohana selama 18 tahun, Yugasri tetap memilih ibunya. Walaupun akhirnya, Yuga kehilangan cinta hatinya, dia tetap bersama ibunya. Walaupun si ibulah yang menjadi punca kepada kemelut mereka.

Cinta adik pada abang. Yuga yang sangat menyayangi Amri yang sentiasa melindunginya. Disaat kebenaran terbongkar, Amri terluka. Sekali Amri terluka, berkali-kali Yuga menangis dan dia rela melepaskan Ashita asalkan abangnya kembali.

Cinta kekasih pada kekasihnya. Yuga yang menjatuhkan hatinya kepada Ash walaupun dia sedar yang dia tidak sempurna. Suara Ash diibaratkan muzik merdu dalam dunia Yuga yang sunyi sepi. Tapi walaupun Yuga serba kurang, Ash tetap memilih Yuga. Tapi, ujian tetap datang.

Kusuka bila penulis menulis watak utamanya seorang yang pekak dan bagaimana dia meneruskan hidup tanpa mendengar bunyi nafasnya sendiri. Watak Yuga sangat membuatku insaf dan bersyukur masih dikurniakan deria pendengaran.

Dan kusuka watak Ash. Seorang yang memiliki hati yang pemurah. Sudi memaafkan walaupun hakikatnya sangat perit. Sudi menerima Yuga yang serba kurang.

Dan akhir sekali, kusuka RM. Beliau seringkali menyatakan bahawa karyanya hanya sekadar air masak, bukanlah air manis. Ya. Ceritanya banyak tentang kehidupan. Bukan sekadar manisnya hidup suami isteri. Dan setiap bait kata yang ditulis, buatkan kuternanti-nanti.

HIGHLY RECOMMENDED!

Untuk peminat RM, buku ni masuk kategori wajib. Hahah
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
June 20, 2023
This book... Do you have any idea what it did to me?

DO YOU HAVE ANY IDEA HOW BADLY THIS MADE ME BAWL???



The plot at first had a lot of loopholes that left you feeling puzzled, it was frustrating. But as soon as they unravel one by one... I was a mess.

The longing, the situation where you have to choose between your loved ones...

The pain? I'd say 8.5 out of 10.



I had to take a few pauses to calm myself down before I finished this. I even woke up with a massive headache today, thanks to the book. But will this stop me from reading other books from RM after this? Oh, definitely NOT. Will I be bawling the way I did with DJH? Most probably, but bring it on.

5 ⭐ for this pain-inflicting story. Good job RM for this piece!
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
August 8, 2022
Nak last2 pages pun sempat buat aku nangis. Rasa ni story RM yg paling pain pernah aku baca.
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
November 17, 2021
5.1/5⭐️
Antara 8 karya RM yang setakat ini saya baca, jalan cerita DJH ini adalah yang terbaik sekali (bagi saya). Sangat sarat dengan nilai kasih sayang kekeluargaan dan kurang buat saya menyirap. Separuh novel yang pertama saya merasakan biasa2 saja mungkin disebabkan saya dah tahu kekurangan hero apa. Saya tahu novel ni pun selepas baca Objection, nampak ada nama Yugasri dan terus cari novel ni.

Apa boleh saya kata, jalan cerita ni berjaya sentuh hati saya. Masuk mukasurat 300 ke atas, air mata saya tak berhenti mengalir. Ada part yang saya sampai tersesak. Saya tak expect kisah kasih sayang seorang adik pada abang begitu menyentuh hati saya…. Saya betul2 sedih dengan nasib Yugasri yang jadi mangsa.

So, saya tambah 0.1 star kerana cerita ni mampu gugat emosi saya sampai menangis. Cerita ini betul2 melekat dalam hati saya. Bukan sebab dia berjaya buat saya menangis tapi suka sangat isu dalam cerita ni. Terkesan dan tak berapa clishe.

