Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bidadari

Rate this book
Kecewa dengan sikap haji mustakim yang tidak dapat menerima malang yang menimpa Dr. Syafikah, tertekan dengan perangai Azura dan Farhan, kakak dan abang kembar, yang melukakan hati ibunya yang hilang dan tidak pulang-pulang, jehan bertindak nekad. Dipujuknya Ustaz Naufal buat keputusan paling berani menjadikan Dr. Syafikah isteri. Dia mencabar Haji Mustakim bertindak waras, menjadi imam yang adil pada perasaan anak sendiri. Dr. Shafikah memujuk Jehan, selesaikan pengajian sebelum beranikan diri menjadi pejuang, dipujuk Azura agar membawa pulang anak yang dilarikan suami di california dan diberi kata dua kepada Ustaz Naufal jangan jadikan Jehan tunggangan untuk mencapai matlamat dan niat di hati. Marah, dendam dan kecewa Haji Mustakim pada Dr. Syafikah tidak pernah padam, walaupun jauh di sudut hati, rindu pada anak tunggalnya itu kian mendalam. Hati Hajah Maheran semakin berbalah, antara kasih anak dan tanggungjawab isteri. Ustaz Naufal tidak pernah berhenti berdoa agar hati Dr. Syafikah akan berubah nanti. Istiqarah Dr. Syafikah, istiqarah Ustaz Naufal, istiqarah jehan dan istiqarah Hajah Maheran, tenangkah gelora yang melanda keluarga Haji Mustakim?

Paperback

First published January 1, 2016

Loading...
Loading...

About the author

Aminah Mokhtar

31 books9 followers
Lahir pada 4 Oktober 1959, di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah, di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di beberapa buah sekolah di Johor.

Selepas menamatkan pengajian menengah di peringkat STPM, beliau ditawarkan sebagai Jururawat Pelatih. Kemudian beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh Diploma Sains Kejururawatan. Kini beliau sebagai Jururawat Terlatih di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Pencapaian dan sumbangan Aminah Mokhtar dalam memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu mewajarkan beliau menerima pelbagai hadiah sayembara.

Antaranya, ialah :

- Tempat kedua Sayembara VII Esso-Gapena 1988,
- Hadiah Cerpen Perpaduan 1995 (Kategori Cerpen - "Semarak"),
- Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"),
- Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1999 (kategori cerpen - "Gerhana Manusia"),
- Anugerah Sri Angkasa - RTM 1999 (Drama Radio Terbaik - "Zulaikha Fitri"),
- Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"),
- Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Novel - "Diari Jururawat"),
- Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Drama Radio - "Sungai")
- Anugerah Kreatif PPUM 1999 (Sri Karyawan),
- Anugerah Formula Malaysia 2000 (Tempat Kedua, kategori Cerpen - "Keberangkatan ke Bintang"),
- Anugerah Sastera Perdana (Cerpen Eceran - "Gerhana Manusia"),
- Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori cerpen - "Ya Allah Dia Menangis"),
- Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori Puisi - "Jangan Sampai Kita Hilang Kota"),
- Anugerah Sri Angkasa - RTM 2001 (Skrip Drama Radio Terbaik - "Merah Ramadan di Baitul Muqqadis),
- Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 - (Kategori Puisi "Yang Bernama Hati"),
- Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 (Drama radio - Tetamu Allah) dan Hadiah Sako Ke - 3 (Novel - "Iman Markisa"),
- Hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil 2002 (Kategori cerpen, tiga hadiah penghargaan "Erti Cinta Dr. Marianah", "Ahmad Muhammad" dan Kategori puisi - "Kolek Bonda"),
- Hadiah Sastera Darul Takzim 2002 (Kategori Novel Dewasa - Iman Markisa", Kategori Drama Radio - Merah Ramadan di Baitulmaqqdis) dan Peraduan Menulis Novel Alaf Baru 2001 dalam novelnya Dominasi Tebrau yang memenangi tempat pertama menggondol RM30,000.

sumber : http://www.ujanailmu.com.my/cat_amina...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
1 (33%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
2 (66%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
August 18, 2017
Secara jujurnya, buku ini terlalu banyak mengulang-ulang fakta dan cerita sehingga saya sendiri lemas dengan semua masalah yang diharungi oleh keluarga yang penuh bermasalah ini. Lemas, muak dan makin lama rasa semakin bosan. Mengambil masa 5 hari untuk khatam dan tiada isu baru selain daripada isu yang sama diulang-ulang dengan ayat yang samada sama atau berlainan gaya. Saya berpendapat, watak Jehat terlalu melampaui batas. Kurang ajar dan biadap yang janggal. Sinis yang tidak langsung bersatu dengan personaliti dirinya. Satu perkara yang saya puji, pengolahan dari sudut mutiara kata dan ilmu keagamaan yang sangat baik. Hanya kerana itu saya bertahan menghabiskan cerita yang sama dari bab satu hingga yang ke penghabisan.
Profile Image for Ema.
1,137 reviews
January 22, 2018
Aku kecewa. Dah dua kali aku terkena dengan Aminah mokhtar. resume dia cantik. mungkin deadline nak dekat itu yang dia banyak ulang skrip yang sama. ini bukan hentam. bukan semuanya tak Bagus tapi ada beberapa ayat/ scene yang aku suka.

cuma, watak syafikah, Azura dan farhan macam takde pendirian. jehan pulak, perangai. so, iqbal tu siapa?
Displaying 1 - 2 of 2 reviews