Jump to ratings and reviews
Rate this book

Winter di Afrika

Rate this book
Aku yakin dalam hidup ini, ada masa-masanya kau kena ikut apa yang hati berat berkata.

Walaupun mungkin pahit dan kelam di pandangan orang lain, tapi itu yang bening dan sejuk di hati kau. Jadi teruskanlah.

Kasut yang kau pakai, kau sendiri tau ketat atau longgarnya. Kalau ketat sampai melecet belakang kaki, takkan terus nak paksa diri berjalan sampai berdarah-darah? Dan kalau kasut tu selesa yang amat, sampai berjoging pun terasa ringan, takkan kau nak tanggalkan?

Maca tulah juga dengan pilihan teman hidup. Pilih yang selesa dan kau boleh berlari bersamanya.

192 pages, Paperback

First published January 1, 2016

42 people want to read

About the author

Paola Kira Ewusi

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (23%)
4 stars
20 (52%)
3 stars
7 (18%)
2 stars
2 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
December 8, 2019
Selepas aku baca tulisan Paola Kira Ewusi yang sangat menarik dalam "SATU", aku memang tak sabar2 nak baca buku solonya dan akhirnya alhamdulillah, dapat juga kubaca. Kisah negara yang aku rasa tak ramai orang kat malaysia ni, pernah terfikir nak jejak pun. Madam Zaila pun fikir begitu juga!

Aku suka gila gaya penulisan PKE, sangat sedap dibaca dan santai tanpa perlu menggunakan bahasa pasar. Lebih banyak menggunakan gaya bercakap, kita rasa macam PKE tengah bersembang dengan kita sambil mengeteh. Memang rasa relaks je baca buku ni. Aku harap dia tulis buku lagi.

Lepas baca buku ni, aku rasa aku nak kawan aku yang belajar 6 bulan di Sudan tulis buku pasal pengalaman dia pulak. Teruja gila bila dengar dia cerita pasal madrasah dia yang daif gila, tok guru yang garang gila (kalau kat malaysia tok guru ni dah lama masuk jel, kes dera), ribut pasir yang panas sampai melecur kulit, makanan yang sama setiap hari. Aku takkan ceritakan kisah2 menarik yang ada dalam buku ni sebab aku nak korang baca sendiri!

Best! Highly recommended!

p/s: kena bersyukur gila2 dengan negara sendiri. Walaupun Ghana negara miskin, layak juga ke piala dunia ooopss....
Profile Image for Hamka Mekar.
32 reviews6 followers
February 5, 2018
Beli dengan penulis siap ada tanda tangan.

Lepas beli, bini baca tak henti henti.

Sehari kemudian, baru aku dapat baca, susahnya hidup di Afrika, tabahnya rakyat mereka, syukur hidup di bumi Malaysia.

penulis ni memang orang yang kuat jiwanya, pengalaman hidup manusia sungguh unik, berbeza dan indah.

terima kasih tulis buku ini! kirim salam kat mak ayah anda yang sangat membantu dan faham anak anak.

Moral: Jika anak dah jatuh cinta, ibu bapa jangan halang sangat, bantu mana patut, ikut munasabah. pergghh, reviem siap ada moral tu!
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
August 8, 2016
Not the first travelogue that I read but certainly the first one that made me cry.
Pembacaan yang sangat tenang dan penuh dengan fakta yang membuka mata.
Tapi, part menangis tu, maaflah..kalau dah namanya perempuan, akan terasa juga di hati ini..
Agaknya saya terbawa dengan emosi penulis..
Tentang hati, tentang restu, tentang kasih sayang..
Adakalanya kita kena ingat, Allah takkan berikan apa yang kita mahu tapi apa yang kita perlu
Jika kita perlukan kekuatan, kuasa itu didatangkan dengan cara mengikut kesesuaian yang Dia fikirkan paling baik untuk kita
And for the writer, her strength is her Ewusi, her Khalid, her love
It's a travelogue about Ghana but it's also a journey of love
Untuk dirinya, untuk keluarganya, untuk penerimaan, untuk acceptance
Sebab tu tiba di mukasurat 135-137, airmata saya dah berjurai
Untuk penulis, saya doakan happiness yang ever after untuk anda sekeluarga
Untuk kita semua, saya doakan kita diberikan hati yang dapat melihat dan menerima apa sahaja kelainan yang dijadikan Allah sebagai salah satu dari life's journey of lessons
Sesungguhnya kelainan kita itu adalah keistimewaan kita
Tak kiralah samada ia kita cari sejauh Afrika atau di mana sahaja
Kerana dinginnya angin sejuk yang membelai
Mampu merubah seribu panas yang membadai


