Jump to ratings and reviews
Rate this book

Senandung Malam

Rate this book
Novel ini berlatarbelakangkan zaman darurat di Tanah Melayu. Ia berkisar tentang perjuangan anak watan dalam menghadapi ancaman pengganas komunis yang bermaharajalela pada waktu itu.

Selain itu mengangkat tema perjuangan anak watan dalam novel ini, penulisnya juga turut menyelitkan unsur perpaduan kaum melalui watak-watak utamanya. Penulis sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan bahawa, kebobrokan itu bukan datangnya daripada mana-mana kaum sahaja. Malah , keluhuran dan kemuliaan juga bukannya datang daripada mana-mana kaum tertentu sahaja.

Novel ini sangat sesuai dibaca terutamanya oleh kelompok remaja bagi mengetahui serba sedikit perjalanan sejarah tanah air, di samping ia dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum.

Paperback

First published January 1, 2016

Loading...
Loading...

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (50%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
2 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for Hafizuddin Ghazali.
86 reviews2 followers
April 18, 2026
Cif Inps Shukor kecewa apabila pasukan RECON dibubarkan untuk menentang komunis. Dengan rasa kecewa itu dia mahu pulang ke Singapura untuk berehat dengan menaiki koc Senandung Malam. Ketika dalam koc, Shukor terdengar-dengar pemuda bercakap tentang polis yang bertuankan lelaki Inggeris. Shukor tetap berwaspada dalam koc sehingga dia bertemu dengan Koperal Ai Ling.

Ai Ling dari unit SB turut ke Singapura untuk menjejak komunis. Namun kereta api diserang ketika perjalanan hingga Shukor dan Ai Ling melarikan ke dalam hutan atau lebih tepat mengikut jejak komunis. Di sana, mereka bertemu dengan markas komunis. Selain itu, Shukor juga turut membantu pasukan lain untuk menewaskan komunis. Apabila komunis mula berpecah, Shukor kembali meneruskan perjalanan ke Singapura.

Tapi wajah Shukor dan Ai Ling sudah menjadi target komunis. Ke mana saja mereka berdua pergi, pasti ada mata-mata komunis yang mengekori. Tidak kira dalam koc, rumah penginapan, rumah rakam sepasukan, semuanya diserang demi memastikan Shukor dan Ai Ming terkorban. Malah, setiap kali pertempuran kecil, ramai komunis yang terkorban.

Perjalanan kisah ni laju. Memang kisahnya ringkas dan cepat. Macam baca cerpen. Setiap bab pun pendek tapi cukup untuk menceritakan debaran pertempuran itu. Watak Shukor memang power, aku suka kalau dia kahwin dengan Ai Ling. Sesuai sangat. Ending terganting sebab mereka tersangkut di Segamat diserang komunis. Plot twist biasa-biasa. Harap ada sambungan perjalanan Shukor ke Singapura.
Displaying 1 - 1 of 1 review