5/5 ⭐️ untuk plot. Plot overall sangat nice bagi saya.
Aaaa tak boleh move on sekarang ni T.T
286 reviews52 followers
June 16, 2016
sebuah karya yg terbaik....penulis tampil dgn tema kekeluargaan dan percintaan....pengorbanan seorg anak yg mengutamakan keluarga lbh drpd rasa cinta bt kekasih hati...sebuah cerita yg sungguh melekat di hati dan sungguh menyentuh jauh ke dasar hati...bkn nya mudah utk jd sekuat dan setabah yugasri....seorang insan yg istimewa dan teristimewa bt org2 yg menyayangi dirinya....
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
June 23, 2016
Buat ke sekian kalinya, kisah yg ditulis penulis ini menyentuh jiwa saya. Sarat nilai...mengangkat isu kasih sayang sesama insan, kasih sayang Tuhan. Adakalanya hubungan jiwa lebih kukuh daripada hubungan darah. Mengapa perlu dikocakkan harmoni hanya kerana secebis dosa silam apabila kifarah atas dosa itu sendiri telah turut dirasakan. Sesungguhnya sebuah kemaafan adalah yg paling indah bg membebaskan hati dr belenggu dendam.

----------------------------------------------------------------
Setelah lapan belas tahun hidup di rantau orang, tersisih daripada keluarga, Yugasri (Yuga) kembali ke tanahair atas permintaan ibunya, Datuk Yohana. Dia kembali dengan satu tujuan...demi sebuah keadilan yang sekian lama diselindungkan daripada abangnya, Amri.

Sekembalinya dia, dia bertemu dengan Ashita (Ash). Keikhlasan Ash membuatkan dia jatuh cinta. Layanan Ash membuatkan dia rasa bahagia.

"Jika begini, awak akan buat saya terus terjerumus ke dalam hati awak, Ashita." - Yuga

Sementara Ash yang selama ini anti orang kaya, turut merasakan tarikan jiwa terhadap Yuga. Ketika hati terbibit cinta, dia terkesima apabila mengetahui bahawa Yuga adalah pewaris tunggal empayar perhotelan di mana dia bekerja. Berasa dipermainkan dan tertipu, dia ingin berlalu.

"He loves you, Ash. More than you can imagine. And...trust me, hati dia sedang menjerit memanggil nama awak dan saya harap, awak boleh dengar jeritan hati dia." - Amri

Siapa sangka, rupanya Yuga jejaka kelainan upaya... mata dan hati menjadi perantara. Dia reda andai cinta bukan selayaknya untuk dia. Dan ironinya bagi Ash pula, apabila hati sekali cinta, dia tak upaya menolaknya biarpun jenuh dicuba... dia terima Yuga seadanya.

"Saya tak cari kesempurnaan pada dia, tapi saya mencari cebisan hati saya yang masih tak lengkap. Apa sempurnanya saya untuk tolak Yuga....?" - Ash

Siapa pula mampu menduga, di sebalik "keadilan" yg ingin Yuga lunaskan, ada sebuah cerita duka...yg membuatkan Yuga hidup terbuang, terpisah daripada kasih sayang ibu yang sentiasa didambakan. Tempoh yang panjang hidup tanpa perhatian ibu nyata mencipta jurang....bolehkah dirapatkan?

"Let me hug you, mummy. Biar Yu lepaskan rindu Yu pada mummy selama 18 tahun sebelum ini. Sangat sarat, sampai Yu rasa nak rebah jika Yu terus galasnya."

Dan ketika hubungan ibu-anak beroleh kejernihan...hakikat yang diselindungkan selama ini tersingkap. Rupanya hakikat tersebut berselirat melingkungi insan-insan yang saling berkait rapat...insan-insan yang Yuga sayang...dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya, kerana ketamakan harta dunia..apabila hubungan darah menjadi lebih utama, mengatasi hubungan lain yang ada di dunia. Hakikat kejam itu nyata merenggut pergi bahagia Yuga...dia hilang kasih sayang abangnya, juga hilang cinta hatinya.

