Sewaktu kali pertama saya terbaca berita mengenai kehilangan Ramly Nasution di akhbar, saya terus tertarik untuk melakukan kajian terhadap ceritanya. Berita di akhbar tidak mampu memberitahu segalanya dan saya pasti cerita Ramly adalah jauh lebih menarik jikalau dikupas dengan lebih mendalam.
Dengan bantuan tenaga kerja saya, rakan-rakan Ramly, ahli keluarganya dan pihak berwajib, saya berjaya mengumpulkan kesemua e-mel yang dihantar Ramly kepada seorang teman. Menariknya bagaimana kesemua 35 e-mel ini tidak berbalas namun gaya penulisan Ramly itu sendiri membuktikan bahawa dia mendapat e-mel balas dari temannya itu...
Membaca blurb, ceritanya seperti amat mengujakan. Misteri kehilangan seseorang yang bernama Ramly Nasution. Klunya hanyalah sekumpulan emel yang dikirimkan kepada rakan misteri.
And what a great surprise!
They were not emails. The more correct term would be a journal. Email is a communicating tool between two parties. Even when you are pouring your heart out, it would be a different writing from what we have here.
Dalam pengenalan, kita diberitahu penulis merupakan pelajar kolej perubatan yang pernah belajar di Dublin selama dua tahun setengah dan kini menyambung pengajian di universiti di Malaysia. Sama dengan Ramly. Mungkin Ramly sebenarnya adalah pengalaman penulis dan ditokoktambah untuk menyedapkan cerita. Oleh yang demikian, sebagai seorang yang masih belum pernah menjejakkan kaki ke sana, apatah lagi bermastautin selama dua tahun setengah, saya tidak akan mempertikaikan apa yang penulis ceritakan mengenai situasi di sana.
But it was so dry. Seperti pengetahuan tentang tempat itu cuma diambil dari sumber Google dan diolah supaya menjadi cerita sendiri. Kebiasaannya, apabila kita bercerita melalui pengalaman, it would be full of emotions. Sedaya upaya kita menerangkan kepada orang lain apa yang kita rasa semasa berada di sana supaya keterujaan itu sedikit sebanyak boleh dirasai oleh mereka yang mendengar/membaca.
Loopholes everywhere. The telling didn't come with a strong arguments or persuasions or something concrete. Terlalu mendatar until it makes me questioned the validity of the infos. And aside from the very 'orang putih' names and places, rasa macam kat Malaysia jer. Cara bercakap pun just like someone who lives in KL. And Zurich, kenapa tak ada watak2 yang mempunyai nama atau sekurang-kurangnya ejaan tempatan? Sepatutnya the names would lean more towards Germany, shouldn't it?
And the fantasies. Hmmmm...trying too hard to make Ramly seemed like an 'urban' guy? Too much lewdness makes you sound vulgar, not sophisticated. Just a few mentions throughout the book can be accepted, but every other page? Bad taste.
And the supposedly the mysterious receiver of the emails? Nada. None. Come on la. Of course every email sent out would have the recipient address. If not, where did you find it? If all those emails just as drafts, then for sure they weren't sent out. Polis pun ada pasukan IT expert kot. Setakat nk kesan alamat email tu, just need to enter a few commands agaknya. Kalau email yang encrypted pun orang boleh baca...
Maybe penulis nak cerita pasal human behaviour. Please buat research lebih lagi. Ridhwan Saidi have done this kind of theme superbly with Brazil. Please take notes ya.
Oh, one more thing. The significance of 'KAMERA' ?
Sensasi misteri? Debar pencarian? Keterujaan penyiasatan? Penolong penyiasat pandai IT tak kacak dengan potongan rambut pelik tetapi kelakar dan comel? Jika anda mengharapkan semua itu anda tidak akan mendapatkannya dari buku ini. Baiklah, yang terakhir itu hanya hamba saja yang mengharapkannya. Haha.
