Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dr. M: Apa Habaq Orang Muda?

Rate this book
Merupakan koleksi ungkapan menyengat, bersemangat dan menarik dari segala ucapan, temu bual, dan penulisan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ia adalah himpunan pesanan, pengajaran, dan peringatan tentang demokrasi, tentang perpaduan, tentang pendidikan, tentang budaya, tentang perjuangan dan tentang sistem nilai.

196 pages, Paperback

First published January 1, 2016

12 people are currently reading
106 people want to read

About the author

Mahathir Mohamad

64 books320 followers
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ( born 10 July 1925) (Jawi:محتير بن محمد) was the fourth Prime Minister of Malaysia. He held the post for 22 years from 1981 to 2003, making him Malaysia's longest-serving Prime Minister, and one of the longest-serving leaders in Asia. Mahathir's political career spanned almost 40 years, from his election as a Malaysian federal Member of Parliament in 1964, until his resignation as Prime Minister in 2003.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (43%)
4 stars
20 (27%)
3 stars
17 (22%)
2 stars
4 (5%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for ainisreading.
86 reviews10 followers
January 12, 2024
Saya suka membaca buku bukan fiksyen tapi jarang memilih yang bergenre politik.
Cuma saya tertarik untuk membaca ini bukan sekadar tokohnya sahaja tetapi ia merujuk khas kepada orang muda.

Tapi, kenapa mesti orang muda?

Bak kata Soekarno, 'beri aku 10 orang pemuda, akan aku goncang dunia.'

Buku ini mengumpulkan ucapan dan ungkapan Tun Dr. Mahathir seawal 1940-an hingga kini iaitu tahun 2016 ketika buku ini diterbitkan. Ia mengandungi 10 bahagian yang mengandungi pelbagai ucapan beliau dalam setiap bahagian tersebut dan juga sebuah sajak khas yang dikarang oleh Tun M sendiri bertajuk 'Malaysia Tanah Air-Ku'.

Tun M merupakan seorang nasionalis yang begitu sayangkan negara dan bangsa. Apabila beliau bercakap mengenai bangsa Melayu, beliau tidak berlapik atau berselindung. Adakalanya menyindir dan selalunya mengkritik pedas. Namun, apa yang membezakan Tun M dengan pengkritik lain adalah beliau mengkritik, membina dan memajukan bangsa Melayu. Kebanyakkan pengkritik lain, mereka sekadar mengkritik, mengeluh dan tidak berbuat apa-apa ibarat melepaskan batuk di tangga. Terdapat juga mereka yang kurang selesa dengan semangat nasionalis melayu Tun M telah melabel beliau sebagai 'ultra Melayu' dan rasis.

Antara koleksi ucapan beliau bagi setiap bahagian buku ini ialah:

JATI DIRI MELAYU
"Kenapa menjadi 'Tuan' hanya apabila kita berjaya. Apa makna kita ada 'Ketuanan Melayu' apabila kita terpaksa tunduk kepada orang lain?"

SISTEM NILAI
"Kita kena pegang pada nilai hidup yang mulia. Kerja kena rajin, ada amanah, berasa malu bila ada buat salah. Kalau kita ada kesemua nilai-nilai ini, kita pasti berjaya dalam hidup."

AGAMA
"Memakai pakaian abad ke-7 dan menolak ilmu, kemahiran, dan teknologi moden tidak akan menjadikan orang muslim lebih Islamnya."

KEPIMPINAN
"Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu pandai sehingga tidak perlu kepada orang lain. Kita sanggup belajar dari Barat dan dari Timur. Tetapi akhirnya yang akan memutus cara mana yang terbaik yang akan diamal atau dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri."

VISI DAN PEMBANGUNAN
"Kalau kita nak jadi negara maju, ia tidak terhad kepada kekayaan semata-mata. Untuk mencapai status negara maju, kita perlu mencapai kemajuan dalam perindustrian serta dalam bidang inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Barulah kita boleh jadi negara maju."

EKONOMI
"Kita tumpukan sekarang hanya kepada dua perkara, iaitu per kapita pendapatan ataupun GDP. Itu tidak menjadikan kita negara maju. Kalau kekayaan merupakan tanda kita maju, maka Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan lain-lain negara yang mengeluarkan minyak sudah pun maju, lebih jauh daripada bangsa-bangsa lain."

PENDIDIKAN
"Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah."

MEDIA
"Kebebasan bersuara melalui media tidak bermaksud kebebasan untuk menyakiti hati dan perasaan orang lain."

ANTARABANGSA
"Tiada negara di dunia termasuk kuasa besar boleh mencorakkan kepimpinan sesebuah negara berdaulat lain atau menyerang negara tertentu dengan alasan mahu menegakkan demokrasi."

DEMOKRASI
"Apabila orang ramai hanya memikirkan mengenai kebebasan dalam demokrasi tetapi tidak mengetahui tanggungjawab yang hadir bersamanya, demokrasi tidak akan memberikan kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Sebaliknya, ia akan mewujudkan ketidakstabilan menghalang kemajuan untuk memberikan hak dan kebebasan kepada orang ramai sebagaimana yang dijanjikan demokrasi."
Profile Image for Chekemdotty.
39 reviews3 followers
January 6, 2017
Buku ni tak sampai pun 200 muka surat.Jadi?Agak senang dan agak susah sikit.Agak senang sebab faktor ketebalan yang tak seberapa dan agak susah sebab kau kena hadam sikit isi kandungan dia.Ni bukan novel cintan-cintun.Kalau genre yang macam tu,200 muka surat ni celah gigi je wei nak bagi habis.