"Andai saya minta awak terus cintai saya, tentu awak tak mampu. Adakah dengan membenci saya, awak akan bahagia?" - Yuga

"Saya tak mampu nak benci awak, Yugasri... Tapi saya juga tak mampu untuk cintai awak lagi..." - Ash

Bagi Yuga, mungkin tiada ruang bahagia baginya. Dia beroleh semula kasih sayang mama dengan harga kehilangan Amri & Ashita. Terlunas misi "adil"nya bila dia mengembalikan hak ke tempat yg selayaknya. Dan meskipun dia & Ash punya hubungan jiwa yang ketara, dia rela korbankan cintanya demi apa yg dia panggil "keluarga".

Benarkah cinta tak semestinya memiliki? If Allah will...it will be...
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
297 reviews15 followers
September 11, 2021
*3.5

Secara jujur, hanya membaca1/3 novel, aku dah boleh agak kemana hala tuju cerita ini, walaubagaimanapun olahan RM yang menarik selalu membuatkan aku berjaya meneruskan bacaan. Cuma dalam 100 ms terakhir terasa"a bit draggy" kerana masalah yg sama asyik berulang.
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
May 4, 2023
Zu sedih tak baca buku ni? Nyah gila tak sedih? Lelah tau nak tengok Yuga dengan Ash ni menuju ke jalan ‘kebahagiaan’. Macam tak jumpa dah perkataan bahagia untuk dorang berdua ni 💔🥲
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
June 30, 2016
Macam mana nak mula ya. Macam-macam rasa yang ada dalam dada bila membaca novel ini. Hati jua turut terkesan sama hingga mampu mengalirkan air mata . Tabah dan sabarnya seorang yugasri. Yang hidup dalam sepi.Hadirnya Ash menyinari hidupnya.

"mencintaimu tanpa jemu" - ash
"mencintaimu tanpa ragu " - yuga

seperti biasa, karya rm memang kena dgn jiwa.mengikuti kisah yuga dan ash sejak di blog lagi. Dan dengan sabar menunggu yuga dan ash ke versi cetak. Alhamdullilah, akhirnya puas dapat membaca sehingga keahirnya dan diulang sebanyak 3x. overall, DJH terbaik. banyak ilmu dan iktibar yang boleh diambil dan diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. inshaAllah.
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
June 13, 2016
Yugasri...
Mungkin dia ada kekurangan. Namun, Ashita hadir sebagai kelebihan.

Ashita...
Berjiwa halus tampak lemah. Namun, dalam tak sedar menjadi sumber kekuatan seorang Yugasri.

Penulisan RM memang jenis air masak. Walaupun ianya kosong, tapi cukup melegakan tanpa perlu menambah perisa. Tak perlu dilihat dgn mata tentang kecekalan, ketabahan dan keperitan diri seorang Yugasri bila kita mampu merasai dengan hati. Ashita, seorang yang polos, berhati pemurah dan tidak pernah meletakkan kekurangan diri Yugasri adalah satu kekurangan yg perlu dijauhi. Kerana manusia tiada yang sempurna. Cinta itu membahagiakan mereka tetapi ujian demi ujian datang sebagai perencahnya. Satu hubungan yang bermain dengan hati & jiwa yang luhur harus diletakkan untuk memilih antara kasih sayang seorang ibu & abang.

"Kita ni memang dah berpisah,kan?" -Yuga

"Dengan cara baik yang pastinya. Tiada dendam dan rasa tak puas hati." - Ashita

Tapi kuasa cinta, tiada siapa yang mampu menghalangnya.