Profile Image for Sha Mohamed.
2,536 reviews1 follower
June 19, 2020
Pengalaman yang dikongsikan memang menarik dibaca.. Membuatkan kita menghargai kehidupan di Malaysia..
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
April 14, 2017
Bila bercerita mengenai negara Ghana terus kita (yang meminati bolasepak) teringatkan Michael Essien, Kevin-Prince Boateng, Asamoah Gyan mahupun Sulley Muntari. Namun bagaimana pula dari sisi lain negara ini? Dari segi kegiatan seharian rakyatnya, perkampungannya, bahasanya dan sebagainya. Apa yang menariknya? Disinilah datangnya peranan penulis dalam menukilkan Ghana dari sisi lain.

Penulis, gadis Melayu asli berasal dari Serkam, Melaka telah bertemu jodohnya dengan jejaka dari perkampungan Sunyani, Ghana. Mereka berkenalan di Malaysia, berkahwin disini, sebelum suaminya mengajak beliau pulang ke Ghana bagi mengenali keluarga dan kampungnya.

Kisah beliau di Ghana ketika beliau pulang kesana dua kali (2011 dan 2014) diabadikan di dalam buku ini. Kisah yang diceritakan secara santai, tersusun bab demi bab, disertakan dengan pelbagai gambar sememangnya menjadikan penceritaannya menarik.

Cari buku ini jika anda ingin menyelami kehidupan rakyat disana. Jika anda seorang pengembara sejati, buku ini wajib ada.

Profile Image for Nadir Shazly.
5 reviews
June 15, 2016
Travelog pertama yang saya baca, dan habiskan sekali baca. Saya suka nukilan penulis ini. Ianya bukan sekadar catatan perjalanan yang sememangnya istimewa kerana destinasinya adalah Ghana, negara yang saya tak pernah terfikir untuk kunjungi, namun travelog ini juga menjadi pembuka mata tentang persepsi masyarakat terhadap warga afrika di Malaysia. Terima kasih kepada penulis kerana berkongsi pengalaman penulis yang berharga ini.
Profile Image for Hasliza Rajab.
186 reviews8 followers
October 22, 2024
Masa awal-awal tengok tajuk buku, ehh sejak bila pulak ada musim sejuk di Afrika?
Teringin nak baca sebab belum pernah lagi baca mana-mana travelog di bumi Afrika. Seorang perempuan Melayu kelahiran Melaka bertemu jodoh dengan seorang warga Ghana, sebuah negara yang jauh terletak di benua Afrika. Mereka berkenalan ketika melanjutkan pelajaran dan mengambil keputusan untuk berkahwin. Episod-episod yang dilalui oleh Zaila tidak mudah. Menghadapi penentangan daripada keluarga tercinta dan juga persepsi masyarakat terhadap bangsa berkulit hitam.

Melalui buku ini, Zaila cuba untuk mengubah persepsi itu dan memperkenalkan sebuah negara yang mungkin asing bagi kita, Ghana.

Apabila suami beliau mengajaknya untuk melawat negaranya selepas setahun berkahwin, Zaila bersetuju. Ketika itu anak sulungnya baru berusia 3 bulan. 'Balik kampung' kali pertama tidak banyak yang Zaila boleh coretkan kerana anaknya masih kecil. 'Balik kampung' kali kedua bersama kedua-dua anaknya, banyak maklumat yang Zaila kongsikan untuk pembaca. Sekitar tahun 2014, keadaan Ghana pada waktu tersebut masih pada tahap yang boleh dikatakan ketinggalan berbanding Malaysia walaupun berkongsi tahun kemerdekaan yang sama iaitu pada tahun 1957.

Penerimaan keluarga sangat baik dan mereka melayan Zaila sama seperti kaum sendiri. Termasuk saudara mara dan jiran tetangga. Mereka rajin melayan anak-anak Zaila dan Zaila dengan gembira melepaskan anak-anak untuk dijaga oleh anak-anak jiran. Anak-anak perempuan di sana boleh disuruh dan diupah untuk memasak, membasuh pakain dan diberikan upah.