Buku ni ada 11 bab.Kalau terbitan Nubook tu,maksudnya buku yang serius taklah terlalu menekan perasaan kau untuk menghadam isi kandungan dia.Salute dengan Mat Rodi sebab berjaya mendapatkan kerjasama dengan Tun M nak bagi terbit buku ni.Buku ni mengandungi petikan-petikan ucapan dan temubual dengan Tun M.Tapi kat penutup sesuatu bab tu,Mat Rodi akan menulis ulasan atau idea dia tentang topik tu.

Macam biasa.Tun M tidak pernah mengecewakan di sebalik gelaran 'diktator' beliau.Yang penting,orang Melayu kena cintakan ilmu dan banyakkan membaca.Yang lain tu kalau kau nak tau,pergi beli sendiri.Tak nak aku tulis panjang-panjang.Nak pergi makan dah ni.Bye
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
July 13, 2017
Untuk buku pertama yang dibaca berkenaan dengan Tun, buku ini menarik. Ringkas & padat.

Kita akan tidak bersetuju dalam beberapa perkara dengan Tun, namun tidak dapat dinafikan kredibiliti beliau dalam memodenkan Malaysia sepanjang 22 tahun tempoh pemerintahan beliau. Kerana beliau Malaysia gah dengan percambahan ekonominya yang tersendiri dan pelbagai infrastruktur bertaraf dunia.

Baca ini untuk mengenali diri, mengenali negara dari mata bekas pemimpin kita yang masih disegani kawan & lawan sehingga kini.
Profile Image for Nik Muhammad syafiq.
9 reviews
February 26, 2017
Buku ni boleh dibaca dalam keadaan santai. Terbahagi kepada beberapa topik dan dimuatkan ucapan dan petikan daripada tun m serta dikupas sedikit oleh mat rodi. Sesuai untuk kita memahami sedikit visi, misi dan fokus tun m.
Profile Image for Malique Ridzuan.
57 reviews
February 6, 2017
Catatan dan ucapan pendek seorang 'diktator' yang sedap dibaca. Dan yang paling penting sekali, mudah dihadam setiap lapisan masyarakat. Bahkan jika buku ini diberikan kepada orang lembam sekalipun, pasti mereka akan faham dengan isi buku ini lalu mengambil setiap patah perkataan yang ditulis untuk dijadikan kata-kata semangat menempuhi kehidupan.
Profile Image for Khairul Muhammad.
Author 15 books68 followers
November 12, 2016
Mengenali Mat Rodi sememangnya seorang yang kriris dalam menulis. Jadi buku ini sudah tentu punya nilai kritis tinggi dari setiap satu ucapan yang telah diulas.

Terbaik. Bukan semua orang boleh menulis sebegini. Hebat.
Profile Image for Asmah Hashim.
Author 14 books14 followers
February 13, 2019
Sudah lama teringin nak beli ini. Akhirnya dapat juga. Alhamdulillah. Buku yang bagus untuk dibaca. Jika dilihat pada isi kandunganya, dapatlah saya rumuskan betapa cintanya Tun M kepada bangsa Melayu. Semoga buku ini memberi manfaat untuk anak-anak muda generasi Y dan Z memikirkan tentang bangsa sendir, sayang bangsa sendiri dan tetap berbangga menjadi orang Melayu.
Profile Image for Khatijah.
119 reviews3 followers
May 7, 2017
Sorry CheDet. Too much doctrine I want to argue. Thank you for all those things you've done to us Malaysians, and not to forget students and youth, by restricting our voice through AUKU. Still relevant though.
Profile Image for Saiful.
9 reviews
October 24, 2017
Penulisan agak bias mempertahankan ideologi. Ada hujah yang bercanggah dan ada juga hujah yang tidak properly defend. Buku yang bagus untuk dibaca.
Profile Image for Athirah Jinal.
3 reviews3 followers
March 28, 2017
Membaca buku ini memberi aku peluang untuk melihat dan memahami sesuatu dari pelbagai sudut. Strategi Tun Dr Mahathir begitu tepat dan hebat ketika menjadi Perdana Menteri suatu ketika dulu.

Aku tidak meminati genre politik yang begitu serius jujurnya. Namun karya santai namun padat ini sangat ku hargai.

Aku akan cuba menelaah lebih banyak karya untuk mendapatkan sudut yang pelbagai.

Direkomenkan untuk semua. Peace
Profile Image for Juliyana Junaidi.
28 reviews9 followers
April 2, 2017
Buku yang mudah dihadam kerana ia merupakan koleksi ucapan Tun sepanjang pemerintahan beliau dan juga setelah bersara. Terdapat juga beberapa artikel daripada Mat Rodi berkenaan isu-isu vital tersebut. Disusun mengikut topik seperti berikut:
Jati diri Melayu, Agama, Pendidikan, Ekonomi, Visi dan Pembangunan, dan sebagainya. Buku ini diakhiri dengan puisi daripada Tun sendiri "Malaysia Tanah Airku"
Review penuh saya tuliskan di fb nanti Inshaallah.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.