"Ada masa, bahagia dan segala kelebihan itu Allah bagi dan sebenarnya itu adalah ujian terbesar untuk kita, abang. Untuk lihat bersyukurkah kita dalam setiap kurniaan-Nya. Atau kita semakin alpa dengan segala nikmat yang dia beri. Hadir abang dalam hidup adalah nikmat-Nya dan Ash tak pernah lupa untuk bersyukur. Tak cukup kata-kata di dunia untuk Ash bisikkan pada abang, betapa Ash sayang dekat abang. Ketenangan abang, kekuatan dan ketabahan abang... semuanya memikat hati. Buat Ash jatuh cinta berkali-kali..." - Ashita

(so touching ayat Ash ni, sampai Yuga pun boleh hilang kata2
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
October 1, 2017
Bahagia tu kena cari. Cari sampai jumpa. Sampai dapat. Sebab bahagia tak senang-senang mendiam di hati.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
June 1, 2018
Derita dulu membuahkan hasil buat Am, Yuga, Ash, & Ashman. Its a family story with disability namun its beautiful.
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
December 31, 2024
Its all about sacrificing for your love ones.. biar pun diri tu tk bahagia..
Profile Image for Eisya.
189 reviews4 followers
May 10, 2025
Sedihnya jadi yuga tapi nasib baik la pengakhiran yang baik buat yuga.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
September 6, 2023
My thoughts?

1. Aku suka storyline buku ni. Lain daripada buku penulis yang lain. Background perhotelan bahagian office. Kisah antara colleagues. Colleagues to lovers. Love at first sight.

2. Aku suka both watak male dan female lead, Yugasri dan Ashita. Aku suka Yuga sebab dia special dan selalu blur2 😆 Aku suka Ash sebab dia such a kind soul and very bold too! Suka sangat part ending masa dia kejar Yuga.

3. Likeable characters. Side characters pun semua aku suka Amri, Ashman, Cik Intan. Semua karakter la aku suka 😂

4. Cuma aku rasa ada part yang tak logik sikit. Tak boleh imagine kalau kejadian tu berlaku in real life, rasa2nya Datuk Yohana tu boleh dimaafkan oleh Amri dan Ash ke tak? Kalau korang, korang maafkan ke?🤔

Personal rating:
🌟🌟🌟🌟/5
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
July 11, 2016
penulis ini, puan Rehan.Makhtar... adalah seorang penulis yang pembaca perlu ambik kisah tentang kewujudan karya miliknya.. sama ada diterbitkan sendiri atau diterbitkan dengan syarikat penerbitan yang sedia ada.. bagi followernya pasti menunggu setiap karya terbitannya. tak percaya? untuk novel yang ini sememangnya kisah percintaan biasa pada dasarnya TAPI... nak tanyalah...korang yang belum kawin tu nak ke terima orang yang cacat pendengaran untuk jadi teman hidup?.. jujur ikhlas la jawab.. takyah kata kalau dah jodoh.. ini salah satu topik utama yang diusik.. yang kedua, sanggup ke korang nak maafkan orang yang ada buat salah dengan korang sesuka hati?. paling tidak mesti menyumpah dulu kan?.. ada yang simpan dendam kesumat sampai mati... heii... jangan ingat baca novel cinta takde pengajaran tau. inilah dua topik paling besar dalam novel yang sedang-sedang saja dipandangan mata. oppsss... ada lagi satu... tentang KASIH IBU...yang nie sememangnya amat menyentuh hati bila baca sebenarnya..

datuk yohana menghantar yugasri jauh ke negara orang atas alasan untuk hidup berdikari. anak angkatnya amri yang membantu dia membangunkan Empress.. sampai waktu, yugasri dipanggil balik supaya dapat menerajui Empress.. Yugasri berat hati.. dia berasa ditidakkan sebagai anak hanya mampu mengikut saja arahan. dia mahu bangkit melawan.. namun, dia punya kekurangan... kenal dengan ashita secara tiba-tiba.. doanya dimakbulkan bila ashita rupanya pekerja Empress.. mereka saling terpikat..