Apa yang mengejutkan saya ialah bahasa rasmi Ghana ialah bahasa Inggeris dan rata-rata kanak-kanak di sana boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu Twi terutamanya di sekolah. Dan majoriti penduduknya beragama Kristian.

1. Masyarakatnya bersatu terutamanya melibatkan sukan bola sepak. Apabila seorang pemain bola sepak kelahiran Sunyani mewakili negara ke Piala Dunia di Brazil, mereka bersatu hati memberikan sokongan dan meletakkan harapan yang tinggi. Walaupun kalah di peringkat awal, mereka tetap memberikan sokongan kepada pemain tersebut.

2. Tiada isu atau provokasi keagamaan walaupun 85% rakyatnya beragama Kristian dan selebihnya adalah beragama Islam. Masjid boleh melaungkan azan Subuh sekitar jam 5 pagi dan di sebelahnya gereja akan mula menyampaikan khutbahnya sekitar jam 8 pagi.

3. Tak perlu risaukan keselamatan anak-anak yang bermain di kawasan kejiranan kerana mereka akan dijaga dan diasuh dengan baik. Kanak-kanak di sana boleh diharapakan untuk membasuh baju, memasak dan mengemas rumah seawal 8 tahun. Asalkan ada upah walau hanya sekadar 50sen.

Setelah lebih sebulan Zaila di sana, beliau terpaksa pulang ke Malaysia kerana tuntutan kerja dan Zaila hanya pulang bersama dua orang anaknya. Semua kenangan manis Zaila kecapi di sana dicoretkan dalam warkah yang kecil ini untuk tatapan warga Malaysia, khususnya anak-anak beliau apabila dewasa kelak.
Profile Image for SyaMimi.
153 reviews12 followers
July 18, 2017
Comelnya Ajwa dan Kira!! Mereka sebagai cover buku travelog ini, tajuknya membuat saya terfikir, 'eh ada saljikah?'.

Sebuah perjalanan unik. Saya selalu fikir perkahwinan campur sangat unik, namun banyak cabarannya. Tabik kepada penulis!

Saya suka dengan pengalaman penulis, membuatkan saya teringin menjejakkan kaki ke benua Afrika. Teringin untuk mengalami sendiri adat dan budaya mereka. Setidak-tidaknya dengan penulisan travelog ini mampu mengubah persepsi kita pembaca terhadap rakyat Afrika.

Saya juga suka dengan pengajaran yang penulis sertakan sepanjang pembacaan saya. Syukur menjadi nilai utamanya, cinta, kasih sayang, kuat, tabah dan tidak mudah putus asa yang boleh dijadikan sumber inspirasi buat kaum wanita seluruhnya. Tersentuh saya di situ.

Semoga penulis terus kuat dengan cinta jarak jauhnya. Inspirational indeed!
Profile Image for Nona.
100 reviews
January 16, 2022
Q U O T E


"Impak golongan Muslim di sini kepada masyarakat Sunyani sangat besar. Mereka pakar masak dan kebanyakan makanan dijual di perkampungan sekitar Sunyani adalah air tangan komuniti ini. Ingat tak sarapan yang aku panggil waakye? Lunch yang dikenali sebagai tizet biasanya dijual secara junjung juga antara makanan yang dijual golongan Muslim di sini. Termasuk juga sejenis daging salai dijual pada waktu malam sahaja yang menggunakan rempah ratus paling umpphhh di dunia. Itupun hasil air tangan mereka."
Profile Image for Khalida Harun.
8 reviews
June 2, 2022
Read this years ago. I think it is interesting, pengalaman yang lain dari yg lain.
Profile Image for Jaida Mohd.
23 reviews
July 3, 2022
Sangat menarik. Membuka minda dan info-info tentang negara Ghana. Tak tercapai dek akal.
Author 13 books20 followers
October 3, 2016
Start baca petang. Berhenti sekejap. Sambung malam pulak. Habis.

Jujur. Saya suka travelog WDA ni. Ada semangat yang boleh dipinjam untuk jadi kuat dan tabah.
Sungguh. Jika kau percaya pada cinta, bersandarlah pada kekuatannya.


Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.