Walaubagaimanapun, apa yang diberikan oleh buku ini adalah sebuah pemandangan yang tidak pernah hamba lihat dan hamba menghargai itu terutama bab tentang perjalanan Ramly ke Iran. Juga, pendapat-pendapat yang mungkin hamba tidak persetujui sesetengahnya. Serta, sebuah persona untuk hamba tidak suka. Ya, hamba tidak menyukai Ramly.
Perjalanan KAMERA yang datar tidaklah terlalu bermasalah pada fikiran hamba kerana buku ini sendiri bergerak menggunakan medium e-mel. Dan, berdasarkan ratusan e-mel yang pernah hamba terima, tiada satupun yang mengujakan selain makluman nombor rujukan pos untuk barangan yang dibeli secara atas talian (haha). Cuma cara penulisan dalam buku ini yang membuat ia sukar untuk diyakini sebagai utusan e-mel. Kebanyakan masa semuanya tidak kelihatan dan kedengaran seperti perbualan melainkan bercerita semata. Ia ibarat membaca sebuah fiksyen yang mengunakan first person POV.
Dan, jika pun buku ini adalah sebuah fiksyen menggunakan first person POV, kemungkinan untuk hamba merasa ia membosankan adalah besar juga. Perjalanan cerita Ramly terlalu keras. Mungkin hamba akan menyukainya lebih jika karektor Ramly itu dibina dan berkembang dengan lebih alami tanpa terasa dipaksakan. Mungkin juga sikap sinisnya itu telah mendorong hamba untuk bersikap sinis juga terhadapnya.
Namun, tidaklah hamba membenci KAMERA seluruhnya kerana seperti yang hamba katakan tadi ada pemandangan, perjalanan dan pendapat dari buku ini yang hamba ingin hargai.
Aku suka buku ni! Buku yang menggunakan teknik epistolari sentiasa buat aku rasa intrigued. Banyak isu-isu yang menarik yang dibawakan dalam buku ni. Tentang penulisan, tentang muzik, filem, kopi, Uniqlo pun ada! Tidak dapat tidak, aku bayangkan wajah penulis sebagai Ramly. Entah kenapa, mungkin sebab penulisannya dalamni sangat dekat dengan kehidupan penulis mungkin? Dan sepanjang baca kisah Ramly dan Sara, aku terus teringat akan penulisan-penulisan melankolik Azmen, terutamanya dalam novelanya, Polaroid.
Cuma satu saja, penghujungnya buat aku sedikit pening. Aku pelik kenapa Sara tiba-tiba saja jadi macamtu. Takpa, itu aku boleh tanya penulisnya sendiri.
Blurb tak menggambarkan content kat dalam. Baca blurb kita akan rasa macam buku ni tentang kisah penyiasatan. Hakikatnya tidak, ia lebih kepada kisah curahan hati si Ramly tentang hidupnya. Aku tak nampak unsur penyiasatan pun dalam buku ni. Lebih kepada Ramly bercerita sahaja.
Dan baca buku ni rasa macam tak ada hala tuju. Satu perenggan Ramly cerita pasal falsafah hidup, perenggan lain pasal penulisan, pastu perenggan seterusnya tiba² pasal Sara. Tapi apa pun aku nak puji penulis bila dia bercerita pasal pengalaman hidup mengembara di bumi orang. Itu buatkan aku rasa nak mengembara jugak.
Ada certain point aku setuju dengan beberapa perkara yang diutarakan oleh Ramly tapi sayangnya kadang² topik macam sedap dah nak dibaca, tiba² perenggan next dia sambung dengan cerita pasal Sara pulak. Topik tadi mati macam tu je.
Pastu konfliks Sara. Sara mengandung anak Ramly ke apa. Buat dia jadi macam tu. Siap muntah², pakai baju besar²?
Lepastu agak memeningkan aku bila dialog antara Sara dengan Ramly yang sekejap-sekejap berbahasa Inggeris, tiba-tiba ayat bawah bahasa melayu pulak. Aku rasa macam Ramly ni ada masalah personality pulak. Macam dia tengah cakap sorang².