ashita, rupanya tidak sukakan orang kaya. baginya sederhana saja sudah memadai. amri yang sukakannya pun dia buat tak endah. tetapi, dia tidak tahu yang yugasri adalah anak datuk yohana. korang bayangkanlah betapa pedih hatinya bila tahu status yugasri yang pada mula adalah rakan sekerjanya tiba-tiba menajdi pengarah besar Empress.. dan lagi, bila tahu ada rahsia besar yang tersimpan semuanya timbul dalam masa yang sama... mampukah dia menerima semuanya?.. walaupun dia menerima kenyataan yang yugasri ada kekurangan tapi mampukah dia menjadi pemisah kasih sayang antara yugasri dan amri yang sudah terjalin lama?.. watak-watak semua punya kekuatan masing-masing dalam memegang jalan cerita novel ini supaya lebih ampuh. kurang satu watak, senget perjalanan kisah.. kalau diteliti sebenar perjalanan cerita ini perlahan tapi puan penulis tidak meleretkan kisah. tahu mana harus berhenti. tahu apa yang pembaca mahukan. tahu merentap tangkai emosi pembaca. inilah yang menjadi kekuatan dengarlah jeritan hatiku...
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
October 24, 2016
DJH....yg dekat dan lekat dihati. RM tak pernah gagal buat saya rasa terharu dgn kata2nya. sungguh tak puas rasa membacanya. tiap kata2 RM meninggalkan pelbagao rasa.

DJH.... kisah penuh kasih sayang sesama insan, keluhuran hati seorang teman. ketaatan seorang anak. kecintaan kepada DIA yg membuka mata hati insan2 terpilih. kekurangan bukan kecacatan...kasih sayang membuat hati dan jiwa seseorang hidup walau tuli deria.

DJH...tak terluah kata2 betrapa rasa dihati sgt terkesan. buat Rehan Makhtar, semoga terus berkarya dengan kisah2 indah yg berhemah. kisah cinta yg seimbang dunia dan akhirat...DJH...bacalah dan rasai manis dlmnya.. tiada ayat2 puitis namun tetap meresap dlm hati...TAHNIAH RM!
Profile Image for addreads.
286 reviews27 followers
June 27, 2023
𝘋𝘶𝘢 𝘩𝘢𝘵𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢𝘪 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘪𝘭𝘪𝘩 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯...?

18 tahun hidup sendiri di negara orang, Yugasri pulang ke tanah air atas desakan Datuk Yohana. Demi Amri, abangnya & niat untuk menjadi yang adil dia pulang juga. Tujuan itu berubah bila Yuga terlanggar bahu dengan Ashita. Jatuh cinta pandang pertama? Yuga sedar diri nya tiada apa, jauh lagi seorang yang sempurna. Jadi mampu ke Yuga teruskan perasaanya terhadap Ash?

"𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐤𝐚𝐩 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐰𝐚𝐤, 𝐘𝐮𝐠𝐚."

Realiti ini menyakitkan, apabila satu rahsia terbongkar dan meletakkan mereka untuk memilih antara ibu, abang & cinta. Adakah perpisahan itu menjadi milik mereka? Apa rahsia itu? Kenapa Yuga rasa diri dia tidak sempurna? Apakah pilihan mereka? Bahagia ke?

"𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐜𝐢 𝐬𝐚𝐲𝐚, 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚?"

"𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐧𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐧𝐜𝐢 𝐚𝐰𝐚𝐤, 𝐘𝐮𝐠𝐚𝐬𝐫𝐢. 𝐓𝐚𝐩𝐢, 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐥𝐚𝐠𝐢."
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
Rate pain? 5/5 (ini apa Ad rasa). Sepanjang baca Ad asyik terfikir "bila nak happy dorang ni?" "Kenapa sakit sangat perjalanan dorang?" Conflict dia wow. Storyline dia wow. Semua wow 😞 *type sambil pukul bantal* Nak mengecapi bahagia tu susah betul untuk dorang.. Ad yang seksa 🫠 tapii manis di ending tu dapat cover kesedihan Ad 🙈 tau jelah how hero kak Rehan kan 👉🏻👈🏻 terus amnesia kita wak sedih semua tu. Ada sedih ke? Ada eh? HAHAHA

Yugasri, awak lelaki yang sangat kuat, baik, sabar, penyayang, helok (eh sempat selit)🤭 sakitnya berada di tempat Yuga, besar pengorbanan dia. Bila Ad tau apa rahsia Yuga simpan. OMG! Ad tak expect😦 kesian gila. Sayang sangat dengan watak Yuga ni..