Sara, bila sekejap Ramly dengar macam Sara tengah cakap dan bercium dengan lelaki, tiba² Sara kata dia berhalusinasi. What?? Ada satu part bab hujung² yang Ramly ada mesej Sara, nak tanya Sara dekat mana, dan waktu tu Ramly gunakan nama Mim.
M/S: 243 "Sara, this is Mim......"
Mim bukan nama penulis ke? Cerita ni pasal penulis ke. Kalau ya bagaimana pengakhiran kisahnya dan Sara.?
Ceritanya menarik. Tetapi penulisan dan isi cerita digarap terasa sedikit 'immature'. Penutup cerita seperti ditulis dengan amat tergesa-gesa. Mematahkan emosi, membantutkan flow cerita dengan anti-klimaks yang terasa dibuat-buat.
An improvement from Lari, in my opinion. I liked the random rants. 4 stars for the stable first 1/3 of the book. Unfortunate that the plot is still quite holey and leaves one feeling rather lost (like its predecessor). One of the rarer books which, I think, becomes much more enjoyable when the author goes off on a tangent.
Entah kenapa penulis beritau aku pada muka depan buku yang disukainya tapi tidak disukai orang ramai? pada aku buku ni boleh dikira sebagai karya yang tidak jelas seperti menurutnya bentuk cerita menurut Kurt Vonnegut. Di sini Vonnegut mengatakan seperti Hamlet, kita tidak boleh memastikan dengan jelas apakah sang tokoh utama mujur atau malang: Apakah hantu yang dilihat Hamlet adalah benar hantu ayahnya? Hamlet membunuh pamannya sebagai balas dendam, tapi apakah benar pamannya telah membunuh ayahnya? Apakah Hamlet masuk surga atau neraka setelah mati? Tidak jelas.
Disini Ramly kecewa rupanya Sara tidak menyukainya pada hakikatnya, tetapi apakah sebenarnya Ramly benar benar kecewa disebabkan itu? Padahal kalau diikutkan dengan kekaguman Ramly pada Mccandless itu sepatutnya dia tidak perlu kecewa, disebabkan dia telah mencuba sebaiknya utk mengejar apa yang dia mahu. Keputusan yang baik atau tidak itu bukan persoalannya.
Di penghujung novel ini, aku tertanya-tanya kenapa bab berjalan ke Iran itu tidak berkait dengan perjumpaan Ramly dgn Sara?
Jujur aku cakap buku ni 'way better' daripada 'Lari'. Penulisan tentang perjalanan Ramly ke beberapa tempat buat aku rasa aku kat situ juga. selain daripada beberapa isu menarik yang diselitkan dengan pendapat yang tersendiri. Ada isu yang turut buat aku sentap. dan pengakhiran buku ini juga buat aku fikir selepas baca menunjukkan buku ni bagus. macam dalam buku ni tulis, "filem yang bagus buatkan aku fikir mengenainya sepanjang malam. aku hanya mahu memahami setiap watak dan peranan mereka dalam filem". eventhough ini novel, bukan filem. keep up the good work, mim!
Baca blurb, tak faham. Baca prakata, pun tak faham. Takleh nak imagine cerita ni macam mana. Dahla duk tertanya tanya, ramly nasution ni sape. Ramly ni betul betul wujud ke apa. Then, reading few chapters, okay, not bad. Ada cerita pasal med school. So, i was wondering ni cerita pasal penulis ke, sebab kat biodata, penulis is a med student, studied in Dublin and currently studying in Penang. Sama macam Ramly ni.
Makin lama, quite boring sebab naratif je. Ada few narrative, best je sebab apa yang penulis duk 'merepek' tu, memang somehow made me agreed with him.
And then, part Sara. (Okayla, awal awal lagi, penulis dah warn yang buku ni ada perkataan lucah bagai). Part Sara yang bagi klimaks sikit kat cerita ni. Masa mula mula baca, teringat cerita kelabu by nadia khan. Sebab dua dua pun jenis yang smooth reading. Sampai rasa macam, takkan la fixi published buku macam ni. So, dalam kelabu, klimaks would be bila tahu yang Amir tu ialah Amira. So, dalam Kamera, klimaks bila Sara dah 'pelik'. I just couldn't describe how weird she was. Sebab, tup tup, cerita dah habis.