Ashita, baik awak tu Ad nak sedut masuk dalam diri boleh? Kalau anyone ada kat tempat Ash? Ad tak rasa semudah tu decision kita🥺 both mc sangat kuat. Baca tau korang😞 happy reading 🤍

𝘔𝘦𝘯𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢𝘪𝘮𝘶 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘳𝘢𝘨𝘶,
𝘔𝘦𝘯𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢𝘪𝘮𝘶 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘫𝘦𝘮𝘶.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
October 23, 2020
Novel RM...memang lar sarat dengan emosi.

Sedih sangat dengan nasib seorang Yugasri ni. Apa jenis mummy lar, sayang anak tapi hantar jauh, tinggalkan anak dia hampir 18 tahun di negara orang, sendiri... Yuga ni hadap dan telan je perangai mak dia yang satu ni, sebab sayangnya dia kat mak dia.. ni yang bagusnya si Yuga ni, baik sangat hati dia, sanggup berkorban. Yang lagi baik dari Yuga, si Ashati ni... Ash... baik sangat hati dia, tabah sangat, kuat sangat dan mulia sangat dia sebab dia mampu nak maafkan orang yang dah rancang pembunuhan mak bapak dia. Yang part ni paling salute, paling tersentuh hati ni. Abang Ash, Ashman memang dah didik adik dia dengan baik sekali. Semua dalam cerita ni pakat nak berkorban lah. Semua nak jadi baik haihhh..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Bttrcup .
15 reviews
July 14, 2023
Yuga is the definition of gentleman full of green flags 💚. Ash also comel nyaaa dia ni and I love how she always bersangka baik with all the people around her, especially Yuga 🥹 and how dia terima everything about Yuga. how they both are so cute and very good in accepting each other flaws. Yuga adalah lelaki paling penyabar dan kuat. Sentiasa bertolak ansur dan berkorban even dia tahu diri sendiri akan sakit demi kebahagiaan orang2 yang dia sayang. And like how dia diuji tanpa henti bertahun-tahun tapi dia masih teguh dan percaya pada kehendak dan ketentuan tuhan. Betul lah Allah kalau kita bersyukur makin Dia tambah. That's what he got. He got Ashita, his family and also 2 beautiful twins ✨He is so precious 💕 I want someone like Yuga in my life 🥹🥹🥹
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Pablo Reading Books.
90 reviews15 followers
November 5, 2020
Best..kesian kat Yuga disebabkan kekurangan diri selalu menjadi salah sangka dengan orang2 sekelilingnya..walaupn banyak cerita sedih tapi happy ending
34 reviews
December 14, 2025
DNF.
ntah lah, kadang baca buku RM ni jln cerita dia mcm hampir sama. tukar nama watak je.
6 reviews
March 8, 2017
memang perisa air masak!biarpun tawar tp mampu menghilangkan dahaga.Thanx so much Rehan for this beautiful piece of art...
Profile Image for Jessica.
171 reviews
October 15, 2016
2016 - #Novel41

Semuanya bermula 20 tahun lalu. Yuga pulang ke Malaysia demi membetulkan keadaan seperti sepatutnya. Tapi hadirnya Ashita membuat benda semakin sulit lebih-lebih lagi melibatkan soal hati dan perasaan.

Satu persatu rahsia Yuga muncul tapi hati dan jiwa semakin kuat untuk Yuga. Hatinya semakin kuat menjerit nama Yuga sama juga Yuga yg sentiasa menjerit nama Ashita.

Satu persatu dugaan muncul buat Ashita dua kali mungkir janji. Yuga tabah. Keluarga penting kerana dia tak pernah rasa hidup berkeluarga.

Sedih sangat citer ni for me. Kekeluargaan kuat diterapkan. I like it. Kak Rehan always success make me cry and sad. hahaahha... Best citer ni.
Displaying 1 - 30 of 37 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.