The ending spoilt my curiosity. Tiba tiba je, ramly hilang. Stressnya baca. Nak tahu, kenapa Sara camtu, sampaikan Ramly menghilangkan diri. Dan ni jadi kes polis. Okay, part ni pun pening. Is this a real case or just a fictional story?
Dan kenapa KAMERA?
Cerita ni best je. Really make me wanting to travel. Apa yang penulis 'merepek' dalam ni, somehow it's true. Realiti nya macam tu la.
Mula2 baca sinopsis aku ingatkan ni novel thriller. Sebab dia nak cari seorang lelaki yang hilang. Tak tahu hilang ke mana, kena bunuh ke, kena culik ke...tapi sebenarnya dia twist, cerita dia pasal travelog pengembaraan ke negara-negara di luar negara dan kisah cinta antara Ramly dan Sara...diceritakan dalam bentuk e-mel karangan Ramly.
Apa yg best? 1. Secara tak langsung penulis bawa mengembara ke serata dunia, apa bole, apa tak bole buat di negara-negara tersebut. 2. Pembahagian bab yang menarik, tak panjang sangat, tak pendek sangat. 3. Aku bole relate diri aku dengan citer ni sebab aku pernah jumpa perempuan macam Sara. Nak tahu tahu apa yang Sara buat pada Ramly? Korang kena baca... 4. Ada part-part yang kelakar, bole buat kau ketawa atau at least tersenyum sorang2 masa tengah baca.
Apa yg tak best? 1. Ada beberapa scene nakal. Pandai2 la bawak diri.
Bape Bintang? 4/5...sbb so far aku ok dengan novel ni. Aku ter-under estimate masa mula2 nak baca.
Buku ini saya recommend kepada? 1. Kepada sape2 yg suka novel travelog kembara, novel cinta, persahabatan, elemen2 tu ada dalam novel ni. 2. Korang pernah baca novel tajuk kombo Fixi 'Cekik' dan 'Amerika' by Ridhwan Saidi? Aku suggest korang baca buku tu dulu atau kemudian sebab novel Kamera ni macam ada persamaan dari segi teknik penceritaannya. Pada pendapat aku la...
Only 2 because aku suka baca part Ramly cerita dia pergi Iran, dan part dia cakap something like dia enjoy bila kengkadang sesat masa trip sebab aku pun jenis suka rasa sesat masa tengah trip. HAHHA.
Buku ni banyak dipenuhi dengan sort of falsafah penulis which is sometime aku rasa "yaaa betul...exactly!...sameee" and kadang-kadang bila tak dikawal, dia jadi macam lebih kepada bebelan.
Dan aku sangat kecewa sebab aku tak perasan tanda lebih kurang berbunyi 'Untuk Pembaca Matang' kat cover buku (rajin pulak aku nak tengok cover buku balik. HAHHA), sebab kalau ada tanda ni mesti ada part 18sx, dan sumpah aku tak suka. Tapi sudut positif sikit yang aku dapat (maybe), aku tahu ada lelaki yang jenis cepat, and sume benda dia nak terangsang. Tengok peha sikit terangsang, whatthefish. Maybe aku bukan lelaki, tapi tu la, memang berhati-hati la lepas ni. Luls.
1. Cerita cinta Ramly pada Sara (without h) tak sampai and imature walaupun ada sx. tak kesampaian rasa itu. 2. 2nd trip ke Zurich buat aku terlena beberapa kali ketika baca. (mungkin kurang focus) 3. Bagus sbb ada argument dan pendapat penulis tentang isu semasa, politik, cafe hipster, rakyat majmuk etc. so that boleh argue with writer as well. 4. Cerita trip pergi Iran tu menarik juga. 5. Baca sampai habis sbb nak tahu siapa Ramly ni, jumpa laptop kat situ tak kene curi ke? haha 6. But still informative which is I have to google on some term, location and Spotifying lagi2 yg penulis dengar untuk memahami situation. yet I can't brain the story. 7. good book and good job writer.
Lantak lah ape orang kata. Aku suka buku ni. Mungkin sebab dekat dengan aku. Topik yg dibncangkan macam hidup, duit, muzik dan beberapa perkara lain buat aku suka. And aku rasa something yg baru drpd gaya cerita macam ni walaupun haram tkde rupa email. Tapi aku suka. And ending dia aku ade terasa sikit, mungkin sebab aku pernah buat macam tu. And part penyiasatan di awal dan akhir novel ni function nya cuma utk jadikan emel yang tak macam email tu ade guna dan kaitan macam: macam mana aku nak buat cerita daripada koleksi email; okay aku boleh tambah part penyiasatan di awal dan akhir novel supaya koleksi email tu nampak relevan sikit. Selebihnya aku suka.
Coretan email yang ditulis oleh Ramly selepas dikecewakan oleh Lisa, gadis Zurich. Semua email ini ditulis selama 2 hari sahaaj sebelum Ramly menghilangkan diri di Zurich.
Kalau anda suka mengembara dan falsafah kehidupan, novel ini mungkin untuk anda.
Cerita ni ok lah but entahlah I mean.. I was bored maybe because the point of view is based on Ramly's narrative. Pretty confusing but I do love the idea that this book is with regards Ramly as a traveler. Tapi ending tak best and Sara ni pun tidak dijelaskan dengan baik.
mengambil masa yang lama untuk habiskan end up saya skip saja sampai ke akhir, apa kena mengena kehilangan ramly. Adakah itu hanya halusinasi buat ramly? Dia tulis email berikut mengikut imaginasinya sahaja, sara dan lain2 itu wujud atau tidak?
tak best pun. btw tu bukan emel more kepada surat je? oh dia best part lawak yang cam bodo bodo tu je haha and bila ramly bawak kita jalan-jalan ke tempat menarik. selain dari itu, takde apa yang menarik. sekian.
Biasanya sinopsis dibelakang sesebuah novel akan membantu kita memahaminya. Tapi tidak pada novel #kamera ini. Walaupon hampir 70% aku baca, belom jumpa satu pon apa yg diceritakan pada sinopsis, itu kelainannya, aku suka sbb dia cuba lari dari biasa. #kamera bagi aku membawa kita terutama anak muda mengenai kehidupan yg kita patut tahu sangat luas, byk lagi benda yg kita perlu tahu dan hayati. #kamera umpama mata yg menyimpan memori-memori yg berlaku dlm kehidupan. Pengalaman watak mengembara ke Iran dan Zurich buatkan kita teruja untuk mencuba. Tapi perlu diingat tujuan dan matlamat patut jelas.. Hehe Persoalan yg ditimbulkan oleh penulis mengenai sikap, pendirian, cara hidup malah pemikiran typical rakyat Malaysia mampu buatkan kita berfikir sejenak. Persoalan yg ditimbulkan sangat dekat dengan kita, seolah-olah terkena batang hidung sendiri buatkan novel ini sangat menarik untuk dihabiskan.. Cuma persoalan bagi aku, dimana Ramly sebenarnya? Ending yg bukan sedih bukan gembira tapi ending yg buat kita untuk berfikir dengan cara kita.. Good job @mimjamil !!!
A collection of experiences, opinions & the exploration of a non-conforming, unconventional, outspoken mind of a young man, Ramly Nasution. An interesting character - maturity in development, how he sees life beyond what is obvious, a different representation of today's young generation - but not uncommon one.
Reading this made me think that parts of him are within all of us or someone we've met before. An adventure we chose to suppress? An idea we chose to ignore? An unfamiliarity we chose to distance from?
The story itself is great (better than #LARI) - like reading emails from a friend, his travels and experiences, amusing definitely with bits of (=_=") moments & wisdom every now and then…
Ceritanya menarik. Penulis berjaya buat aku tertanya-tanya sama ada buku ni fiksyen atau based on true story. Part kat iran paling exciting sebab dia telah ubah pandangan aku pasal negara tu.